alhamdulillah, sekian lama tak bertinta. sekarang , ada peluang untuk itu.
makin hari, kita makin tua, makin mengenal apa itu erti kehidupan. makin luas pengalaman dan pengetahuan.. dan makin hari, makin berusia, betul? anda setuju dengan saya? dan sebenarnya, saya bersetuju untuk katakan, usia itu mematangkan. mungkin dahulu kita seorang yang cengeng, kuat merajuk, kuat menangis, sukar untuk dipujuk, langsung tak boleh berenggang dengan famili. tapi sekarang kita makin kuat , makin sukar ditolak jatuh. makin ampuh, semestinya.
tapi yang kita mahu, sebenarnya bukan lah keampuhan fizikal dan mental semata-mata. yang kita perlukan sekarang ialah keampuhan pada semangat dan penghayatan dalam beragama. oh, ya! bukan kita sahaja yang perlukan , tapi ISLAM yang perlukan.
acap kali, kita lihat, seseorang yang hanya ISLAM pada title atau ISLAM hanya pada nama sahaja. tapi penghayatan tiada. kenapa boleh berlaku sebegini. kurang didikan, kurang ajaran, kurang perhatiankah? atau pengaruh persekitaran?
ya, saya suka untuk katakan, ia pengaruh persekitaran. bagaimana saya katakan ini? masakan masih kurang didikan ajaran agama, jika sejak kecil , ibu bapa hantar ke kelas fardhu ain, kelas mengaji, kelas tarannum lagi. naik sekolah menengah, sekolah agama terkemuka. masuk universiti, dihidangkan pula usrah-usrah daripada ustaz dan senior. belum cukupkah? apa yang kurang , ialah totally pada penghayatan.
dan sebab itu, kadang-kadang kita lihat, orang yang solat pun ada yang selamba sahaja lakukan maksiat. dan ada juga yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama, tapi akhlaknya masyaAllah, mumtaz! inilah penghayatan.
"itulah kitab [al-quran] yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi org yang bertaqwa. iaitu mereka yang beriman pada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
al-baqarah:2 & 3
"sungguh beruntung org yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,dan yang menjauhkan diri dari [perbuatan dan perkataan] yang tidak berguna "
al-mukminun:1&2
kita ialah duta. kadang-kadang, benarlah, sakit juga bila jadi duta. bila orang ramai mengecop kta sebagai yang ditarbiyah, pasti yang mahu dilihat yang baik-baik sahaja. pantang ada kesilapan, terus terconteng arang pada agama. tapi itulah hakikat, apabila kita hidup bermasyarakat. . ada sahaja yang berbicara. tapi bicara org tidak sepenting pandangan Tuhan. .
jadi inilah madrasah jihad. sejauh mana kita hayati apa yang ter'stated' dalam al-quran. yang halal dan yang haram.
sabda nabi saw.:
"sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. dan di antara yang halal dan haram itu, ada yang syubhah. dan perkara ini tak diketahui ramai dalam kalangan manusia....."
apabila disebut tentang halal dan haram. yang terbayang hanya makanankah? perbuatan, percakapan, belum diambil kira?
Allah ada berfirman dalam surah ali-imran : 144,
"dan muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa org rasul. apakah jika baginda wafat @ dibunuh, kamu berbalik ke belakang [murtad] ? Barang siapa yang berbalik ke belakang, ia tdak merugikan Allah sedikit pun.Allah akan memberi balasan kepada yang bersyukur."
bayangkan jika kita tidak menghayati agama, mungkinkah kita masih 'stick' dengan agama Allah, ajaran Rasulullah seperti sekarang, sedang Rasulullah telah lama wafat ?
-lau kana bainana muhammad saw.. andainya Rasulullah masih ada-
mungkin kita wajar, beri masa untuk diri sendiri dan orang lain untuk berubah. baiki apa yang patut diperbaiki. perelok apa yang patut diperelok.
teringat saya pada mesej seorang sahabat
"apa pandangan awak tentang perasaan seseorang pada seseorang yang lain? sekarang ni, memang susah untuk cari yang betul-betul menjaga "
ya! susah sangat2. jadi sebelum kita lihat kebaikan itu pada diri seseorang, binalah kebaikan itu dalam diri sendiri terlebih dahulu. mungkin apa yang berlaku di depan mata, asalnya dari kita yang kurang menjaga..
huh! sukarnya, mnjaga pancaindera.
moga bulan ramadha ni, mnjdi madrasah jihad buat hati yang seringkali alpa..
dan moga semangat dan penghayatan terus kekal dalam hati.
pemuda-pemudi harapan ummah! jihadlah setekad yang kamu bisa.. mahu lihat tertegak daulah islamiyah, tapi dengan perangai, akhlak , peribadi kita yang kurang menjdi ni, bisakah?? seolah-olah masih nyenyak dibuai mimpi duniawi...
apa yang penting, hati-hati dengan cinta dunia, dan cintakan dunia..(wahan)
wallahua'lam...
HR, serikandi fateh.
-belum ketemu pemuda sehebat al-fateh, dan belum mampu menjadi seunggul al-fateh..insyaAllah, the time will definitely come!! :-)
i'm first comment...
ReplyDeletenice post..
berkesan di hati
syukran serikandi fateh
i'm second
ReplyDeletevery nice !!!