Sunday, September 18, 2016

#13 Buta, Pekak dan Bisu

Bismillah.

Malu.
Malu sungguh mahu berdepan dengan orang soleh dan solehah.
Alhamdulillah, aku dilahirkan dan direzekikan Allah taala untuk berada dalam kalangan orang yang menjaga solatnya, memelihara tingkahnya. Apatah lagi mak dan ayah yang menunjukkan contoh yang super baik pada anak-anak. Cuma anak-anak yang jarang sekali mengikut jejak, menurut langkah.

Kenapa malu? Sebab aku hina dengan dosa-dosaku yang bertimbun. Hanya aku dan Tuhanku yang tahu. Dosa yang hancur dek taubat, tapi berulang dek nafsu dan iman yang tidak kuat.
Bagaimana lagi mahu kuusahakan. Aku hamba, kadang aku kuat, dan banyak juga kali ku rebah terdampar lemas menyembah nafsu.

Tuhan, kekalkan nada istiqamah,
Kibarkan sayap sabar dan takwa pada diri ini.

Islam is first class.
Islam is the way of life. Our only way of life for us Muslim to succeed in this real huge challenging world.
Tuhan, aku takut. Kalau bukan akhir nanti aku pada jalan ini.

Cakap senang, sembang senang. Nanti nak buat, mula teragak-agak. Rebah terhumban benda berulang-ulang.

Tuhan,  hadirkan insan, sehingga aku malu berbuat jahat dan maksiat kepadaMu.
Sungguh aku tahu makhlukmu , Malaikat mencatit setiap tingkah maksiat, setiap tutur yang busuk, setiap mata tajam memandang benda hina.
Ingatkan aku bahawa aku perlu dan harus menjadi seorang Muslim yang....
Buta, Pekak dan Bisu daripada Maksiat kepadaMu.
Bahawa aku hamba, jangan berlagak Tuhan.
Bahawa nikmat-nikmat yang Engkau curahkan padaku terlalu banyak sehingga menjadi kemestian untuk aku malu akan segalanya jika derhaka dan tidak bersyukur.
Bahawa kematian itu bakal membunuh kelazatan dunia.

Allah Maha Besar.
Tidak layak aku bercakap panjang.
Selagi tegar aku menepis sabar taqwa daripada bersarang di hati.

Semaikan nilai murni, pasakkan iman di hati. Amin, Allah...