"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104
alhamdulillah. hidup lagi kita di muka bumi Robbi.
siapa sangka usia dipanjangkan Allah smpai hari ini..esok, lusa belum tahu lagi.:-)
post yang tertunda.
hari khamis lepas, alhamdulillah ada kemajuan. drive seorang diri ke sekolah tercinta ; SMK Agama Kuala Abang. memandangkan minggu depan keberangkatan kami ; fatimah, hajar , shofiyyah ke tempat belajar masing-masing, jadi berkesempatan jugalah kami ke sekolah, beri semangat2 sdikit sebanyak untuk adik-adik yang hebat!. sesungguhnya, saya tak tahu saya ni boleh duduk taraf mana di sisi Allah dan masyarakat nak dibandingkan dengan kalian~
alhamdulillah, membantu sekadar kemampuan.
sampai2 dah la lewat, kena naik pentas, bercakap kat mic..
Allahuakbar. sabar2. dah lame tak bercakap depan khalayak , ini lah jadinya. alhamdulillah, tak mati kutu [walaupun sebenarnya mati jugak ].
apa yang saya perkatakan untuk adik-adik mumtaz KAKA taklah signifikan dan semuanya sesuatu yang 'common ' . alhamdulillah, ada perkongsian yang boleh dijadikan pedoman, inshaAllah.
[walaupun pada awalnya, lupa nak ucap salam n kata alu-aluan.. ana tumpang yang enti je la, fatimah, :-)]
suka untuk saya petik kalam dari Robbi. mafhum dari ayat 216, surah al-baqarah . barangkali apa yang kamu benci itu baik bagi kamu dan barangkali apa yang kamu suka itu bruk bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
ya! siapa tahu rahsia Allah? dan siapa kita selaku hambaNya yang hina dina mahu mempertikaikan ketetapan Allah yang Maha Halus, dan Hikmah.
keputusan SPM : trial sudah berlalu. alhamdulillah, ada yang tercapai apa yang dihajatkan dan ada yang sebaliknya. dan adakah apabila tercapainya result yang gempak sewaktu trial, menjanjikan kebahagiaan hakiki? menjanjikan SPM yang 'gempak' . nope! take note! tidak sama sekali..alhamdulillah, sesungguhnya saya belajar dari pengalaman. tiada satu pun natijah dalam hidup kita menjanjikan ketenangan abadi kecuali mendapat jaminan syurga hakiki.
mungkin agak kurang 'waras' untuk mengaitkan keputusan dunia [SPM] dengan syurga neraka. tetapi jika ia mempengaruhi amalan hidup kita, ia suatu yang amat-amat wajar. jika kita ambil inisiatif, meletakkan 'usaha' sebagai penyebab utama kejayaan. wajar ? anda kata? saya kata? saya kata tidak. ya! suka saya dengar ulasan daripada sahabat saya, bukan usaha kita yang beri kejayaan pada kita, tapi Allah lah yang beri kejayaan pada kita. . dan tanpa doa daripada sahabat2 , ibu bapa, guru-guru , adakah kita akan berjaya seperti sekarang. ? ada , boleh berjaya, tapi peratusannya, kecil !
jadi. yang pertama- redha!
info dakwah ummat :::
4 perkara yang termasuk dalam rahsia Allah.
: mustajab suatu doa
: murka dalam amal
: redha dalam ibadah
: wali dalam manusia
selagi ibu bapa, guru-guru, sahabat2 kita masih hidup carilah keberkatan daripada mereka. hablun minallah, hablun minannas. walaupun, sutu itu, kita anggap kecil, tapi sebenarnya Allah Maha Tahu, apa di dalam hati, apa yang terbuku, tersirat, tersurat, mungkin suatu yang kecil bisa mengundang murka dan penyebab hati ini berkarat! wa nauzubillah.
kedua, sebelum kaki kita melangkah ke medan jihad, fi sabilillah. niat!!
dalam banyak-banyak hadis , memang akan dimulakan dengan hadis tentang niat.
"dari Umar ibni Khattab berkata, aku mendengar Rasululllah saw bersabda : sesungguhnya setiap amal itu dimulai dengan niat, dan setiap suatu amal itu akan diberi ganjaran dengan apa yang diniatkannya. jika niat hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka ganjarannya ialah demi Allah dan RasulNya, jika niat hijrahnya ialah kerana dunia atau perempuan yang mahu dinikahinya, maka ganjarannya ialah berdasarkan apa yang diniatkannya."
[mungkin kalian boleh rujuk buku-buku hadis untuk terjemahan dan syarah yang lebih shahih]
sejauh mana, di puncak dunia kita bermusafir, atau pun hanya di sebelah rumah sahaja kita berjalan, ingatlah. niat lah yang menentukan ganjaran bagi amal. Allah redha setiap amal yang diniatkan pada jalan kebaikan. dan salam mujahadah untuk kalian, dan saya. salm musafir, moga hijrah diberkati dari tahun, ke tahun.,
kemudian , tentang bahasa Arab. sepanjang kursus bahasa di unisza, memang serba kekurangan. bukan mahu memandang rendah pada pengajaran di peringkat menengah. tapi suatu ilmu, jika tidak disusuli dengan aplikasi, memang begini. susah mahu cakap. memang menyusahkan diri sendiri. sebab itu, ilmu tanpa amal, sia-sia!
sekarang, permintaan masyarakat untuk pekerjaan, atau pun tajaan, apa yang dlihat bukan 50% @ 80 % pada keputusan peperiksaan. umm...tak melampau jika saya katakan 30% mungkin!
heh~ kerana apa? yang dilihat ialah soft skill. kemahiran bercakap. kebetulan ! saya ditemuduga, suruh kalam fil Arobiah. subahanallah, ya ALlah,, aku lemah~ .
so, untuk tidak membebankan adik-adik, sila practice awal-awal , supaya nnti tak terkial-kial. ingat,, ilmu itu; perlu diamal! :-)
hafazan : suatu yang sangat3, saya takut. tapi saya yakin satu aje, siapa yang menempuh jalan untuk cari ilmu Allah, Allah permudahkan jalan ~ inshaAllah,
[ tak mampu ulas panjang, tak faqih! ]
*terharu.
saya mesej ustaz tempoh hari , minta ustaz doakan yang terbaek.
ustaz respon " alhamdulillah, akhirnya termakbul doa ustaz ada anak-anak smkaka yang ambil bidang tafaqquh fiddin. ustaz paling gembira rasanya."
lebih kurang begitulah.
ya Allah, sepatutnya saya tak perlu fikir 2,3 kali kali dah masa nak ambil bidang ni. alhamdulillah, ini salah satu aturan Allah! kemas!!
syukran Allah.
rasenya untuk ucap terima kasih pada Allah tu, tak cukup sekadar sepotong ucapan, inshaAllah, bakal disertai amal. huh~ bukan mudah ,
perlukan mujahadah! .
alhamdulillah~
kata akhir: seorang pendakwah itu dianggap KOSONG jika tidak membawa rasa gerun pada ALlah dalam hati mad'unya [ yang didakwah] .
ya Allah, jadikanlah hatiku, hati yang takut pada Mu, yang mensyukuri nikmatMu, yang tidak terpesong dari ajaranMu, taat, patuh, tunduk , akur pada setiap patah kalamMu. amin...~
---syadid---
melampau kah? kadang-kadang orang salah tafsir. kalian boleh leraikan persoalan ini tak?
;-) homework! heh~
srikandi fateh, esok sedang menunggu untuk berjuang!
minggu akhir,
malaysia. . . . .
No comments:
Post a Comment