Tuesday, May 10, 2011

persahabatan muslimin & muslimat, wujudkah?

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

:alhamdulillah:
pagi yg tenang, indah. buat para hamba pd TUHAN PENCIPTA ALAM< bersyukurlah sehabis daya. mungkin ketenangan sebegini x lgi milik kita tatkala diambil nyawa oleh DIA, melainkan 'al-firdaus' mnjdi kediaman kedua, insyaAllah, itu semestinya matlamat kita, kan. :-)









peristiwa pembuangan bayi d sekitar MALAYSIA yg indah.
[indahkah kalau begini cara?]
*musykil


haa?? apo ni? gambar apo ni?
innalillahi wa inna ilaihi raji'un. benarlah, kita ini milik Allah, dan kepadaNYA jualah kita dkembalikan. tp dkembalikan dgn cara ini kah?
bayi2 ni blh tahan, x berdosa, tp mak bapaknya? Allahumma yahdi 'alaihim.
mge ptunjuk & hidayah jualah milik mereka.
mge Allah jauhkan diri kita , keturunan kita drpd generasi hina,. terkutuk yg sggup membinasakan bayi2 ini.

ada yg bertanya, manusiakah mereka?

ustz hanafi [dlm pogram halaqoh sentuhan qalbu semlam] jawab
" mereka bukn manusia, bukan binatang, bukan makhluk laknatullah iblis, ifrik, syaitan. bahkan mereka lebih teruk lagi!"
masyaAllah, wa nauzubillah.!!

bayi2, yg x berdosa, tp tanpa sekelumit belas, sanggup dibuangnya dlm tong smpah, mangkuk tandas, d mana manusia punya hati? nope! none !
ya HALIM, aku mohon kelembutanmu, jgn biar aku mnjdi sekejam ini.

tp memang!! bukan mudah mahu mengawal rasa, bukan semudah berkata-kata, bukan mudah ingin biar diri dihina, dicaci kerana punya anak luar nikah, punya anak tidak sah tarfnya. namun, tegarkah kita melihat bayi2 dbuang, dihambat sini sana. x tergamak! tp jika kita d tempat mereka. wa nauzubillah.
ya! x ptot salahkan mereka, mereka tertekan!
tp jika kita fikir soal ZINA! merekalah yg salah, mereka lah yg alpa... mustahil! mustahil, tiada larangan dr ibu bapa, tiada larangan dr sahbat2 handai meraka, tiada halangan dr guru2 mereka.

bukn kehendak diri untuk menuduh, untuk menghina, apatah marahi mereka. tp diri rase cukup kecewa, cukup terluka, lihat saudara sejenis bisa sejatuh ini. d mana kita sebgai org yg tahu ilmu agama, tahu salah & betulnya tatkala insan2 lain sdg hanyut dibuai ghairah. ah! terasa aku yg silap. terasa diri yg gagal membentuk masyarakat. jelas!! Allah melarang kita, JAUHI ZINA.







cumil!!
generasi demi generasi bakal lahir, bagaimanakah nasib mereka? semestinya ats bahu kita ! ___

mereka sepatotnya begini. disayang, dimanja, dibelai, diimpi dgn cita2.
diasuh mnjdi alim mujahid yg tahu erti keislaman sebenar , yg tahu erti jihad. yg tahu erti pengorbanan kelak. x mustahil, bukan. bayi yg sekecil ini bisa diajar dan dbentuk dgn akhlak al-Quran, masya ALLAH. sahbat2 muslimat [terutamanya ] yg saya sayang. jge akhlak , jge peribadi, mnjga marua diri x semudah menyimbah minyak ke dlm, semudah mencedok air dalam perigi, tp ia butuh pengorbanan yg x bertepi.
salam mujahadah, maruah ISLAM d tgn kalian!! :-) mge ALLAH pelihara hamba yg rncak menulis ini juga.

::tamat ::
tamat sesi muhasabah, gedabak pnjg nye.
:-)

hari ini, sekadar mahu berkongsi apa yg saya dapat dlm FB, mungkin ada dlm kalangan kita yg x terbaca kot.

insyaALlah, , hanya diambil dr penulisan sahbat di FB.

....................................

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.


wallahua'lam.


HR @ SF:

-segalanya dtg drpd Allah, jgn sewenang2nya, menghukum seseorg sbg x beriman, sbg cetek agama, x reti bahasa, tetapi doakan lah hidayah dan petunjuk buat mereka, sebb mungkin adanya mereka sbg ujian buat kita, dan mungkin bukn sekarang, tetapi kelak kita bakal diuji dgn perasaan untuk melakukan apa yg x sepatutnya kita lakukan. sebb itu, perlu sabar, sabar dr melakukan maksiat kpd Allah. itu lah nilainya mujahadah !! selamat beramal! mge ALLAH redha.


wallahua'lam. HE KNOWS BEST. tegurlah andai saya tersilap kata. jgn smpai ALLAH murka. salam mujahadah!

masih mengimpi

srikandi fateh







Thursday, May 5, 2011

SRIKANDI FATEH "ABIDULLAH

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

alhamdulillah, bertemu kembali di blog picisan ni. mahu teruskan pembacaan @ tidak, semauanya bergantung pd kalian. jika dapat mengambil sedikit sebnayak 'ibrahnye d cni, saya harap anda teruskan . :-)

2 jumadul ukhra 1432h
dbangunkan lg hari ni, dberi kesempatan untuk post d blog, d kala yg laen, mungkin ada yg tidur, ada yg sudh x berpeluang menikmati dunia fana, mge beroleh kesempatan sebaeknye d lorong syurga , insyaAllah. bgun2, teringat pd arwah bapa saudara, tidak berkesempatan berdakwah bersama mereka. :)
Al-fatihah buat bapa saudara yg pling dsayangi -- HASYIM BIN HAMZAH . 9 years past, still missing him ~

selesai muhasabah, insyaAllah...

::SRIKANDI FATEH "ABIDULLAH ::
hurrmmm.. entahlah, tibe2 terlintas d benak saya [dgn izin Allah jua] untuk tukar nama pena, kepada nama d atas.
"masyaAllah, nama... " jgn nama shj terkesan, tp x sehebat tuan "

heh~ msti pelbagai andaian yg timbul, pelbagai persoalan berbangkit [@ saya shj yg perasan ?? n_n ]
insyaAllah, saya anggap ini sbg salah satu cara untuk 'shift my paradigm' . nk buat anjkan paradigma, knelah berkorban segala2.
"mengapa asal ada perjuangan., perlu ada pengorbanan?"

ya! hidup, x lari dr pengorbanan. seolah2 dtetapkan, hidup adalah untuk berkorban. "begini shj, pendapat peribadi saya -- jika telah bersedia mewakafkan diri ke arah kebaikan, maka bersedialah hadapi pengorbanan. "

ya! sepertimana nabi ibrahim, demi iman! sanggup dikorbankan anaknya. tp ALLAH MAHA PENYAYANG, diuji nabi Ibrahim hanya sbg ujian iman.
dberi kesempatan kehidupan untuk nabi Ismail tercinta :-)



gambaran lukisan wajah al-fateh

::mengapa al-fateh ::
:) * senyum*
sedia maklum, hebatnya al-fateh [sultan muhammad bin murad] .
ayat yg saya rase saya terkesan sehingga terkedu sebentar
" sultan muhammad al-fateh dgelar MUHAMMAD the second ,memandangkan kemuliaan, keluhuran akhlaknya, sehingga digelar muhammad kedua selepas RASULULLAH, subhanallah. [rindu pd Rasulullah sebenarnya :-( ] "

prinsip al-fateh
*izinkan saya menggelarnya al-fateh shj*

"saya x bercadang untuk membina sebuah masjid yg lebih indah drpd masjid hagia sofia, tp saya cume inginkan kediaman yg membuatkan saya sering mengingati Tuhan "


subahanallah, insan muda ini ~~

: al-fateh 1453 :
pd tahun 1453 masihi, kota konstantinopel d istanbul [btulkan jika saya silap] telah berjaya ditawan sultan muhammad II . apa yg dbanggakan??

1]
sultan muhammad menawan konstantinopel d waktu usianya seawal 22 tahun { @ ada sebahagaian pendapat menyifatkannya 23 tahun, wallahua'lam ]
usia 22 tahun.. bayangkan sahabt2 kalian, @ abg2 kalian, apa yg diimpikan seawal usia ini? hanya keseronokan, bukan?? bukanlah hak saya mahu menghukum, tp itulah kebiasaannye dunia peradaban baru spt sekarang.

* renungan , justin bieber baru 16,ya? huh~ ramai mane yg terkinja2 menyokong kehadiran konsertnya sewaktu d malaysia hr tu? lebih 20,000 pengunjung jika x silap. pada hemah kalian, yg berkunjung tu berusia 7,8 tahun @ yg baru tumbuh gigikah?

2] sultan muhammad bukan berbangsa Arab . ya! beliau pemuda Turki. hal ini membuktikan, tiada perbezaan dlm kalangan hamba Allah yg berjihad. pemuda Turki, sejarah d sebut2, bahkan disebut oleh Rasulullah sendiri.
" kota konstantinopel akan dbebaskan. sebaik2 pemimpin ialah pemimpin pembebasan itu, & sebaik2 tentera ialah tentera ialah tentera pembebasan tersebut"

jadi, x mutahil juga kita, berbangsa melayu , lakar sejarah dlm peradaban dunia . bisa kah ? saya cabar kalian .. ! sebb saya yakin kita juga mampu. dan bergantung sejauh mana kesungguhan, dan semangat berkorban demi Tuhan .

3] sultan muhammad membuktikan kehebatan ummat terakhir. belaiu jauh drpd zaman nabi muhammad. seperti kita lah ! x pernah melihat nabi muhammad, x bertemu baginda, x berbalas senyum dgn baginda. tp semangat baginda meresap dlm diri beliau. hebat,kan. tapi kita? bisakah? setekad itukah?

:-) * sama2 muhasabah, kalian & saya~
"saya mempunyai 2 sifat . satu, sifat keras seperti batu iaitu keazaman untuk dapatkan sesuatu. kedua, sifat lembut spt air iaitu kelembutan ku sewaktu meminta ampun drpd Allah. adakah dgn kedua2 sifat ini saya masih belum dapat mncapai kemenangan? "
~al-fateh


n_n signifikan hdup berTuhan. subhanallah.

: perjuangannya :

sultan muhammad II . bg yg kurg berfikir, pasti akn sewenang2nya mengatakan
" alahh... dh ditetapkan untuk jadi, jadilah jugak "
ya! jika dulu saya pn berpendapat bgini. saya fikir, sudh Allah tetapkan untuk sultan muhammad bin murad yg membuka kota konstantinopel , siapa yg blh lawan lg?
huh~~ sekarang , memg saya sedar, kuno betol pendpat itu tanpa mengetahui hakikatnya!!

ternyata perjuangan membuka kota ini x semudah yg disangka. bnar! menawan kota konstantinopel bagai menawan eropah seluruhnya. semudah memetik api kah?

tentu tidak. 800 tahun percubaan membuka kota tersebut, tp terrealisasi pada zaman pemerintahan sultan muhammad al-fateh.
53 hari. 53 hari perjuangan sultan muhammad dteruskan tnpa henti .
sepanjang tempoh itu, sultan muhammad x pernah lemahkah? iman itu berkurang & bertambah. iya! begitu juga beliau, pernah, pd hari ke-50 [wallahua'lam ], sultan muhammad tersa semangat kian luntur, lalu beliau meluru ke khemah syekh Aq Syamsudin, [ulama terulung yg mendidik dan mengasuh beliau ] .
terkedu beliau lihat syeikh Aq Syamsudin jauh lebih kental drpd beliau. beliau lihat syeikh Aq Syamsudin sedg sujud d atas tanah, dgn serbannnya jatuh ke tanah & janggutnye basah dgn air mata pengharapan. sultan muhammad dgr syeikh Aq Syamsudin berdoa dlm sujudnya :
" ya Allah, Engkau penentu takdir, kami hanya pelaksana takdir . Engkau tetapkan kemanangan membebaskan Konstantinopel ke tangan sultan muhammad bin murad"


tatkala ini, tahulah sultan muhammad, kemenangan semakin hampirr !!
lihat, jiwa beliau juga diuji, diuji dgn rse lirih , luntur semangat.

ayuhlah, sahabt, jika sultan muhammad bisa bangkit kembali, knapa tidak kita? kita juga pemuda, kita bukn berbangsa Arab, dan kita jugalah ummat terakhirr..
buktikan kehebatan, kerana sebenarnya kita insan hebat.
jangan binasakan kehbatan dgn keangkuhan berpanjangan.


aminnn

: mengimpi srikandi :
setelah menelusuri sejarah sultan muhammad al-fateh yg mustahil dpat dirungkaikan melalui satu blog post sahaja, saya harap kalian faham mengapa 'srikandi fateh' yang saya impikan. saya tidak menafikan kehebatan pejuang2 islam yg lain, tidak sama sekali. tp izinkan saya menjdikan semangat juang jihad al-fateh sebagai pencetus semangat revolusi dlm hidup penuh fana ini. kerana terlalu banyak persamaan yg bisa dcontohi drpd beliau.
mungkin umur tidak mengizinkan untuk berjuang sehingga berpuluh2 tahun akn datang, mge dapat menyumbangkan 'ibrah & khibrah berharga untuk ISLAM sebelum mengundur dir sebg khalifah Allah d muka bumi.
die as syahid., win as mujahid. insyaAllah.

-sedg mengimpi srikandi, mge tercapai hasrat hati, mnjdi srikandi yg bisa berjuang untuk menegakkan kesahihan agama.mungkin tidaklah sehingga mnjdi insan terulung d lipatan sejarah alaf 21 kelak, tapi cukup sekadar kepuasn di hati melihat wajah Allah di syurga firdaus yg memg sudh lama kita idam2kan.

salam mujahadah!!
ilal alqo fil firdaus! insyaAllah.



mge termakbul harapan ini, amin, ya Allah...


srikandi fateh
7.40am may 6 '11

HR:
terima kasih kerana habiskan pembacaan .. n_n

Monday, May 2, 2011

kisah kasih... . mereka n_n

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

salam pembuka bicara mujahadah !!
belek punye belek, bace punye bace. toleh punye toleh blog sndiri, baru perasan...
xde satu pon post psl mak bapak.
pd hal tokoh kite tu~~

alahai, ia bukan lah satu syarat hingga kalo x buat boleh dhukum derhaka [hehh~~]
tp rse macm smpai hati jugak la, anak yg jd blogger ni, x mencatit secebis pengahrgaan pn buat ibu bapa. :(



epi famili, subhanallah...!


kisah kasih ..
ibu, bapa.. x penah pn nk berasa hati ngan anak2, apatah lg mengecop anak2 derhaka. saya lihat depan mata sendri, bagaimana anak x layan ble mak bapak cakap. isyy, ikutkan hati, mahu balun shj anak itu. tp, ape mak bapak buat. sabar2 dan terus sabar. subahanallah, hebat pengorbanan mereka. kdg2 ana terfikir, bagaimana mereka bisa sesabar itu?
itulah kasih ibu, kasih bapa :))

rentetan kisah kasih bapa~
" sewaktu itu, aku sedg memandu, kemudian ada seorg bapa menunggang motor dgn seplastik aiskrim [yg macm cornetto tu, tp yg murah punyer] kat handle motor beliau. ada 4 batang semuanya. *aku tersenyum* mesti dbelikan untuk anak2 d rumah. kemudian, plastik terbang.. tnpa dsedarinye, mungkin.
ya ALLAH, mujur shj aku x pijak aiskrim yg jatuh berselerak d ats jalan.
aku beri signal, sbg tanda untuk memotong. aku elak, seelaknye dr pijak.
setelah aku melepasi beliau. ape yg aku nampak?? melalui cermin sisi keretaku..
ayah itu berpatah balik, kutip aiskrim d tengah jalan. hati2 sekali.
tap!! menitis air mataku. kasihnye ayah. bimbg nya takut anak x dapat nikmati aiskrim setelah beliau pulang.

ape lagi, memg x semena2, hanya stu aku ingat, x mustahil ayahku sebegtu satu masa dulu. belikan aiskrim, si anak hanya tahu menikmati, tnpa sedar penat jerih bapa meniti hari,, duit yg dicari, bukn mudah. bukn senang, nk dapatkan 4 ringgit untuk 4 btg aiskrim. untuk diri sndri?? mustahillah, pasti untuk anak2..
mge ALLAH membalasnya dgn sebaek2 balasn syurga buat para bapa. sabar, tabah mndidik anak>> wahai anak, jgn lah durhaka.. :(

hurmmm~~ si anak, knape bgini??

ada satu kisah. si anak , si ayah. x bertegur sapa. plik, kan. mgkin ada juga dlm kalgn kalian. maaf andai saya mnyentuh sentimental mana2 pihak.
memg x bertegur sapa. waktu makan, diawalkan makan, supaya x bertembung dgn si bapa. waktu solat, apatah lg, lepas solat jemaah, salam2 terus cabut masuk bilik [seb baek die salam] . entah sempat tgk muke ke x, x tahulah.
tapi..yg manisnye, skarang, dgunakan mase sebaeknya bersama bapa. sisa2 keidupan x dbiarkan alpa drpd mengingati bapa. :)
sekarang umur si anak dh 27 tahun. start berbaek smula ngan si ayah dlm kire2 umurnye 19 kot. [hehe, lame dh..] tp bertahun2 jugak la keadaan x sepatotnye tu.
die lah yg jdi 'golden' bapa. baek, blh harap, smue lah.. :)

& pintaku, jgn lah si anak, menghampakan si ayah. ble kite dberi sepenuh kepercayaan, jagalah ia, sebaiknya. sebb bentuk kepercayaan tu, bukn mudah. ye, memg bukan mudah. ape yg saye takuti..
ble ada sesuatu yg dsembunyikan. dan apabila dbongkar, kekecewaan menguasai diri. waktu itu. terlambat, ye. memng terlambat. tp, ALLAH MAHA PENGAMPUN. harap masih ada pintu taubat, insyaALLAH, tp pintu KEMAAFAN ?? d luar jangkaan.
-hati- sekali terluka, parahnya tersa... hebatnye kesan sebuah pengkhianatan. si anak, jagalah, hati ibu bapa mu. takot2 andai terguris, penawarnya d mana? saya pn x pasti d mana. hanya d hati yg terkena. iaitu ibu bapa kalian.

dun make it hard. taati mereka. satu elemen penting iaitu.. SABAR..:)


blamana seorg anak x mndoakan ibu bapanya, samalah seperti ia menutup pintu rezkinya. :) salam mujahadah


sedikit perkongsian.
tentang bapaku. ayah-- memng pantang tgk org nangis. n saye sndri x pasti ble mase saye penah tgk ayh saya menangis [[err..mase tgk cter samarinda nangis x?? hee~~ x pasti ]
td baru shj ku diuji. lupe mane letak resit..!! ayh cakap " dh berbuih pesan, gtulah awak.. x cakna! " ya ALLAH, ,, [ble ayah pesan??] hehe...
mase ni,,uuuiiihh...memg rse terbakar jiwa, dpt rse la, setan melompat2 dh kat tepi..[suke sgt setan tu ] ya ALLAH, *terduduk* memg rse nk marah,x tau naper..sebb saye rse saye dpersalahkan bulat2. [memg sepatotnye, pun kan]
tp dgn iman yg berbaki [tp bateri dh lemah] *bukak quran*, mnitis air mata. "knapa bgini yg aku rase??? berat, perit..
then ayahku mcm tau2, beliau bukak pntu.. hah , sudah!!! then, nampak ayah dh macm nk marah, *telan liur, tariikkk nafaassss * terangkan ape yg berlaku, kucakap ku dh buang resit.. yakin!! [slamber,,] then pi amek air sembhyang. huhh, malu,kan. semata2 nk jage ati bapak yg x suke tgk nangis2 . meluat kot. kikiki..
:)

mungkin aku terlalu mengimpi solehah, hingga ble ibu bapa ku marah, ku hukum diri sbg x taat. mge ALLAH teguhkan hati ini. yg mndamba solehah, insyaALLAH. :)
kalo nk diikutkan, memg byk kisah berkenaan mak ayah, kan. ini cume cebisan dr pengalaman kalian yg pasti lebih hbt pengorbannye..
:)



dengki tgk gambar ni, serius!! hehe

*blog post yg sgt panjang*
:
SERIKANDI FATEH~~
10.36 pm may 5 '11



insyaALLAH, coming up next : exclusive -- SERIKANDI FATEH 'ABIDULLAH .
insyaALLAH, a way for shifting the paradigm.
mge seteguh al-fateh.. :)

HR @ SF:
-- ummm... nothing to say, pnjg sgt post kali ni.[err...pnjg ke?? ke perasan je?] heh~


al-isra':23

" dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau keduan-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tatapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ( yang bersopan santun )".





Sunday, May 1, 2011

pergantungan pd Allah shj ^^

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

Bismillahirrahmanirrahim.
Allah pemilik segala ketenangan seisi bumi.


Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita sering dakwahkan. itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..'
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

yap! payah, kan.
berdakwah. kne konsisten dgn dri, dgn ibadat meniti pagi, siang, malam. sebb pasti diuji.

mood sekarang~ sedih. subhanallah. beginilah kite , ble diuji. : ( ..
terus mencuka . tp x blh la tunjuk kat org, kan . nnti spoil seisi rumah, susah plop. konsep ana -- jgn sampai org d sekeliling bersedih dgn masalah kite yg remeh [bg org laen ]
::errr... tp sahbat2 ana, mesti tahu, kan ana mcm maner, sekali berapi, nk meletop sekelas, sume tahu!! asif! ana cube da, tp nk wat camner kan. marah itu perlu kdg2 :-) ..

"la taghdhoB"
-- pesan Nabi.

itulah lemahnya ana.. :-(

::lemah , lemah & lemah ::

ya Allah,
uridu quwatik...
err.... hrmmm....




moge istiqomah. satu aje dapat selesaikannya.
pergantungan pd DIA.....





Kuasa Allah, memperbolak - balik hati manusia,
menguji iman hamba,
mengurniakn rezki pd kita,
tp kita??
bersyukurnya smpai ke mana?
ble terpikir ujian untuk para sahabat Rasulullah,
bahkan Rasulullah sndiri.. ya Allah...
kerdilnya rasa.
ujian yg hanya sejemput, trus tergoyah, terlemah iman. drasakan dunia berhenti berputar, berhenti meraikan kita sebgai pnduduk bumi.
tersekat kerja dakwah, sesak dada , tension kepala memikirkan dosa.
Tuhan sudh sediakan manualnya...




indahnya KALAM DIA..
:(
ya Allah, sejauh mana bersyukurnya hamba???
[mizah, x dapat ukur, mizahh~~ {temot } ]

ya, memg x dapat ukur. yg pasti, sedikit sekali..
astaghfirullah. maaf, maaf, maaf ....



"barangsiapa yg kafir kpd Allah, setelah ia beriman , kecuali org yg dipaksa kafir pd hal hatinya tetp dgn keimanan [ dia x berdosa ] , tetapi org yg melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereja akn mendapt azab yg besar"
an-nahlu 106..

wa na'uzubillahi min zalik !!

"Apabila Allah menolong kamu, siapa lagi yg dapat mengalahkan kamu . apabila Allah meninggalkan kamu tanpa menghulurkan pertolongan, siapa lagi yg dpt menolongmu, selain Allah ? sesungguhnya hanya kpd Allah, org beriman itu bertawakal "
ali-imran : 160

* hanya untuk yg berpemikiran. . .
mge petunjuk milik kalian.. mudah-mudahan...

HR ::
> ye, tatkala lemah, nk berdakwah, memg payah. tp ana sedar akhirnya.. dakwah = mampu kurgkan khilaf diri. sebb itu ujian. syaitan punya was2... haiishhhh...
>> mge Allah redha segalanya...
>>> tegar mencari tarbiyah.. sungguh ! mohon jauh dr murka DIA.. aminn.... Allah, Allah, Allah... :) tenang ingat NYA, kan.. :_)