Sunday, June 1, 2014

Syahir Hamidi ; terkubur jasadmu di usia muda.

Pada 1 hb Jun 2014, Maghrib.

"Mijah, tahu ke x lagi berita terbaru?"
"Berita?"
"Meninggal"
"....."
"Ey " (panggilan manja untuknya)
Tersentak. Baru 2 hari lepas aku ketemu dia. Innalillah.

***

16 tahun. Cukup muda.
Kemalangan meragut nyawa di Klang.
Allah knows best.
Bila lagi mahu menzahirkan sayang, kalau bukan sekarang.
Cukuplah sekadar doa akutitipkan buat sepupu tersayang.
Kamu sudah lepas hidup di dunia. Tuhanmu memanggil pulang.
Pergilah engkau dengan tenang.

Tahan sebak tangis di dada.
Sedih mengenangkan cinta kasih ayahanda dan bonda.
Anak ke-3 daripada 4.
Masih segar di ingatan gambar hari raya, kau selalu ada.
Selalunya aku yang tiada.
Tahun ni, aku tiada , kau pun tiada.

O' Allah, bless Him as You pleased.
Al-fatihah.




"He died in an accident in Klang"
Arwah Syahir Hamidi.
Pahitnya nak taip. >_<




Kita bakal menyusul. 

***
Pernikahan & Kelahiran.
A: "Tahniah, Barakallah ... "
B: "Terima kasih. Awak bila lagi?"

Kematian.
A: "Takziah. Al-Fatihah. Moga awak tabah"
B: " InsyaAllah.."
{Awak bila lagi?} -sama ada ni ayat sarcasm atau ayat keinsafan. Boleh try-

3 perkara yang pasti kita ingat 'setting'nya; Kematian, Kelahiran dan Perkahwinan.
Kecuali kelahiran: Perkahwinan dan Kematian bisa berlaku sama ada di usia muda atau tua.
Redha atau tidak, perkahwinan ialah benda yang tidak pasti sempat berlaku atau tidak dalam kehidupan, tapi kematian ; terlalu pasti untuk dinafikan..

***
That day i'm just acting like a child. Waiting for the phone call and tell me that he is still alive. Just a wish. Innalillah.
We still need to stay strong. Al-Fatihah .


Saya Cinta Awak






"Dia lelaki jahat. Dia kata dia cintakan saya, tapi dia tinggalkan saya. Saya cintakan dia sepenuh hati saya. Dasar penipu ! Ahh.."


Keluhan si gadis cantik. Remaja. Oh cinta ! Mudah-mudah ia dilafazkan.
Berapa ramai, couple dan putus tiap-tiap semester . (eh?) :)
Cinta ni bukan benda mudah nak define.
Sebab tu aku setuju kalau kata cinta itu selepas nikah.

Banyak tekrif cinta yang aku dengar.
"Cinta itu apabila kautak tahu kenapa kaucinta. Sebab kauhanya cinta the way he is. Tanpa sebab , tanpa syarat. Allah yang bagi"
"Cinta boleh dipupuk. By time. Dan boleh berubah, by time"
"Cinta itu memberi dan memaafkan"

Fuhh... Yang last. Means so much untuk aku. 
Sedalam-dalam cinta kau pada manusia, takkan mampu tandingi cinta Allah pada kau. 
You know a fact...

"Dia tinggalkan saya. Saya cinta dia sepenuh hati, sampai hati dia buat saya macam ni"
"Betul awak cintakan dia?"
"Ya"
"Saya kata tak. Awak belum cintakan dia"
"Eh? Mana awak tau? Awak ingat saya tipu?"
"Kalau awak cintakan dia sepenuh hati awak, awak tak kisah apa yang dia buat pada awak. Bahagia dia bahagia awak, derita dia derita awak. Amacam?"
"Maksudnya?"
"Macam Allah swt cintakan awak. Awak perasan?"
"......."
"Kita banyak dosa, kan.. Tapi sebab Allah cintakan kita, Allah bagi lagi nikmat yang banyak pada kita. Tak kira betapa banyak dosa kita pada DIA; besar ke , kecil ke.. Dan, bila kita tersedar hidup berTuhan, kita bertaubat pada DIA. Apa respon Allah pada kita? Memaafkan."
"Itu bukti cinta. Memberi tanpa syarat. Dan memaafkan. "


Allah swt sentiasa cintakan hamba-Nya. Tapi hamba-Nya payah nak sedar. Setiap kali dapat dugaan , terus kata hidup tiada erti segala. 
Come on, kausedang bernafas! Itu tanda cinta Allah. Mahu apa lagi?

Ini orang kata, Hasbunallah Wa Ni3mal Wakeel.
Cukup. Cukuplah DIA..



Lately, ramai orang kahwin. Musim cuti sekolah. Moga bahagia sampai syurga.
Korang yang dah lepas ni, doa-doakan lah yang belum lepas ni.. :)

"Biar sendiri hingga hujung nyawa, 
Asal tak sepi dari kasih-Nya"
>.<
Alasan. Malas pikir lagi. Belajar dulu, dik..

***
Saya CInta Awak. 
-Bukti?
Saya beri apa yang mampu saya beri, dan saya maafkan awak so kita boleh sama-sama baiki diri.
Baru Allah sayang macam ni :)
- ^^