Sunday, September 25, 2011

.sepi petang .

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

.sepi.
petang ini ada program MHS [minggu haluansiswa] untuk pelajar tahun satu PERMAI . alhamdulillah, banyak betul hikmah. sedikit sebanyak boleh runtuhkan benteng assabaiyah antara pelajar JUST & yarmouk , pelajar tajaan & private , pelajar MARA & JPA. :-)
noted! memang tiada beza. ukhuwah yang utama.

Alhamdulillah, setelah 2 hari melalui program mhs. banyak pengalaman dapat. kami di sini selama 9 hari, tamat sabtu ini. mula jumaat, tamat sabtu hadapannya. mungkin berbeza daripada PERMATA, mungkin. :-)


ALLAH beri peluang saya sertai open-debate semalam. petang semalam. alhamdulillah, mahu kata hebat, tidaklah .. saya kurang dari segi pengalaman. cuma satu yang saya dapat rasakan, keberanian. tapi mungkin ada yang dapat mengecam 'getaran' debar pada suara saya. namun, alhamdulillah. tidak ketara nervous saya kali ini. ya! kekuatan milik ALLAH, tiada yang boleh menepis. sedikit sebanyak tentang debate ini:

open debate: maudhu' "graduan timu tengah kurang kredibiliti"
dan pihak akhowat mendapat kerajaan.
tidakkah tajuknya byase?? heh~ memang kalah teruk. :-) tapi tak mengapa, pengalaman yang penting, bukan kalah menang.
suka untuk saya kongsikan ayat moderator tersebut,
" baiklah, usul pada hari ni, bergantung pada anda sendiri, anda yang mengadili debat ini pada hari ini, jika anda menolak, maknanya usul ditolak, & jika anda setuju, maka usul diterima"

'kemahiran membuat keputusan'
selaku mahsiswa, perlu ada pemikiran yang matang, walaupun saya rasakan saya ialah pendebat yang paling tidak matang. heh~

kekuatan yang luar biasa. ya! hari ke hari, keyakinan makin meresap dalam diri. tiada yang perlu digeruni, asalkan ada jati diri. alhamdulillah. tiada pergantungan selain daripada Allah,.
apatah lagi jika kita bakal hadapi ujian yang digeruni pada keesokan harinya. semampu mungkin hadaplah ALLAH di waktu yang laen sedang terlena dibuai mimpi, kerana itulah permulaan hari. jika kita tersasar di tengah jalan , lihatlah permulaannya, sama ada niat @ jelasnya matlamat atau pun amlan kita pada awalnya.
selalunya, jika saya takut hadapi sesuatu, saya akan menemukan satu perkara , "al-anfal " ..:-)


..zohor..
waktu itu.
alhamdulillah, ber'sharing ' bersama saidah. benarlah, hidup berukhuwah nyata indah. satu sahaja saya minta padanya. "angah, kita solat sunat, pastu kita tazkirah anti, ya"
no kompromi.

usai solat zohor, menyantap ayat suci kalamullah sebentar, dan kami mengisi ruang tazkirah. alhamdulillah, syukur pada ALLAH tidak terkira. ya! saya suka keadaan begini, keadaan berada dalam kalangan orang yang sentiasa dahagakan tarbiyah.

cuma yang saya rasa ruginya tadi, banyak perkongsian, bukan dari yang saya ingini. "angah, alang tahu angah hebat! jangan biar kesalahan semalam menghantui diri yang sepatutnya gah di sisi TUHAN " :-)

tidak ada suatu pun, yang ALLAH berikan pada hambaNYA, tidak mampu dilakukan oleh hambaNYA berkenaan.
ya! ujian, memang perit hingga dirasakan sepatutnya, yang lain perlu diuji sebegini, rasa diri tidak mampu mengharungi. tapi sedarkah kita, ALLAH uji tanda DIA sayang. mustahil ada yang mahu menepis kasih sayang TUHAN, penuh nikmat dan anugerah~
apa yang penting, keyakinan. keyakinan, semangat dan rindu berTUHAN, itu yang utama.

apabila seseorang tahu, adanya TUHAN yakni Allah subhanahu wa taala, apakah dia akan kesepian? sepi tanpa tarbiyah? adakah dia akan merasakan hidup ini tidak adil? apakah dia akan merasakan , masalah itu hanyalah satu kesusahan semata-mata & bersifat kekal tanpa menjanjikan apa kesenangan? "tidak! "

janji ALLAH tidak begitu. sebenarnya dalam kesusahan, ada kesenangan. dalam derita, ada bahagia. dalam kebimbangan, ada penjaga. ALLAH punya perancangan yang jelas dan rapi. saat saya terasa bimbang akan keluarga dan sahabat-sahabat jauh di negara tercinta, saya cuba yakinkan diri, " tak mengapa, ALLAH jaga" .
saat diri rasa lemah , " ada kekuatan yang sedang bersembunyi, perlu dicari! "
saat diri bermalas-malasan menyantap ayat2 ILAHI . " jika tiada ayat-ayat ini kelak, bagaiman nanti? di mana sumber ketenangan hamba? di mana sumber rujukan hamba? "

Dunia kini, menagih penghafaz ayat suci Al-quran. di saat rakyat kesukaran, ada yang boleh dirujuk, ada yang bisa memujuk. dengan ayat Tuhan~



.petang ini.
keseorangan dalam bilik, semua ke program MHS bersama fasi masing2. saya? esok , hari ni, tiada. :-)

jadi, ambil kesempatan sebaiknya. okai, time to study! tafaqquh fiddin, itu niat hati!






buat andak, kami rindukan enti~~ moga baik2 sahaja di sana. :-)
::PERMATA-PERMAI-PRISMA::
lubuk tarbiyah indah ALLAH. :-) moga ALLAH redhai kita , semua komuniti melayu dan komuniti islam di sini..amin.
matlamat paling2 besar ---> membawa seluruh komuniti kepada ALLAH. tak mustahil jika itu iradatNYA.

amin....

srikandi fateh! sila buka generasi tarbiyah dakwah!
engineer ummat..:-D

HR::
-di jordan dah? :_) hari nie, sedih, tak tahu kenapa. alhamdulillah, moga mengalir tears takutkan ALLAH di bumi barokah ni. :)






2 comments:

  1. Salam'alaik ukhti mahbubati miza~ =)

    sayu juga akak baca post enti..tapi dalamnya ada seribu kekuatan mengalir bersama. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada Allah, di situ sentiasa ada kekuatan. Allah ada di mana2, maka kekuatan pasti bersama kita juga setiap masa ^_^..

    benar, tarbiyyah mengajar kita pelbagai benda. Ibarat suatu garisan yang sentiasa menjaga kita dari terkeluar dr redhaNya.

    senyum sis~...bumi sahabah menanti jejak langkah seorang srikandi.

    luv ur ukhti fillah,
    =)

    ReplyDelete
  2. salam, srikandi fateh..pejuang di bumi irbid...rindu kalian juge...moga terus istiqamah dlm perjuangan ini...terimalah hembusan bayu rindu dari bumi mu'tah ini...huuuh....utk enti

    ReplyDelete