alhamdulillah. 25 ogos 2011.
tamat sudah sesi job training. alhamdulillah. banyak pengalaman yang dapat. Allah beri peluang untuk ana timba satu pengalaman indah bersama sahabat2 yang lain. ya, mungkin kami semua [11 orang ] tidak bersama keluarga , melayari kemanisan ibadat puasa , tarawih dan tahajud bersama keluarga. tapi inilah erti kehidupan . di mana kita tidak selamanya akan berkepit, di sisi keluarga, cuma yang perlu diingatkan, ingatan pada mereka ; terutamanya ayah dan bonda memang tak boleh diabaikan. & istilah 'berbakti' @ 'menghargai' tidaklah semestinya = berada di sisi. mungkin di kejauhan, doa dan kesabaran kita bisa jadi satu kebanggaan buat keluarga. insyaAllah, cuba sebaiknya. dalam menggapai cita2, harapan ayah bonda , respect untuk mereka tidak menjadi perkara sampingan semata2 , bahkan termasuk suatu yang utama selepas matlamat ke arah mardhotillah~
ERTI KEKUATAN
mungkin jika kita tidak bersama sahabat, susah senang bersama, suka duka bersama, hadapi masalah bersama, erti kekuatan daripada 'insan kamil' bergelar sahabat itu kita belum temui. alhamdulillah, buat sahabat seperjuangan job training dan sahabat2 al-ansar yang akan sama2 berjuang membelah langit bumi Allah mencari setitis ilmu daripada seluas lautan di bumi Syam, syukran atas semangat yang kalian tunjukkan. serius! saya mendapat ibrah dari setiap kalian.
kursus BTN. alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bersua mata, akhirnya dipertemukan di kem biro tatanegara. bukan senang mahu berkumpul sekumpulan bakal 'muhajirin' ke bumi Syam. :-)
alhamdulillah, kebimbangan hadapi BTN, rupanya tidak se'teruk' yang disangka. ade juga ibrah yang dapat dipetik.
memandangkan BTN di bulan puasa, soal ibadat tidak ditolak tepi. walaupun ada aktiviti2- slot2 & latihan dalam kumpulan, masih ada waktu sebenarnya untuk mengingat Tuhan. totally, saya bersyukur boleh hadiri BTN sama2 dengan antum yang bakal ke Jordan. alhamdulillah, semua ada kesedaran masing2. solat tarawih diimami dengan alunan quranul karim oleh bakal2 hafiz belaka [insyaAllah ] , waktu dhuha juga tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja, tahajud cinta pd Allah juga dihiasi dengan baik. alhamdulillah. setiap masa - mengingat TUhan, semestinya. :-)
~walaupun, ada jugak tengah-tengah tazkirah, tersengguk-sengguk * penat! :-)
mungkin masa yang dipadati dengan jadual kerja, tidak kiralah berada dalam program atau pun tidak, kita tidak capai 'target' ibadat kita. sebagai contoh, ingin khatam quran bulan puasa. disebabkan masa yang agak packed ! jadi tak sempat mahu habiskan. [termasuklah sang penulis sendiri sebenarnya] . tapi apa yang saya perhatikan, ianya antara dua: kurang waktu @ kurang mahu.
memang, waktu kesuntukan, banyak yang perlu diselesaikan, tapi banyak juga masa terluang yang dibiarkan berlalu dengan sia-sia. dengan alasan, mahu rileks, bersembang kosong, tidak sempat dan sebagainya. sebagai contoh, saya ambil keadaan di pejabat. ada ketika kita tidak dihimpit dengan kerja. apabila selesai satu tugasan, ada kerenggangan waktu di situ, boleh kita baca quran, berzikir mengingat Tuhan. tapi keadaan tak seindah bayangan. kita lebih rela berfesbuk, tonton cerita, berbual kosong, tidur dan sebagainya.
:)
az-zumar : 6
"....adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran"
berkenan saya pada ayat ini. orang yang mengetahui [ berilmu ] seharusnya amalnya lebih bermakna berbanding yang tidak berilmu. tepuk dada , tanya iman. adakah kita hanya seorang abid yang beribadah sepanjang masa, tanpa mengambil peduli tentang ilmu2 Allah dan hak2 masyarakat ? atau kita orang yang pandai berkata-kata manis tetapi ia hanya hujah kosong tanpa menguntungkan ummat?? wallahua'lam.. maka, jadilah abid yang alim... @ ulama yang kuat ibadat mendekati Tuhan..
-moga ALLAH redha, dan dijauhkan fitnah dari diri kita masing-masing, mudah-mudahan, amin, ALLAH,,,
HR::
-al-fateh dalam impian. jiwa belum sekental baginda Rasulullah saw
-ALLAH kuatkanlah kami. ----
TUHAN ITU DEKAT, hampir dengan kalian. maka,,, istighfarlah. sebelum ajal membawa kita kepada NYA.
ALLAH sayang kamu~~
salam ukhuwah fillah abadan abada
ReplyDeletei'm first comment...
syukron srikandi fateh...terase sangat...
btol...kita yg kne buat klau kite nak...bukan nk tunggu peluang dtg sendiri kan??
jazakillah