Tuesday, July 12, 2011

kepulangan yang tak dinanti

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

alhamdulillah. sampai rumah setelah hampir 2 jam perjalanan dari KT ke Paka. [dekat je pun, tapi naik bas]

kepulangan yang tak dirancang. mungkin satu ketidakselesaan untuk mak ayah. ye ke? xde la, sebab masing-masing ada agenda tersendiri , tak 'expect' untuk me'rai'kan anaknya yang ini. sedih? entahlah, bila difikir-fikir balik, semenjak dua menjak ni, banyak cabaran tentang hidup 'berdikari' . mungkin ini aturan Allah untuk saya lebih bergantung pada Dia, mungkin. betul. bagi saya [pendapat peribadi] , kalau kite stay jauh dengan family, terutamanya mak ayah, pergantungan kita ialah pada Allah. boleh rasa perbezaan tu. itulah... kadang-kadang , jika tidak fikir secara positifnya, susah mahu menerima- rasa macam di'asing'kan. *terasa tak bertempat!!

sebab itu, perlu koreksi diri motivasikan diri. suka untuk saya katakan
-- sila sayangi diri, dengan syariat yang pasti --

heh~ apa kah? sekadar memujuk diri. jika tiada yang menyayangi, cuba sayangi diri sndiri terlebih dahulu. dan sayangi diri di sini, bukanlah pentingkan diri, selfish dan sebagainya. tapi ''dengan syariat yang pasti'' . sayangi diri dari terjebak dengan murka Allah. rasanya tidak silap , *solat, puasa, hablun minallah, hablun minannas.. smuanya dituntut.. Ahh.. kadang-kadang, tertanya-tanya, kenapa sebenarnya diuji sebegini.
t-e-r-a-s-i-n-g
perit! tapi itu tarbiyah. dekatkan pada Ilahi. biar menangis kerana sepi di sini, tapi bukan sepi di akhirat sana. harap punya CINTA Allah & RasulNya di sana. insyaAllah.
ujian yang mendatang, kita tak pernah tahu, bahkan, nak menjangka pun susah sebenarnya. jadi harus jadi kuat,, pasti bisa!

"yaAllah, kurniakanlah kami kekuatan, sebagaimana kuatnya Rasul-Rasul ululazmi."


hakikat ## kitalah duta agama, apatah lagi yang mengambil jurusan agama. subahanallah. takut sebenarnya, tapi insyaAllah.. Allah jadikan kita sebagai khalifah di muka bumi. & tidak Allah membebani seseorang, kecuali dengan sesuatu yang ia mampu.

'biar kecil dipandang manusia, tapi tak hina dipandang Yang Esa'
ya Allah, kupinta moga prinsip ini di hati~

keistimewaan, kelemahan .
macam mana , ya mahu ditakrifkan. Allah Maha Adil. kita kagumi seseorang. wah3.. perfect! tak ada cacat cela. tak pernah dengar sesuatu tentang dia, melainkan 'kebaikan' . alhamdulillah, sebenarnya rasa bersyukur juga, punyakenalan sebegini, setidak-tidaknya boleh dijadikan contoh teladan. tapi tatkala terdetik rasa iri, itulah yang takut sebenarnya. moga Allah beri kekuatan, untuk jadi sebaik 'dia' & dihindarkan segala kelemahan yang terzahir @ terlindung.

buat sahabat-sahabat & diri, sedarlah! kita ini hebat! kegagalan pertama tak menjanjikan kegagalan kedua. tapi, kejayaan yang tertangguh . insyaAllah. tapi mujahadah itu perlu ^-^

kepulangan.
mengaharapkan pembalasan dari manusia, memang tak akan ke mana. sebagai manusia, sewajarnya, berpegang pada DIA. yakinlah, Allah sentiasa mengalu-alukan hamba, ^^.
surah al-fajr , 2 ayat terakhir [ mungkin kalian boleh rujuk sndri,ya]

''&masuklah ke syurga KU ''

~ uhuk3, tak sabar.. tapi layakkah?? insyaAllah..
"KAU tetapkanlah hati kami pada jalanMu. "





moga-moga... Allah pelihara, jauh di perantauan sana. insyaAllah.

{insyaAllah, perlu jadi anak yang kuat, berdikari, contoh teladan. bukan yang derhaka, tak dengar kata [macam kecik-kecik dulu] }
buat kakak, abang-abangku... --kubutuh contoh daripada kalian sebenarnya.. . . .

m-u-j-a-h-a-d-a-h
impian setinggi al-fateh. keluarga. insyaAllah nantikan kepulangan , kalau bukan sekarang, 4 tahun akan datang, dengan izin Allah.

HR---- jika Allah, Kau 'jemput'ku mendahului yang lain, kumohon, al-ahya' dilembutkan hati ke jalanMu, dan moga secangkir FATIHAH mengiringi--
syukran atas segala pengorbanan kalian, keluarga, guru-guru, sahabat, muslimin muslimat seluruhnya. uhibbukumfillah. moga Allah pertemu, ke syurga semuanya. amin...


moga kepulangan kita nanti ialah kepulangan yang dinanti~ insyaAllah

Saturday, July 2, 2011

cantiknya.. mesti mahal !

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

sudah mnjadi fitrah & naluri manusia, mahukan yg cantik. jika yang mahu bersolek, mahukan yg terbaek, dandanan terbaek, mak andam terbaik. jika yg mahu berlaki , mahukan yang tampan, biarlah lambat, asalkan puas hati, dipuji2 orang. jika yang mahu beristeri, x kurang juga gayanya, mahukan yang cantik, yang solehah no. 2 . yang penting rupa. [ heh~ sesetengahnya , mungkin ] . tp itu fitrah, bukan menjdi kesalahan , sebenarnya. tp tengoklah apa syariat Tuhan.



baru-baru ini, saya ada melihat sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan pulang dari pasar malam. kereta... cantik !! lalu terlepas dr mulut saya
" lawanya.. mesti mahal ! "


memang kebiasaannya , begitulah. mahu yang cantik2, tentu mahal. tapi bila saya fikir balik fenomena yang berlaku sekarang. yang cantik & mahal tu sebenarnye hanyalah 'benda ' . dan biasanya 'benda ' yang original sahaja yang mahal. jika dah diguna dan dijual secara 'second-hand' harganya dah kurang, walaupun dr jauh nampak sama lawa, sama padan shj dengan yang ORI.
tp kalau dinisbahkan pada WANITA. tak semua yang cantik itu mahal. dengan mudahnya susuk tubuh , muka yang cantik ditayang2. tak kurang pula, mudah dipegang2. diajak berbual2 tanpa tujuan, apatah lagi.
ini yang buat saya rase tersinggung sendiri bila saya tuturkan " lawanya, mesti mahal! " sebab hakikatnya wanita tak begitu.. lebih murah daripada kereta yang hanya buatan manusia.

sedangkan wanita , buatan YANG ESA. sudah digariskan panduan di mana batasan aurat, ikhtilat, muamalat perlu dijaga, barulah harganya , mahal x terkira.
betullah perumpamaan tentang wanita. ; yang tertutup itu indah. sedangkan intan permata disimpan di bekas kaca, maruah wanita apatah lagi.

dan boleh lah saya katakan, untuk wanita.
" solehahnya, mesti mahal !! "
mungkin ini baru sesuai !! ^-^ V .. yang solehah pula, bukan hanya pada penampilannya, tapi biarlah pd akhlak dan pekertinya juga. insyaAllah. mudah-mudahan.
& kepada Rijal, moge bertemu nisa' idaman yang bisa menjdi pendamping urusan kalian dunia akhirat.
dan kepada nisa' , jangan gusar andai rijalmu belum tiba, mungkin Allah sedang membentuk ia supaya datang kepada mu, dalam sebaik2 keadaan . insyaAllah.

"yang dicari bukanlah putera raja, tetapi, biarlah putera agama. yang diimpi, biarlah tak punye rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, cantik segala-gala , asalkan sihat rohani & hati. yang diharap bukan jihad pada semangat semata2 ,asalkan perjuangannya punya matlamat ke syurgaNya. yang dinanti , bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia keranaNya . dan yang akan terjadi , andai tak sama dengan kehendak hati, insyaAllah, ku redha dengan ketetapan Ilahi. "

"..ya Allah, jadikanlah kami pemimpin orang yang beriman "/

wallahua'lam.

HR

:-) * senyum sahaja *