Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

jatuh hati kerana imannya ?

"Tahniah kepada mereka yang tersentap imannya dengan sentuhan bahasa puitis agama oleh si blogger islamic. Namun bagaimana pula yang tersentap hatinya kerana jatuh cinta pada si penulis?

Untuk siapa iman itu dipersembahkan? Adakah pada mata wanita atau pada wajah RabbNya? Tidak mungkin lelaki beriman membeli wanita dengan menggadaikan syurga.
penulis blog mungkin menggunakan sisi baiknya dan menutup sisi buruknya "
(status seorang sahabat yang hebat ^^)

bukan mereka saja sentap , saya sendiri pun sentap! ^^

mungkin benda ni benda biasa kot . jatuh cinta pada karyanya ataupun jatuh cinta pada'nya' . inilah ujian apabila kita telah 'exposed' dengan manusia . bermain dengan sesuatu yang punya 'rasa' , punya perasaan dalam jiwa . betullah , blog-traveling untuk cari makanan ruhi , apa yang baik untuk jiwa . tapi tak kurang juga yang mencari teman untuk jiwa ,kan ?

sebenarnya , bukanlah salah rasa satu kekaguman yang luar biasa pada orang yang baik-baik . itu bagus,kan ? daripada kita terjatuh cinta kepada yang bawa binasa? memang sudah jadi satu inquiri pada usia remaja . sedang mencari , dan mencuba . (cuba tu --> test power?? eh?)

******* baiklah , apa yang saya nak respon sebenarnya ?

sebenarnya saya tertarik dengan ayat terakhir . saya tak hairan dengan jatuh hati la, minat la , perasan la , pantang ditegur la dan banyak lagi . ayat ni ; penulis blog mungkin menggunakan sisi baiknya , dan menutup sisi buruknya . kita boleh lihat , ramai orang yang tulis benda baik-baik . tulis status baik-baik , tulis post kat blog perkara yang baik-baik . mana mungkin orang tak nampak ia baik ? tapi kena ingat , yang menulis itu ialah manusia , iaitu hamba kepada-Nya , yakni Allah Yang Maha Kuasa . kita , apabila baca blog orang , kita rasa seolah-olah ia sempurna , tiada cacat cela . sebab yang terzahir ialah kebaikan . dan memang itulah tujuan penulisan , mahu orang tiru , ikut kebaikan tu .


tapi untuk jatuh hati , ataupun 'judge' seseorang itu hanya melalui penulisan , itu kurang bijak . kononnya , 'jatuh hati kerana imannya ' . taklah yang menulis itu tanda beriman . bagaimana pula yang menulis status yang berunsur Islam , tapi hakikatnya ia bukan Islam ?? huh?? berat tu~

sekarang nilai Islam itu semua orang nampak , hingga tarbiyah itu mampu tawan non-muslim yang jadi pengguna komuniti maya ni . alhamdulillah , itulah kelebihan dalam dakwah Islam , sebarkan keindahannya !

tapi , menulis yang baik-baik itu boleh menampakkan yang penulis itu ialah yang mencari kebaikan , yang sukakan kebaikan , dan sedang bertatih , mengayuh mengejar amal kebaikan . jadi , itu sudah jadi satu tanda dan cukup syarat pertama untuk memilih pasangan ,kan ! ( eh , tiba-tiba ?? =_=)

jadi, teruslah menjadi baik . tentang orang yang tersentap imannya dengan kebaikan yang kalian tulis , alhamdulillah , semuanya daripada Allah . dan buat yang tersentap kerana penulisnya ? ada penyelesaiannya , carilah perlindungan daripada Allah . bukan semua orang boleh tahan dengan perhiasan dunia . tapi , mustahillah pemuda/i yang mencari cinta Ilahi , dan syurga abadi akan jual imannya demi secangkir hiasan duniawi ..

selamat bermujahadah , wahai insan mujahid dan mujahidah sekalian . yang paling berat dan menguji diri ialah ---> HATI . letakkan ikhlas sebagai tunjang acaramu ! moga Allah lindungi kalian dan saya

"ramai yang pandai menulis , tapi susah mahu jumpa orang yang benar-benar 'tahu' apa yang ditulis ( AQ 2;113) " -hamiz ruslan

Wednesday, April 11, 2012

''ana nak cop enti ''

hari ni , 11/4/2012 .
dua tiga hari ni banyak sangat buat status di FB . kalau ada tweet memang dah tweet banyak-banyak kali dah ni .
semalam , mungkin hidup penuh dengan kelam je . kecewa lah katakan ... tup,tup ! tengok @ dengar ceramah ustaz Asri -dr maza- ambik ko~! terkena sebijik kat atas kepala . memang lah , manusia , time kena uji , memang dah tak ingat dah kat orang lain . ikut sedap rasa dia je . ish-ish- saya dah tak nak dah biar emosi dikawal nafsu dah . teruk sangat jadinya .

hari ni , saya buat status begini bunyinya lebih kurang ;
saya tak tahu hadaf 'dia' ; selamatkan ukhti ini ataupun bawa ukhti ini hampir ke neraka dengan harapan dan keputusan yang tidak pasti .
saya tak iri hati dengan beruntungnya ukhti ini. tapi saya rasa hebatnya ukhti ini , sebab diuji begitu dan begini .
pelik ya hidup ni , benda baik tapi kabur dengan benda syubhah . pendapat saya sendiri, saya tak berapa yakini cara macam ni . biarlah yang hadir ialah yang pasti daripada DIA Yang Maha Mengetahui . ikuti fatwa hati kamu. -semoga Allah bantu kalian yang belum , sedang dan bakal - wallahua'lam .
ada makna ke share status update sendiri kat sini ?


haaa.... ya, agak tersurat dan tersirat ! saya rasa proses ni masyhur @ femes kot dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sekarang . saya bukan nak respon sangat tentang ni . dalam petikan ni ada beberapa point-point penting .
pertama , saya kurang selesa . kedua, saya memang tak selesa pun ! saya tak prefer situasi di mana seorang akhowat berfikir-fikir soal cinta macam ni . perempuan, bila sebut tentang ni , suka tu memanglah! dia jadi lemah tau . mudah cair ! sebab tu senior saya pernah cakap , korang ni , buat keras sket boleh tak??!! *gulp ! berapa kerat lah sangat wanita yang boleh tahan dengan ajakan seorang lelaki ??

baik , yang kedua ; kenapa saya kata bawa ukhti itu ke neraka . apabila duk asyik berfikir , tidakkah itu satu kelalaian bagi dia ? baik, wanita & masa depan . ya! siapa tak fikir , bahkan saya sendiri terfikir . fikirkan perancangan sebuah kehidupan . mahu dirikan sebuah bahtera rumah tangga yang muslim dan indah dengan nilai-nilai Islam . dan bila datang khabar tentang siapa pun 'dia' , mesti rasa seola-olah harapan itu mula mahu tumbuh ,bukan . cuma pandangan peribadi, ini bukan masa jika ia datang sekarang . baik , satu ; fatrah belajar . kedua; sedikit sebanyak prinsip akan goyah . ketiga ; soal ikhtilat di mana? sihatkah hukum syara' dengan cara begini ?

seterusnya , ketiga ; saya tak yakini cara ini . wah! ini ayat panas ni . buatnya tak ada orang nak dekat ngan saya??? ahhh..kacau! kenapa saya tak yakin . sebab saya bimbang . kenapa saya bimbang , sebab ada pernyataan sebelumnya . -syubhah - ini perkara yang kita tak nampak , kita tak perasan pun . dan kita , keliru . -ikhtilat , perasaan , prinsip , hadaf - semuanya pudar . buntu . sebab itulah , ada yang menyokong cinta itu hadirnya sebelum nikah dan ada yang bersetuju cinta itu lagi indah apabila dinikmati hanya selepas nikah .




saya faham ,soal perasaan , siapa boleh kawal ? bahkan sewaktu di bangku sekolah lagi , ada cinta monyet, segala bagai lagi . tak apa, teruskan kalau lah kita yakin tiada murka Allah di situ . mungkin yang lain boleh hukum saya sebagai pandai cakap je , sebab saya memang saya suka cakap pun. tapi saya cuba untuk bersuara dan beri pandangan . mungkin salah , mungkin betul dan mungkin juga bakal berubah . itulah namanya manusia , dan saya mengaku yang saya ialah manusia.

saya sendiri banyak lihat insan-insan yang sedang melayari bahtera bahagia daripada proses ni . tapi saya yakin , bukan dengan cara 'ana nak cop enti ' tapi dengan , ''ustaz , ana berkenan nak jadikan si fulanah sebagai suri hidup ana"


hamiz ruslan ; "banyak dalam hidup ni , kita sayang mahu tinggalkan satu perkara kerana bimbangkan kehilangannya buat selamanya . tapi sedarkah kita , bahagia itu ada pada -Nya "

Tuesday, March 20, 2012

bahasa juga ialah makhluk ?

belajar perkara-perkara halus tentang agama mengajar saya untuk lebih memahami bahawa ciptaan Allah itu sungguh Maha Teliti Maha Halus .orang kata , belajar usuluddin ini bahaya , tak boleh salah niat sikit , bimbang terpesong dicucuk suntikan syaitan . dan usuluddin banyak belajar tentang aqidah seorang muslim dan dengan izin Allah , ada peluang belajar tentang perbezaan agama-agama di muka bumi ini . tapi apa-apa pun , Islam tetap ad-din , yang wajib kita percaya bahawa ia sempurna , menyeluruh untuk semua bangsa kaum , kekal , bersifat rabbani , penghalang diri kita daripada melakukan suatu yang haram untuk memelihara yang halal serta ada ganjaran di dunia dan di akhirat .

indah betul Islam . ajaran yang halus, tarbiyah yang halus , aqidah yang sejahtera selari dengan fitrah manusia .

kenapa saya letak tajuk , bahasa pun ialah makhluk . sebab makhluk ni , sifatnya sementara dan dan terbatas . dan bahasa juga mempunyai sifat yang sama . sementara ; kata-kata itu tak kekal ,kan . kadang-kadang fakta yang diperkatakan lain , dan kadang-kadang lain . tak ada yang abadi, mungkin juga selari dengan akal manusia . yang sentiasa berputar memikirkan kemajuan suatu perkara . majunya suatu benda pastinya akan merubah setiap inci maklumat tentang sesuatu perkara tersebut.

terbatas ; kata-kata @ bahasa itu terbatas . ya , sebab itu kita tak boleh nak menggambarkan zat Allah . sebab zat Allah ni terlalu sempurna untuk digambarkan dengan kata-kata kita yang mungkin terhad dari segi Vocab ataupun perbendaharaan kata yang tak mampu menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan Allah taala . dan kita juga , digambarkan tentang syurga neraka dan banyak lagi benda lain yang bersifat ghaib . tapi tahu dan sedarkah kita , segala apa yang terlintas di fikiran kita , perkara yang ghaib itu bukanlah hakikatnya begitu .
jika digambarkan syurga itu umpama sebuah taman yang mengalir di bawahnya aliran susu dan arak(yang tiada ia memabukkan peminumnya ) , dihidangkan buah-buahan yang lazat . dan di dalamnya , penghuninya tidak memperkatakan selain suatu yang baik sahaja . subhanallah .. gambaran juga sudah cukup indah , namun keindahan itu sebenarnya bukan begitu ,bahkan lebih lagi . cuma Allah terangkan sedikit sebanyak di dalam Al-Quran sebagai pendorong kepada manusia . dan sesiapa yang yakin dan pasti dengan janji-Nya sahaja yang akan bersama-sama merebutnya , bukan ?

akal manusia itu terbatas . betullah . mana boleh hamba lawan Tuan ?? manusia ada sifat-sifat kedangkalan yang kadang-kadang manusia itu sendiri ego untuk mengakuinya . lihat sendirilah apa yang berlaku di atas muka bumi sekarang . ramai , ya ramai yang muslim . ramai yang mampu meruntuhkan ego , sujud pada Allah subhanah wa taala . tapi berapa ramai yang tidak mampu runtuhkan ego mereka . berapa ramai yang berani mencabar Allah dengan ilmu dan aqal yang terbatas lagi terhad , bahkan di bawah izin Allahlah mereka hidup seperti sekarang .
dan yang lebih teruk lagi , kita biasa dengar Iblis itu ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. suatu ketika dahulu (al-baqarah ; 2 :34)(al-kahfi ; 18:50) . kerana itu , Iblis diharamkan Allah untuk berada di syurga-Nya . tapi jika kita sedar , Iblis tidak pernah mengakui dirinya ialah Tuhan . tapi yang pernah mengaku diri sebagai Tuhan ialah siapa ? manusia . manusia itu sendiri . izinkan saya konklusikan bahawa manusia itu lebih melampaui batas berbanding iblis laknatullah . sebab itulah , manusia ni , jika baik akhlaknya , maka jadilah ia lebih mulia daripada malaikat , jika buruk akhlaknya jadilah ia lebih hina daripada binatang . (surah al-an'am ; 7:179)

Muslim . Muslim itu ertinya tunduk patuh , sejahtera . tapi , kini , ada pula gelaran muslim hanya pada kertas dan maklumat diri semata-mata . hinggakan terpaksa membahagikan muslim kepada dua ; MUSLIM KHAS & MUSLIM AM .
MUSLIM KHAS ialah yang benar-benar menjaga batas-batas syariat yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri .
manakala
MUSLIM AM ialah muslim yang seperti sedia maklum , bahawa ia muslim . mengamalkan setiap suruhan dan larangan Allah atau tidak , itu bergantung pada individu sendiri .
pelik,kan . maknanya dua-dua muslim ni boleh masuk syurga lah ye ? cuma option kedua nampak lebih memahami fitrah manusia?
ahh ..mengarut lah! . sibuk bercakap tentang fitrah . apabila sakit , nyawa sudah di kerongkong , siapa yang kalian cari ? satu sahaja;
-ALLAH-

nampak di situ fitrah manusia ialah ; kembali pada Tuhan Yang Menciptakannya . sekeras-keras mana pun kita , mustahillah kita tak pernah rasa mahu 'bermanja' dengan Tuhan kita .
Allah , kami kembali kepada-Mu sebagai hamba-hamba yang berserah diri . ya , sepenuhnya! sebagai MUSLIM KHAS , MUKMIN KHAS , dan MUHSIN KHAS . =)

### dua tiga hari ni , terdengar berita tentang kematian ibu sahabat tahun satu . pulang ke malaysia , tapi mustahillah sempat lihat jenazah ibu tercinta . semoga Allah kuatkan ia , saudara Syazli , semoga kuat sentiasa di sisi rahmat kasih Allah yang tak pernah putus untuk saudara !
### saya tak pasti bila bapa kepada senior saya di malaysia meninggal dunia . tapi saya dapat lihat status-status berupa kekuatan yang dikhaskan untuk dirinya sendiri di facebook . semoga Allah tabah dan kuatkan iman insan-insan yang teruji diuji . semoga rahmat Allah sentiasa bersama , dan Allah itu , tak pernah tinggalkan hamba-hamba-Nya ! redha dan doakan arwah !kak mar, semoga kuat~!

" aku selalu melihat insan diuji dengan kematian yang tercinta . waktu untuk kurasai 'nikmat' itu kubelum tahu lagi , cuma kuminta kekuatan itu aku mampu 'charge' awal-awal supaya aku tak jatuh semasa diuji segala bahang dunia . semoga Allah redha !" hamizah ruslan . irbid.

Monday, January 9, 2012

memori bertandang .

Alhamdulillah , syukur pada rahmat dan kasih sayang Allah yang telah membawa hati-hati yang inginkan kebaikan ke mari. Segala yang baik mungkin boleh memberi kebaikan kepada hati-hati yang inginkan kebaikan.

“sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahamannya dalam beragama.”

Saya bukanlah seorang yang mempunyai satu catatan hidup yang unik dan terlalu berbeza untuk dikongsikan bersama kalian. Cuma hamba ini ialah salah seorang daripada berjuta-juta umat manusia yang inginkan redha-Nya . sentiasa .

Aku bukanlah pemilik kisah cinta yang bisa menandingi Romeo dan Julietnya,

Aku juga bukanlah pewaris kepada pejuang yang gah membelah awan mencari keajaiban dalam bertuhan,

Bukan pula seorang bangsawan Berjaya yang dahulunya pengemis di jalanan,

namun aku Cuma seorang insan yang keistimewaannya pula diragukan.

Mungkin ada . namun di sebalik keberadaan itu, kalian juga tidak terlepas daripada memilikinya

Cuma aku ialah insan yang sedang bertatih, merangkak menggapai cinta Allah yang aku pasti seyakinnya pasti berbalas sepanjang usiaku masih menghuni jasad.

Setiap insan yang bernyawa pasti merasai mati. Ingatkah kalian pada insan yang pernah saya nukilkan dalam entri saya sebulan lepas. Sepotong nama yang cukup memberi kesan pada hati saya. Berbekas. Memang, siapalah saya untuk mengetahui segalanya tentang beliau. Saya hanya hamba Allah yang hina dina dan sedang mencuba mengambil pengajaran daripada hikmah di sebalik pemergiannya. Memang hakikatnya manusia, apabila direnjat dengan suatu kejutan , lebih-lebih lagi isu kematian, pasti berbekas di hati. Menimbulkan satu muhasabah iman dalam diri. Mengakui kelemahan diri yang tiada apa-apa kecuali menanti mati. Namun, hamba yang bijaksana akan merancang perjalanan kehidupan yang pasti penghujungnya ialah bertemu Tuhan dengan sebaik-baik persediaan. Bukan mudah mahu kekalkan muhasabah.


Saya tidak tahu apa yang mendetikkan saya ke mari, memperingati arwah . Illham Ellani. Seorang pelajar perubatan di sini (Jordan) . pemergiannya , 3 disember 2011 cukup membuatkan saya mengenal tarbiyah daripada Pencipta Sekalian Alam. Mati itu pasti. Orang yang paling dekat , iaitu ahli PERMAI sendiri pergi menemui Ilahi. Jauh di perantauan, sedangkan keluarga di tanah air dibimbangkan , hakikatnya diri di perantauan dijemput Tuhan. Segalanya dalam perancangan Tuhan. Percayalah ! telah termaktub di Luh Mahfuz. Kematianku, ajalku , ialah sekian sekian.

Pada 3 Januari 2012 , bumi Jordan dikhabarkan lagi dengan satu berita pemergian sahabat seperjuangan. Walaupun bukan satu tanah air , tapi tetap dirasai persaudaraan yang selama ini terjalin tanpa sedar. Kami di Malaysia , kalian di Indonesia. Seorang mahasiswa Indonesia tahun akhir, saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahman , merangkap Presiden Himpunan Mahasiswa Indonesia telah kembali ke rahmatullah, menghadap Penciptanya . sebelum ajal menjemput, beliau telah dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit membunuh Leukemia. Saya tidak pasti ini wabak yang kian merebak di Jordan. Tapi agak kesal ,memandangkan setakat pengetahuan saya, sudah tiga saudara yang menghidap penyakit ini dan dua orang telah dijemput Ilahi atas ‘tiket’ ini dan seorang lagi (saudari ) terselamat daripada penyakit berkenaan kira-kira tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun, penyakit bukanlah suatu yang patut dipersalahkan, tapi kesedaran. Setinggi mana kesedaran pada kesihatan. Memang. Ajal di tangan Allah. Tapi, tidak sewajarnya manusia menyerahkan kesihatan pada urusan Allah semata-mata. Setidak-tidaknya berusahalah . nyawa, itukan amanah?

Ada yang berpendapat, leukemia ; antara salah satu faktornya ialah asap rokok. Saya tidak pastilah dalam seminggu sahaja, berapa pusingan kami di sini menjadi perokok pasif. Kuat benar pengaruh rokok di sini. Jika benarlah disebabkan asap rokok, leukemia ini merebak. Saya menjadi insan kesal yang terus berhibernasi dalam nada kekesalan. Saya tidak pasti apa langkah yang sewajarnya. Saya kesal. Dan saya bimbang. Memang, impian syahid di tengah medan juang, itu matlamat kebanyakan orang. Tapi tidaklah menjadi kebanggaan jika mati sebelum berjuang. Saya harap suatu hari nanti ada usaha yang boleh saya lakukan untuk menggarap nukilan skil-skil keselamatan untuk sahabat-sahabat di sini. Allah,,,permudahkanlah..

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Surah Jum’ah ayat 8 )

Semoga pemergian mereka sentiasa memberi ‘bekas’ pada diri kita yang masih hidup dan masih menuntut di bumi Allah. Ingat, kita hanyalah insan hina dan bodoh yang hanya menumpang bumi-Nya yang Maha Luas. Ilmu-Nya sahaja tak mampu dicabar. Ilmu cilik yang kita miliki sekarang hanyalah setitis daripada seluas lautan. Siapalah kita mahu lawan hokum Tuhan? Mahu tunjuk ego bukan di sini tempatnya. Saya tertarik dengan kata sahabat “saya orang bodoh , semakin saya belajar saya semakin bodoh. Jadi malanglah jika saya berhenti daripada belajar.”

Jadi, belajarlah. Menuntutlah. Perdalamkanlah. Semoga akhirnya , tatkala bertemu Allah, ada ‘sesuatu’ yang kita bakal persembah. Segala ketetapan Allah moga menjadi batu loncatan untuk kita lebih dekat pada DIA. Ujian dunia hanya cebisan daripada ujian Allah untuk akhirat. Semoga Berjaya dalam imtihan, sahabat-sahabat. Usaha, tawakal. Natijah pada Allah semata-mata , tapi takkan dapat tanpa usaha. Sedangkan haiwan di hutan berusaha mencari makan.. apatah lagi kita , manusia ; disertai akal fikiran. Salam juang.

KITA RASA APA YANG MEREKA RASA.

(dedikasi pada mereka yang berjuang )

-SYAHID – INI MATLAMAT KITA.

FATEH.

sekarang sedang mendalami segalanya tentang leukemia . semoga Allah permudah.

IRBID .

Friday, January 6, 2012

aku ialah aku.





"jangan memandang seseorang terlalu tinggi sehinggakan menganggapnya tidak punya salah dan silap."

sebab itulah ada pesan , sayangilah seseorang itu sekadarnya , sebab boleh jadi orang yang kita sayang akan menjadi orang yang kita benci. dan membencilah sekadarnya kerana boleh jadi orang yang kita benci menjadi orang yang paling kita sayangi.

mungkin ayat ini bisa menenangkan hati yang sedang gundah. 'susah' juga apabila kita dikenali sebagai orang yang baik-baik. baik pada agama, akhlak, kepimpinan dan muamalat. baik di facebook, baik di blog, baik dalam masyarakat, bermakna orang ramai mengiktiraf kita baik.

saya kurang senang apabila orang bercakap sesuatu berdalilkan cakap orang. dalam bahasa lebih mudah, mentafsirkan suatu keadaan dengan perbualan bersama orang lain semata-mata. sama juga sifirnya dengan menilai manusia. jangan dinilai hanya dengan orang kata, dia baik, dia thiqoh , dia warak . tapi nilailah sendiri. pernah ada pesanan , nasihat daripada luqman al-hakim. :
"wahai anakku, ada tiga perkara yang tidak dapat diketahui melalui tiga perkara :
1) kelembutan sewaktu kemarahan
2)keberanian sewaktu perang
3)persaudaraan sewaktu memerlukan"

tapi, kenyataannya. manusia ialah manusia. punya kelemahan sendiri. kadang-kadang manusia silap menilai. manusia silap bertindak. dan penilaian yang dibuat pada awal perkenalan berbentuk harapan. iya, saya faham itu. tapi, kesalahan seharusnya dibimbing, bukan dibenci serta-merta. seperti kes saudari Amalina Che Bakri. ramai yang melatah . ramai yang memaki mencerca .
"harap belajar sahaja tinggi, tapi tak boleh fikir yang baik buruk!"
"bagaimanalah mak ayah ajar!"
" belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau akhlak tak baik, agama letak kat mana.."

ahh.. mereka sudah lupakah yang Amalina juga pernah membuat mereka bangga dengan pencapaian spm dahulu. sumbangan beliau juga besar. cukuplah sekadar nasihat dan doa buat saudari Amalina, tidak perlu mencaci memaki.








jadilah insan yang apabila dikenali sebagai yang baik, semakin baik setelah dirapati.
mungkin sehingga sekarang saya masih belum berjaya untuk menjadi insan baik yang terbaik dalam berakhlak. akhlak yang kurang senang untuk tatapan sahabat masih menjadi sebahagian daripada diri saya.
dan saya harap kalian sahabat-sahabat bisa membimbing, bukan menuding. saya juga hamba ALlah yang inginkan kesederhanaan dalam berkehidupan. hidup seorang mukmin bukan hanya solat, puasa, zakat dan haji. tapi hidup mukmin itu, bukan mengharamkan yang harus. dan bukan mewajibkan yang sunat. Islam cukup mudah, ia mengawal , bukan mengharamkan. seterusnya, semoga kalian dan saya bisa mendoakan kehidupan mukmin yang sempurna untuk kita semua hari ke hari. insyaAllah, mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan.







semoga Allah tempatkan hamba-hamba -Nya yang sedang berjuang pada makam yang terpuji. Allah, kami rindu rahmat kasih sayang-Mu, dan kami rindu Rasul-Mu.
hidup ini perjuangan , semoga Allah temukanku dengan orang yang berjuang. amin.

semoga Allah redha.

Thursday, January 5, 2012

semoga tidak disusahkan. permudahkanlah.





ini fatrah (tempoh) exam.
semua disibukkan dengan tugasan study masing-masing.
kadang-kadang, bahkan selalu macam ni, bila dah dekat mahu berimtihan baru sibuk-sibuk mahu baca itu baca ini. dalam masa satu atau dua hari , mungkinkah boleh habiskan satu buku plus satu nota? mustahil,kan. kalau boleh pun, tak boleh hadam.

ini baru ujian dunia, dah tak boleh nak komited dan buat persiapan awal. di hari Allah mahu hitung segala dosa dan pahala, wallahua'lam bagaimana. mahu kata ada persiapan awal? saya rasa belum cukup. bahkan, kelalaian melebihi segala amal ibadat rasanya.

Allah tak akan mengubah suatu kaum selagi kaum itu tidak mengubahnya sendiri,kan..
(13:11)

dan sebagai kumpulan yang memegang amanah zakat negeri, berusahalah sebaiknya. kita dihantar ke sini, bukan untuk main-main, nikmati hidup di tempat orang, sekadar menjaga peribadi, dan nama baik keluarga , negara dan agama. hadirnya kita di sini, semoga boleh merubah masyarakat. beruntunglah kalian dan saya, punya peluang sebegini rupa dengan izin Allah. amanah, jangan dikhianati.jika bukan pihak penaja (penaja : *mak ayah dan scholar ^^) yang memantau, Allah sedang memantau. semoga segala ilmu boleh menjadi ibadat sepanjang hidup kita di sini. Allah Maha Mengetahui, siapa yang mampu dan siapa yang tidak. jangan mengalah sebelum berjuang.

"dan tidak sepatutnya orang mukmin itu semuanya pergi (medan perang) . mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali agar mereka dapat menjaga diri " (9:122)

"dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar . Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran kepadamu dalam beragama ...." (22:78)

semoga Allah rahmati kalian dan saya. Allah , kami lemah, tapi kami cuba untuk kuat.
mu'addal (pointer) bukan matlamat tapi wasilah untuk berada di zon selesa di dunia, dan mendapat setinggi-tinggi darjat di sisiMu di sebaliknya. amin.

salam berimtihan!
juga buat saudara Safuan Anang. dengarnya sedang duduki peperiksaan di hospital di Malaysia.
insyaAllah kheir. Allah ma'ana.
segala usaha didahului dengan nama Allah. supaya amalan harus menjadi sunat ibadah.


=)


sikit lagi ...
"madkhol ila dakwah " semoga tidak complexkan tuan punya badan ini , yap!

Tuesday, January 3, 2012

2012; inilah permulaannya

Permulaan 2012 .

Inilah ia. Ada permulaan yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Suatu yang menggembirakan, menyedihkan dan meresahkan. Biasalah, ujian dalam kehidupan sering kali menimbulkan seribu satu persoalan dalam hati dan jiwa. Mungkin itu tanda Allah cinta kasih dan sayang pada hamba-Nya. Semoga sekalian insan yang sedang berjuang meletakkan seribu satu pengharapan pada Allah sepenuhnya. Hanya Allah sumber kekuatan, mudah-mudahan .

Permulaan 2012, ramai yang mengaitkan tentang ‘peristiwa berdarah’ Safwan Anang yang dibelasah sekumpulan pengawal keselamatan ataupun FRU . err…pengawal keselamatan? Adakah Safwan Anang seorang penjenayah yang bakal meletupkan Negara dengan bom atom ciptaan canggih bak peluru berpandu Amerika? Ahh.. butanya sesiapa yang berfikiran sedemikian . seorang mahasiswa yang hanya mewakili segenap mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia, menuntut hak mahasiswa untuk bersuara diinjak sebegitu rupa. Saya bukanlah seorang yang mahir berpolitik, yang mendalami ilmu politik. Tapi setidak-tidaknya, rasa cakna dan prihatin itu ada. Iya, saya cuba untuk bersangka baik pada kedua-dua belah pihak , sama ada pembangkang apatah lagi kerajaan , pemerintah Negara tercinta. Namun, hampa. Mengapa kebaikan yang saya harapkan, namun keburukan yang dizahirkan.



sungguh, saya tak sangka ia berlaku di Malaysia


Mungkin juga saya ada terlepas pandang? Mungkin benar, sekadar menonton ‘bukti’ melalui you-tube bukanlah satu tindakan bijak untuk membuat penilaian. Tapi, mana mungkin beberapa buah video yang sama kandungannya boleh diupload secepat itu selepas kejadian? Mungkinkah ianya diedit? Expertise mana yang boleh menipu sedemekian rupa. Langsung tak logik mengikut pandangan akal manusia. Tapi, teknologi canggih mengatasi minda manusia. Kadang-kadang, kebenaran ditolak tepi hanya kerana meragui. Patutkah? Saya rasa setakat ini, saya tidak bias dalam mengadili.

Apabila ada seseorang memberi pandangan berkenaan politik atau sekali sekala terlibat dalam gerakan neutral tapi anjuran mana2 parti politik. Biasanya akan muncul manusia yang berkata "Senang2 masuk politik je la atau bertanding terus". Sedarilah, itulah tanda minda individu yg berkata itu putus beberapa 'wayar kebijakan & kefahaman'. Sedarilah, SEMUA KITA terlibat dlm politik selagi kita berada dlm sebuah negara yg memberi ruang pilihanraya & pilihan pemimpin. Bersuara menyatakan pandangan adalah sihat & bukan indikasi bahawa yg berkata itu PERLU FULL TIME menjadi ahli parti politik tertentu. Pandangan berkaitan politik pula pastinya akan ada cenderung ke mana2 pihak, sesiapa yg sentiasa neutral adalah ciri munafiq berpendirian lalang.
(ustaz zaharuddin)

Dalam angka satu jam selepas jam 12 malam waktu Malaysia. Saya menonton dua buah video berkenaan tragedy berdarah mahasiswa. Jelas memaparkan tentang Safwan Anang yang dibelasah pihak polis dan FRU. Dalam kekalutan suasana, ada suara tempik jerit mahasiswa lain , bagi membela sahabat mereka. Tapi, jeritan Cuma tidak memberi bantuan apa-apa. Apabila saudara Safwan dikepung, diinjak, dipijak, disepak sebegitu rupa. Saya tak Nampak di mana erti ‘manusia’ di situ. Mungkin , mereka marah benar apabila mahasiswa tidak berganjak setelah amaran dikeluarkan. Tapi, di mana hak mahasiswa yang sejak pertengahan bulan Disember yang lepas. Perbincangan cara baik , dan perbincangan bersemuka antara pemimpin dan orang bawahan , bukankah itu lebih baik?

sewaktu dibebaskan dari lokap. alhamdulillah. masih bisa teruskan perjuangan

Saudara Safwan Anang dimasukkan ke hospital, saudara Adam Adli dan sahabat-sahabat yang lain dmasukkan ke lokap, dan saudara Ammar cedera di kepala. Peristiwa berdarah yang dirakamkan pada 1 Januari 2012. Permulaan perjuangan yang baik, mampu buka mata yang umat Islam , semangat juangnya bukan pada jasad, tapi pada kuatnya semangat jihad. Mana mungkin, orang biasa masih tersenyum dengan darah di kepala, dengan patahnya tulang dan anggota . =) respected!


saya harap mereka boleh jadi perintis 'heroes' umat Islam satu hari nanti. ini hanya permulaan . amin



Alhamdulillah, tak kurang juga satu ‘sambutan’ count up (^^) oleh ustaz Azhar Idrus di dataran Shah Alam. Subhanallah, sambutan pertama yang berunsurkan Islamik, mendapat sambutan sebegitu rupa . lebih 70 000 umat manusia berkumpul di dataran shah Alam. Berkumpul demi redha-Nya , insyaAllah. Sedangkan ada yang masih dalam kelalaian. Mendapat hidayah daripada Tuhan, selama ini tahun baru dihiasi dengan sorakan, tarian dan gempita mercun dan bunga api. Tapi, malam itu diteriak dengan laungan takbir. Ahhh…manusia, mereka dahulunya kelalaian. Berapa lama dan berapa kali suara itu sudah melafazkan suatu yang luar batasan redha Allah. Malam itu, ia berubah ^^ syukur , ya Allah. Walaupun saya tidak berada di situ, semoga tempias sebagai rakyat Malaysia tetap berkobar di sini.

Pagi itu.

Hari ini tahun baru . tahun 2012. Banyak yang dijangka untuk tahun ini. Tahun untuk maju, tahun akan berlaku ‘malapetaka’ juga ada. Iya ke malapetaka ? ataupun bala dari Allah sebagai pengajaran dosa?

Mereka. Masih ada yang tegar meminta-minta. Masih ada yang sedang mengutip sisa. Sedih juga. Mengapa masih ada yang menjadi ‘sisa’ dalam masyarakat. Sayu melihat seorang pak cik tua yang maish tabah menggeledah tong sampah kuning di tepi jalan. Mencari tin-tin atau bahan terbuang , mungkin. Mudah-mudahan dapat menjadi sumber rezeki tambahan. Sedang, yang lain sedang enak bersenang-senangan, melepak, meng’hirup’ syisya , menjamu selera. Butakah hatinya? Niat hati memang mahu membantu, tapi apakan daya, aku hanya musafir. Tiada wang di tangan yang mampu diberikan. Cuma, berharap suatu hari nanti saya mampu memberi, pada mereka yang sedang mencari! Dan semoga, Allah rahmati usaha mereka meredah ujian hidup, walaupun perit, tapi menjanjikan seribu satu rahmat! insyaAllah.

gambar sekadar hiasan



Malam itu. 3 disember 2012. 8.25 malam.

Malam sudah pekat . syari’ jamiah tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melabuhkan tirai, menutup hari dengan ubudiyyah. Manusia masih berkeliaran, bertebaran di muka bumi. Kedai-kedai makan , kedai-kedai pakaian dan gerai-gerai di tepi jalan masih meriah dengan penjual dan pelanggan. Saya dan sahabat-sahabat masih berjalan meredah gelap malam. Selepas kelas tafsir setiap malam selasa, begitulah. Berjalan di tengah malam. Sesekali terdengar suara nakal yang mengusik ‘malizi, malizi! ‘ , ‘ ni hau ma? ‘ . saya tak pastilah, mereka faham atau tidak apa yang mereka perkatakan, sedangkan kami pun tak faham ! ^^

‘isytari, isytari (belilah, belilah..) ‘ , tiba-tiba ada seorang kanak-kanak menyapa. Saya memandang ke bawah . ‘ ya Allah…. Budak sekecil ini? Budak sekecil kanak-kanak berumur 4 tahun sedang menjaja sesuatu. Saya tak pasti itu apa. Ahhh.. tak tegar, mahu membantu, tapi teringat pesanan senior.

‘kadang-kadang, mereka ini sindiket, tak payahlah. Mahu derma, pilih juga keadaannya, takut datang mudarat juga ‘ tersenyum.

Mudarat? Iya, suasana di sini, akibat terlalu ramai golongan miskin, golongan yang memerlukan , apabila kita memberi pada seorang, ramai yang akan menyerang. Uhh?? Adakah ini ialah tuduhan rambang? Wallahua’lam, saya belum merasainya, tapi niat untuk mencuba masih belum terlaksana. T-T

Begitulah. Tahun 2012. Sarat dengan kemajuan, namun masih ramai yang melarat. Itu yang dapat saya lihat, jika yang tersembunyi, saya tak pastilah berapa jumlahnya. Itu di Irbid (Jordan) yang kecil sempadannya, jika di Malaysia , saya tak pasti seramai mana. Yang pasti di pusat zakat masih ramai yang menagih bantuan. Bilakah seluruh manusia bias merasai aman, merasai bersama-sama kemanisan dalam kesenangan. Tiada jawapan. Bahkan saya sendiri, tiada jawapan. Cuma berharap agar diri diberi kesempatan untuk menyumbang pada yang memerlukan , sebelum saya sendiri yang memerlukan.

Semoga Allah redha. Dan semoga tahun 2012 menjanjikan suatu yang lebih, baik di Malaysia, Jordan, Mesir, Syria dan seluruh bumi seisinya. Allah… sa’idna.

Mengimpi sehebat fateh!




hamiz ruslan
irbid
7.30 pagi
"dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan ) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh Allah berserta orang yang berbuat baik"
al-ankabut : 69



Sunday, December 11, 2011

kenapa masih bertelagah?





sedang mereka berjuang meredah badai . perit, perit. kita kini hanya dilimpah kesenangan, tapi masih bertelagah~ apakah kita ini tidak mahu menempah syurga? aneh~


"ramai yang buat status baik2 di facebook. mahu tunjuk alim ? mahu tunjuk baik ? "
ramai yang berbicara tentang ini, hingga kadang-kadang saya naik muak. bukanlah nak kata, pertikaian ini tak wajar dilakukan oleh sesiapa. tapi, datang satu perasaan pelik, kenapa harus dipertikaikan? Allah selalu suruh kita cuba untuk buat baik, sebarkan kebaikan agar insan kamil yang lain pula dapat dilahirkan . bukankah jelas oleh Allah dalam firmanNya.
" mesti ada segolongan kamu yang menyuruh kepada kebajikan , menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran . dan merekalah golongan yang beruntung. "
ali-imran :104


terus, jika segenap umat Islam mula merasakan keperluan untuk sampaikan kebaikan, bukankah itu lebih baik. saya tergerak untuk respon pada hal ini, bukanlah mengharapkan pendapat saya ini patut diraikan dan patut diambil perhatian. tidak sama sekali. ini hanyalah pendapat cilik daripada insan yang masih bertatih dan jatuh bangun atas jalan iman dan taqwa. sama seprti kalian.

cuma, selaku insan biasa, muslimah yang masih bermujahadah, saya bimbang andai pertikaian bisa meruntuhkan sokongan moral seseorang untuk terus menyeru kebaikan. dahulu, zaman dakwah Nabi Muhammad saw (selawat dan salam ke atas baginda, keluarga dan para sahabat ) , banyak penentangan yang baginda hadapi, hingga baginda saw dan mujahid-mujahid Islam berhijrah ke Madinah dan bina pusat pemerintahan di situ. namun, apa respon para sahabat? patuh sepatuhnya. selagi keimanan dalam hati meneguhkan bicara " iman pada Allah dan Rasulullah yang paling tepat ! " tiada keraguan, perjuangan diteruskan.
Ahh..~ buat masa kini, saya kurang pasti bagaimana umat Islam boleh bertahan jika asyik mempertikaikan suatu yang kecil, tetapi mengetepikan perkara yang lebih besar.

jika dilihat, di laman Facebook, ramai yang menyampaikan kebenaran dan menggerakkan dakwah Islam. tetapi, berapa ramai lagi yang menyeru kepada kebatilan? mereka mahu membawa ummat Islam jauh daripada agama.

“Sebenarnya tugas kalian bukan mengeluarkan orang-orang Islam dari agamanya menjadi pemeluk agama kalian. Akan tetapi menjauhkan mereka dari agamanya (Al-Quran dan Sunnah).Sehingga mereka menjadi orang-orang yang putus hubungan dengan Tuhannya dan sesamanya saling bermusuhan, menjadi terpecah-belah dan jauh dari persatuan. Dengan demikian kalian telah menyiapkan generasi-generasi baru yang akan memenangkan kalian dan menindas kaum mereka sendiri sesuai dengan tujuan kalian”

(Kenyataan Samuel Zwemer dalam Konferens Al Quds- 1935)

(credit to WNH )

lihat, itu peancangan mereka. tapi, fenomena ummat Islam dalam kalangan muslim muslimat sendiri masih tidak berkesudahan. ayuh, ummat Muhammad saw. kita kan ummat dakwah. be creative . Allah telah mendatangkan sebaik-baik hidayah pada kita untuk beramal dengan baik dalam agama Islam yang syumul.
ISLAM itu tinggi dan tiada yang yang lebih tinggi.
jika benar kita yakin akan kebenaran ini, bisakah hati kita beralih lagi? berkocak dengan goncangan dunia yang menggegar iman di dada? kita ummah dakwah. kita pejuang agama Allah, sepatutnya gentar dengan ayat-ayat Allah. bagaimana ummah dahulu boleh berjaya menawan dunia, kita tak mampukah?
yang membezakan salafussoleh dan solehin kini bukanlah takdir ALLAH, tapi hanyalah kemodenan dunia. tapi mengapa mahu turut me'moden'kan hati dengan keimanan yang luntur. iman itu tetap teguh seperti dulu, jangan khianat! jangan hancurkan ia!

bersatulah dalam menyampaikan dakwah Islam. usah mempertikai antara satu sama lain.
"aku yang lebih layak jadi pendakwah."
"alah...dia bukan baik sangat, harap status FB sahaja baik . aahhhh~~"
"pandai cakap aje! "

bosan,kan.. sampai bila mahu begini. ISLAM semakin hampir pada kemenangan, percayalah~
tapi adakah kita hanya duduk dan tunggu sambil goyang kaki, dan hanya bermuka-muka ketika ISLAM naik, dijulang dunia. malulah pada dunia, jika tidak mampu , malu pada diri. apa sumbanganku pada ISLAM? =_=

"wahai Musa , sampai kapan pun kami tidak akan masuk kedalamnya , selagi mereka (musuh) masih ada di dalamnya. kerana itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu , dan berperanglah kamu berdua. biarlah kami tetap menanti di sini sahaja " al-maidah : 24

begitulah golongan munafiq dahulu. kita mahu sebegitu, atau menjadi orang berusaha setanah, Abu Bakar as-siddiq yang teguh dengan kebenaran yang dibawa Rasulullah walaupun hilang kepercayaan oleh bangsa sendiri, Khalid al-walid yang tegar berjuang walaupun tidak diberi penghormatan jawatan, seperti Abu Ubaidah al-Jarrah yang tegar membunuh bapa sendiri kerana ISLAM yang menjadi agama suci pilihannya, tetapi tidak pada bapanya, dan Muhammad al-Fateh walaupun jauh daripada Rasulullah, namun perjuangan diteruskan bagi merealisasikan hadis Nabi.
tanya pada diri, "dalam hadis NABI saw, kamu mahu jadi pemuda yang bagaimana? "
(saya pun ragu dengan jawapannya )

jadi, dengan rendah diri dan hatinya, sahabat-sahabat, teruslah menyeru kebaikan walau ada yang menghina mencaci. mohon perlindungan Allah agar ditetapkan prinsip yang teguh pada hukum agama, moga tidak terpesong dari ajaran Rasulullah saw. dan moga dikelilingi insan -insan yang bisa menilai menerusi mata hati. hanya DIA tempat berlindung dan bergantung. teguhkan kami!

................................

malam itu hening sekali, Abu Ubaidah tidak bisa lelapkan mata . masih terbayang-bayang di matanya pergelutan bersama bapanya. dan bagaimana beliau menikam bapanya, dan memangku bapanya di atas riba sehingga bapanya menghembuskan nafas terakhir.
kemudian, datang Rasulullah saw dan Abu Bakar as-siddiq r.a. ... menyampaikan pesan Allah.

"Engkau (Muhammad ) tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , dan saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ialah bapanya, anaknya , saudaranya atau keluarganya . Mereka itulah orang yang dalam hatinya ditanam Allah dengan keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari DIA. ......" al-mujadilah : 22

musuh Allah ialah musuh kita sekalipun mereka ialah ibu kita, bapa kita, saudara mara kita. siapa yang bisa mengetepikan keluarga demi iman, dengan pengorbanan yang lebih baik daripada para sahabat??
ABU UBAIDAH AL-JARRAH. pengorbanannya demi ISLAM, terpahat !

kami jejaki kalian, RASULULLAH DAN PARA SAHABAT YANG DIREDHAI ALLAH.
amin! tempatkan mereka pada maqam yang terpuji~

Saturday, December 3, 2011

senior; moga Allah rahmati akhi !

ingat lagi pesan Allah dalam surah ali Imran , ayat 185
"setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati, dan hanya hari kiamat sahajalah diberikan sempurna balasanmu ..."

siapa sangka , tinggal di bumi Jordan lebih kurang 3 bulan, sudah dihebahkan dengan dua kematian ; sohib (tuan rumah ana sendiri) dan sahabat seperjuangan atau lebih tepat lagi, senior Mohd Ilham Ellani bin Jamal..
iya, saya tiada kaitan dengan beliau kecuali hanya saudara seIslam. saya tidak mengenali beliau, bahkan lihat wajahnya pun saya tidak pasti pernah atau tidak. tapi mengetahui satu mutiara Jordan telah kembali ke Rahmatullah, buatkan saya tersentak dari lamunan panjang. mungkin dua tiga hari kebelakangan, insan-insan mula leka dengan kehidupan sehinggakan lupa 'ubudiyyah pada Tuhan.
inilah peringatan . sedang ayat-ayat Al-Quran itu peringatan untuk sekalian alam. apatah lagi satu kematian, yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Allah sudah rindu pada hamba itu. rahmati beliau dalam golongan orang soleh.

< hidung berdarah --> disyaki brain tumor @

Acute Myelogenous Leukemia --> ICU (28/11/2011) ---> lebih kurang lima hari, Allah panggil pulang (3/12/2011) >
betullah, kita tidak tahu rentetan hidup kita, meninggal sebagai apa, di mana, umur berapa , sudah laksanakah tugasan hidup kita. ajal maut di tangan Allah, tipulah jika ada yang mengatakan mereka tahu tarikhnya, mereka tahu tandanya..

sekarang, di FB, di blog, bahkan di seluruh talian komunikasi bagi yang mengenali beliau , ataupun setidak-tidaknya tahu akan beliau, semua sedang sibuk membicarakan tentang saudara Ilham Ellani. hanya sekelip mata ruang telekomunikasi bertali arus. ini kuasa Allah. dan alhamdulillah untuk ummah yang masih cakna akan peringatan dari Tuhan.
tapi itu perhatian manusia. semoga Allah juga beri secebis perhatian dan kasih sayangnya buat saudara seIslam yang saya sayang ini bagi meraih syurga Allah kelak. buat saudara mara dan keluarga serta sahabat handainya, salam takziah dari saya dan sahabat-sahabat yang lain. Allah lebih sayangkan beliau , tidak ada seseorang manusia yang Allah tidak mencukupkan usia untuknya . apabila usia itu yang Allah beri, insyaAllah sepanjang usia itulah bekalnya untuk menggapai syurga nanti, mudah-mudahan.amin..

dan ummat manusia yang sedang enak menanti hidangan duniawi. mungkin buat kita yang mengenali dan menyedari ketiadaan arwah, kita tersentap iman, muhasabah diri yang selama ini kealpaan . tapi bagi yang masih membonceng kesenangan dunia, adakah mereka cakna? Allah, ampuni ummat ini , sesungguhnya mereka tidak tahu.

''ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau , perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani ; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur . dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan Allah serta keredhaanNYA , dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu "
Ali-Hadid : 20

semoga peringatan ini terus melekap di qalbu, agar hati ini tak kembali lalai dari mengingati pertemuan denganMU, pasti terjadi.




dalam kenangan, insyaAllah, moga tenang di sana. Allah uji namun masih ada manusia ingkar. kenapa, kerana hidup ini berupa pilihan, mahu taat atau mahu ingkar. bagi yang taat, Allah kurniakan sebesar-besar nikmat, bagi yang ingkar azab Allah sangat berat.

tatkala dinihari, insan masih galak dalam tawa duniawi,
mungkin mereka tidak menyedari yang mereka sedang diperhati,
insan itu , ia telah kembali,
menemui Ilahi, KEKASIH AGUNG yang selama ini ternanti-nanti,
Allah..selama ini kuakui, Engkau lah kekasih hati ini,
dan RasulMu, kujadikan pedoman buat diri untuk hidup dijalani,
namun, aku bimbang jika aku hipokrit pada diri,
katanya cinta, tapi tidak seindah yang dikata, yang dijanji,
aku alpa, aku hina , aku lalai,
seringkali kuingatkan diri, letaklah Allah di hati,
agar kelak tatkala dipanggil pergi,
ada sekelumit kasih cinta Ilahi datang menemani,
Al-Quran menjadi peneman pabila sepi,
harapnya bukan hanya di sini, tapi jua di akhirat nanti.


Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, penuhi jiwa kami dengan Islam dan Iman. jauhilah kami daripada kealpaan, kekufuran sehingga kami menemuiMu, wahai Tuhan Sekalian Alam.

bersyukurlah.
salam takziah dari srikandi Fateh.
sama ada sempat atau tidak ingin mem'buka' generasi penggerak ummah, usah difikir, usaha tetap diteruskan. bukankah tawakkal itu sifat orang mukmin? :-)

"jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal." ali-Imran : 160





"......berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankanbagimu..." -Al-Ghafir :60


*hiba
*rasa Allah itu dekat sangat-sangat!