Tuesday, September 27, 2011

short post : Alhamdulillah.

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

.sakan . seorang.

Alhamdulillah, tadi dah buat kasyfu dam & basma. [ambil darah dan cop jari ] untuk dibuat iqomah.
syukur, segalanya lancar.
dan hari ni, keputusan untuk imtihan qobul. pengaharapan dalam hati, usah dikata. memang mahu lulus. ye la, sape yang tak nak berjaya,kan..
ok, tengah tunggu mpv untuk balik sakan, juz make a call to kak fasya.

got the news. alhamdulillah. memang Allah permudahkan. lulus imtihan qobul, that means ada pilihan nak ambil markaz lughoh @ tidak. inshaAllah, dengan izin DIA, saya mahu sertai. dan ia akan dijalankan dalm tempoh 3 hr shj seminggu dan bayarannya agak kurang. alhamdulillah, Allah tahu all things we need. masalah cash satu hal, & masalah masa kuliah yang bertembung dengan markaz lughoh agak meresahkan. tapi jika kita mengadu pada Tuhan , inshaAllah akan ada jalan, dari arah yang tak disangka-sangka.
syukran lillah~

sekarang, masalah kewangan, inshaAllah makin stabil, mungkin duit yang ter'saved' dari markaz lughoh tadi lepas untuk persediaan musim syita' [sejuk] . inshaAllah, dipermudahkan. apa yang penting, keyakinan! innallaha ma'assobirin~~

"....tidak akan menimpa kami melainkan dengan apa yang ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakallah orang yang beriman "
at-taubah :51

alhamdulillah, kata motivasi dari PENCIPTA sendiri. HE knows best. diuji sebagai tanda sayang.
terima kasih Allah. moga ENGKAU permudahkan urusan hamba-hamba yang beriman di bumi barokah ini dan di bumi malaysia ; ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, dan sekalian orang yang berjihad dan beramal pada jalanMU. amin.. ALLAH ma'akum,

salam mujahidah ; engineer ummat ; al-fateh~
irbid,11.24 am.

Sunday, September 25, 2011

.sepi petang .

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

.sepi.
petang ini ada program MHS [minggu haluansiswa] untuk pelajar tahun satu PERMAI . alhamdulillah, banyak betul hikmah. sedikit sebanyak boleh runtuhkan benteng assabaiyah antara pelajar JUST & yarmouk , pelajar tajaan & private , pelajar MARA & JPA. :-)
noted! memang tiada beza. ukhuwah yang utama.

Alhamdulillah, setelah 2 hari melalui program mhs. banyak pengalaman dapat. kami di sini selama 9 hari, tamat sabtu ini. mula jumaat, tamat sabtu hadapannya. mungkin berbeza daripada PERMATA, mungkin. :-)


ALLAH beri peluang saya sertai open-debate semalam. petang semalam. alhamdulillah, mahu kata hebat, tidaklah .. saya kurang dari segi pengalaman. cuma satu yang saya dapat rasakan, keberanian. tapi mungkin ada yang dapat mengecam 'getaran' debar pada suara saya. namun, alhamdulillah. tidak ketara nervous saya kali ini. ya! kekuatan milik ALLAH, tiada yang boleh menepis. sedikit sebanyak tentang debate ini:

open debate: maudhu' "graduan timu tengah kurang kredibiliti"
dan pihak akhowat mendapat kerajaan.
tidakkah tajuknya byase?? heh~ memang kalah teruk. :-) tapi tak mengapa, pengalaman yang penting, bukan kalah menang.
suka untuk saya kongsikan ayat moderator tersebut,
" baiklah, usul pada hari ni, bergantung pada anda sendiri, anda yang mengadili debat ini pada hari ini, jika anda menolak, maknanya usul ditolak, & jika anda setuju, maka usul diterima"

'kemahiran membuat keputusan'
selaku mahsiswa, perlu ada pemikiran yang matang, walaupun saya rasakan saya ialah pendebat yang paling tidak matang. heh~

kekuatan yang luar biasa. ya! hari ke hari, keyakinan makin meresap dalam diri. tiada yang perlu digeruni, asalkan ada jati diri. alhamdulillah. tiada pergantungan selain daripada Allah,.
apatah lagi jika kita bakal hadapi ujian yang digeruni pada keesokan harinya. semampu mungkin hadaplah ALLAH di waktu yang laen sedang terlena dibuai mimpi, kerana itulah permulaan hari. jika kita tersasar di tengah jalan , lihatlah permulaannya, sama ada niat @ jelasnya matlamat atau pun amlan kita pada awalnya.
selalunya, jika saya takut hadapi sesuatu, saya akan menemukan satu perkara , "al-anfal " ..:-)


..zohor..
waktu itu.
alhamdulillah, ber'sharing ' bersama saidah. benarlah, hidup berukhuwah nyata indah. satu sahaja saya minta padanya. "angah, kita solat sunat, pastu kita tazkirah anti, ya"
no kompromi.

usai solat zohor, menyantap ayat suci kalamullah sebentar, dan kami mengisi ruang tazkirah. alhamdulillah, syukur pada ALLAH tidak terkira. ya! saya suka keadaan begini, keadaan berada dalam kalangan orang yang sentiasa dahagakan tarbiyah.

cuma yang saya rasa ruginya tadi, banyak perkongsian, bukan dari yang saya ingini. "angah, alang tahu angah hebat! jangan biar kesalahan semalam menghantui diri yang sepatutnya gah di sisi TUHAN " :-)

tidak ada suatu pun, yang ALLAH berikan pada hambaNYA, tidak mampu dilakukan oleh hambaNYA berkenaan.
ya! ujian, memang perit hingga dirasakan sepatutnya, yang lain perlu diuji sebegini, rasa diri tidak mampu mengharungi. tapi sedarkah kita, ALLAH uji tanda DIA sayang. mustahil ada yang mahu menepis kasih sayang TUHAN, penuh nikmat dan anugerah~
apa yang penting, keyakinan. keyakinan, semangat dan rindu berTUHAN, itu yang utama.

apabila seseorang tahu, adanya TUHAN yakni Allah subhanahu wa taala, apakah dia akan kesepian? sepi tanpa tarbiyah? adakah dia akan merasakan hidup ini tidak adil? apakah dia akan merasakan , masalah itu hanyalah satu kesusahan semata-mata & bersifat kekal tanpa menjanjikan apa kesenangan? "tidak! "

janji ALLAH tidak begitu. sebenarnya dalam kesusahan, ada kesenangan. dalam derita, ada bahagia. dalam kebimbangan, ada penjaga. ALLAH punya perancangan yang jelas dan rapi. saat saya terasa bimbang akan keluarga dan sahabat-sahabat jauh di negara tercinta, saya cuba yakinkan diri, " tak mengapa, ALLAH jaga" .
saat diri rasa lemah , " ada kekuatan yang sedang bersembunyi, perlu dicari! "
saat diri bermalas-malasan menyantap ayat2 ILAHI . " jika tiada ayat-ayat ini kelak, bagaiman nanti? di mana sumber ketenangan hamba? di mana sumber rujukan hamba? "

Dunia kini, menagih penghafaz ayat suci Al-quran. di saat rakyat kesukaran, ada yang boleh dirujuk, ada yang bisa memujuk. dengan ayat Tuhan~



.petang ini.
keseorangan dalam bilik, semua ke program MHS bersama fasi masing2. saya? esok , hari ni, tiada. :-)

jadi, ambil kesempatan sebaiknya. okai, time to study! tafaqquh fiddin, itu niat hati!






buat andak, kami rindukan enti~~ moga baik2 sahaja di sana. :-)
::PERMATA-PERMAI-PRISMA::
lubuk tarbiyah indah ALLAH. :-) moga ALLAH redhai kita , semua komuniti melayu dan komuniti islam di sini..amin.
matlamat paling2 besar ---> membawa seluruh komuniti kepada ALLAH. tak mustahil jika itu iradatNYA.

amin....

srikandi fateh! sila buka generasi tarbiyah dakwah!
engineer ummat..:-D

HR::
-di jordan dah? :_) hari nie, sedih, tak tahu kenapa. alhamdulillah, moga mengalir tears takutkan ALLAH di bumi barokah ni. :)






Monday, September 19, 2011

Alhamdulillah, secangkir nafas syukur

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

3 tahun memendam rasa, menyimpan hajat, mengukir mimpi, melakar angan-angan. Akhirnya, dengan sekelip mata, nikmat Allah jelas menukar rasa mnjadi perasaan yang sukar diterjemahkan, hajat menjadi mnjadi nikmat, mimpi jadi realiti, angan-angan jadi kenyataan.

Alhamdulillah, setinggi penghargaan pada PEMBERI NIKMAT. syukur pada Allah, sampai juga akhirnya ke bumi syam.. semulia-mulia bumi anbiya'.
akak2 selalu pesan, ni kemungkinan temoat awak pijak, tempat yang nabi Muhammad saw pijak jugak satu masa dlu. Alhamdulillah, mencari satu persamaan dalam sejuta perbezaan. ya Allah, kerdilnya hamba, tidak setabah, semulia Nabi Idola kami. =_=


nak dijadikan ceritanya, alhamdulillah, setibanya flight di Amman, Queen Alia Airport. subahanallah, tak percaya pun ade! musy ma'qul! tapi apa-apa pun, dengan izin Allah , selamat mendarat. keluar airport, confirm passport, tuntut beg. then , ambil la trolley letak bagasi. dah start takallam lughoh arobi time tu..tapi just alhamdulillah, syukron, afwan macam tu aje. biasa la 'sanfuroh' (anak burung) ..orang Arab gelar orang first year macam ni. [lebih specific lagi, first year malizi kot!

pics
asif, gambar tak banyak pun. cuma ikut FB je.

banyak juga ragam orang Arab ni. yang bagus ada, yang kurang pun ada. biasa lah, setiap sesuatu, ada yang lebih, ada yang kurang. belajar di luar negara, di negara Arab pula tu. bukan menjanjikan suatu yang sempurna. cuma perlu ada usaha untuk mencapai taraf kesempurnaan. inshaAllah, bagi sahabat-sahabat di Malaysia pun tak kurang hebatnya. UIA, USIM, UTM, UiTM, UTEM, UMT, UNISZA, matriks. UM.. i support all of u, boleh dikatakan "cayalah! "
hebat! memang tak dibafikan pun~
cabaran yang mematangkan kalian. jika di sini, cabaran saya, ialah 'tidak punya kewarganegaraan' Jordan. hehe, tak ada yang kurang pun, cume hak keistimewaan macam di Malaysia tu, memang tak dirasa di sini. Alhamdulillah, suatu yang patut disyukuri, pensyarah kat sini memang suka pelajar Malizi. ada yang sayang sangat2! :-)
Alhamdulillah, madah pertama di Urdun -- madkhol ila da'wah, by Dr Ahlam. mungkin selama ini, saya tahu sikit daripada bertimbun, bergunung-ganang ilmu Allah tentang konsep tarbiyah dan dakwah. mungkin kali ini, boleh kenal ilmu Allah sebahagian lagi. :-)
"
من قال لاإله إلا الله و هو داعي"

perkara pertama yang saya belajar. ya, selalu sahaja dengar di malaysia. inshaAllah bakal diberi pencerahan tentang ini lagi.

buat sahabat-sahabat sekalian,
teruskan perjuangan, tinggal di negara orang bukan penjamin kemuliaan. yang penting ialah usaha ke arah Tuhan. tak ramai yang mengerti tentang tanggungjawab sebenar seorang Muslim : khalifah dan hamba Allah (ibadat telus kepada Tuhan).
mungkin kalian yang sedang berjuang, lebih mulia di sisi Tuhan, mungkin tika itu saya lah yang cemburukan kalian~
jadi, saya pinta, salinglah berpesan-pesan. moga Allah redhai kalian dan saya. :-)


buat keluarga yang disayang,
terima kasih atas redha kalian dengan permusafiran ke bumi syam. alhamdulillah, selamat sampai, dan doakan natijah nya juga seindah permulaan, diiringi redha Tuhan.


tajdid niat. salam permusafiran, salam perantau menuju ILAHI.
irbid. 9.00 am.
Allah ma'ak...

menuju fateh, engineer ummat~ banyak lagi perlu belajar .. moga Allah permudahkan..
kaliaannn....!! hamba ini butuh doa kalian..:-)

Thursday, September 8, 2011

ambillah walau satu ibrah dr kata2 hamba

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

alhamdulillah. hidup lagi kita di muka bumi Robbi.
siapa sangka usia dipanjangkan Allah smpai hari ini..esok, lusa belum tahu lagi.:-)

post yang tertunda.
hari khamis lepas, alhamdulillah ada kemajuan. drive seorang diri ke sekolah tercinta ; SMK Agama Kuala Abang. memandangkan minggu depan keberangkatan kami ; fatimah, hajar , shofiyyah ke tempat belajar masing-masing, jadi berkesempatan jugalah kami ke sekolah, beri semangat2 sdikit sebanyak untuk adik-adik yang hebat!. sesungguhnya, saya tak tahu saya ni boleh duduk taraf mana di sisi Allah dan masyarakat nak dibandingkan dengan kalian~

alhamdulillah, membantu sekadar kemampuan.
sampai2 dah la lewat, kena naik pentas, bercakap kat mic..
Allahuakbar. sabar2. dah lame tak bercakap depan khalayak , ini lah jadinya. alhamdulillah, tak mati kutu [walaupun sebenarnya mati jugak ].

apa yang saya perkatakan untuk adik-adik mumtaz KAKA taklah signifikan dan semuanya sesuatu yang 'common ' . alhamdulillah, ada perkongsian yang boleh dijadikan pedoman, inshaAllah.
[walaupun pada awalnya, lupa nak ucap salam n kata alu-aluan.. ana tumpang yang enti je la, fatimah, :-)]

suka untuk saya petik kalam dari Robbi. mafhum dari ayat 216, surah al-baqarah . barangkali apa yang kamu benci itu baik bagi kamu dan barangkali apa yang kamu suka itu bruk bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
ya! siapa tahu rahsia Allah? dan siapa kita selaku hambaNya yang hina dina mahu mempertikaikan ketetapan Allah yang Maha Halus, dan Hikmah.
keputusan SPM : trial sudah berlalu. alhamdulillah, ada yang tercapai apa yang dihajatkan dan ada yang sebaliknya. dan adakah apabila tercapainya result yang gempak sewaktu trial, menjanjikan kebahagiaan hakiki? menjanjikan SPM yang 'gempak' . nope! take note! tidak sama sekali..alhamdulillah, sesungguhnya saya belajar dari pengalaman. tiada satu pun natijah dalam hidup kita menjanjikan ketenangan abadi kecuali mendapat jaminan syurga hakiki.

mungkin agak kurang 'waras' untuk mengaitkan keputusan dunia [SPM] dengan syurga neraka. tetapi jika ia mempengaruhi amalan hidup kita, ia suatu yang amat-amat wajar. jika kita ambil inisiatif, meletakkan 'usaha' sebagai penyebab utama kejayaan. wajar ? anda kata? saya kata? saya kata tidak. ya! suka saya dengar ulasan daripada sahabat saya, bukan usaha kita yang beri kejayaan pada kita, tapi Allah lah yang beri kejayaan pada kita. . dan tanpa doa daripada sahabat2 , ibu bapa, guru-guru , adakah kita akan berjaya seperti sekarang. ? ada , boleh berjaya, tapi peratusannya, kecil !

jadi. yang pertama- redha!

info dakwah ummat :::
4 perkara yang termasuk dalam rahsia Allah.
: mustajab suatu doa
: murka dalam amal
: redha dalam ibadah
: wali dalam manusia


selagi ibu bapa, guru-guru, sahabat2 kita masih hidup carilah keberkatan daripada mereka. hablun minallah, hablun minannas. walaupun, sutu itu, kita anggap kecil, tapi sebenarnya Allah Maha Tahu, apa di dalam hati, apa yang terbuku, tersirat, tersurat, mungkin suatu yang kecil bisa mengundang murka dan penyebab hati ini berkarat! wa nauzubillah.

kedua, sebelum kaki kita melangkah ke medan jihad, fi sabilillah. niat!!
dalam banyak-banyak hadis , memang akan dimulakan dengan hadis tentang niat.
"dari Umar ibni Khattab berkata, aku mendengar Rasululllah saw bersabda : sesungguhnya setiap amal itu dimulai dengan niat, dan setiap suatu amal itu akan diberi ganjaran dengan apa yang diniatkannya. jika niat hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, maka ganjarannya ialah demi Allah dan RasulNya, jika niat hijrahnya ialah kerana dunia atau perempuan yang mahu dinikahinya, maka ganjarannya ialah berdasarkan apa yang diniatkannya."

[mungkin kalian boleh rujuk buku-buku hadis untuk terjemahan dan syarah yang lebih shahih]

sejauh mana, di puncak dunia kita bermusafir, atau pun hanya di sebelah rumah sahaja kita berjalan, ingatlah. niat lah yang menentukan ganjaran bagi amal. Allah redha setiap amal yang diniatkan pada jalan kebaikan. dan salam mujahadah untuk kalian, dan saya. salm musafir, moga hijrah diberkati dari tahun, ke tahun.,


kemudian , tentang bahasa Arab. sepanjang kursus bahasa di unisza, memang serba kekurangan. bukan mahu memandang rendah pada pengajaran di peringkat menengah. tapi suatu ilmu, jika tidak disusuli dengan aplikasi, memang begini. susah mahu cakap. memang menyusahkan diri sendiri. sebab itu, ilmu tanpa amal, sia-sia!
sekarang, permintaan masyarakat untuk pekerjaan, atau pun tajaan, apa yang dlihat bukan 50% @ 80 % pada keputusan peperiksaan. umm...tak melampau jika saya katakan 30% mungkin!
heh~ kerana apa? yang dilihat ialah soft skill. kemahiran bercakap. kebetulan ! saya ditemuduga, suruh kalam fil Arobiah. subahanallah, ya ALlah,, aku lemah~ .
so, untuk tidak membebankan adik-adik, sila practice awal-awal , supaya nnti tak terkial-kial. ingat,, ilmu itu; perlu diamal! :-)

hafazan : suatu yang sangat3, saya takut. tapi saya yakin satu aje, siapa yang menempuh jalan untuk cari ilmu Allah, Allah permudahkan jalan ~ inshaAllah,
[ tak mampu ulas panjang, tak faqih! ]

*terharu.
saya mesej ustaz tempoh hari , minta ustaz doakan yang terbaek.
ustaz respon " alhamdulillah, akhirnya termakbul doa ustaz ada anak-anak smkaka yang ambil bidang tafaqquh fiddin. ustaz paling gembira rasanya."
lebih kurang begitulah.

ya Allah, sepatutnya saya tak perlu fikir 2,3 kali kali dah masa nak ambil bidang ni. alhamdulillah, ini salah satu aturan Allah! kemas!!

syukran Allah.
rasenya untuk ucap terima kasih pada Allah tu, tak cukup sekadar sepotong ucapan, inshaAllah, bakal disertai amal. huh~ bukan mudah ,
perlukan mujahadah! .


alhamdulillah~

kata akhir: seorang pendakwah itu dianggap KOSONG jika tidak membawa rasa gerun pada ALlah dalam hati mad'unya [ yang didakwah] .

ya Allah, jadikanlah hatiku, hati yang takut pada Mu, yang mensyukuri nikmatMu, yang tidak terpesong dari ajaranMu, taat, patuh, tunduk , akur pada setiap patah kalamMu. amin...~

---syadid---
melampau kah? kadang-kadang orang salah tafsir. kalian boleh leraikan persoalan ini tak?
;-) homework! heh~

srikandi fateh, esok sedang menunggu untuk berjuang!

minggu akhir,
malaysia. . . . .