Monday, April 18, 2011

mistik. . fasta'izbillah

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104


alhamdulillah,,
hari ni 14 jamadil awal 1432H. bulan putih, ye org pggl.
sunat puasa :-)

.dengki. :)
dengki tgk sahabat ana selalu post , update her blog,,
ni ana post ni,,
hehe, xde la, cume mahu contohi beliau, x lekang berdakwah, alhamdulillah, untung punya sahabat bgtu, yg untung ana jgk, kutip mutiara kata d blog beliau,, syukran azmuimraah .

:: sihir ::
ana ade dgr syarah dr ustz sharhan d tv hr tu.
kagum , kagum . hebat beliau.

something yg baru yg ana dapat dr syarah tu, tentang sihr..
sihir yg punya 3 jenis,, x tau la kalo ade banyak lagi.. wallahua'lam,

1] sihir tafriq
.. sihir tafriq, dgr pd namenye pn tahu, maksudnye, pemisah. sihir ni dgunakan untuk pisahkan, ceraikan suami isteri. yg biase kite dgr, nasi kangkang la. macm2 la. biasanya hal ni dsebbkan api cemburu yg ter'over' la. cemburu x bertempat,
ape yg blh kite ambil cakna pasal sihir ni ialah ble antara suami isteri , ada:

-rse cemburu lebih [cemburu buta]
-ada rse curiga, hilang kepercayaan pd pasangan.
-cepat marah, hal kecil, dperbesar2kan.

wallahua'lam. [ana x pandai nk hurai2 bab ni]

2]sihir pendarahan
...yg ni berlaku pd wanita lah khususnya, secara ringkasnye, al-fadhil ustz sebut :
tntg istihadhah.
jika menurut kajian doktor, memg ini darah penyakit, boleh jdi juga,.
tp kebarangkalian juga berlaku berkaitan sihir.
istihadhah- hasil hentakan iblis @ syaitan ke rahim seseorg wanita hingga menyebbkan keguguran, komplikasi dan sebagainya. kerana iblis laknatullah ni memg x suke ummat muhammad makin ramai.
wallahua'lam

3]sihir mahabbah
ni sihir percintaan. macm segelintir masyarakat sekarang. yg kemaruk cinta semula jadi tu, ye la. yg guna bantuan sihir2 ni pn x kurang jugak. tu yg buatkan seseorg tu smpai angau x tentu hala, buang emak , buang saudara.
sanggup korban ape saje, mgkin sdh terkena sihir mahabbah ni.
sebb tu kite dnasihatkan berjaga2lah dalm setiap tingkah. mgkin blh terkena melalui pndgn mata, minuman, makanan dan sebagainya, walaupun hanya sebiji coklat. jaga2 ye, x kire lelaki @ wanita.

wallahua'lam.

:: tanda2 ::
ini bukan lah ingin mengajar kalian untuk mentafsirkan mimpi, tp sekadar informasi kalian, sebg langkah berjaga2, mgkn. :
-bermimpi jatuh dr tempat tinggi [ni sihir mahabbah kalo x silap ana]
-bermimpi ular [ ramai sekarg suke sgt mimpi ular, katenye ade yg nk masuk meminang, tp hakikatnye tanda seseorg ddekati sihir, wallahua'lam. dgn izin Allah semestinya.]

maaf la, ana x engat dh.

then melalui binatang. mane tau ade ciri2 ni d sekitar rumah kita :
:kucing:
-hitam
-mata [ x berkelip, walaupun kite gosok2 bawah dagu die ]

:ular:
-hitam
-mata [ berkelip, biasanya ular x berkelip]

so, jgn tertukar ciri2 kucing and ular tu.. ade sket beza.
binatang laen lg : kala jengking. [ana x pasti gane plop jengking tu]

once ada tande2 ni yg berlaku d sekitar kita, boleh la ambil langkah berjaga2, dapat kan nasihat yg pakar.

Wallpaper, mainp, change, allahuakbar, images, savings, daylight, stories

ape2 pon , yakinlah dgn pertolongan Allah, tiada yg boleh berlaku tanpa izin Allah. fasta'izbillah. :)

antara amalan pencegahan drpd gangguan jin.::

--azankan, iqamahkan bayi yg baru lahir
sabda Nabi: "Sesiapa yg dlahirkan untuknya anak lalu diazankan d telinga kanan anaknya dan diiqamahkan d telinga kiri anaknya, tidak dapat dimudaratkannya oleh ummu as-sibyan [nama syaitan yg mengganggu anak2 kecil]

--menurut saidina ibnu mas'ud, Rasulullah mmbaca ayat ni sewaktu bermusafir & berperang ..
::al-baqarah : 246
::ali-imran : 181
:: an-nisa' : 77
:: al-maidah : 27
:: ar-ra'du : 16

--menurut saidina ali, sesiapa yg mengamalkan tujuh ayt ni pagi dan petang, maka ia terhindar dr gangguan musuh, kejahatan & bala. dgn izin Allah, semestinya. :
::at-taubah :51
:: yunus : 107
:: hud : 6 & 56
:: al-ankabut : 60
:: fatir : 2
:: az-zumar : 38


sumber : buku 70 amalan benteng drpd manusia dan jin ,
karya
ustz sharhan syafie,
Penasihat Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani.

p/s: wallahua'lam. semuanya dgn izin Allah.
: penulis jg belum amalkan ayat2 d ats , cume mengamalkan wirid al-ma'thurat sebg zikir meniti hari. insyaAllah, dpermudahkan urusan.


::HR::
- mge Allah redha, ingat . semua makhluk Allah. pesan cg ana, sir shafie, pilih antara due " layan or ignore, kalo saye, saye ignore" hrrmmm,,, btol jgerp,
- i wonder sahabat2 kaka bese la ni ya, :P
-insyaAllah, fasta'izbillah.

Thursday, April 14, 2011

bila bayangan2 dosa menerpa, iman?? zero ke.. nauzubillah

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

...alhamdulillah..

bismillahirrahmanirrahim.
blog, memg susah nk cari something yg blh jd santapan rohani kalian.
x mahu sekadar bercakap kosong d cni.

:: hati.. oh .. hati ::
masalah hati , penyakit hati..
" dlm tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, baik lah seluruh anggotanya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggota. ketahuilah!! daging itu ialah HATI " -- Rasulullah saw.


.bayangan kepahitan dosa. bayangan keperitan kegagalan. bayangan kekecewaan. bayangan kebimbangan.
bayang2 ni terus hantui diri nan lemah ni. sehingga kadg2 terasa peritnya perjuangan, takut untuk meneruskan. lihat2, sahabt2 juga ada yg kealpaan. bagaimana mahu nasihatkan, jika mereka sndri x mndambakan perubahan.

ya Allah, kuharus bangkit!!
harus kusedar,
jika mereka kelalaian, aku x seharusnya ikut sama lalai, gagal dalm perjuangan. mge bisa mnjadi penggera kekhilafan.
kuhimpun perit d dada solat.
kuhmpun nestapa d genggaman doa.
pintaku, agar KAUtetapkan hatiku d jalanMU.
kerap kali ku diasak realiti;
perjuangan ISLAM itu pahit kerana syurga itu manis!!

itulah hakiktnya. jika x dtarbiyah, semua jadi goyah. matlamat pn jdi samar2. sedg ayat2 Allah sdh tersedia megah sebagai nasihah sakinah, berpanjangan, x pernah hilang. tp manusia yg semakin menghilang d sebalik kesombongan. Ahh!! aku takut, ya Allah.

bnarlah, bnarlah !
"al-Quran itu tiada keraguan padanya, petunjuk bagi org2 yg bertaqwa" al-baqarah:2

--hanya bg yg mahu bertaqwa, mahu berfikir tentg hebatnya 'manual' yg Allah berikan pd kita. x guna kita dustakannya, kerana kita sndri yg bakal merana.




ikhlaskan diri.
ya, benar, iman itu bertambah dan berkurang.
tipulah jika ana kata ana ni insan sempurna yg x pernah knal erti alpa, erti maksiat, sebb itu kadg2 malu!! malu mahu menghadap Tuhan . pnuh dosa, pnuh noda.. hamba sebegini mahu mengahdap TUANnya??

tp Allah lain.. cinta Allah pd hamba x terbatas untuk yg beriman shj. x terbatas untuk para Nabi sahaja. tp meliputi sekalian alam. lebih2 lg kita umat MUHAMMAD. khatimul anbiya'. kekasih Allah. Rasul akhir zaman. RAsulullah sayg kita, Allah cinta kita.
"tatkala gembira, syukur pdNya,
tatkala kecewa, mengadu pdNya,
tatkala rindu , ingat pd NYA."

itulah hakikatnya hamba. tp knapa kita dusta?? knapa kita terhina?? kerana kita alpa, kita sombong!! kite berpaling dr rahmat DIA. sedg DIA sntiasa ada bersama, x lari, x murka. pntu taubat sntiasa terbuka, selagi ada nyawa.
mahu bimbang apa?? berbahagialah wahai hamba, punya Tuhan sebaik DIA.


di saat yg laen gagal mengingati Tuhan, x mahukah kalian mnjadi penggera kekhilafan??

menangislah selagi ada msa, jgn dlayan ego yg x ke mana.
d mana pulangnya kita jika x pd Dia?
amin ya Rabb, ampuni aku, ampuni kami, ampuni mereka. mge bisa berpimpinn ke Syurga. x kumahu meraih dunia, jika yg terbentang ialah murka & neraka d akhirat sana.

maafkan hamba!!

meraih cinta & redha Nya. amin.. insyaAllah.

:: dalam usaha menepis lalai & blurr nya hidup d rumah tanpa tarbiyah usrah::
hanya memetik secebis nasihat dr artikel2 & nasihat sahbat2. mge x sesat.
[[ gejala2 yg menimpa lepasn2 spm, sabar je la. ujian kelalaian perkara biase. mge sahbat2 sekalian boleh handle sebaiknya. tersilap langkah, betulkan balik. tetapkan matlamat hidup. insyaAllah, same2]

ana ada baca blog bayyinat. tajuknya, iman zero. ini sekadar pndapat peribadi beliau, insyaAllah, boleh jdi tips2 untuk kalian, insyaAllah ..:)




Tak dinafikan mmg bila iman nearly zero,rasa nak buat dosa membuak-buak.Jadi bagaimana nak kawal?Ini juga hanya cadangan saya shj-
  1. Kita kena bertangguh-tangguh. Bertangguh-tangguh ni sifat syaitan,tp ia bukan dlm urusan maksiat kerana syaitan akan sentiasa membisikkan kejahatan non-stop.Jadi,dgn bertangguh-tangguh ni,insyaAllah rasa tu akan hilang sendiri.
  2. Kita kena sibukkan diri. Mesti anda pernah dengar kata bijak-pandai islam,"Sibukkan dirimu dgn ibadah,nescaya kamu takkan ada masa nak bermaksiat".Paling kurang,kita sibukkan lah diri dgn buat benda yg baik,mcm basuh baju ke,kemas rumah ke,basuh pinggan ke,main bola ke,jonging ke..apa-apa la yg dpt mengelakkan kita drpd asyik fikir nak buat dosa je.
  3. Duduk dgn org ramai. Tapi yg lebih tepat,duduk dgn org baik.Dgn automatik,rasa malu akan dtg jd takkan kita tergamak nak bermaksiat dpn org ramai kot.Saya petik kata-kata imam ghazali dlm kitab yg sama-'Sesiapa yg tak memiliki sifat warak pasti akan terjebak dgn maksiat sembunyi-sembunyi'.
  4. Tidur. Of course la tidur berlebihan ni sgt best tak baik,tapi at least it's much better drpd buat maksiat.kan?
  5. Pasang bacaan Quran. Yang ni bagi maksiat internet.Logiknya,takkanlah takde timbul rasa malu utk bermaksiat dgn iringan alunan kalamullah.
  6. Zikir. Sy dah terangkan td.Zikir ni ialah 1 defense mechanism bagi muslim.Tu pasal org yg banyak zikir,tak banyak bermaksiat.Zikir sgt senang,tak payah wuduk,tak payah hadap kiblat.Tengah buat dosa pun boleh zikir.InsyaAllah automatik malu dan stop.
  7. Doa. Yg ni la paling perlu.Mintak bantuan agar diperkukahkan iman dan di update kan anti-virus.Boleh rujuk surah 60 ayat 40.


mge istiqomah, sahbat2 sekalian.
selamat mnjdi hamba yg cintakan KEKASIHNYA.
indahnya temu janji, bersama DIA :-)...
pg yg hening~~ :)




subhanallah, lihat ini pn bisa tenang :)


HR:::::::
-err...pagi ke? i mean the temu janji is pagi2, waktu org still dlambung mimpi yg bermacm2 ragam, yg ngigau pn ade, ye?? hehe.
-sgt lame x mengupdate, maaf ! drafts aje ade, ni baru post.
-~~kepala tgh berserabut juge ni, mennti keputusan temuduge, doakan hamba!! cerah @ gelap, wallahua'lam, tawakkal shja, Allah lebh tahu :)
-syukran, jazakumullahu khairan jazak. insyaAllah, akn datang dgn post laen pula kelak..

;;; hanya mengingat Allah, hati kan tenang ;;;
cukup tenang. dekat pd DIA.

Wednesday, April 13, 2011

kitalah ikon , kitalah duta

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

subhanallah, walhamdulillah.
dh lame x mengupdate benda alah ni.
kadg2 blog ni pn buat hal jugak sebenarnye. [@ pun internet dh makin lembap, wallahua'lam. ] maaf sebb dh lame menghilang.

bismillahirrahmanirrahim.
nasykurullahil adzim,

hari ni, insyaAllah, mahu respon sedikit bab2 tegur-menegur @ dakwah.
suka untuk ana memetik ayat 125 surah an-nahlu
"serulah ke jalan Tuhanmu dgn hikmah & pengajaran yg baik dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik... [ila akhiril ayah] "

seru ke jalan Tuhan dgn hikmah yakni bijaksana. jika secara direct tanpa bertapis, adakah itu satu jalan hikmah? ye, memg betol, lain org lain cara. rambut sama hitam, hati lain2., maybe ada yg x kesah dtegur scara keras, tp bg yg kesah? signifikannya? pernah anda terfikir? signifikan yg negatif akn melebihi positif, kecuali dgn izin Allah,






insan khalifah, insan dakwah..
contohilah Rasulullah dlm berdakwah. lembutnya bukn bererti lemah, sopannya dhiasi ketegasan. hebat sekali, dlm kelembutan ada ketegasan. dlm mase yg sama ISLAM dterima baik, ISLAM dsegani.
x mahukah kita semua org menerima ISLAM secara baik.
sebelum tu, tunjukkan lah kebaikan ISLAM itu sndri.

bagaimana Rasulullah berdebat dgn org yg mencabar baginda, menawarkan baginda dgn tawaran pangkat, wanita, dan harta.

bagaimana Rasulullah menolak tawaran untuk mngadakan perjanjian agar penduduk mekah ketika itu, menyembah lata & ulza selama setahun, dan menyembah Allah selama setahun, kemudian pengikut yg plg ramai akn mnjdi agama rasmi.
apa yg djawab Rasulullah??
"Aku x menyembah apa yg kalian sembah,
kalian x menyembah apa yg aku sembah ,
dan aku x menyembah apa kalian sembah."
..al-kafirun..

noted!! ckup sekadar itu. padat jawapan rasulullah, x goyah dgn tawaran.
dlm mase yg sama, tahulah kafir tersebut, prinsip Rasulullah, prinsip seorg ISLAM dgn IMAN yg teguh kpd PENCIPTA.

x mustahilkah untuk kite mnjdi seperti ikon tersebut. hebat memperjuangkn ISLAM, x gentar dgn musuh.
tp apa yg dpt lihat, masalah kita hari ni, ialah masalah sesama MUSLIM.
seolah2 x layak untuk berdakwah kpd non-muslim.

"kawan sya yg muslim pn x bace quran, why should i? "
"islam dan kami, x banyak beza pn, x pakai tudung, bergaul bebas sana sini. "
" islam susah la, sembahyangnya susah, 5 kali sehari, buat apa?"

* monolog non-muslim *

jadi, mana kita untuk meninggikan ISLAM, membuktikan kesucian, kemurnian, keindahan agama ISLAM.

FIRST! quran. susah sgtkah nk baca quran walaupun 2,3 helai sehari, masa 24 jam blum ckup panjangkah untuk menatap ayat2 AllaH?
SECOND! aurat, ikhtilat. ISLAM menggariskan pnduan menutup aurat dan muamalat, cukup cantiik. tapi sedikit skali yg bersyukur, yg berfikir. seolah2 hilang kewarasan akal untuk mentaati. aneh!
THIRD! solat. jaga solatmu,
"...solat itu mencegah dirimu dr perkara keji & mungkar. dan [ketahuilah] mengingat Allah [salat] itu lebh utama drpd ibadah yg lain.." al-ankabut:45
"....hanya dgn mengingati Allah, hati kan menjadi tenang." ar-ra'du:28

hrmmm... ana bukn lah ikon terbaek yg blh menunjukkan sempurnanya islam, serius! tp insyaAllah, akn sentiasa mencuba menggapai solehah, itu matlamat dakwah. [subhanallah, mampukah??] insyaAllah.

sgt berharap agar dpt bertemu sahbat2 d medan dakwah dan tarbiyah.
ape ana cube sampaikan d cni, dgn harapan, seni dlm berdakwah blh diasah. supaya tiada yg jauh hati sehingga tmbul permusuhn, kerana itu bukn cara ISLAM.
ISLAM itu aman, kan.

mgkin jika kita mahu menegur senior, kite blh gune org tgh, serahkan pd senior yg dpercayai, insyaAllah, lebih berkesn,
iya, ana faham jika ada antara kita yg mahu menjejaki AL-BANNA, gah berdakwah di tgh jahiliyah. tp apakah kite sudh bersedia, jiwa dan ilmu untuk itu? kadg2 perlu diambil kire risiko, dan natijah. demi kemaslahatan islam sendiri.



insyaAllah, sama2. jika ada sebarang masalah dlm organisasi urah juga, tanganilah ia sebaeknya. ini yg utama.
saidina Ali : " kebatilan yg terancg mampu mengalahkan kebenaran yg x terancg."

d samping kite merancg, yakinlah dgn pertolongan Allah. jgn ambil jalan syubhah, yakni, jalan yg dilimpahi, diselangi yg makruh @ yg haram. niat x menghalalkan cara, kan.
salam mujahadah, buat sahabat2 seusrah. ana insan lemah yg masih mendamba tarbiyah. tangan yg lancang menyusun pena, langsung x bermakna insan ini lengkap segalanya. ana tahu itu. sebb itu ., ana --tegar menggapai tarbiyah melalui jalan dakwah, insyaAllah--
fi mardhotillah....


HR
-fahami sahabat2 kalian, jgn smpai mereka hilang anda sebagai tempat mengadu untuk mencapai Allah.
-selamat memburu istiqomah, payah tapi manis!! yakin dengan DIA.
-mase untuk berubah, hamiz ruslan, kamu bakal mnjdi insan matang yg kian dlanda ujian YG MAHA HEBAT.
-insyaAllah, segalanya,,,,,,,
ALLAH.......... uhibbuka......

Tuesday, March 29, 2011

marahkah kalian? kecewakah kalian, punye insan kegagalan?

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104







senyap.diam.kaku.
tiada khabar. tiada berita. tiada sapa.
mengapa? izinkan dri bertanya. kecewakah kalian? marahkah kalian?
kesalkah kalian, punya insan kegagalan?
sungguh! tatkala kekecewaan, rse seperti dunia bukn lg milik kita.
rse seperti smue murka , Allah murka, manusia apatah lg.
tp jgn salah tafsir. jgn salah anggap. kasih sayang Allah, x pernah tersalah tempat.
kadang2 dtunjukkannya melalui ujian. ujian kejayaan, ujian kegagalan, ujian kasih sayang, ujian persahabatn, semuanya.

sebb tu. aku x bimbang, aku x gusar. aku x goyah. Allah bersama! aku tahu itu.
kerana itu aku kuat.
tp aku musykil, aku hairan. sebb tu aku inginkan kepastian. marahkah kalian? smpai tiada khabar yg menyapa? tiada kata menerpa? walaupun sepucuk kata pena? susah benarkah?

kecewa? terasa? apa hak aku? aku cume insan alpa, insan hina, insan dhaif yg x punye apa2.
mungkin sudh tiba masanya.
aku harus sedia, menerima segala.
x semua yg diingini, disayangi. dihajati akn jd realiti, kan. aku tahu itu! :)
sebb itu aku kuat. sebb ada DIA.

hal kalian, aku redha, pasrah, terima seadanya. selagi ada DIA, pasti ada kita yakni ukhuwah yg x berpenghujung, hanya keranaNYA.
yg utama, maafkan aku, kerana aku, kalian kecewa!

--sekadar nukilan--
-hAmIz RuSlAn-
hamba Ilahi, mge Allah reda.

HR
-ntah apa2 punye puisi, kalian= anda bebs menafsirkan apa. :)
-puisi memujuk hati. sunyi :)
-selagi ada DIA. kecewa pn blh bahagia. yakinlah!
-Allah sntiasa uji..... jgn takut, Allah bersama, padaNya, ada jalan keluar. :)
- ujian ku ((alhamdulillah, berpuas hati dgn angka 8 )) like3..
wallahua'lam. mge Allah redai kita semua. berbahagialah, wahai hamba.

Friday, March 18, 2011

bimbang, sedih, takut? dilemma? :-/

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104



alhamdulillah, wa nasykurullah, jgn lupe bersyukur, syukur, syukur & syukur...
mendalami erti syukur supaya x tersungkur, insyaAllah.. :)


update blog, kadg2 memg rse nk update kerap, tp ble pikir balik, kalo something yg kurg perlu, x payah kot, nnti kurg ber matlamat yg jelas plak.

bimbang??takut? btol, ana rse memg ana ni dh btule2 dlema dh ni, kalo dpikirkan sgt tanpa panduan & dorongan yg jels memg blh terbalik kpala ni. maslah, memg x lepas dr hidup, n terkadg, sesuatu yg bukn hal kita pn kita pkir, memg dh dri bergelar insan, hidup bermasyarakat, ber'komuniti' facebook , frens sje dh beratus, beribu, mane x bermasyarakat?? tp xpe, fikirlah untuk kepentingan ummah. x mnjadi satu kesalahan , still menepati adab2 berfikir.

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"at-taubah:" 104

alhamdulillah, ana tgok dlm ramai2 komuniti facebook, dh banyak group yg dtubuhkan untuk tujuan dakwah, 'cinta Allah cinta abadi', tarbiyah, republic cinta kerana Allah, dll..macm2 la. x terlepas juge golongan2 pendkwah yg mnubuhkan group untu melancarkan program dakwah, alhamdulillah , sesuatu yg patut dsyukuri.. then ?? ape masalahnye?
laman sesawang, dunia d hujung jari. subhanallah, ana kurg berkenn ble ada dlm kalangan yg kurg menjage ikhtilat, ye , memmg btol la, --ikhtilat-- persoalan yg pling sukar untuk drungkaikan, tp jawablah ia dgn iman & tawakal kpd Allah, itulah sebaik2 penyelesaian.

>iman & tawakal<
jika dri mengundang fitnah, berhubung dgn yg bukn muhrim melalui komen2 @ mesej @ chat dll TANPA SEBARANG MATLAMAT yg jelas, adakah layak untuk kite dkatakan beriman? bimbang, bimbang ana. pd sahbat, sahbat akhowat au ikhwah. kite insan khilaf, ''insan'' -- lupa kita pd perintah Allah, lupa kita pd perkara yg blh mengundang dosa, mengundg alpa, mengundg lalai. kdg2 kite terlalu asyik mngejar dakwah, hingga yg syubhah kite anggap sbagai dakwah, fikir2kanlah, kita insan khalifah, insan dakwah, x pernah berdosakah?? wallahua'lam, hanya untuk yg mahu berfikir.




ape yg penting, Allah dlm jiwa, Allah d hati, semangat ber"tuhan" yg ada dlm diri. setiap kelakuan, ada DIA. insyaAllah

syukur.
Alhamdulillah, ya Allah.
syukur, kadg2 kite lupe untuk bersyukur. kite punye sahbat seperjuangan, sahbat sefikrah, tp sewenang2nya melukakan sahabt, tegarkah kita? kite x sdar, yes, betul.. memang kite x sdar, bab2 perasaan sahbat kite tolak tepi. tp knapa? katanya, persahbatan ats dasar iman, dasar dakwah. tp ramai yg x sedar, semangat dkwah blh melonjak kerana SAHABAT,tp blh juga merudum kerana SAHABAT.

"sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara keduanya dan bertakwalah kpd Allah agar kamu mndapat rahmat" ---al-hujurat:10

insyaAllah, biarlah kita yg berdakwah ni mndamaikan, bukn yg memulakan persengketaan.
mesti kalian pernah dengar, "biar hilang rakan dlm berjuang tp jgn hilg sahbat seperjuangan". perjuangn, memg mendambakan pengorbanan. (^^,)
jagalah HATI sahabat! [kesimpulannya] demi ISLAM jua, insyaAllah

bimbang,bimbang, bimbang.
hati, tingkah laku,iman. sgt2 berkait rapat. dlm melayari perjalann hidup sehari2an, terlalai,terleka memg ada. mge hidup stick dgn YG ESA, itu yg utama. memg jawapannya, satu.. IMAN, AMAL, pd ALLAH.
sebb tu , ble dtanya, apa tips2, x lalai, x berkomplot ngan maksiat.
SOLAT!

"..sesungguhnya solat itu mencegah drpd perkara keji & mungkar..." al-ankabut:45


yap! nampak mudah, simple. nk buat , nk hayati,perlukan komitmen. kesungguhan, keikhlasan. tp semangat untuk buat lg susah nk dapat, hanya yg terpilih, & insyaAllah, kita..




KIAMAT sudah dekat, bersediakah kita? time is precious, mge Allah reda waktu2 kite d bumi yg fana.
fenomena2 dunia cukup mengajar kita : gempa, konspirasi, tsunami, banjir dan sebagainya. tp brape ramai yg menginsafi? berapa ramai yg masih terleka? x percaya dgn janji Tuhan, janji Allah pasti tiba, Kiamat akan terjadi.

"sesungguhnya org kafir sama sahaja, engkau beri peringatan @ tidak, mereka x akan beriman" al-baqarah : 6

masih terleka? x sedar??
al-mukminun : 97-118. wallahua'lam. mge tenang d bumi Tuhan, mge tenang membaca ayat Tuhan, mge Allah redha,mudah2an. insyaAllah.

HR::
-takwin way'ul islam? masih kurg jelas dgnnya, ada sahbat2 blh menerangkan? [sekadar bertanya]
-degup jantung x teratur : debaran test jpj & result :-)
-kecewa _=( .. x mampu hadir walimah abg kpd kim.
-tanda2 kiamat dh dekat, kita masih berpusing2 kepala memikirkan hal dunia, hal akhirat entah ke mana, memg kdg2 terfikir juga, tp sejauh mana?? memg,, kite insan!
--------------------------------------
"& jgnlah kamu berasa lemah & bersedih hati, sesungguhnya kamulah org yg pling tinggi darjatnya jika kamu org yg berIMAN" ali-imran : 139.
insyaAllah!
cemerlang pn ya, x cemrlang pn ye, ada hikmahnya, jgn bersedih,berduka hingga lupakanNYA. jika x dapat menawan dunia, mge dpt menawan syurga d akhirat sana. tp lazimnya, yg mengejar akhirat, Allah bantunya d dunia, yakin dgn janji Allah, semestinya. ilalliqo' fil jannah, insyaAllah. >__<

Sunday, March 13, 2011

beruzlah lagi?? ber'ilmiah' dlu~~

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

alhamdulillah, wa nasykurullahil 'adzim, ba'da rizquhu fil hayah..
salam ukhuwah mahabbah buat sahabat2 yg drindui kerana Allah :)

ingin beruzlah lagi? bahaye ni, terhenti kerja dakwah susah plak.
xpe, insyaAllah, uzlah ni salah satu dr bentuk muhasabah shj, hanya menyepi dr facebook yg mgkin membuka pintu kelalaian walau seketika cuma.

bahan2 ilmiah masih tetap dtelaah (^^,)

ketentuan Allah pd hambaNya, x ramai yg mahu mengambilnya sebgai hikmah . ramai yg mengambilnya sebagai nasib. nasib x baik, nasib buruk , nasib malang.
bukankah Allah sudah menjanjikan nikmat setelah dtgnya musibah??

anggaplah smuenya sbgai ujian, bukan hukuman. setiap perkare. cari, teroka hikmah d sebalik itu. Allah x sepi dr hamba2Nya.
surah qaf: 16.

ana mahu kongsikan perkara ilmiah kali ni sebenarnya, yg di ats tu cume tazkirah ringkas :)...

bagaimana mahu fluent berbahasa Arab??

  • kesedaran [sejauh mane kite sedar pentingnya bahasa Arab. ] its a sunnah, ok.
  • muhaddasah [pebualan sehari2an, praktiklah bersama sahabt2. yg ni , sahbat2 yg turut same ber'kesedaran' dperlukan la]
  • hafaz kalimah baru [umm,, kite ni, lepas habis p&p kat skolah, ade mentadabbur BA x?? jarang sekali, kan] at least satu kalimah sehari pn ok, kan
  • mustamir --berterusan [ ok, ble dh mentadabbur kalimah2 baru, mesti berterusan, baru melekat d kepala ni,ha..]
  • malu bertempat [ yg ni, ble time ada ketika, kite dmnta membentgkan hasil in BA?? nk ternganga dbuatnye. baiklah, d sini, jgn malu!! hentam sjalah, setiap perkara perlukan satu sesi percubaan, la takhjal!!]
  • wujudkan bi'ah -- suasana [ yup, ini hanya dpt dwujudkan dlm kalangan sahbat2 yg ber'kesedaran]
  • yakin kemmpuan [lihat, dengar syeikh2 @ sahabat2 yg cair berbhase Arab, rse kerdilnya dri. tp, thu x kite yg kite pn mampu?? hanya Allah yg tahu, n hanya kite yg perlu, perlu ape?? usaha !!! chaiyokk,, arab ! arab! wait me . ana mau kejar bahasa ni ] insyaAllah, biiznillah jge.
  • doa [yerp...muslim, mukmin. jgn leka untuk berdoa. "doa senjata mukmin" ud'uni astajib lakum!! al-ghafir:60



ok, thats sdikit sebanyak perkongsian. insyaAllah bermanfaat same2 & hanya untuk yg ber'kesedaran", ye.

inilah yg dkatakan, kate cinta, tp apa buktinya. hmm,,, ble dtanya, suka x BA?? eh, mestilah, bahasa syurga tu~~ wow!! hujah siap! tp tadabbur x? habis skolah, cube tanye brape ramai pegang buku BA, surf internet untuk cari insya' BA macm time nk exam dlu, dgr brite BA d al-jazeera... berape kerat yg angkat tgn?? nope! nggak ada, pkir2knlah, sahbat smka sekalian ye. syangilah madah Arab anda!! mge bermanfaat untuk akhirat kite juga. sunnah2.. bhase syurga, bahase quran.. then , ape lgi??? yg pasti Allah redha, insyaAllah :)

HR::
-mule mendpt kesedaran ble ada yg tanye ape 1900 dlm Arab, ana x dapat jawab!! blurrrRRRR...zzzzzzzz... truk2, dr dlu lg memg lemah bab2 nombor ni. jawapannye: alfun wa tis'u mi'ah.. :-) like3...malu pn ade, kesedran dh ade, kire ok ye.
-insyaAllah, same2 martabatkan bhase Arab, bukan pak Arab , ye,,
-bittaufiq wa najah untuk spm 2010, ulamak saintis sekalian, n juge sahbat2 d imtiyaz, mrsm, sbpi, maahad, ilal akhor.. ramai sgt sahbat :-D
[kawan biar beribu2 juta2, kan..
-ana x sertakan ayt2 alquran d cni, lihat sejauh mane kalian merujuk quran, mge beroleh ketenangan.
-wallahua'lam, nk beruzlah dh (^^,) akan kembali, ta'kidul hal, biiznillah..

Sunday, March 6, 2011

mengagumi Ilahi,, (^^,)




lihat ke langit.. ape yg ada d sana? tahukah kita rahsia langit??













langit yg x bertiang, x bertali, bagaiman Allah aturkannya sebegini?? adakah dgn strategi,?? kehebatan teknologi?? tidak sama sekali, inilah kekuasaan hakiki.. hanya dgn iradatNYA, kita d cni, merenung ciptaan agung Ilahi.

subhanallah!!





imam syafie = dia ibarat kesihatan bg manusia & mtahari bg dunia, masih ada yg lebih baik drpd itu?? --imam hanbali




"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"at-taubah:" 104















langit ilahi~~~ hakikatnya, d mana2 kita berada, kita d bawah langit ilahi...




HR;;
-hamiz is now in photographing mode :)
- hanya mengagumi ciptaan indah Allah taala, lihatlah, pikirlah, yg xde keje nk wat, kluaq rumah tgk langit mge ada ganjaran pahala d c2, insyaAllah
-same2, "mentarbiyah untuk dtarbiyah" ..RAsulullah sbg qudwah terindah., insyaAllah
- waiting for SPM result! menghitung hari,,,
" Ya Allah, Kau kurniakanlah sebaik-baik kesudahan kpd kami & sahbat2 kami, mge kami peroleh kecemerlangan dlm SPM, terus menggembirakan permata2 hati kami: ibu bapa, guru2 , sahbat2, & AGAMA, insyaAllah,,
--wallahua'alam..