Showing posts with label nukilan perantau. Show all posts
Showing posts with label nukilan perantau. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

''ana nak cop enti ''

hari ni , 11/4/2012 .
dua tiga hari ni banyak sangat buat status di FB . kalau ada tweet memang dah tweet banyak-banyak kali dah ni .
semalam , mungkin hidup penuh dengan kelam je . kecewa lah katakan ... tup,tup ! tengok @ dengar ceramah ustaz Asri -dr maza- ambik ko~! terkena sebijik kat atas kepala . memang lah , manusia , time kena uji , memang dah tak ingat dah kat orang lain . ikut sedap rasa dia je . ish-ish- saya dah tak nak dah biar emosi dikawal nafsu dah . teruk sangat jadinya .

hari ni , saya buat status begini bunyinya lebih kurang ;
saya tak tahu hadaf 'dia' ; selamatkan ukhti ini ataupun bawa ukhti ini hampir ke neraka dengan harapan dan keputusan yang tidak pasti .
saya tak iri hati dengan beruntungnya ukhti ini. tapi saya rasa hebatnya ukhti ini , sebab diuji begitu dan begini .
pelik ya hidup ni , benda baik tapi kabur dengan benda syubhah . pendapat saya sendiri, saya tak berapa yakini cara macam ni . biarlah yang hadir ialah yang pasti daripada DIA Yang Maha Mengetahui . ikuti fatwa hati kamu. -semoga Allah bantu kalian yang belum , sedang dan bakal - wallahua'lam .
ada makna ke share status update sendiri kat sini ?


haaa.... ya, agak tersurat dan tersirat ! saya rasa proses ni masyhur @ femes kot dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sekarang . saya bukan nak respon sangat tentang ni . dalam petikan ni ada beberapa point-point penting .
pertama , saya kurang selesa . kedua, saya memang tak selesa pun ! saya tak prefer situasi di mana seorang akhowat berfikir-fikir soal cinta macam ni . perempuan, bila sebut tentang ni , suka tu memanglah! dia jadi lemah tau . mudah cair ! sebab tu senior saya pernah cakap , korang ni , buat keras sket boleh tak??!! *gulp ! berapa kerat lah sangat wanita yang boleh tahan dengan ajakan seorang lelaki ??

baik , yang kedua ; kenapa saya kata bawa ukhti itu ke neraka . apabila duk asyik berfikir , tidakkah itu satu kelalaian bagi dia ? baik, wanita & masa depan . ya! siapa tak fikir , bahkan saya sendiri terfikir . fikirkan perancangan sebuah kehidupan . mahu dirikan sebuah bahtera rumah tangga yang muslim dan indah dengan nilai-nilai Islam . dan bila datang khabar tentang siapa pun 'dia' , mesti rasa seola-olah harapan itu mula mahu tumbuh ,bukan . cuma pandangan peribadi, ini bukan masa jika ia datang sekarang . baik , satu ; fatrah belajar . kedua; sedikit sebanyak prinsip akan goyah . ketiga ; soal ikhtilat di mana? sihatkah hukum syara' dengan cara begini ?

seterusnya , ketiga ; saya tak yakini cara ini . wah! ini ayat panas ni . buatnya tak ada orang nak dekat ngan saya??? ahhh..kacau! kenapa saya tak yakin . sebab saya bimbang . kenapa saya bimbang , sebab ada pernyataan sebelumnya . -syubhah - ini perkara yang kita tak nampak , kita tak perasan pun . dan kita , keliru . -ikhtilat , perasaan , prinsip , hadaf - semuanya pudar . buntu . sebab itulah , ada yang menyokong cinta itu hadirnya sebelum nikah dan ada yang bersetuju cinta itu lagi indah apabila dinikmati hanya selepas nikah .




saya faham ,soal perasaan , siapa boleh kawal ? bahkan sewaktu di bangku sekolah lagi , ada cinta monyet, segala bagai lagi . tak apa, teruskan kalau lah kita yakin tiada murka Allah di situ . mungkin yang lain boleh hukum saya sebagai pandai cakap je , sebab saya memang saya suka cakap pun. tapi saya cuba untuk bersuara dan beri pandangan . mungkin salah , mungkin betul dan mungkin juga bakal berubah . itulah namanya manusia , dan saya mengaku yang saya ialah manusia.

saya sendiri banyak lihat insan-insan yang sedang melayari bahtera bahagia daripada proses ni . tapi saya yakin , bukan dengan cara 'ana nak cop enti ' tapi dengan , ''ustaz , ana berkenan nak jadikan si fulanah sebagai suri hidup ana"


hamiz ruslan ; "banyak dalam hidup ni , kita sayang mahu tinggalkan satu perkara kerana bimbangkan kehilangannya buat selamanya . tapi sedarkah kita , bahagia itu ada pada -Nya "

Monday, January 9, 2012

memori bertandang .

Alhamdulillah , syukur pada rahmat dan kasih sayang Allah yang telah membawa hati-hati yang inginkan kebaikan ke mari. Segala yang baik mungkin boleh memberi kebaikan kepada hati-hati yang inginkan kebaikan.

“sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahamannya dalam beragama.”

Saya bukanlah seorang yang mempunyai satu catatan hidup yang unik dan terlalu berbeza untuk dikongsikan bersama kalian. Cuma hamba ini ialah salah seorang daripada berjuta-juta umat manusia yang inginkan redha-Nya . sentiasa .

Aku bukanlah pemilik kisah cinta yang bisa menandingi Romeo dan Julietnya,

Aku juga bukanlah pewaris kepada pejuang yang gah membelah awan mencari keajaiban dalam bertuhan,

Bukan pula seorang bangsawan Berjaya yang dahulunya pengemis di jalanan,

namun aku Cuma seorang insan yang keistimewaannya pula diragukan.

Mungkin ada . namun di sebalik keberadaan itu, kalian juga tidak terlepas daripada memilikinya

Cuma aku ialah insan yang sedang bertatih, merangkak menggapai cinta Allah yang aku pasti seyakinnya pasti berbalas sepanjang usiaku masih menghuni jasad.

Setiap insan yang bernyawa pasti merasai mati. Ingatkah kalian pada insan yang pernah saya nukilkan dalam entri saya sebulan lepas. Sepotong nama yang cukup memberi kesan pada hati saya. Berbekas. Memang, siapalah saya untuk mengetahui segalanya tentang beliau. Saya hanya hamba Allah yang hina dina dan sedang mencuba mengambil pengajaran daripada hikmah di sebalik pemergiannya. Memang hakikatnya manusia, apabila direnjat dengan suatu kejutan , lebih-lebih lagi isu kematian, pasti berbekas di hati. Menimbulkan satu muhasabah iman dalam diri. Mengakui kelemahan diri yang tiada apa-apa kecuali menanti mati. Namun, hamba yang bijaksana akan merancang perjalanan kehidupan yang pasti penghujungnya ialah bertemu Tuhan dengan sebaik-baik persediaan. Bukan mudah mahu kekalkan muhasabah.


Saya tidak tahu apa yang mendetikkan saya ke mari, memperingati arwah . Illham Ellani. Seorang pelajar perubatan di sini (Jordan) . pemergiannya , 3 disember 2011 cukup membuatkan saya mengenal tarbiyah daripada Pencipta Sekalian Alam. Mati itu pasti. Orang yang paling dekat , iaitu ahli PERMAI sendiri pergi menemui Ilahi. Jauh di perantauan, sedangkan keluarga di tanah air dibimbangkan , hakikatnya diri di perantauan dijemput Tuhan. Segalanya dalam perancangan Tuhan. Percayalah ! telah termaktub di Luh Mahfuz. Kematianku, ajalku , ialah sekian sekian.

Pada 3 Januari 2012 , bumi Jordan dikhabarkan lagi dengan satu berita pemergian sahabat seperjuangan. Walaupun bukan satu tanah air , tapi tetap dirasai persaudaraan yang selama ini terjalin tanpa sedar. Kami di Malaysia , kalian di Indonesia. Seorang mahasiswa Indonesia tahun akhir, saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahman , merangkap Presiden Himpunan Mahasiswa Indonesia telah kembali ke rahmatullah, menghadap Penciptanya . sebelum ajal menjemput, beliau telah dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit membunuh Leukemia. Saya tidak pasti ini wabak yang kian merebak di Jordan. Tapi agak kesal ,memandangkan setakat pengetahuan saya, sudah tiga saudara yang menghidap penyakit ini dan dua orang telah dijemput Ilahi atas ‘tiket’ ini dan seorang lagi (saudari ) terselamat daripada penyakit berkenaan kira-kira tiga tahun lalu.

Walau bagaimanapun, penyakit bukanlah suatu yang patut dipersalahkan, tapi kesedaran. Setinggi mana kesedaran pada kesihatan. Memang. Ajal di tangan Allah. Tapi, tidak sewajarnya manusia menyerahkan kesihatan pada urusan Allah semata-mata. Setidak-tidaknya berusahalah . nyawa, itukan amanah?

Ada yang berpendapat, leukemia ; antara salah satu faktornya ialah asap rokok. Saya tidak pastilah dalam seminggu sahaja, berapa pusingan kami di sini menjadi perokok pasif. Kuat benar pengaruh rokok di sini. Jika benarlah disebabkan asap rokok, leukemia ini merebak. Saya menjadi insan kesal yang terus berhibernasi dalam nada kekesalan. Saya tidak pasti apa langkah yang sewajarnya. Saya kesal. Dan saya bimbang. Memang, impian syahid di tengah medan juang, itu matlamat kebanyakan orang. Tapi tidaklah menjadi kebanggaan jika mati sebelum berjuang. Saya harap suatu hari nanti ada usaha yang boleh saya lakukan untuk menggarap nukilan skil-skil keselamatan untuk sahabat-sahabat di sini. Allah,,,permudahkanlah..

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Surah Jum’ah ayat 8 )

Semoga pemergian mereka sentiasa memberi ‘bekas’ pada diri kita yang masih hidup dan masih menuntut di bumi Allah. Ingat, kita hanyalah insan hina dan bodoh yang hanya menumpang bumi-Nya yang Maha Luas. Ilmu-Nya sahaja tak mampu dicabar. Ilmu cilik yang kita miliki sekarang hanyalah setitis daripada seluas lautan. Siapalah kita mahu lawan hokum Tuhan? Mahu tunjuk ego bukan di sini tempatnya. Saya tertarik dengan kata sahabat “saya orang bodoh , semakin saya belajar saya semakin bodoh. Jadi malanglah jika saya berhenti daripada belajar.”

Jadi, belajarlah. Menuntutlah. Perdalamkanlah. Semoga akhirnya , tatkala bertemu Allah, ada ‘sesuatu’ yang kita bakal persembah. Segala ketetapan Allah moga menjadi batu loncatan untuk kita lebih dekat pada DIA. Ujian dunia hanya cebisan daripada ujian Allah untuk akhirat. Semoga Berjaya dalam imtihan, sahabat-sahabat. Usaha, tawakal. Natijah pada Allah semata-mata , tapi takkan dapat tanpa usaha. Sedangkan haiwan di hutan berusaha mencari makan.. apatah lagi kita , manusia ; disertai akal fikiran. Salam juang.

KITA RASA APA YANG MEREKA RASA.

(dedikasi pada mereka yang berjuang )

-SYAHID – INI MATLAMAT KITA.

FATEH.

sekarang sedang mendalami segalanya tentang leukemia . semoga Allah permudah.

IRBID .