7 hb Ogos 2012.
tepat jam 12 tengah hari waktu Jordan dan 5 petang waktu Malaysia . aku bebas!
setelah empat hari berhempas pulas mempulun 3 subjek untuk semester musim panas yang singkat ini , akhirnya berakhir . alhamdulillah . walaupun soalan-soalan exam final kali ni memang tak
nice dengan kami . huh~
imtihan . inilah mahasiswa . hidup ialah satu peperangan dengan peperiksaaan . apatah lagi final exam . memang
killer . habis
final exam , semua dah macam lepas segala macam ujian dalam hidup , bersedia untuk bahagia sahaja . (hakikatnya memang tak macam tu).
masa untuk meng'qadha' segala macam aktiviti yang tertunggak atas dasar masa yang yang tak mencukupi sepanjang membuat persediaan exam .
bisik hati oleh malaikat : selepas exam , pastikan cover balik hafazan-hafazan al-Quran dan hadis . dah tertunggak , nanti lama-lama susah nak lancar balik . ambil peluang cuti yang ada untuk hafaz seberapa banyak dalil . exam dah lepas , exam akhirat tak pernah lepas selagi kita punya kehidupan . insyaAllah , plan betul-betul tau ! yess! aku nak jadi insan paling solehah lepas exam ni . hidup tak lain tak bukan nafas untuk ibadah! go , mujahidah!
bisikan nafsu dalam diri : selepas exam , boleh tidur puas-puas . tak perlu fikir nak bangun ulang kaji lagi dah . bulan puasa , tengah hari tak payah masak , boleh tidur lebih masa , tak pun online sepanjang masa . haa.. korea . dah lama tak layan , bukak sekali jap . sekali-sekala tak pe kan .. (lama-lama melekat! dah tu , sebabkan hati dan jantung berkarat ! ) memang.
itulah hakikat hidupnya , jangan meletakkan hidup kita ini atas satu tujuan dan destinasi . sebab hakikat hidup ialah satu perjalanan . destinasi ; tak lain tak bukan ialah SYURGA-NYA .
apabila kita terlalu meletakkan satu tempoh masa untuk menjadi baik . contoh ; selepas exam , aku akan buat sekian sekian sekian.... alhamdulillah , saya puji sifat ini . planning is the best beginning for all things . tapi , jangan terlalu ternanti-nanti . 'mafsadah' (keburukan) mungkin melebihi 'manafi'' (kebaikan) . first ! kita akan jadi tak saaaabar nak habis exam . jadi , the last paper should be worse disebabkan terlalu memikirkan masa selepas itu .
"ramai orang , mereka fikir apa yang mereka mahu jadi akan datang , dan toleh ke belakang , ambil pengajaran . jarang orang , lihat siapa dia sekarang , teliti dan bersyukur . dan tak berhenti , terus berusaha ."
second! setelah berakhirnya
exam yang mengerikan itu , kita akan rasa
relief sereliefnya . bahagianya waktu tu . tapi bahagia itu bahagia yang membahayakan diri sendiri dan masa depan . macam yang saya nyatakan , kita akan rasa seperti ujian hidup sudah berlalu , tunggu masa bahagia sahaja . sedangkan
final exam ; apa lah sangat . tu pun result belum dapat . tawakal still kena tinggi . Allah sentiasa perhatikan hamba-hamba-Nya . jika sebelum atau dalam fatrah peperiksaan kita boleh dekatkan diri pada Allah ; solat awal waktu , doa sehabis mampu supaya Allah kurniakan ketenangan , terang hati sewaktu jawab soalan .
terang hati dan ketenangan itu hanya berguna di kala peperiksaan sahajakah?
mampu tak , kita maintain ibadah kita sepertimana kita mahu hadapi peperiksaan besar dunia satu masa dahulu ? SPM contohnya . PMR .. STAM .. saya nak tanya , persediaan macam mana ? ma sya Allah , bukan ?
ramai ; pergunakan alasan mardhotillah untuk
grab dunia . jangan berlakon . dunia bukannya kekal , akhirat yang kekal .
jadi , mulai saat ini . saya , hamizah binti ruslan kembali normal . saya mahu pangkah tabs yang mengundang lagho . semua perkara (kecuali ibadah) ialah harus , kecuali ada dalil yang mengharamkannya . tonton
movies , enjoy lagu , lepak dengan sahabat-sahabat bual-bual kosong . buatlah ! asalkan , apa Allah pesan suruh buat , buatlah ! Allah larang suruh jauhi , jauhilah !
fasna' ma syi'ta (buatlah apa yang kamu mahu) , tapi SOLAT dan QURAN tetap nombor satu . tiada yang aula daripada itu .
ihfazillah yahfazka! insyaAllah .
(jagalah Allah , Allah akan menjaga kamu )
____________
mohon doakan , sedekahkan al-fatihah pada junior sekolah saya , Nur Fikhriyah , 16 yang baru sahaja kembali ke rahmatullah petang semalam waktu Malaysia akibat leukemia dan ada yang mengatakan kidney failure , wallahua'lam . . semoga Allah tempatkan adik solehah ini dalam kalangan para solihin .
serius , terkejut . sedih . sebak . tak sempat saya mahu bersapa , bersua muka dengannya . walaupun saya tak balik tahun ni , kalau balik pun , beliau 'balik' dulu . Allah saaaayang sangat kat enti ,dik ! =) semoga keberkatan Ramadhan mecurah-curahkan kebaikan ke atasnya . amin .