Ada orang, nak kahwin cepat-cepat. Bosan hidup sendiri. (Walaupun hakikatnya banyak benda belum dicapai waktu hidup bujang).
Ada orang, tak nak kahwin lagi, nak tunggu kaya, cukup persediaan, tak nak hidup susah. Apatah lagi lelaki, nak jaga anak orang, kena banyak wang, banyak gentleman. (Padahal nak tunggu persediaan cukup dan kemas entah bila sedangkan umur sudah lanjut).
Yang perempuan pula asyik membelek-belek album lama, aku ni siapalah untuk dia. Aku bukan ini, bukan itu, tak sempurna untuk jadi pendamping si dia.
Belum bersedia jangan berani bercinta.
Cinta. Siapa yang berani menterjemah sebenar-benar makna cinta. 'Love solves everything'. Ya benarlah tu.
Kerana cinta kausanggup lakukan apa saja.
Kerana cinta, sanggup kauberkorban segalanya.
Kerana cinta, rela kauberkelana sini sana.
Indah sekali jika kaucinta semata-mata kerana DIA.
Maka terarahlah cinta kerana taat pada-Nya.
Maka terserahlah cinta kerana ingin menggapai redha-Nya.
:)
Membina keluarga bukan mudah-mudah. Subhanallah, kagum aku melihat sahabat yang sudah mendirikan rumah tangga. Kesabaran. Kecekalan. Tolak ansur. Semuanya diperlukan. Percaya, kasih sayang yang tiada bertepi. Iyalah, mahu hidup bersama sehingga mati.
Sangka baik lah,kawan. Kita tak perlukan yang sungguh cantik, sungguh handsome! Cukuplah sekadar yang tenang dipandang mata.
Kita tak perlukan yang petah berkata-kata, indah menyusun bicara! Cukuplah sekadar menjaga tutur kata , sopan mengatur bicara.
Kita tak perlukan yang masyhur di mata jelata! Cukuplah dia membawa kita masyhur di mata DIA dengan berjaga malam daripada lena dunia.
:)
Apa yang kita tahu? Apa yang kita idam-idamkan sebenarnya?
Kita andaikan kisah kita seperti kisah mereka? Indahnya hidup di alam pernikahan!
Berdoalah. Tidak perlu kisah kita seindah dia, tidak perlu kisah kita serumit dia.
Cukuplah kisah kita merupakan perubahan fasa yang membawa kita kepada syurga Akhirat berbanding Syurga Dunia.
Ada orang, Allah swt mudahkan jodoh dia.
Ada orang, Allah swt uji dia dengan soal jodohnya. Supaya dia sabar, supaya dia dapat yang terbaik, bukan yang main-main. Yang benar-benar, bukan cuba-cuba.
:)
Bersabarlah. Bina yakin. Bina percaya. Didiklah dia. Moga-moga dia yang terbaik.
Susah untuk kulepaskan melainkan aku punya yakin. Tapi aku doa, moga-moga dia mampu jaga dan dijaga dengan baik.
Sorry for not being there.
Barakallahu lakum !
*Perpisahan, jauh lebih serius berbanding mengikat perjanjian. Harap kamu ingat ini.
:)
Sayang semua. T-T