Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

itu ialah kamu.

kadang-kadang kata tak seindah kelakuan,
kata-kata tak sekuat perasaan ,
sekali teruji seolah-olah meruntuhkan iman di hati,
namun tatkala mendengar ayat-ayat Tuhan ,
jelas! tersirap ketenangan hakiki,
abadi~
keimanan ? ia datang kembali , menjengah, membisikkan tarbiyah Ilahi,
Allah telah memilih , sebahagian dalam kalangan manusia ,
yang sebenarnya Dia kasih dan cinta,
dan insan dina itu ialah kamu,
pemangkin generasi dakwah,
yang kiranya bisa menegakkan syiar Islam di bumi bertuah,
membawa manusia menuju Ilah ,
menangkis kerikil-kerikil jahiliyah .

namun , kadang-kadang diri terasa lemah,
seolah-olah insan itu bukan kita,
bukan begini yang Allah mahu,
aku lemah, aku jahil, aku tidak tabah!
kenapakah yang keluar dari mulutmu, hanya omongan kosong tanpa titik tolak muhasabah?
sedang Allah ciptakan manusia adalah sebaik-baik kejadian,
tiada yang lebih , tiada yang kurang,
tapi kini, jahiliyah itu berkembang,
meratah hati remaja sekarang,
sedang mereka ialah insan yang sepatutnya dikader sebagai pejuang,
bukan hanya meniti usia ditelan zaman,
dimamah kealpaan.
ayuh, insan..
bangkitlah segera dari lena yang panjang.
sebenarnya yang diseru untuk menjadi pejuang,
itulah kamu, pejuang ISLAM !
generasi al-fateh! bangkit! :-)

surah al- Hajj , ayat 78 .
"DIA telah memilih kamu~ "



kejayaan tidak datang bergolek,
ketenangan juga tidak datang tanpa diundang,
apatah lagi keimanan dan hidayah Tuhan, perlu dicari , bukan dinanti.
salam sayang, meniti hari .
moga keimanan terus mengisi hati,
agar tidak kosong hingga hilang pedoman diri.
moga Allah redha kasih; kerana Dia. :-)


markaz lughoh. 9.18am :)

Tuesday, March 29, 2011

marahkah kalian? kecewakah kalian, punye insan kegagalan?

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104







senyap.diam.kaku.
tiada khabar. tiada berita. tiada sapa.
mengapa? izinkan dri bertanya. kecewakah kalian? marahkah kalian?
kesalkah kalian, punya insan kegagalan?
sungguh! tatkala kekecewaan, rse seperti dunia bukn lg milik kita.
rse seperti smue murka , Allah murka, manusia apatah lg.
tp jgn salah tafsir. jgn salah anggap. kasih sayang Allah, x pernah tersalah tempat.
kadang2 dtunjukkannya melalui ujian. ujian kejayaan, ujian kegagalan, ujian kasih sayang, ujian persahabatn, semuanya.

sebb tu. aku x bimbang, aku x gusar. aku x goyah. Allah bersama! aku tahu itu.
kerana itu aku kuat.
tp aku musykil, aku hairan. sebb tu aku inginkan kepastian. marahkah kalian? smpai tiada khabar yg menyapa? tiada kata menerpa? walaupun sepucuk kata pena? susah benarkah?

kecewa? terasa? apa hak aku? aku cume insan alpa, insan hina, insan dhaif yg x punye apa2.
mungkin sudh tiba masanya.
aku harus sedia, menerima segala.
x semua yg diingini, disayangi. dihajati akn jd realiti, kan. aku tahu itu! :)
sebb itu aku kuat. sebb ada DIA.

hal kalian, aku redha, pasrah, terima seadanya. selagi ada DIA, pasti ada kita yakni ukhuwah yg x berpenghujung, hanya keranaNYA.
yg utama, maafkan aku, kerana aku, kalian kecewa!

--sekadar nukilan--
-hAmIz RuSlAn-
hamba Ilahi, mge Allah reda.

HR
-ntah apa2 punye puisi, kalian= anda bebs menafsirkan apa. :)
-puisi memujuk hati. sunyi :)
-selagi ada DIA. kecewa pn blh bahagia. yakinlah!
-Allah sntiasa uji..... jgn takut, Allah bersama, padaNya, ada jalan keluar. :)
- ujian ku ((alhamdulillah, berpuas hati dgn angka 8 )) like3..
wallahua'lam. mge Allah redai kita semua. berbahagialah, wahai hamba.