Saturday, September 1, 2012



RAYA.
tak sempat post pasal puasa , saya dah tulis pasal raya . so far, Ramadhan di tanah barakah . meriahnya , kerana ibadah . meriahnya kerana hidupkan malam . tapi , ia benar-benar bergantung pada individu . pada orang Arab itu sendiri . dan pada diri masing-masing , kita sebagai orang Melayu sendiri . Nak hidupkan malam , maka hiduplah ia dengan ibadah , jika tidak , maka tidaklah . mudah saja sifirnya , kan .
[mungkin akan menyusul post khusus tentang Ramadhan , insyaAllah ]


baik . RAYA .
sangka saya , apabila tidak pulang beraya , suasananya hambar . biasa sahaja . tiada makna . tiada memori mana . tak besh ! 
taaapppiii....
meleset !
ma sya Allah .. 
 beraya di Irbid memang satu nikmat . nikmat itu bukan senang . nikmat penat pun ada ! =)
open syuqqah (open house ) usah dikata . masuk hari yang ketiga , cukup 12 buah rumah saya dan rombongan cik kiah bertandang . *pengsan ! * 

memang . kami tiada ibu , tiada bapa , tiada adik-beradik untuk kami beraya bersama . tapi kami ada kawan-kawan !  kami ada sahabat-sahabat ! kami ada teman-teman ^^V

hebat juga kuasa ukhuwah ni sebenarnya . sehingga hari ni , biasa sahaja kami . nak menangis ? ya, ada lah juga rasanya , once bila dengar takbir raya oleh para syabab Malaysia . biasalah , takbir raya mendayu .  kami di sini , sheikh makmun (imam besar masjid jamiah @ masjid nuh qudhah ) beri peluang pada kami untuk bertakbir raya dikepalai oleh pelajar Malaysia sendiri . subhanallah , seperti Malaysia sahaja hendaknya . alhamdulillah , merasa .

 openhouse kami tak kira , syabab ataupun akhowat sama sahaja . 
memandangkan yang tak balik , sikit sangat (tapi saya agak ada lah dalam 200+ orang pelajar ) . , jadi jumpa pun muka-muka sama . alhamdulillah , makin rapat ! ni makin sayang PERMAI ni . makin ramai kita kenal makin seronok sebenarnya . kenal rumah , kenal kawan-kawan dia dari mu'tah , mafraq, amman pula . haibat2 ! 


lagi ? tak ada apa sangat .  biasa . cuma nak beritahu , sangatlah disibukkan dengan nak uruskan openhouse  (memasak, mengemas , layan tetamu and so on ~) , dan juga memenuhi undangan . dah dijemput , cubalah untuk penuhi . sangat bermakna . 

baru saya realize sekarang , kenapa mak selalu suruh saya ikut pergi kenduri kendara , selalu mak ajak kami adik-beradik pergi makan gulai bila ada majlis kahwin , nikah .. 
-tapi kami tak nak !  , segan , malas ! - kalaulah kita tahu kepentingan , mesti kita pergi walaupun penat .  --- balik rumah , pengsan ! ----
*dan tak lupa , dapat kenal saing-saing dengan banyaknya gelagat . dan dapat belajar bahasa ; loghat-loghat yang macam-macam , ternganga jugak kumendengarnya ^^V n9,kedah,penang,terengganu,kelantan.

_________________________________________________________________


MEREKA : KISAH HIDUP SAYA 


 


walaupun mereka tak ada dalam lipatan kisah sejarah raya saya tahun ni . tapi ingatan tetap ada . semoga ibu saya tak sedih . semoga bapa saya benarkan saya bertapa di sini . semoga adik-beradik saya memahami apa yang saya cari . dan semoga ... mereka itu memahami segalanya yang ada dalam hati dan jiwa saya . jiwa muda memang begini , tapi semoga ia bukan satu jiwa memberontak yang memacu retak .

saya , sedang cuba untuk memaafkan dan menerima seseorang yang bakal 'masuk' dalam keluarga saya . Allah  ... susah bila dalam hati ada 'virus' . heh~ (virus? ) . [oke, don't get me wrong , 'seseorang' itu dirahsiakan atas dasar aib . aib saya lah sebab tak suka . baik, jangan tiru ! doakan saja supaya dia berubah dan saya suka =] .

Allah nak uji ni , bila masuk seorang yang 'biasa' dalam keluarga , bagaimana kita nak handle . . terima dan didik .  (pada hal keluarga saya juga , tersangatlah biasa)
"jangan murka dengan pemaksiat , murkalah hanya dengan maksiat yang dia buat . " susah nak terima bila kita yang kena ,kan ?

*ijustthinkofmybro.bukansajasajataksuka*

sekian . semoga Allah redha.
kadang-kadang terfikir juga , nak buat post -post di blog yang lebih matang . post yang matang boleh beri faedah lebih pada pembaca . nak dakwah pun kena ada timbang balik nya .

semoga . lebih . matang .
amin !


alhamdulillah !
akhirnya boleh post !

Friday, August 10, 2012

kekuatan dan keyakinan .




Petanda ibadah diterima... timbul kekuatan untuk terus beramal.
Petanda taubat diterima... hilang keinginan untuk melakukan dosa.
Petanda doa dimakbulkan... terpahat keyakinan yang kuat doa itu dimakbulkan.

Lailatul Qadar diburu dengan kesungguhan beribadah dan bermujahadah mengikis sifat mazmumah.
Bermaafanlah sessama insan, agar mudah kita mendapat keampunan Tuhan!

Taqwa nilai manusia di sisi Allah.
Akhlak nilai manusia sesama manusia.
Taqwa dan akhlak itu tidak dapat dipisahkan... siapa yang paling akrab hubungannya dengan Tuhan, pasti intim juga hubungannya sesama insan.

-Pahrol Mohd Juoi-




semoga dikuatkan hati dan jasad untuk terus beribadat! 
ibadat tu sebenarnya best ! kalau rasa letih , something wrong in your iman .
make it refreshed , insyaAllah =)

Ramadhan . rasa cepat sangat tahun ni! semoga Allah catatkan kebaikan walaupun usaha hamba ini tidaklah seberapa . mardhotillah .

Tuesday, August 7, 2012

selesai menjadi 'konon sibuk'

7 hb Ogos 2012.
tepat jam 12 tengah hari waktu Jordan dan 5 petang waktu Malaysia . aku bebas!
setelah empat hari berhempas pulas mempulun 3 subjek untuk semester musim panas yang singkat ini , akhirnya berakhir . alhamdulillah . walaupun soalan-soalan exam final kali ni memang tak nice dengan kami . huh~
imtihan . inilah mahasiswa . hidup ialah satu peperangan dengan peperiksaaan . apatah lagi final exam . memang killer . habis final exam , semua dah macam lepas segala macam ujian dalam hidup , bersedia untuk bahagia sahaja . (hakikatnya memang tak macam tu).
masa untuk meng'qadha' segala macam aktiviti yang tertunggak atas dasar masa yang yang tak mencukupi sepanjang membuat persediaan exam .

bisik hati oleh malaikat : selepas exam , pastikan cover balik hafazan-hafazan al-Quran dan hadis . dah tertunggak , nanti lama-lama susah nak lancar balik . ambil peluang cuti yang ada untuk hafaz seberapa banyak dalil . exam dah lepas , exam akhirat tak pernah lepas selagi kita punya kehidupan . insyaAllah , plan betul-betul tau ! yess! aku nak jadi insan paling solehah lepas exam ni . hidup tak lain tak bukan nafas untuk ibadah! go , mujahidah! 

bisikan nafsu dalam diri : selepas exam , boleh tidur puas-puas . tak perlu fikir nak bangun ulang kaji lagi dah . bulan puasa , tengah hari tak payah masak , boleh tidur lebih masa , tak pun online sepanjang masa . haa.. korea . dah lama tak layan , bukak sekali jap . sekali-sekala tak pe kan .. (lama-lama melekat! dah tu , sebabkan hati dan jantung berkarat ! ) memang.


 itulah hakikat hidupnya , jangan meletakkan hidup kita ini atas satu tujuan dan destinasi . sebab hakikat hidup ialah satu perjalanan . destinasi ; tak lain tak bukan ialah SYURGA-NYA .
apabila kita terlalu meletakkan satu tempoh masa untuk menjadi baik . contoh ; selepas exam , aku akan buat sekian sekian sekian.... alhamdulillah , saya puji sifat ini . planning is the best beginning for all things . tapi , jangan terlalu ternanti-nanti . 'mafsadah' (keburukan) mungkin melebihi 'manafi'' (kebaikan) . first ! kita akan jadi tak saaaabar nak habis exam . jadi , the last paper should be worse disebabkan terlalu memikirkan masa selepas itu .

 "ramai orang , mereka fikir apa yang mereka mahu jadi akan datang , dan toleh ke belakang , ambil pengajaran . jarang orang , lihat siapa dia sekarang , teliti dan bersyukur . dan tak berhenti , terus berusaha ."

second!  setelah berakhirnya exam yang mengerikan itu , kita akan rasa relief sereliefnya . bahagianya waktu tu . tapi bahagia itu bahagia yang membahayakan diri sendiri dan masa depan . macam yang saya nyatakan , kita akan rasa seperti ujian hidup sudah berlalu , tunggu masa bahagia sahaja . sedangkan final exam ; apa lah sangat . tu pun result belum dapat . tawakal still kena tinggi . Allah sentiasa perhatikan hamba-hamba-Nya . jika sebelum atau dalam fatrah peperiksaan kita boleh dekatkan diri pada Allah ; solat awal waktu , doa sehabis mampu supaya Allah kurniakan ketenangan , terang hati sewaktu jawab soalan .
terang hati dan ketenangan itu hanya berguna di kala peperiksaan sahajakah?
mampu tak , kita maintain ibadah kita sepertimana kita mahu hadapi peperiksaan besar dunia satu masa dahulu ? SPM contohnya . PMR .. STAM .. saya nak tanya , persediaan macam mana ? ma sya Allah , bukan ?

ramai ; pergunakan alasan mardhotillah untuk grab dunia . jangan berlakon . dunia bukannya kekal , akhirat yang kekal .
jadi , mulai saat ini . saya , hamizah binti ruslan kembali normal . saya mahu pangkah tabs yang mengundang lagho . semua perkara (kecuali ibadah) ialah harus , kecuali ada dalil yang mengharamkannya . tonton movies , enjoy lagu , lepak dengan sahabat-sahabat  bual-bual kosong . buatlah ! asalkan , apa Allah pesan suruh buat , buatlah ! Allah larang suruh jauhi , jauhilah !
fasna' ma syi'ta (buatlah apa yang kamu mahu) , tapi SOLAT dan QURAN tetap nombor satu . tiada yang aula daripada itu .

ihfazillah yahfazka! insyaAllah .
(jagalah Allah , Allah akan menjaga kamu )

____________
mohon doakan , sedekahkan al-fatihah pada junior sekolah saya , Nur Fikhriyah , 16 yang baru sahaja kembali ke rahmatullah petang semalam waktu Malaysia akibat leukemia dan ada yang mengatakan kidney failure , wallahua'lam . . semoga Allah tempatkan adik solehah ini dalam kalangan para solihin .
serius , terkejut . sedih . sebak . tak sempat saya mahu bersapa , bersua muka dengannya . walaupun saya tak balik tahun ni , kalau balik pun , beliau 'balik' dulu . Allah saaaayang sangat kat enti ,dik ! =) semoga keberkatan Ramadhan mecurah-curahkan kebaikan ke atasnya . amin .

Thursday, July 19, 2012

titik hitam dan putih sampai sekarang

masuk bulan ni , 20/7/2012 . campur-campur , bilang-bilang hari dah tinggal di bumi Jordan selama 10 bulan 5 hari . Allahh.... dekat setahun !

perubahan = errr....
ilmu dah cukup tak ? = errr... boleh la~
bahasa arab , cair dah? = syuwaiya , syuwaiya (sikit-sikit) ...
isu semasa ? duk negara arab , arab spring apa khabar ek? = ohhh.... dah habes dah ,kan arab spring ? =_=
keimanan ? = tak boleh ukur la
aqidah ? = ........... untuk diri sendiri boleh la insyaAllah , untuk debat dengan orang yang tengah perjuangkan fahaman sesat , tak berani lagi la .. tak cukup ilmu lagi .
 hah , set!

tengok , nampak tak kat situ .. "tak cukup ilmu lagi " . habis , 10 bulan 5 hari tu apa yang hang dapat ? pejam celik pejam celik , jaga lepas tu tidur balik , belajar ; masuk kelas bukak buku , keluar kelas tutup buku , time exam bukak balik , bersengkang mata tuntut ilmu seolah-olah akulah yang paling mujahidah menuntut ilmu .

_________________________________________
payah , payah ..
apa pun , pointnya di sini nak cakap , masa begitu cepat berlalu . tanpa signal nak mengatakan bahawa masa itu akan pergi , ia tetap terus berlali tanpa amaran . kita yang tak sedar . masih bersenang lenang . layari facebook , berblog errrrr , stalking orang , bual-bual kosong , konon nak rapatkan ukhuwah tapi makan masa sampai berjam-jam . itu memang 'kosong' lah~

Allah panjangkan umur sampai sekarang . malam ini , malam first Ramadhan Kareem di Jordan . alhamdulillah . sempat juga merasa . tapi dalam gembira dan suka , ada yang berduka . ada yang tak sempat pun nak puasa tahun ni . siapa sangka tahun lepas ialah ramadhan terakhir beliau ? . bapa saudara kepada seorang sahabat . umur 50++ dijangkiti virus ' kencing tikus '
 , kurang seminggu tak sedarkan diri di hospital , dan hari ini disahkan meninggal dunia . jam 7.20+pagi waktu Jordan dan 12 + tengah hari waktu Malaysia . innalillah .. takziah dan al-fatihah untuk beliau dan keluarga . Allah tarik hamba-Nya kerana DIA sayang ~
___________________________________________
saya dah berjaya !
berjaya hadapi hidup berpancaroba sehingga hari ini . banyak betul mehnah dan tribulasi sebelum sampai ke angka 10 bulan berada di perantauan . alhamdulillah , tanpa ibu bapa di sisi , yang ada cumalah kata-kata mutiara semangat dan taujihat daripada mereka melalui laman maya , ataupun panggilan telefon . Ramadhan ni , Ramadhan pertama . berdikari segala-gala . emosi . perasaan . makanan sahur , makanan berbuka . tarawih berjemaah . semua dengan 'keluarga baru' . alhamdulillah ada keluarga kat sini , kan ?
____________________________________________
PERMAI . semoga terus Permai .
musim panas .
banyak kes jenayah melibatkan orang Malaysia .
rompak . raba . gangguan seks . diekori . cubaan pecah rumah .
huh~ scary~~~

tiadalah sesuatu itu terjadi kecuali dengan izin Allah . insyaAllah .
usaha dan ikhtiar dengan kerjasama daripada syabab perkasa Irbid . semoga Allah tunjuk jalan keluar atas segala macam permasalahan .
setakat ini , hampir semua kes yang berlaku hanyalah cubaan . maknanya tidak berjaya . janganlah kerana dosa kita yang sedar atau tidak memecah benteng yang sekian lama sebelum ini menjadi penghalang kepada berjayanya suatu kejahatan . nauzubillah ya Allah ~

_____________________________________________
semoga Allah rahmati kami sang-sang perantau .
tiada hati yang lebih tenang melainkan hati yang terikat dengan Tuhan .
amin .
Ramadhan , kami rindu . dan telah kami temui . izinkan kami terus menikmati . semoga dengan itu tersemat kukuh cinta Ilahi di hati kami !
jom promosikan , setiap nafas ialah ....
IBADAH HANYA PADA ALLAH ...

hamiz ruslan ukht . ~ srikandi fateh ! [lame tak guna nickname nih ]


Sunday, July 15, 2012

pesanan untuk kalian , pemuda agama !

perkongsian daripada senior di Mesir .
terima kasih! ^^
% sama sama ambil istifadah %

antara wajibat pemuda ::

1. mengamal wirid harian
2. membaca alquran dengan suara yg baik
3. mengkaji sejarah
4. menjaga kesihatan
5. jangan banyak sangat minum syai *tea
6. menjaga kebersihan
7. bercakap benar
8. menepati janji
9. berani - berani mengatakan haq, menjaga rahsia, mengaku kesalahan, mengawal diri ketika marah
10. jiwa tenang
11. pemalu- mempunyai perasaan yg halus, mudah terkesan
12. merendah diri tp tidak menghina diri
13. adil
14. mempunyai hati yg kareem, pemaaf lembut
15. pandai membaca dan menulis
16. aktif :meskipun kaya mesti latih diri untuk berniaga
17. jangan mengharapkan bekerja KERAJAAN *jalan rezeki paling sempit
18. menunaikan kerja dengan jayyid (berusaha)
19 .menunaikan haq
20. jauhi judi
21. jauhi arak
22. berkhidmat untuk kebangkitan Islam
23. menyumbang harta untuk kepentingan dakwah
24. boleh simpan wang walaupun sedikit *kecemasan
25. menghidupkan adat islamiyah *salam,
26. sentiasa mengingati akhirat & bersiap sedia menghadapinya
27. mendekatkan diri dengan Allah dengan beribadat
28. bersuci & sentiasa berwudu'
29. menjaga solat, solat pada waktunya, berjemaah di masjid
30. tunaikan haji
31. mempunyai niat jihad dan mati syahid
32. sentiasa memperbaharui taubat menhindar diri dari dosa kecil & besar
33. melawan nafsu
34. jauhi khamar *arak
35. menjauhi diri dari orang fasik & tempat maksiat
36. jauhi sifat suka berfoya2
 37. menyebakan dakwah di mana2 tempat
38. mempunyai hubungan rohani yang tinggi  :: mengangap diri sbg JUNDI!

p/s : lupa nama kitab dye..tp yg pasti karangan syed hawa (ulama' dr suria)

---yang baik patut dikongsi --
semoga Allah bantu imtihan seterusnya .
-aku mahu kekal di sini - =_= x nak kena inzar , please. need to struggle more.
insyaAllah !


 Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya .
takdir Allah itu kerap mengikut sangkaan manusia .
sebab itu , kadang-kadang , merasakan diri tidak mampu dan lemah lebih berbahaya daripada menjadi orang yang gagal !

kalau gagal , boleh bangun balik ,

kalau negative -thinking , susah nak dapat optimis !
ni , IMAN dalam diri ni kena check balik . .
semoga bertambah iman semua , usia dah makin tua .
salam RAMADHAN yang diberkati dan dinanti . [countdown ; 5 hari]
-hamiz ruslan -

Tuesday, July 3, 2012

imtihan ; takut je lebih.

Pesan kepada hatimu, bahawa takut untuk menderita itu "lebih derita" berbanding sebuah penderitaan. Takut untuk gagal itu "lebih gagal" daripada sebuah kegagalan. Dan takut untuk diketawakan (sebelum mencuba) itu merupakan sebuah tindakan mengetawakan diri sendiri.
-mbh.
ini bukan qaul ulama ke apa . ini pesanan dan nasihat daripada ketua batch kami .
semoga Allah sentiasa rahmati kita , walaupun dalam fatrah peperiksaan . kadang-kadang ramai orang , asyik sangat belajar , hingga lupa Tuhan . nauzubillah . semoga Allah beri kekuatan , untuk terus beribadah . belajar, sambil bertambah taqwa . sepatutnya begitulah! .
kita kadang-kadang takut je lebih tapi usaha tak seberapa . 
tension itu perlu bila ia boleh beri benefit pada kita . kalau tension dan tekanan sampai tak boleh buat kerja , tak bergerak pun kita , baik jauhi rasa tu .
Allah , permudahkanlah! ...amin
imtihan , exam , ikhtibar , peperiksaan , ujian ...
8hb julai 2012 , it starts!