Tuesday, January 11, 2011

peristiwa memali, caknakah kita?? ulg tahun -26

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104


dalam program kem ibadat yg ana sertai bulan lepas, ade sahabat ana yg membangkitkan kisah peristiwa memali, mase tu ramai jugak la yg macm ternganga x tau ape2. sebb ni memg isu politik besau, tp setelah ana bace blog saudara UBAIDILLAH ni, x sangka isu ni sepatutnye jadi isu besar dlm klgn masyrakat, betapa Islam kita dtindas..wajib diambil cakna!! sama2 kita dalami sedikit sebanyak ye.


::memali, kedah::
Peristiwa MEMALI
Sejarah yang tidak dapat dilupakan...

Memali adalah peristiwa berdarah yang dahsyat yang ditumpahkan oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan misi tersebut diketuai oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Tanggal 19 November 1985 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh PAS khususnya keluarga mangsa dan dan penduduk Memali, Kedah.

18 November 1985
Sekitar jam 7.45 malam Pegawai tertinggi mengeluarkan arahan bahawa pasukan polis(1600 orang) akan menyerang hendap kem komunis yang ada di daerah Baling, Kedah yang bersempadan dengan Thailand kononnya, padahal sasaran yang dimaksudkan adalah rumah Ustaz Ibrahim Mahmod dan sekitarnyar, termasuklah pengikut2 Ustaz Ibrahim yang berada di kawasan madrasah berhampiran rumah Ustaz Ibrahim.


Jam 8.05 malam berlaku sedikit kekecohan antara pegawai pemerintah kem Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi dari Bukit Aman. Kekalutan adalah disebabkan salahfaham tentang arahan palsu. Arahan tersebut rupa-rupanya hendak disasarkan kepada Ustaz Ibrahim Libya. Akhirnya pegawai Sg. Petani cuba menghubungi Musa Hitam, kemudian Musa memberi peluang kepadanya untuk bercakap, pegawai Sg. Petani merayu bahawa Ustaz Ibrahim adalah seorang ulama' yang telah membawa banyak perubahan di Kampung tersebut.

19 November 1985
Tepat jam 12.00 pagi arahan agar operasi hapus diteruskan, arahan dikeluarkan oleh Dato' Musa Hitam yang merupakan ketua misi operasi penghapusan, tepat jam 1.00 pagi seramai 3600 anggota polis bersama pegawainya tiba di Kg. Mamali lengkap dengan senjata automatik dan kereta perisai, kononnya nak tangkap pengganas tapi menghapuskan ulama'. Kenapa perlu takut dan benci pada ulama', kenapa perlu bunuh rakyat sendiri? Dan Kg. Memali dikepung oleh ribuan polis yang dikerah.

Tepat jam 8.15 pagi setelah mendapat kelulusan daripada Dato' Razi Ahmad selaku Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengerah 2 kereta berperisai menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya, dan akhirnya Ustaz Ibrahim Libya gugur sebagai syuhada', sebelum beliau mati beliau sempat mengucapkan Alhamdulillah kerana telah mengorbankanku ke dalam syahid, itulah impiannya sejak di bangku universiti untuk mati syahid. Akhirnya dia terus menyebut kalimah Allah sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

arwah almarhum Ustaz Ibrahim Libya

Gugurnya syuhada' bukan seorang bahkan ramai lagi termasuk pengikut2 Ustaz Ibrahim Libya, ditambah lagi dengan mereka yang cedera dalam insiden tersebut. Insiden terkutuk yang dirancang itu merupakan tindakan yang paling kejam dilakukan oleh seorang pemimpin yang sepatutnya menjaga nyawa rakyat tapi membunuh rakyat sendiri. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu mengiktiraf Ustaz Ibrahim Libya sebagai syuhada'. Yang pasti Allah telah mengangkatnya sebagai syuhada' amin.

Musa Hitam akhirnya mengarahkan pihak polis agar menangkap semua orang kampung untuk menahan agar operasi tersebut tidak didedah. Jam 3.00 petang pula kerja2 menangkap saki-baki diteruskan, mereka diterbangkan dengan 2 helikopter polis. Mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Apa yang menyayat hati adalah mereka tidak mati disepak dan ada juga yang ditembak sehingga mati. Tindakan kejam ini tidak dapat dilupakan sampai bila2, semoga Tuhan membalasnya.

Sekarang, isu Memali sudah berlalu lebih 20 tahun, ramai yang terlibat secara langsung sudah meninggal dunia namun masih ramai lagi yang masih hidup sehingga hari antaranya adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Dato' Musa Hitam. Beribu-ribu ringgit telah dibelanjakan oleh keluarga mangsa untuk membawa isu ini ke mahkamah bagi mendakwa kerajaan Barisan Nasional namun kes ini tidak pernah dibicarakan walau seminit malah ditangguh tahun demi tahun.

Kesimpulannya, adakah isu Memali wajar berlaku kepada negara seperti Malaysia,adakah wajar tindakan seorang pemimpin Islam membunuh rakyatnya dengan cara yang kejam, menganggap rakyatnya seperti pengganas, inikah yang diperjuangkan oleh UMNO, membunuh, menangkan dan menghapuskan pendakwah2 dan ulama'2 Islam daripada terus menyebarkan kebenaran. Hanya firaun sahaja yang zalim dan sanggup bertindak kejam terhadap rakyatnya.

Maka, seruan saya adalah supaya isu Memali ini terus disebarkan. Kepada sesiapa yang mempunyai blog, berpenalah mengenai Memali bukan untuk menyakiti hati kita yang sudah terluka dek isu yang menyayat hati ini tapi sebagai simpanan sejarah turun-temurun untuk muda-mudi kita yang akan datang, agar sejarah Memali tidak dilupakan begitu sahaja, supaya semangat untuk memperjuangkan Islam itu berkobar-kobar dan UMNO itu harus dibuang jauh2.

-wallahua'lam-

No comments:

Post a Comment