bismlillah .
"dakwah is a piece of winning heart "
dan hati yang ingin kita tawan , pada asalnya bukanlah baik , bukan suci murni daripada noda jahili . hati itu penuh cela , karat-karat dosa semakin memakan hati , hampir binasa . tapi kerana dakwah , hati itu berubah . daripada gundah kepada tarbiyah . daripada jahil kepada tahu .
dakwah . dah lama ia bermula . dan dah lama ia sampai . tapi tetap segar . sebab dakwah itu bukan perihal menarik mad'u kepada mereka , tapi membawa mad'u kepada Allah . mereka; ada di Malaysia . Allah; ada di mana-mana . bila dakwah itu didasari atas jalan menuju Allah , segalanya baik walau tercampak ke mana-mana . insyaAllah .
Hari Lahir . tahun-tahun yang lepas , tahun ini dan tahun-tahun mendatang tak pernah sama . semoga yang berbeza ialah amal dan kematangan yang semakin meningkat dewasa . insyaAllah .
"selamat hari lahir ! sanah helwa!!" . ucapan epik sepanjang zaman . tapi tetap mampu mengukirkan segaris senyum pada yang menerima ucapan.=) terima kasih ; bagi yang mengucapkan dan yang mendoakan .
last. minta maaf atas segala kekhilafan sepanjang kehidupan . doakan saya solehah sepanjang meniti kehidupan berbaki yang mendatang . banyak ujian dan cabaran yang MESTI ditempuh dengan IMAN . semoga Allah berkati usia kita . 19 tahun ; bukan angka kecil . dah lama hidup , amal masih kurang . la samahallah . semoga sempat menempah jannah sebelum ajal.
"selamat hari lahir yang ke-19 , hamizah binti ruslan . ^^V"
*thanks to my mom , dad , and whole family
*unexpected birthday cake from 'siblings' of JORDAN.
Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Tuesday, September 11, 2012
Saturday, September 1, 2012
RAYA.
tak sempat post pasal puasa , saya dah tulis pasal raya . so far, Ramadhan di tanah barakah . meriahnya , kerana ibadah . meriahnya kerana hidupkan malam . tapi , ia benar-benar bergantung pada individu . pada orang Arab itu sendiri . dan pada diri masing-masing , kita sebagai orang Melayu sendiri . Nak hidupkan malam , maka hiduplah ia dengan ibadah , jika tidak , maka tidaklah . mudah saja sifirnya , kan .
[mungkin akan menyusul post khusus tentang Ramadhan , insyaAllah ]
baik . RAYA .
sangka saya , apabila tidak pulang beraya , suasananya hambar . biasa sahaja . tiada makna . tiada memori mana . tak besh !
taaapppiii....
meleset !
ma sya Allah ..
beraya di Irbid memang satu nikmat . nikmat itu bukan senang . nikmat penat pun ada ! =)
open syuqqah (open house ) usah dikata . masuk hari yang ketiga , cukup 12 buah rumah saya dan rombongan cik kiah bertandang . *pengsan ! *
memang . kami tiada ibu , tiada bapa , tiada adik-beradik untuk kami beraya bersama . tapi kami ada kawan-kawan ! kami ada sahabat-sahabat ! kami ada teman-teman ^^V
hebat juga kuasa ukhuwah ni sebenarnya . sehingga hari ni , biasa sahaja kami . nak menangis ? ya, ada lah juga rasanya , once bila dengar takbir raya oleh para syabab Malaysia . biasalah , takbir raya mendayu . kami di sini , sheikh makmun (imam besar masjid jamiah @ masjid nuh qudhah ) beri peluang pada kami untuk bertakbir raya dikepalai oleh pelajar Malaysia sendiri . subhanallah , seperti Malaysia sahaja hendaknya . alhamdulillah , merasa .
openhouse kami tak kira , syabab ataupun akhowat sama sahaja .
memandangkan yang tak balik , sikit sangat (tapi saya agak ada lah dalam 200+ orang pelajar ) . , jadi jumpa pun muka-muka sama . alhamdulillah , makin rapat ! ni makin sayang PERMAI ni . makin ramai kita kenal makin seronok sebenarnya . kenal rumah , kenal kawan-kawan dia dari mu'tah , mafraq, amman pula . haibat2 !
lagi ? tak ada apa sangat . biasa . cuma nak beritahu , sangatlah disibukkan dengan nak uruskan openhouse (memasak, mengemas , layan tetamu and so on ~) , dan juga memenuhi undangan . dah dijemput , cubalah untuk penuhi . sangat bermakna .
baru saya realize sekarang , kenapa mak selalu suruh saya ikut pergi kenduri kendara , selalu mak ajak kami adik-beradik pergi makan gulai bila ada majlis kahwin , nikah ..
-tapi kami tak nak ! , segan , malas ! - kalaulah kita tahu kepentingan , mesti kita pergi walaupun penat . --- balik rumah , pengsan ! ----
*dan tak lupa , dapat kenal saing-saing dengan banyaknya gelagat . dan dapat belajar bahasa ; loghat-loghat yang macam-macam , ternganga jugak kumendengarnya ^^V n9,kedah,penang,terengganu,kelantan.
_________________________________________________________________
MEREKA : KISAH HIDUP SAYA
walaupun mereka tak ada dalam lipatan kisah sejarah raya saya tahun ni . tapi ingatan tetap ada . semoga ibu saya tak sedih . semoga bapa saya benarkan saya bertapa di sini . semoga adik-beradik saya memahami apa yang saya cari . dan semoga ... mereka itu memahami segalanya yang ada dalam hati dan jiwa saya . jiwa muda memang begini , tapi semoga ia bukan satu jiwa memberontak yang memacu retak .
saya , sedang cuba untuk memaafkan dan menerima seseorang yang bakal 'masuk' dalam keluarga saya . Allah ... susah bila dalam hati ada 'virus' . heh~ (virus? ) . [oke, don't get me wrong , 'seseorang' itu dirahsiakan atas dasar aib . aib saya lah sebab tak suka . baik, jangan tiru ! doakan saja supaya dia berubah dan saya suka =] .
Allah nak uji ni , bila masuk seorang yang 'biasa' dalam keluarga , bagaimana kita nak handle . . terima dan didik . (pada hal keluarga saya juga , tersangatlah biasa)
"jangan murka dengan pemaksiat , murkalah hanya dengan maksiat yang dia buat . " susah nak terima bila kita yang kena ,kan ?
*ijustthinkofmybro.bukansajasajataksuka*
sekian . semoga Allah redha.
kadang-kadang terfikir juga , nak buat post -post di blog yang lebih matang . post yang matang boleh beri faedah lebih pada pembaca . nak dakwah pun kena ada timbang balik nya .
semoga . lebih . matang .
amin !
Subscribe to:
Posts (Atom)