Thursday, July 19, 2012

titik hitam dan putih sampai sekarang

masuk bulan ni , 20/7/2012 . campur-campur , bilang-bilang hari dah tinggal di bumi Jordan selama 10 bulan 5 hari . Allahh.... dekat setahun !

perubahan = errr....
ilmu dah cukup tak ? = errr... boleh la~
bahasa arab , cair dah? = syuwaiya , syuwaiya (sikit-sikit) ...
isu semasa ? duk negara arab , arab spring apa khabar ek? = ohhh.... dah habes dah ,kan arab spring ? =_=
keimanan ? = tak boleh ukur la
aqidah ? = ........... untuk diri sendiri boleh la insyaAllah , untuk debat dengan orang yang tengah perjuangkan fahaman sesat , tak berani lagi la .. tak cukup ilmu lagi .
 hah , set!

tengok , nampak tak kat situ .. "tak cukup ilmu lagi " . habis , 10 bulan 5 hari tu apa yang hang dapat ? pejam celik pejam celik , jaga lepas tu tidur balik , belajar ; masuk kelas bukak buku , keluar kelas tutup buku , time exam bukak balik , bersengkang mata tuntut ilmu seolah-olah akulah yang paling mujahidah menuntut ilmu .

_________________________________________
payah , payah ..
apa pun , pointnya di sini nak cakap , masa begitu cepat berlalu . tanpa signal nak mengatakan bahawa masa itu akan pergi , ia tetap terus berlali tanpa amaran . kita yang tak sedar . masih bersenang lenang . layari facebook , berblog errrrr , stalking orang , bual-bual kosong , konon nak rapatkan ukhuwah tapi makan masa sampai berjam-jam . itu memang 'kosong' lah~

Allah panjangkan umur sampai sekarang . malam ini , malam first Ramadhan Kareem di Jordan . alhamdulillah . sempat juga merasa . tapi dalam gembira dan suka , ada yang berduka . ada yang tak sempat pun nak puasa tahun ni . siapa sangka tahun lepas ialah ramadhan terakhir beliau ? . bapa saudara kepada seorang sahabat . umur 50++ dijangkiti virus ' kencing tikus '
 , kurang seminggu tak sedarkan diri di hospital , dan hari ini disahkan meninggal dunia . jam 7.20+pagi waktu Jordan dan 12 + tengah hari waktu Malaysia . innalillah .. takziah dan al-fatihah untuk beliau dan keluarga . Allah tarik hamba-Nya kerana DIA sayang ~
___________________________________________
saya dah berjaya !
berjaya hadapi hidup berpancaroba sehingga hari ini . banyak betul mehnah dan tribulasi sebelum sampai ke angka 10 bulan berada di perantauan . alhamdulillah , tanpa ibu bapa di sisi , yang ada cumalah kata-kata mutiara semangat dan taujihat daripada mereka melalui laman maya , ataupun panggilan telefon . Ramadhan ni , Ramadhan pertama . berdikari segala-gala . emosi . perasaan . makanan sahur , makanan berbuka . tarawih berjemaah . semua dengan 'keluarga baru' . alhamdulillah ada keluarga kat sini , kan ?
____________________________________________
PERMAI . semoga terus Permai .
musim panas .
banyak kes jenayah melibatkan orang Malaysia .
rompak . raba . gangguan seks . diekori . cubaan pecah rumah .
huh~ scary~~~

tiadalah sesuatu itu terjadi kecuali dengan izin Allah . insyaAllah .
usaha dan ikhtiar dengan kerjasama daripada syabab perkasa Irbid . semoga Allah tunjuk jalan keluar atas segala macam permasalahan .
setakat ini , hampir semua kes yang berlaku hanyalah cubaan . maknanya tidak berjaya . janganlah kerana dosa kita yang sedar atau tidak memecah benteng yang sekian lama sebelum ini menjadi penghalang kepada berjayanya suatu kejahatan . nauzubillah ya Allah ~

_____________________________________________
semoga Allah rahmati kami sang-sang perantau .
tiada hati yang lebih tenang melainkan hati yang terikat dengan Tuhan .
amin .
Ramadhan , kami rindu . dan telah kami temui . izinkan kami terus menikmati . semoga dengan itu tersemat kukuh cinta Ilahi di hati kami !
jom promosikan , setiap nafas ialah ....
IBADAH HANYA PADA ALLAH ...

hamiz ruslan ukht . ~ srikandi fateh ! [lame tak guna nickname nih ]


Sunday, July 15, 2012

pesanan untuk kalian , pemuda agama !

perkongsian daripada senior di Mesir .
terima kasih! ^^
% sama sama ambil istifadah %

antara wajibat pemuda ::

1. mengamal wirid harian
2. membaca alquran dengan suara yg baik
3. mengkaji sejarah
4. menjaga kesihatan
5. jangan banyak sangat minum syai *tea
6. menjaga kebersihan
7. bercakap benar
8. menepati janji
9. berani - berani mengatakan haq, menjaga rahsia, mengaku kesalahan, mengawal diri ketika marah
10. jiwa tenang
11. pemalu- mempunyai perasaan yg halus, mudah terkesan
12. merendah diri tp tidak menghina diri
13. adil
14. mempunyai hati yg kareem, pemaaf lembut
15. pandai membaca dan menulis
16. aktif :meskipun kaya mesti latih diri untuk berniaga
17. jangan mengharapkan bekerja KERAJAAN *jalan rezeki paling sempit
18. menunaikan kerja dengan jayyid (berusaha)
19 .menunaikan haq
20. jauhi judi
21. jauhi arak
22. berkhidmat untuk kebangkitan Islam
23. menyumbang harta untuk kepentingan dakwah
24. boleh simpan wang walaupun sedikit *kecemasan
25. menghidupkan adat islamiyah *salam,
26. sentiasa mengingati akhirat & bersiap sedia menghadapinya
27. mendekatkan diri dengan Allah dengan beribadat
28. bersuci & sentiasa berwudu'
29. menjaga solat, solat pada waktunya, berjemaah di masjid
30. tunaikan haji
31. mempunyai niat jihad dan mati syahid
32. sentiasa memperbaharui taubat menhindar diri dari dosa kecil & besar
33. melawan nafsu
34. jauhi khamar *arak
35. menjauhi diri dari orang fasik & tempat maksiat
36. jauhi sifat suka berfoya2
 37. menyebakan dakwah di mana2 tempat
38. mempunyai hubungan rohani yang tinggi  :: mengangap diri sbg JUNDI!

p/s : lupa nama kitab dye..tp yg pasti karangan syed hawa (ulama' dr suria)

---yang baik patut dikongsi --
semoga Allah bantu imtihan seterusnya .
-aku mahu kekal di sini - =_= x nak kena inzar , please. need to struggle more.
insyaAllah !


 Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya .
takdir Allah itu kerap mengikut sangkaan manusia .
sebab itu , kadang-kadang , merasakan diri tidak mampu dan lemah lebih berbahaya daripada menjadi orang yang gagal !

kalau gagal , boleh bangun balik ,

kalau negative -thinking , susah nak dapat optimis !
ni , IMAN dalam diri ni kena check balik . .
semoga bertambah iman semua , usia dah makin tua .
salam RAMADHAN yang diberkati dan dinanti . [countdown ; 5 hari]
-hamiz ruslan -

Tuesday, July 3, 2012

imtihan ; takut je lebih.

Pesan kepada hatimu, bahawa takut untuk menderita itu "lebih derita" berbanding sebuah penderitaan. Takut untuk gagal itu "lebih gagal" daripada sebuah kegagalan. Dan takut untuk diketawakan (sebelum mencuba) itu merupakan sebuah tindakan mengetawakan diri sendiri.
-mbh.
ini bukan qaul ulama ke apa . ini pesanan dan nasihat daripada ketua batch kami .
semoga Allah sentiasa rahmati kita , walaupun dalam fatrah peperiksaan . kadang-kadang ramai orang , asyik sangat belajar , hingga lupa Tuhan . nauzubillah . semoga Allah beri kekuatan , untuk terus beribadah . belajar, sambil bertambah taqwa . sepatutnya begitulah! .
kita kadang-kadang takut je lebih tapi usaha tak seberapa . 
tension itu perlu bila ia boleh beri benefit pada kita . kalau tension dan tekanan sampai tak boleh buat kerja , tak bergerak pun kita , baik jauhi rasa tu .
Allah , permudahkanlah! ...amin
imtihan , exam , ikhtibar , peperiksaan , ujian ...
8hb julai 2012 , it starts!