"Ini je kau tau?"
"Kalau setakat kau ni, tak payah lah"
Kata seorang pelajar yang dirasuk jin kepada seorang ustaz muda yang sedang membantu merawatnya.
***
Allah...
Alhamdulillah masa tolong rawat guna ayat kursi budak yang terasa berat tangan akibat kes histeria besar-besaran di sekolah dulu, jin tak cakap macam ni. =.=
Cerita dongeng kah ini?
Tidak.
Habis? Reka je kot.. Budak tu sedar kot ek.. Bukan jin yang cakap tu.
Tidak.
Banyak kali juga aku berada dalam scenes rawatan histeria, begitu lah hendaknya. Memang jin ni dia lepas perasaan melalui orang yang dirasuknya.
***
Zaman sahabat dulu, Saidina Umar radhiallahu anhu pernah merawat sahabat yang dirasuk jin dengan hanya membaca surah Al-Fatihah.
Khalid Al-Walid radhiallahu anhu juga tidak terkesan minum racun dengan kalimah basmalah.
Kita? Sudah kita baca Al-Quran setiap hari, tidak juga 'kebal' jiwa dan tubuh.
Mengapa begitu.
Antara jawapan ringkas: Kerana tidak kita jadikan Al-Quran itu sebagai pakaian. Ajaran Al-Quran tidak kita jadikan amalan. Ayat-ayat Al-Quran tidak kita lazimi membaca dan mendengarnya.
Quran. Quran. Quran.
Syurga. Syurga. Syurga.
Dalam Al-Quran sudah lengkap menyebut semua. Sifat orang mu'min, gambaran syurga, perjuang para nabi, halal haram perkara. Subhanallah.
Maka manual apa lagi yang kita mahukan daripada Tuhan?
Bagaimana menjadikan Al-Quran sebagai pakaian,
Bagaimana menjadikan Al-Quran itu sebagai Al-Hubb fi Qalbi.
Hanya orang yang rindukan Tuhannya akan rapat-rapat dengan Al-Quran.
Kalam Sang Kekasih yang merindu dan dirindu, mustahil boleh berjauhan walau sehari, bukan...
Jadikan Al-Quran pakaian kami.
Jadikan Al-Quran prioriti kami dalam mengenal Allah dan Rasul.
Jadikan Al-Quran pemujuk hati kami di kala kami gusar, resah dan gelisah.
Wa kafa billahi syahida.
Hasbunallah wa ni'mal mawla wa ni'mal wakil.
Bagimu Sorga, wahai pencinta Allah dan RasulNya !