Thursday, February 28, 2013

kahwin muda ??




Ahha ... !
let the pic speak !
Semoga Allah tenangkan hati pada malam ini .
hamba Allah ini masih bertatih merangkak dalam pengucapan awam .
saya tidak mahu menghampakan . Oleh sebab itu , dengan ini saya grab the challenge to be the most humble moderator for the event !

Dengan tajuk Kahwin Muda , dengan lafaz bismillah aku melangkah !
Dewan Al-farabi . Khamis , 28 Disember 2013 , jam 8.00 malam ..

Mahasiswi PERMAI tidak lesu ! =D

Thursday, February 21, 2013

seputar pilihan raya PERMAI 2013/2014 I

aiishhh...
nak bertanding ke , tak nak bertanding .
dua hari je masa untuk buat keputusan . dua hari sahaja tempoh untuk mencalonkan diri sendiri setelah dicalonkan .

Ahh... harapan .
mereka sedang melakar harapan , aku sedang membina impian . menitik berat sebuah pengalaman dalam penghidupan . Allah itu sudah merancang segala lakaran , sama ada kita sudah ada bayangan  , mahupun baru sahaja dicanangkan .

tepat jam 9.30 malam , 16 / 2 / 2013 saya mencalonkan diri . sebagai calon AMT PERMAI sesi 2013/2014 .

mak dan ayah selalu pesan "jaga akademik , jangan sampai mak ayah kena jual tanah nak support awak " . oh , bimbang sungguh saya . tak sanggup rasanya nak mintak satu sen pun daripada ibu bapa tercinta , pengorbanan mereka di luar jangka.
memang lah , akademik no 1 , tapi bersosial bukan no 2 .

public speaker . i'm not a good speaker actually . tapi saya harap tempoh 4 tahun di irbid beri impak besar pada skil ni .

pemimpin ; banyak benda perlu jaga . Solat , Al-Quran , Puasa , Zikrullah , Akademik , Hormati ibu bapa , adik-beradik , sahabat , dan guru .

semoga Allah permudahkan urusan ilmu ku . bukankah mereka yang berusaha dipermudahkannya untuk ke syurga . =D


calon AMT PERMAI 2013/2014
salam perjuangan , dengan hati-hati insan !

*senyum*
^^V 
doakan ......

Sunday, February 10, 2013

kerja kerja kerja !


rasa macam dah lama tak bekerja .
sama ada tiada kerja atau saya yang mengabaikan kerja .
sama ada saya yang sibuk dengan benda lain sehingga terlupa mana yang lagi utama .

ahh... andai Allah hisab , mesti dah lama didakwa tidak juhud dan berjihad sehabis mungkin . orang kata , pegang jawatan payah . siapa kata ? mudah ja , pegang jawatan . dah , senang..
sebenarnya yang payah bukannya pegang jawatan , tapi buat kerja dengan jawatan tu . bertindak sebagai penjawat , itu yang payah dan perlu sering belajar . bahkan orang yang mula daripada menjadi kuli pun , setelah menjadi pengurus besar pun masih banyak benda yang perlu belajar . apatah lagi kita .
bertatih . bekerjalah  .
datang tugas , buat , jangan fed-up . kalaulah manusia ni tahu apa ganjaran di sebalik menjawat dan segala apa kerja yang dia buat , mesti dia tak berhenti setakat ini . yang penting , buat . jangan lemah . kalau tak pandai , cuba . bertanya .

angkat phone please !
orang kata , kalau jawat jawatan ni apa yang rasa malas sekali ialah 'social media'. FB twitter , handphone , skype yang selama ni bertempel dengannya dah tak indah lagi dah . semua macam harem . tak nak angkat , tak nak layan . sebab tengok dm , tengok pm ; selalu ada kerja .

kerja dan kerja .!

tapi amanah , siapa boleh hadapi dengan tabah dan sabar .
pemimpin ; Allah sayang andai dia adil . Allah suka orang yang punya itqan yakni bersungguh-sungguh .
amanah ; siapa sangka ia bisa datang . dan datangnya ialah pada kita . terima dan teruskan segala . =D
make your heart calm and full of saidah [bahagia] .
semoga Allah teguhkan hati sang pemimpin , sabarkan hati rakyat .

bila kita di saf kepimpinan kita akan sayang dua benda dalam satu masa : pimpinan dan rakyat .
apatah lagi permai . sapa tak sayang . siapa lagi nak ubah kalau ada yang tak kena kalau bukan kita ?
jadi , untuk mempro-aktifkan lagi diri mahasiswa , sempena PRK yang akan datang tak lama lagi , dan mungkin esok pencalonan , jom bertanding ! *hehs ... pilihlah elok-elok ,ataupun anda sendiri menjadi calon . nak ? =D











ukhuwah sesama muslim



help them .
sebarkan bahagia .

nampak pakcik tengah jalan . pakai tongkat . lebih kurang 40meter di hadapan . terjengket-jengket pakcik tersebut . sakit lutut barangkali . aku lihat ada budak sekitar 13 tahun bermain-main di tanah lapang . aku mendekati mereka .
"ma 'aleisy , mumkin iza a'thoitum musa'adah ilal jad hunak ?"
terkulat-kulat bebudak tu . pelik mungkin aku tegur mereka . tapi mereka akur . mungkin merasakan kata-kata aku betul . ahh... siapa tak kenal kebaikan . kemudian mereka bantu pakcik itu @ lebih dikenali sebagai "atuk" .
bahagia . mudah atuk tu jalan sampai rumah @ mungkin pergi kedai .

***

ada 3 budak kecil . main apa entah . kejap suka , kejap gaduh kecil , kemudian baik semula . kanak-kanak . indahnya hidup mereka . aku menyeluk saku jaket baju sejukku . 'ahha! ada tiga gula-gula. cukuplah ni' . aku mendekati mereka .
"tafaddholi .. tuhibbun hek ? " [silakan, kamu sukakan ini?] sambil hulurkan 3 biji gula-gula berlainan rasa pada mereka .
terkejut . senyap.
kemudian , sorang-sorang pilih gula-gula yang mereka suka.
"syukran :-)" [terima kasih]

terkocoh-kocoh mereka buka gula-gula dan makan bersama . aku masuk ke perut rumah .
bahagia .

***

hebat,kan . boleh berukhuwah tanpa kira pangkat darjat dan latar belakang. ini  lah ukhuwah kerana Allah , tiada niat lain .
bukan payah nak amalkan konsep taaruf  dan tafahum dalam Islam .

hehs.. berkhayal  lah mizah ! ini semua angan-angan yang membuktikan bahawa hidup tidak kosong dan membosankan .  ke arah bina masyarakat yang lebih baik . =D cheese ~
peace no war .