Thursday, June 30, 2011

tidaklah sama : kasar & berhikmah.

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

kira-kira bulan lepas, ada seorang junior tanya saya.
" dah bg bnyk kali....last2 saya plak....kena sound..saya dah bnyk bersabar...and saya terus bersabar dan bersabar dan terus lagi...smpai ader org ckp mcm nie.. awk nie terlmpau bersabar...kalu sy lama doh saya...ermm...faham2 jerlah..marah2...."

pertamanya, tahniah untuk junior ini. bagus betul dpt sabar smpai camtu sekali. tapi ade juga yg kata, org yg biasa sabar & sabar ni, bukannya maksudnye membenarkan dan tiada ketegasan. takot nnti meletup, memang naye btol!

tp ISLAM dah gariskan panduan dalam berdakwah.
surah fussilat , ayat 34 :
. "dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. maka tolaklah [kejahatan itu] dgn cara yg lebih baik, sehingga org yang ada permusuhan antara kamu mnjdi seperti teman yg setia"

jadi, dalam berdakwah, jalan kebaikan lebih diutamakan. bahkan dalam pertempuran , tentera islam digalakkan mengutamakan perdamaian.

surah an-nahlu , ayat 125:
" serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan kebijaksanaan & nasihat pengajaran yang baik dab berbahaslah dgn cara yg lebih baik. "

Allah menceritakan bagaiman cara hubungan baik Nabi dgn sahbat2 baginda dlm
surah ali-imran , ayat 159 :
" maka dgn limpah rahmat Allah kepadamu wahai muhammad, engkau tlh bersikap lemah lembut terhadap mereka & sekiranya engkau bersikap kasar dan keras hati, tentulah mereka lari dri sekelilingmu. oleh itu, maafkan lah kesalahan2 mereka, dan pohonkanlah keampunan bg mereka dan bermusyawarahlah dgn mereka dlm urusan peperangan dan soal2 keduniaan itu...."


d sini kita boleh lihat bagaimana tuntutan berbuat baik dan kepentingan ''musyawarah" sesama ahli sebelum membuat suatu keputusan. kemudian, Allah menyambung lagi, dalam ayat yang sama
"..... Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertwakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihani org2 yg bertawakal kepadaNya "


fa iza azamta, fa tawakkal 'alaAllah...

:)

Islam x menuntut kekasaran & kekerasan, kecuali terhadap 2 perkara
1]menaikkan semangat tentera muslimin semasa berperang dgn musyrikin

"wahai org2 yg beriman, perangilah org musyrik yg berdekatan dgnmu, dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan yang ada padapd kamu, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah bersama org yg bertakwa. " at-taubah : 23

2] menjalankan hukum Allah.
" dan janganlah ada belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat" an-nur : 2

"" sesungguhnya Allah suka mengurus semua perkara itu dgn cara yg lembut"""

kesimpulan.

utamakanlah kelembutan daripada kekasaran, tp dlm mase yg sama, dlm kelembutan, ada ketegasan supaya kite tidaklah dicincang-cincang, dipandang enteng & sembarangan. segala yang baik datang dr ALLAH, dan kelemahan itu ialah drpd hamba. hidayah milik ALLAH jua. kite hanya penyeru, bukan penghukum. berusahalah sehabis daya, menyeru pd yg haq, pembasmi drpd yg batil. semoga segala niat dan usaha murni, mndapat cinta kasih & redha Allah. insyaAllah. :)

[bersabarlah selagi bisa sabar, dan bersyukurlah apbila kamu bisa bersabar ]


salam mujahadah.

HR SF
... makin lama, semangat tu udah kurang @ urusan dunia terlalu menghimpit ruang untuk berblogging? wallahua'lam.
.... insyaAllah, akan diusahakan lebih lagi. mge usaha diredhai ALLAH, tu je. :)

Thursday, June 16, 2011

sabar itu begini

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

salam ukhuwah fillah.
alhamdulillah, bernafas lg untuk hari ini.
hebat! nikmat ALLAH semuanya.

sabar. bersyukurlah bg sesiapa yg diisi amalannya dgn sabar.

tazkirah oleh sahibah semasa berhalaqoh tempoh hari.
sabar:
lebih kurang beginilah.
sabar , kita kata kita sabar. tp dlm mase yg sama mngapa kita ungkit2 balik, mnangis seolah2 kita susah mahu terima kenyataan @ natjah dr ALLAH. ada sebuah kisah yg diceritakan, tp ana x mahir, jdi x berani mahu ceritakan d cni.

sabar ketika mahu membuat pilihan;
"ya, mungkin ramai yg beranggapan ana tolak peluang keemasan, tp ana yakin, selama ni, inilah yg dcari. jordan-negara islam. dan mungkin kalo ana terima untuk ke USA, ana x kekal begini. insyaALLAH, jika Allah memng takdirkan d cni, maka d cnilah yg terbaek untuk ana"

wah3/ sedih betol dgr luahan hati sahbat ana yg sorg ni. yup! pelajar cemerlang SMKAKA dpt 10A 1B. hasola ala tajaan JPA, but tolak dan terima tawaran ke jordan untuk ijazah syariah under MAIDAM.
JPA, bukn mudah. tp keyakinn pd ketetapn ALLAH lebih indah!! kagum sama kamu, ja!!

hehe, @ ana cume suke sebb dia x jaoh dr ana? la'a.. i'm happy of her decision for sure, dan insyaAllah, apa yg mahu dikaitkan dgn kesabaran ialah, sabar dlm mnnti sebuah keputusan dan hadapi hakikat kehidupan, bagaiman sahibah ana tu dh balik n then datg balik untuk daftar yg jordan nii. hummm.. mmg ditakdirkan bersama, mungkin. :)

hadapi hakikat kehidupan
......betapa hancur luluhnya hati, bla mengetahui, keputusan x seperti yang diimpi. mengulang-ulang sebuah cerita kegagalan , buknlah tnda diri x redha dgn ketentuan ILAHI, tp supaya diri sntiasa mengingati, sebenarnya Allah menguji dgn kegagalan pertama , tp digantikanNYA dgn nikmat yg kedua ketiga keempat dan seterusnya.
betapa diri, rse bersalah, dan malu pd ALLAH, x pasti apa yg dh dlakukan pd diri. sudh sangka burukkah aku pada ALLAH, walau sebentar cuma.

اغفر لي يا الله

kadg2 bla kita berhadapan dgn kegagalan, barulah kita pndai, tahu menghargai kenikmatn., itu tanda ALLAH sayang. alhamdulillah, dan insyaAllah, tiada lgi kekecewaan. kerana ALLAH telah janjikan kemenangan @ syahidnya org beriman. :) "dan katakanlah {muhammad } tidak ada yg kamu tunggu2 bagi kami kecuali salah satu dr dua kebaikan -- menang @ mati syahid ...." at-taubah:52

الحمد لله
الحمد لله
الحمد لله


dan bersyukurlah, selagi boleh bersyukur, dan bersyukurlah selagi boleh bersabar dgn setiap hakikat & natijah kehidupan. dan usaha mstilah berpanjangan. alhamdulillah, ya ALLAH. :) hamdan lillah. pergantungan?? hanya pada DIA.

^-^ hidayah itu indah *********

Wednesday, June 15, 2011

syukran, daurah!

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104








Alhamdulillah........

syukur ke hadrat ilahi dgn segala limpah nikmat kurnia imannya.
semalam, tanggal 15 Jun 2011, tamat sudah daurah bahasa Arab untuk sahabat2 tajaan MAIDAM ni . kursusnya- sebulan sahaja. tapi , Alhamdulillah. pengalaman , subhanallah. kathir!!

syukran wa alfun syukr li mahathir....
muhadhirah yg sgt2 berjasa. mungkin ini first time kami belajar atas nama "mahasiswa" [mahasiswa sementara, mungkin], nikmat btol belajar.
suka untuk saya mengukir setinggi2 penghargaan buat muhadhir2 d unisza. x kan kulupa !!! :--)
ustaz Talib - madah nahu ,
ustazah anida - madah mutalaah,
ustazah normila -madah imla' ,
ustzah fatimah - madah ammiah ,
ustzah nik murshidah & ustz majdan - madah hiwar,
ustaz aziz & ustz rohaizan & ustz azhar - madah mustalahat,
ustz daud - madah akhbar ....

masyi!! itu saja... 7 subjek faqot..
mutiara2 kata yg x kan dilupa...
hidup adalah untuk berkorban. jika mahu belajar d negara org, pengorbann jiwa perlu dteguhkan. kata ustzah, " awk kene bersedia untuk hadapi 'kehilangan' ." yup! ana sedar hakikat tu, bahkan sangat sedar. tp kata ayah " ajal, kalo mari tu, mari lah jugak" .. :) mumkin, ana dulu yg pergi di sini @ di sana, sape tahu, wallahua'lam. yg tu , serah pd YG BERKUASA. sekarang, ana mahu tetapkan matlamat. belajar2, dan belajar seikhlasnya. apatah lagi ambil bidang agama [ spec; usuluddin ] . mustahil untuk blajar sambil lewa!! tegakkan hukum ALLAH, insyaAllah, terbayang d mata, bergabung tenaga & ilmu ikhlas sahabat yg ambil lughoh [bahasa arab & kesusasteraannya] , usuluddin & syariah. insyaAllah, gabungan mantap!! :)
tp perlu ingat, kita--bidang agama ialah rujukan sahbat2 sains . jurusan sains, kejuruteraan & sebagainya mnjdi barisan utama perjuangan. non-muslim ada d sana. :) salam ta'awun!!

lebih hebat lagi ialah ulama saintis!!! :-)

buat sahabat2 sekalian...
-- along[asiyah], angah[maryam], ateh[syakirah], acik[tuan],andak[fatimah], su [athirah], adik [ezzah]
-- fatihah, siti, su'aidah, mawiyah, umairah, nabilah, nasuha,
--iliya, hanisah, arifah, shahida, syamimi, hikmah, najihah, shofiyyah, siti hajar, khamila, dhiya , arina, malihah, ain solehah
-- dan sahbat2 ikhwan yg laen.

mge istiqomah dgn ikhlas. mge kita- dapat menjdi pewaris RASULULLAH yg bkal tegakkan khilafah islamiyah. kdg2, angan2 itu perlu, kan...???

__ ------<@ salam mujahadah diselangi dakwah.. asif 'ala kulli hal... syukran 'ala kulli hal... :) wahisytuni, bita'kid!!!


wallahua'lam. . . gambar ade, tp x terdetik lg nk upload, maybe next time. wallahua'lam. ini secara ringkas tntg daurah. banyak lagi yg blh dipetik, cume mase x mengizinkan. okeh, ilalliqo'