Friday, May 27, 2016

#8 Santeknya!!

Kenal Park Shin Hye? 
Lee Sung Kyung? 
Lee Dae Hee?
Song Hye Kyo?

Kalau tak kenal,  alhamdulillah...  suci daripada Kpop yang tidak berapa suci untuk ditonton itu. 

Cantik macam korea.  Walaupun negara tu terkenal dengan plastic surgery,  but who cares kan...  Asal cantik di mata semua.  Setiap angle cantik,  kiri kanan depan belakang.  Fuhhh....

Kisahnya...  orang cantik.  Yang tak berapa cantik daripada yang sangat cantik (means cantik lah jugak kan) macam kita ni? 
Tak de life lah tak cantik kat dunia.  Takde orang suka,  takde dipuja-puja.  Pi mana-mana,  org pandang sebelah mata pun tak maw~

Heh. 
Apa susah,  feeling je lah cantik. 
Perempuan memang sukakan kecantikan,  selepas kecantikan dia suka pula dengar puji-pujian.  Sebab itu perempuan paaaalinggg nya lah ya Allahhh suka try benda bukan-bukan.  Demi kecantikan dan pujian. 
Kesian. 
Mana freedomnya.  Bebas!  Kata nak bebas. 

Everyone has her own way to attract people.  Very own attractiveness.  Tak semua orang perlu cantik,  perlu bijak,  perlu putih (qu puteh,  qu puteh~~~),  perlu tinggi,  perlu kurus,  hidung mancung,  pipi naik,  kulit gebu dan memacam lah!!
Dan tak semua orang perlu dapat pujian daripada semua orang atas semua itu. 
Biar dan biar lah diri sendiri yang puas hati dengan diri sendiri ( kalau nak sangat pujian,  kan...  puji diri sendiri pliss.. ) but in terms of bersyukur sebenarnya. 

Be grateful for what you are.  InsyaAllah tenang bahagia,  chantekk dunia akhirat! 
****

"Kau rasa kau cantik tak? "

"Of course!  " Dengan nada bongkak.
Kemudian aku menyambung, 
"Tapi ada la time aku rasa aku hodoh astaghfirullag nauzubillahh!  Itu lah time aku buat perkara tak senonoh tengok movie, main game, lambat smayang,  baca quran malas!  Time tu,  bukan sebab tak buat plastic surgery,  tapi sebab tak sedar diri! ".

Kbai.
Astaghfirullah al-azim..
Diri kita,  tanggungjawab kita.
Kecantikan hak milik setiap insan.  😉😉😉

Monday, May 23, 2016

#7 Saat Bila Hati Tenang

Bismillah.

Saat bilakah hati tenang.
Aku boleh katakan saat hati tenang ialah saat mata mampu menangis, telinga mampu mendengar dan lidah mampu bertutur. Dan ia terus masuk ke hati untuk dilayan perasaan yang pelbagai dan kemudian menghasilkan satu saja perasaan yang paling indah.
Mata, telinga dan lidah antara sebab utama hati bisa jadi tenang. 3 elemen ini yang akan menentukan hala tuju perasaan hati.

Dunia yang kian terhakis keamanan, keadilan dan keagamaan kadang menjentik perasaan. Sudah jemu bertanya sampai bila akan kekal begini dan bila akan berakhir kisah kekejaman. Jadi, akhirnya harus dilayan. Bila naik satu-satu posting di newsfeeds, ada masa rajin melayan maka aku layan.

Alkisah. Tentang apa? Kekejaman di Syria, Palestine, Turki tempoh hari, Myanmar dan banyak lagi. Yang terbaru kejap tadi aku tengok video seorang budak perempuan Syria mungkin berumur sekitar 4-6 tahun barang kali, sedang hadapi sakratul maut (saat ditarik nyawa). Wajah tenang tapi agak termengah-mengah nafasnya. Kalau lah tak ada caption di bawah video tu, aku rasa aku gagal mentafsirkan apa yang sedang berlaku. Ingatkan hanya nervous sebab baru lepas diselamatkan daripada medan perang. Tapi hakikatnya memang 'selamat' yang hakiki budak itu. Syurga baginya insyaAllah,

Saat itu lah, video berdurasi 3 minit itu menyuntik sedikit rasa sayu dalam hati. Bahawa aku sekarang cukup bahagia saat ini. Hanya struggle bagaimana menyelesaikan konflik tesis yang belum nampak masa depan yang cerah dan mendamaikan konflik adik beradik yang kadang bertelagah (kadang aku sendiri lah yang bertelagah tu). Sikit sangat lah ujian. Nak kata pengorbanan demi agama pun malu. Sebab masih mudah. Tiadanya hari-hari perlu menyusup lorong kecil untuk ke universiti, tiadanya perlu cari roti di tepi kaki lima, tiadanya perlu mencedok bekalan air bersih.

Tapi betul lah kesenangan itu ujian, dan kesusahan itu ujian. Yang nikmatnya hanya satu, iaitu lah bila dekat dengan Tuhan.
Panjatkan lah bertangkai-tangkai doa hari-hari.

"Semoga esok lebih baik,
Tiada lagi kufur pada nikmat,
Tiada lagi hasad dengki khianat,
Tiada lagi pujian mengampu dan umpatan benci,
Supaya hari-hari selepas Nisfu Syaaban ini semakin meningkat iman dan melonjak amal di bulan Ramadhan nanti (sampaikan lah kami, Ya Allah...),
Dan moga negara-negara bumi Allah ini lebih aman,
Setidaknya penganut-penganut Islam sentiasa disuntik kekuatan daripada Rabb Yang Maha Kuat,
Dan penganut-penganut Islam di Malaysia ini terutamanya lebih ramai dan (if possible) semuanya kembali kepada ajaran agama sepertimana dibawa oleh Nabi saw (tiada yang mustahil,kan),
Menutup aurat, menjaga pergaulan, menjaga maruah, mengawal percakapan,
Zikir basah di lidah, rajin baca Al-Quran, hormat pada azan dan solat jemaah lima waktu sehari semalam,
Dan semoga pemimpin-pemimpin kami cuba dan cuba menjadi qudwah kepada kami dan pimpin kami ke Jannah~"

Amin...
Bahawa bumi ini akan aman, apabila semua insan memainkan peranan, setidak-tidaknya suburkan nilai kemanusiaan. Saat itu hati pasti tenang!

PD.

Friday, May 6, 2016

#6 Kerana nama

Bismillah.

I am so bad in judging people.

Dan memang sepatutnya kita tak perlu judge people pun. Kadang-kadang ia berlaku tanpa sedar.

Kerana nama. Atau bahasa omputihnya ialah pride. Demi pride kita sanggup ketepikan kehendak dan keperluan diri. Man on his words. Orang berpegang pada kata-kata. Ya, itu perlu sekali dan bagus sekali.
Namun jangan malu mengaku silap. Jangan malu mengaku lemah.

Amanah itu beban berat. Dan setiap perkataan ialah amanah. Setiap ucapan yang kita hamburkan akan berbalik pada diri sendiri. Janji yang dilafaz kalau tak ditepati, tarik balik dan mengalah lah kalau rasa sudah tak mampu untuk dipenuhi. Put it in nice words. InsyaAllah everything would be fine, instead of you make people count on you in something that you yourself know that you won't be able to do that!

Sometimes.
Ya.
Kadang-kadang.
Dan sekarang.
Saya hadapi situasi itu. Apabila orang mengharap dan meminta, payah nak menolaknya. Tapi dalam keterpaksaan, we have to.

Berani lah.
Kerana kamu ingin jujur, amanah dan melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.
Berdoa moga semuanya akan baik-baik sahaja dan dunia berputar dengan memainkan lagu indah yang memberikan ketenangan pada hari-hari mendatang.

Berbalik kepada Tuhan, untuk moment-moment yang lebih baik.

Dan, jangan sekali-kali  kerana maruah diri dan manusia lain itu buat kamu jadi bodoh dan tidak rasional dalam membuat pertimbangan.

Dare to agree and disagree. I have had enough !

Tuesday, May 3, 2016

#5 Tenang saja "Suami saya baru meninggal..."

Bismillah.

Subhanallah.
Hebat sekali jiwa dia. Diperbuat daripada besi keluli atau apa? 
Aku yang sedang lagha berlipat-lipat mula tersentap sudah. 

Sudah menjadi kebiasaan sekarang, whatsapp groups bertimbun-timbun. Satu petanda positif bahawa kita sudah mula matang mencari titik persamaan, semakin lama semakin banyak persamaan antara kita sehingga semakin banyak group ws yang dikumpulkan. 

Kisah, ada satu group ni. Group sesama muslimat. Alhamdulillah group yang kerap buat aku sentap. Hari-hari terbasah dengan tazkirah walaupun satu. 
Itu menjadi titik perubahan juga kadang-kadang, walaupun tak lama. 
Resmi manusia, begitu lah. Bukan nak akur tersungkur, cuma mengakui realiti yang padu sungguh kena pada aku. 

Notification (1)
"Suami saya baru saja meninggal..."

Senyap.
Begitu saja. 
2,3 minit masing-masing tidak bersuara. Ucapan takziah dan doa mengikut sunnah tidak muncul-muncul. Terkejut barangkali. Selepas itu baru lah ucapan dan soalan-soalan lanjut menghujani group tersebut. 

Ya Rabb. Mahu tak terkedu. Bukan orang lain yang mengkhabarkannya, tuan punya badan yang mengkhabarkannya. 
Ya, barang kali kita tidak saling mengenali, tapi cukup lah kekuatan kamu menaip perkhabaran itu menunjukkan gagah sekali tangan, cekal sekali hatimu, puan. 

Yang akan pergi, tetap akan pergi. 
Aku perasan blog ni bergerak sikit bila ada berita kematian je. Tak cukup lagi ke peringatan itu, hamizah ruslan?

Moga sentiasa sedar. Mati di mana-mana, bila-bila, tiada tangguh, tiada berita akan datang bagaimana. 
Dan waktu itu tiada kawan, tiada saudara. Yang ada cuma, Tuhan... 

Sekalung ayat-ayat Al-Quran dan doa tanda ingatan buat mereka di alam sana. Tenang lah, kami bakal menyusul juga.