Showing posts with label diari mahasiswa Jordan. Show all posts
Showing posts with label diari mahasiswa Jordan. Show all posts

Friday, January 22, 2021

jelajah bumi Allah ; Jordan

Psssstt.. Ini post lama, yang baru publish. I am live in Malaysia now. Haha

sahabat-sahabat satu trip .

alhamdulillah, sementara ia masih segar di ingatan . ingin sekali saya nukilkan satu persatu yang sedang bermain-main di fikiran . masih ingat suasana Jelajah Jordan versi winter di bawah anjuran Mohd Hibatul Muqlis (perlu cakap ke??).

jelajah kami selama empat hari , bermula 23 Januari h

ingga 26 Januari 2012. tidak lama. sebentar sahaja , tapi cukup bermakna . inilah keberkatan masa, insyaAllah .

hari pertama kami di tempat berlakunya perang Yarmouk , Ummu Qays , makam lima sahabat Nabi saw , dan laut mati
saya bukan seorang yang tahu segala bagai tentang sejarah . jadi, untuk menceritakan satu persatu tentang sejarah di sebalik setiap tempa
t adalah satu kelemahan saya . jadi, mungkin saya akan membiarkan gambar yang berbicara .



ini suasana di atas gunung . dibawahnya ialah tempat perang yarmouk berlaku suatu ketika dahulu








ini pula pemandangan dari atas 'collaseum' di ummu qays.






makam saidina Abu Ubaidah al-Jarrah. al-fatihah .


ini antara makam yang saya terkesan dengannya memandangkan saya membaca kisah Abu Ubaidah , di mana beliau menjadi seorang kepercayaan Nabi Muhammad saw . pernah saya terbaca sabda Nabi bahawa
" setiap agama mempunyai pemegang amanahnya, dan pemegang amanah bagi agamaku ialah Abu Ubaidah al-jarrah . "
serius. tak sangka sudah menjejakkan kaki ke maqam seorang yang selama ini kukagumi dari jauh , kukagumi hanya daripada sesebuah kitab . andainya ia mendengar derapan kaki kami, agaknya derapan kami ini derapan kaki mujahidah-mujahidah yang diharapkannya akan meneruskan perjuangan atau tidak? atau kami hanya datang , menziarah hanya untuk cukup syarat sebagai tetamu Allah di bumi Jordan . saidina Abu Ubaidah al-Jarrah , yang saya mahu ialah ketokohan dan semangat anda menegakkan kalimah Allah di Bumi Tuhan . semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh dan berfikir akan kekuasaanNya . amin

saidina Abu Ubaidah ;
"dirikanlah sembahyang , tunaikanlah zakat , puasa di bulan ramadhan , berdermalah, tunaikanlah ibdah haji dan umrah , saling nasihat menasihati . berilah nasihat kepada pimpinan kamu , jangan menipu , jangan terpesona dengan harta dunia . sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia , kerana itu semua manusia pasti mati . orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat "


hari kedua kami menapak di mount Nebo , gua ashabul kahfi , karak castle , dan

makam-makam sahabat syuhada mu'tah .

hari ketiganya , kami menjejaki Petra , wadi ram dan aqabah .

hari terakhir , meninggalkan jejak di masjid negara Jordan , muzium kereta , Jerash dan Ajloun.


tak mahu cakap banyak . pengalaman tanpa pengetahuan tak mampu merungkaikan seribu

satu persoalan .

cuma nasihat saya , sebelum kalian menjejakkan kaki ke bumi-bumi 'baru' Tuhan ,

setidak-tidaknya persiapkanlah diri dengan ilmu sedikit sebanyak .

bukankah tidak sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu?? =) (az-zumar ; 9)



.... untuk tatapan gambar jaulah , klik sini untuk yang mempunyai akaun facebook sahaja .. ^^


semoga Allah

redha


"di bumi banyak khazanah yang harus dan boleh diterokai ,
cuma diri sendiri yang mahu
mencabar diri , ataupun hanya berdiam diri . hidup ini perlu mencari " ^^

Wednesday, April 11, 2012

''ana nak cop enti ''

hari ni , 11/4/2012 .
dua tiga hari ni banyak sangat buat status di FB . kalau ada tweet memang dah tweet banyak-banyak kali dah ni .
semalam , mungkin hidup penuh dengan kelam je . kecewa lah katakan ... tup,tup ! tengok @ dengar ceramah ustaz Asri -dr maza- ambik ko~! terkena sebijik kat atas kepala . memang lah , manusia , time kena uji , memang dah tak ingat dah kat orang lain . ikut sedap rasa dia je . ish-ish- saya dah tak nak dah biar emosi dikawal nafsu dah . teruk sangat jadinya .

hari ni , saya buat status begini bunyinya lebih kurang ;
saya tak tahu hadaf 'dia' ; selamatkan ukhti ini ataupun bawa ukhti ini hampir ke neraka dengan harapan dan keputusan yang tidak pasti .
saya tak iri hati dengan beruntungnya ukhti ini. tapi saya rasa hebatnya ukhti ini , sebab diuji begitu dan begini .
pelik ya hidup ni , benda baik tapi kabur dengan benda syubhah . pendapat saya sendiri, saya tak berapa yakini cara macam ni . biarlah yang hadir ialah yang pasti daripada DIA Yang Maha Mengetahui . ikuti fatwa hati kamu. -semoga Allah bantu kalian yang belum , sedang dan bakal - wallahua'lam .
ada makna ke share status update sendiri kat sini ?


haaa.... ya, agak tersurat dan tersirat ! saya rasa proses ni masyhur @ femes kot dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi sekarang . saya bukan nak respon sangat tentang ni . dalam petikan ni ada beberapa point-point penting .
pertama , saya kurang selesa . kedua, saya memang tak selesa pun ! saya tak prefer situasi di mana seorang akhowat berfikir-fikir soal cinta macam ni . perempuan, bila sebut tentang ni , suka tu memanglah! dia jadi lemah tau . mudah cair ! sebab tu senior saya pernah cakap , korang ni , buat keras sket boleh tak??!! *gulp ! berapa kerat lah sangat wanita yang boleh tahan dengan ajakan seorang lelaki ??

baik , yang kedua ; kenapa saya kata bawa ukhti itu ke neraka . apabila duk asyik berfikir , tidakkah itu satu kelalaian bagi dia ? baik, wanita & masa depan . ya! siapa tak fikir , bahkan saya sendiri terfikir . fikirkan perancangan sebuah kehidupan . mahu dirikan sebuah bahtera rumah tangga yang muslim dan indah dengan nilai-nilai Islam . dan bila datang khabar tentang siapa pun 'dia' , mesti rasa seola-olah harapan itu mula mahu tumbuh ,bukan . cuma pandangan peribadi, ini bukan masa jika ia datang sekarang . baik , satu ; fatrah belajar . kedua; sedikit sebanyak prinsip akan goyah . ketiga ; soal ikhtilat di mana? sihatkah hukum syara' dengan cara begini ?

seterusnya , ketiga ; saya tak yakini cara ini . wah! ini ayat panas ni . buatnya tak ada orang nak dekat ngan saya??? ahhh..kacau! kenapa saya tak yakin . sebab saya bimbang . kenapa saya bimbang , sebab ada pernyataan sebelumnya . -syubhah - ini perkara yang kita tak nampak , kita tak perasan pun . dan kita , keliru . -ikhtilat , perasaan , prinsip , hadaf - semuanya pudar . buntu . sebab itulah , ada yang menyokong cinta itu hadirnya sebelum nikah dan ada yang bersetuju cinta itu lagi indah apabila dinikmati hanya selepas nikah .




saya faham ,soal perasaan , siapa boleh kawal ? bahkan sewaktu di bangku sekolah lagi , ada cinta monyet, segala bagai lagi . tak apa, teruskan kalau lah kita yakin tiada murka Allah di situ . mungkin yang lain boleh hukum saya sebagai pandai cakap je , sebab saya memang saya suka cakap pun. tapi saya cuba untuk bersuara dan beri pandangan . mungkin salah , mungkin betul dan mungkin juga bakal berubah . itulah namanya manusia , dan saya mengaku yang saya ialah manusia.

saya sendiri banyak lihat insan-insan yang sedang melayari bahtera bahagia daripada proses ni . tapi saya yakin , bukan dengan cara 'ana nak cop enti ' tapi dengan , ''ustaz , ana berkenan nak jadikan si fulanah sebagai suri hidup ana"


hamiz ruslan ; "banyak dalam hidup ni , kita sayang mahu tinggalkan satu perkara kerana bimbangkan kehilangannya buat selamanya . tapi sedarkah kita , bahagia itu ada pada -Nya "

Tuesday, April 10, 2012

kiri kanan nampak nikmat

"tahniah !! hebat ar..segan ana ngan enti " ayat biasa kat jordan orang guna . walaupun saya tak guna pun
"alhamdulillah .."

lepas tu , terpampang lah kat facebook , kat tweets , kat blog ...
"alhamdulillah , asykurullah ."
"kejayaan yang tak disangka-sangka . Allah Maha Bijaksana , Maha Adil pada hamba-hambaNya "
"dah usaha , mesti dapat . aku yakin tu!''

..........
hmmm.... jauh di sudut hati , nak jugak ucap syukur . tapi nak syukur apenye . apa aku dapat . setakat result B solid nak masuk C+ .. tengok orang lain happy-happy , nak jugak rasa happy . boleh sengih je pun jadi lah . tapi bila tengok diri sendiri macam ni ...aiiisshhhh...susah, susah ... memang aku ditakdirkan untuk begini kot . tak payah lah simpan hajat nak sujud syukur sebab berjaya hebat macam diorang ~

*gulp! hah sudah!

ada jugak orang macam ni ye ? =_= kalau tak ada , saya tak tulis la..
bersyukur pun kena tunggu masa ke ? saya tak nafi la, memang ada je orang macam ni . alah...tengok diri sendiri pun tahu , bila ada kejayaan besar barulah nak ingat pada Allah , nak bersyukur atas nikmat yang Allah bagi . tapi tu kira ok lah , daripada tak bersyukur langsung . alpa dan riak dengan nikmat dunia yang memang sifatnya sementara .

tapi bagi mereka yang tak bernasib baik . bukan kerana tak pandai, tapi mungkin Allah uji dia , supaya usaha lebih , tawakal lebih , mungkin .. mesti rasa down ,kan! macam dunia ni bukan kita yang punya . macam gagal sekali, seolah2 menunggu masa ke tali gantung dah , tak ada peluang kedua . tali gantung pun boleh adakan perbicaraan balik, ye x??

sila lihat diri anda , apa yang ada ? mata ada ? ada. kalau tak , takkan anda boleh membaca seperti sekarang . tangan ada? ada. kalau tak , mustahil anda boleh scroll page ni ke bawah . hidung ada ? ada . kalau tak anda takkan boleh bernafas dengan baik dengan tertutup mulut anda sebab tak nak bagi masuk lalat!
nah! sudah ada tiga nikmat besar di situ . telinga ada? ada . kalau tidak anda takkan dapat dengar lagu yang berkumandang di blog ni , melainkan ada masalah di situ atau anda sendiri yang menekan butang stop pada sisi blog ni .

terlalu banyak nikmat yang boleh disyukuri . yang paling besar ada pada anda , bagi anda yang muslim, anda ada anda punya ISLAM , dan IMAN . nikmat paling besar . bersyukur atas segala yang Allah tetapkan . supaya hidup anda pun tak bosan! hikmah dan cara terbentang luas!

tadi, baru lepas dengar tazkirah dalam kelas . walaupun saya dah hilang fokus sebab frustrated , tapi boleh la tangkap sikit hikmah daripada Allah .
kalau kalian fikir semua perkara yang terjadi sekarang ialah daripada usaha anda sendiri, itu silap besarlah ! walaupun sesikit-sikit perkara , itu semua daripada Allah .. sebab itu namanya tasdiq jazim lillahi taala hual khaliq haulal hayatil insan ( membenarkan dengan setegasnya bahawa Allah taala itu Tuhan yang menguasai kehidupan manusia )





saya ada impian , dan cita-cita . mustahil kegagalan sekali boleh menidakkan impian saya untuk jadi insan hebat dan teguh dalam agama . mustahil !

semoga impian dan cita-cita tetap ada , walaupun kegagalan dan ujian berkali-kali melanda . chaiyok!!!! Allah kan ada .. (hari2 boleh sweet dengan ALlah , =))

Tuesday, March 20, 2012

bahasa juga ialah makhluk ?

belajar perkara-perkara halus tentang agama mengajar saya untuk lebih memahami bahawa ciptaan Allah itu sungguh Maha Teliti Maha Halus .orang kata , belajar usuluddin ini bahaya , tak boleh salah niat sikit , bimbang terpesong dicucuk suntikan syaitan . dan usuluddin banyak belajar tentang aqidah seorang muslim dan dengan izin Allah , ada peluang belajar tentang perbezaan agama-agama di muka bumi ini . tapi apa-apa pun , Islam tetap ad-din , yang wajib kita percaya bahawa ia sempurna , menyeluruh untuk semua bangsa kaum , kekal , bersifat rabbani , penghalang diri kita daripada melakukan suatu yang haram untuk memelihara yang halal serta ada ganjaran di dunia dan di akhirat .

indah betul Islam . ajaran yang halus, tarbiyah yang halus , aqidah yang sejahtera selari dengan fitrah manusia .

kenapa saya letak tajuk , bahasa pun ialah makhluk . sebab makhluk ni , sifatnya sementara dan dan terbatas . dan bahasa juga mempunyai sifat yang sama . sementara ; kata-kata itu tak kekal ,kan . kadang-kadang fakta yang diperkatakan lain , dan kadang-kadang lain . tak ada yang abadi, mungkin juga selari dengan akal manusia . yang sentiasa berputar memikirkan kemajuan suatu perkara . majunya suatu benda pastinya akan merubah setiap inci maklumat tentang sesuatu perkara tersebut.

terbatas ; kata-kata @ bahasa itu terbatas . ya , sebab itu kita tak boleh nak menggambarkan zat Allah . sebab zat Allah ni terlalu sempurna untuk digambarkan dengan kata-kata kita yang mungkin terhad dari segi Vocab ataupun perbendaharaan kata yang tak mampu menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan Allah taala . dan kita juga , digambarkan tentang syurga neraka dan banyak lagi benda lain yang bersifat ghaib . tapi tahu dan sedarkah kita , segala apa yang terlintas di fikiran kita , perkara yang ghaib itu bukanlah hakikatnya begitu .
jika digambarkan syurga itu umpama sebuah taman yang mengalir di bawahnya aliran susu dan arak(yang tiada ia memabukkan peminumnya ) , dihidangkan buah-buahan yang lazat . dan di dalamnya , penghuninya tidak memperkatakan selain suatu yang baik sahaja . subhanallah .. gambaran juga sudah cukup indah , namun keindahan itu sebenarnya bukan begitu ,bahkan lebih lagi . cuma Allah terangkan sedikit sebanyak di dalam Al-Quran sebagai pendorong kepada manusia . dan sesiapa yang yakin dan pasti dengan janji-Nya sahaja yang akan bersama-sama merebutnya , bukan ?

akal manusia itu terbatas . betullah . mana boleh hamba lawan Tuan ?? manusia ada sifat-sifat kedangkalan yang kadang-kadang manusia itu sendiri ego untuk mengakuinya . lihat sendirilah apa yang berlaku di atas muka bumi sekarang . ramai , ya ramai yang muslim . ramai yang mampu meruntuhkan ego , sujud pada Allah subhanah wa taala . tapi berapa ramai yang tidak mampu runtuhkan ego mereka . berapa ramai yang berani mencabar Allah dengan ilmu dan aqal yang terbatas lagi terhad , bahkan di bawah izin Allahlah mereka hidup seperti sekarang .
dan yang lebih teruk lagi , kita biasa dengar Iblis itu ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. suatu ketika dahulu (al-baqarah ; 2 :34)(al-kahfi ; 18:50) . kerana itu , Iblis diharamkan Allah untuk berada di syurga-Nya . tapi jika kita sedar , Iblis tidak pernah mengakui dirinya ialah Tuhan . tapi yang pernah mengaku diri sebagai Tuhan ialah siapa ? manusia . manusia itu sendiri . izinkan saya konklusikan bahawa manusia itu lebih melampaui batas berbanding iblis laknatullah . sebab itulah , manusia ni , jika baik akhlaknya , maka jadilah ia lebih mulia daripada malaikat , jika buruk akhlaknya jadilah ia lebih hina daripada binatang . (surah al-an'am ; 7:179)

Muslim . Muslim itu ertinya tunduk patuh , sejahtera . tapi , kini , ada pula gelaran muslim hanya pada kertas dan maklumat diri semata-mata . hinggakan terpaksa membahagikan muslim kepada dua ; MUSLIM KHAS & MUSLIM AM .
MUSLIM KHAS ialah yang benar-benar menjaga batas-batas syariat yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri .
manakala
MUSLIM AM ialah muslim yang seperti sedia maklum , bahawa ia muslim . mengamalkan setiap suruhan dan larangan Allah atau tidak , itu bergantung pada individu sendiri .
pelik,kan . maknanya dua-dua muslim ni boleh masuk syurga lah ye ? cuma option kedua nampak lebih memahami fitrah manusia?
ahh ..mengarut lah! . sibuk bercakap tentang fitrah . apabila sakit , nyawa sudah di kerongkong , siapa yang kalian cari ? satu sahaja;
-ALLAH-

nampak di situ fitrah manusia ialah ; kembali pada Tuhan Yang Menciptakannya . sekeras-keras mana pun kita , mustahillah kita tak pernah rasa mahu 'bermanja' dengan Tuhan kita .
Allah , kami kembali kepada-Mu sebagai hamba-hamba yang berserah diri . ya , sepenuhnya! sebagai MUSLIM KHAS , MUKMIN KHAS , dan MUHSIN KHAS . =)

### dua tiga hari ni , terdengar berita tentang kematian ibu sahabat tahun satu . pulang ke malaysia , tapi mustahillah sempat lihat jenazah ibu tercinta . semoga Allah kuatkan ia , saudara Syazli , semoga kuat sentiasa di sisi rahmat kasih Allah yang tak pernah putus untuk saudara !
### saya tak pasti bila bapa kepada senior saya di malaysia meninggal dunia . tapi saya dapat lihat status-status berupa kekuatan yang dikhaskan untuk dirinya sendiri di facebook . semoga Allah tabah dan kuatkan iman insan-insan yang teruji diuji . semoga rahmat Allah sentiasa bersama , dan Allah itu , tak pernah tinggalkan hamba-hamba-Nya ! redha dan doakan arwah !kak mar, semoga kuat~!

" aku selalu melihat insan diuji dengan kematian yang tercinta . waktu untuk kurasai 'nikmat' itu kubelum tahu lagi , cuma kuminta kekuatan itu aku mampu 'charge' awal-awal supaya aku tak jatuh semasa diuji segala bahang dunia . semoga Allah redha !" hamizah ruslan . irbid.

Friday, March 9, 2012

'Allah , Allah ...' . bila sakit baru sebut Allah ?

usai kembara iman hari ni .

tajuk untuk hari ini ialah sakit . ahh.. memandangkan ramai yang sakit-sakit dua tiga hari ni . termasuk saya sendiri . nak kendalikan hidung yang semakin sakit , tekak yang dah gatal-gatal ni pun dah jadi satu cabaran buat diri . mahu tumpukan 'study' pun agak kurang selesa .

baik. sakit . sakit itu daripada Allah , sembuh itu juga daripada Allah . dan setiap penyakit ada penawarnya .
seperti yang nabi Musa nyatakan sepertimana dalam surah as-syuara ,ayat 80 : "apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkanku "

surah an-nahl , ayat 53 : " dan segala nikmatnya yang ada padamu dari Allah , kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan , maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan ."

apabila sakit, banyak kita menyebut "Allah....Allah...." . sakit urat lagi lah ,, asal nak gerak sikit sebut 'Allah , Allah sakitnya ...' . selsema , demam batuk sikit pun kita mesti ingat Allah . tapi , sangat rugilah kalau ingat, tapi tak gunakan sebaiknya untuk lebih ingat pada Dia . sakit dijadikan alasan untuk tak bergerak untuk kejar redha-Nya . jika kita benar semangat waja ingin cari cinta Allah , kita mesti sanggup merangkak untuk 'bertemu' dengan Dia . merangkak ke tandas , mengambil wuduk . dan solat sunat malam berkhalwat dengan-Nya . ya, nikmat indah itulah yang kita mahu .
dan yang kita tak mahu , apabila kita tak berkesempatan untuk sujud pun di hadapan-Nya sebagai hamba Dia . sedih,bukan ? apabila tiba waktu itu baru kita mahu menyesal tak sudah , memang sudah terlambat . '
memang , manusia apabila hilang suatu nikmat , baru akan wujud sifat syukur . beruntunglah bagi yang berkesempatan untuk bersyukur .
sebab itulah , walaupun kita hari-hari meminta kepada Allah ; Kau sihatkanlah tubuh kami , Kau sihatkanlah pendengaran kami , Kau sihatkanlah penglihatan kami . tapi , Allah tetap beri sakit . itu menunjukkan lembutnya tarbiyah Allah pada hamba-Nya , sebagai satu 'batu loncatan' atau sebab untuk kita ingat DIA . kata naqibah tu , 'sweet ,kan ?? ' ^-^ .
sama-sama ingat ..."Allah , Allah ...sakitnya ...."

dan sampai satu masa , "Allah ...terima kasih ! hamba ini sihat hari ini atas nikmat-MU! "


dan malanglah bagi hamba-Nya yang ..kalau sakit pun tak mampu dan tak terpanggil untuk ingat pada-Nya . ambillah ibrah daripada Pencipta . kaji , dan kaji segala indah ciptaan-Nya . hebatnya Allah , DIA yang tidak mengantuk dan tidak tidur daripada 'menjaga' hamba-hamba-Nya yang berjuta-juta dan tidak terkira . tapi hamba-hamba-Nya yang bernama manusia yang senantiasa lupa dan tidur daripada ingati DIA .
dah, dah! jangan tidur dah ! bangun dan terus berdoa . pergantungan pada Allah! sentiasa. 'sweetnyee~~ ' heh~


"ramai orang yang bersyukur . tapi ramai lagi yang tak bersyukur . masa untuk kita bawa diri dan insan lain manifestasikan erti syukur! alhamdulillah.."


Tuesday, February 21, 2012

terimalah ia sebagai manusia



dah tahun yang ke-19 menjalani kehidupan . hidup ; memang banyak dugaan dan cabarannya . hidup kadang-kadanga membosankan , kadang-kadang menyeronokkan . saya tak tahu macam mana mahu hilangkan perkataan 'kadang-kadang' . memang tak boleh hilang , mungkin . sebab itulah orang nisbahkan hidup ni macam roda , sekejap punatnya ke atas ,sekejap punatnya ke bawah . nabi saw juga pernah bersabda bahawa iman itu turun naik . saya berani cakap yang kehidupan ini bergantung pada iman . iman naik , itu saat kebahagiaan hakiki , ketenangan sebenar . iman turun , jiwa jadi kacau , semua jadi tak kena .

saya pernah dengar seseorang berkata ," sebenarnya sewaktu kita diuji merupakan waktu kita beriman , sebab kita ingat Allah " . saya setuju , tapi saya juga boleh katakan saat diuji juga mungkin boleh membuatkan seseorang itu jauh daripada Allah (nauzubillah~!) disebabkan lemahnya dia . tewasnya dia melawan ujian , menempuh dugaan . bukan mudah! siapa berani kata diuji Allah itu mudah ? saya akan kata dia sedang berselindung di sebalik kekuatan zahir ^^

dalam petikan lagu Rahmat Ujian daripada kumpulan nasyid Mestica juga ada mengatakan bahawa perlu ada rasa bersyukur setiap kali ujian mendatang . benar , cukuplah bersyukur . dan erti syukur itu bukan pada kata , tapi pada redha dan tunduk patuhnya kita pada Dia . gunakan sebaik-baik kesempatan sewaktu diuji . ujian itu tanda iman , ujian itu mematangkan . saya suka untuk katakan begitu . sebab semasa ujian , ramai orang buat silap . tapi tak salah pun . buatlah silap , namanya pun belajar . kesilapan dan kesalahan itu lebih baik daripada kita tak buat apa-apa . hanya goyang kaki saja , tak jadi apa-apa . Allah suruh usaha , usahalah!
jangan harapkan keajaiban saja kerjanya .

Allah cakap apa ? Allah cakap Dia tak akan ubah nasih suatu kaum , melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya ,kan . ^-^V

tapi Allah pun ada pesan , di sebalik setiap kesusahan , mesti disertakanNya kesenangan , mesti dihiasi-Nya dengan hikmah atas setiap kejadian . dan siapalah kita mahu bersangka buruk pada Tuhan . saya selalu bimbang . saya bimbang dalam tempoh saya belajar, saya buat silap , saya buat silap pada Tuhan , saya buat silap pada insan , dan pada alam . tapi sebelum sempat saya habis belajar , saya ditarik kesempatan oleh Allah untuk kembali pada-Nya . dan saya harap saya sempat bertaubat dan meminta sejuta keampunan semasa saudara-saudara saya ,terutamanya saudara seIslam . (macam raya pulak, maaf zahir batin !) . bukan raya saja perlu bermaafan kan..

sesiapa yang saya dah kecewakan mereka dengan sikap saya , saya mintak maaf banyak-banyak ye . sebab saya manusia . saya tak mintak untuk jadi manusia (seperti kalian) . tapi saya rasa bertuah saya dipilih untuk jadi manusia . manusia yang boleh berfikir , yang boleh bertutur elok , boleh bergerak bebas dan boleh menulis seperti sekarang ni . cukup sempurna untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi , untuk beribadah pada-Nya di segenap hari . cuma yang kurang sempurna , pada akhlak dan iman , mungkin . sebab itu saya cakap , saya ialah manusia iaitu insan lupa .






kefahaman terhadap suatu perkara membataskan saya untuk terus memahami orang di sekeliling saya . saya bukan insan hebat yang terror bermuamalat . saya bukan insan hebat yang mampu menenangkan , menghangatkan suasana dengan rasa kasih dan sayang . apatah lagi , alangkah bertuahnya jika saya menjadi insan hebat yang bisa membawa pandangan insan lain kepada Tuhan .


jadi, saya mahu kalian tahu , bahawa tidak menjadi suatu kesalahan jika kalian tidak sempurna . saya faham, kita manusia . sentiasa ada ruang untuk menjadi lebih baik . jadi sekaligus menutup ruang untuk memandang diri sebagai sudah sempurna . berusahalah untuk menjadi lebih baik . dan kebaikan itu ,biarlah dipandang Allah walaupun tiada dalam pandangan manusia . sekalian makhluk Allah di muka bumi ini pun tahu , yang kalian ialah manusia . sebab itu pintu taubat terbuka seluas-luasnya selagi roh tidak di kerongkong (saat sakaratul maut ) . Pemurah kan Tuhan kita ?

oh, Tuhan Yang Esa . berilah inayah-Mu . ampunilah kami~







"payah juga rupanya mahu menerima title makhluk lain sebagai manusia walaupun diri sendiri ialah manusia "
hamiz ruslan

Sunday, February 19, 2012

aku hanya insan biasa



kita selalu ingin jadi insan sempurna . manusia terlalu inginkan keajaiban atas dunia ni . asal tengok something yang unik atau luar biasa sikit barulah rasa nak takut pada Allah , rasa nak takjub pada Islam . memang , kadang-kadang benda sebegitu boleh tingkatkan ketaqwaan kita pada Allah taala . lebih elok daripada tak rasa langsung .
tapi , perlu diingat yang Islam itu tidak datang atas mukjizat . tapi Islam itu all way life . segenap penjuru kehidupan Islam tekankan untuk kita beramal dengan ajarannya . silap besar kalau kita yang sudah Islam ini menyandarkan kehebatan Islam hanya pada mukjizat , ataupun perkara-perkara yang luar biasa semata-mata . sebab apabila terhijabnya perkara-perkara tersebut , ada kemungkinan besar mereka akan berpaling daripada Allah , bukan? dan sebenarnya yang mengagumi perkara-perkara sebegini , mereka mengagumi fenomena tersebut ataupun mengagumi Yang Maha Bijaksana ?
*senyap . fikir-fikirkanlah .


......................................................................................................





soal keajaiban . tiba-tiba terfikir soal ni . sewaktu hari sukan anjuran PERMAI . saya bukanlah atlet untuk bermain setangkas-tangkasnya . kemahiran pun jadi cikai-cikai sahajalah . tapi dalam masa yang sama , mengharapkan satu kemenangan besar . tanpa kemahiran , bisa menangkah? dan ditakdirkan Allah taala , kumpulan saya mendapat satu kemenangan dan dua tewas dalam tiga perlawanan . dalam hati , ada bibit kecewa . kemudian , balik asrama fikir balik . bukankah takdir Allah itu di hujung jari manusia . sesiapa yang berusaha , Allah ganjari mereka sebaik-baiknya . tapi tanpa usaha , ada kemungkinankah takdir Allah akan menyebelahi sewenang-wenangnya ? mustahillah ~ Islam tak mengajar ummatnya untuk mengharapkan suatu yang tidak diusahakan!

betullah , sebenarnya ketika itu saya mengharapkan keajaiban daripada Allah . saya harapkan agar Allah berikan kemenangan walaupun saya tiada kemahiran , bahkan boleh dikatakan minat juga tiada , tapi Allah beri juga satu menang . syukurlah ..

itu soal keajaiban . belum masuk soal kesempurnaan . saya berkenan membaca post saudara hami asraff . cemburu . cemburu itu fitrah manusia , dan tak perlu hilangkannya , tapi perlu dikawal agar perginya ke arah kepositifan bukan kenegatifan . cemburulah pada orang yang dekat pada Allah , cemburulah orang yang kuat ibadah pada Allah . tapi, awas! syaitan tak pernah cuti . di sebalik cemburu ada hasad yang bakal dicucuk syaitan pada hati manusia yang sedang mahu kembali pada Ilahi . jangan sampai memakan diri . cemburulah , bukan hasad dengki ..

-aku hanya insan biasa-
saya berkenan pada title ni , sebab saya mahu bibitkan rasa syukur pada Allah . bersyukur kerana aku dilahirkan biasa , bukan luar biasa . bukan yang sempurna , tapi yang sentiasa perlu berusaha . bukan yang mudah-mudah sahaja berjaya , tapi banyak liku yang wajib ditempuh sepanjang usia . mak, ayah! terima kasih sebab 'lahirkan' saya sebagai biasa , jadi saya lebih menghargai erti hidup di dunia , adalah untuk menikmati 'kekal' di akhirat sana .

^^ always smile , hamizah ruslan ! ^^
rasa mahu balik tanah air bukannya disebabkan 'homesick' ataupun rindukan suasana malaysia . tapi sebab yang paling dominan ialah kita mahukan orang yang sentiasa memahami . dan mereka ialah mak dan ayah yang dari dulu hingga sekarang terus memahami .
semoga Allah rahmati mereka yang sentiasa sabar , memahami dan menerima diri yang dhoif ni .
-kuatkan jiwa perantau! ^^ -
petik status FB sendiri ^__^

"ruang untuk menjadi sempurna sentiasa ada . jadi , jangan bimbang jika kalian belum sempurna . kerana orang yang merasakan diri dah cukup sempurna , sebenarnya dialah yang masih banyak kelemahannya . terutama dari segi jiwa ^__^" wallahua'lam .

-hamiz ruslan

Friday, February 10, 2012

mahasiswa belum ter'buka'




bismillah .

kali ini, isu yang saya rasa saya bukan ahlinya . ada open-talk di Irbid malam ni . tajuk berat , isu berat tapi berjaya mengumpul hadirin yang sangat ramai secara kasar. dan saya boleh lihat , ramai mahasiswa berbanding mahasiswi . mungkin isu ini lebih kepada jiwa lelaki .

."dunia Islam pasca Revolusi Arab " .
malam inilah saya baru mendapat satu medium baru untuk membuka mata . soal hamas dan fatah , israel dan palestine , revolusi dan evolusi , dan sebagainya . sekarang , saya dapat lihat


manusia banyak berbicara tentang isu semasa tanpa memiliki pengetahuan yang mendalam tentang suatu perkara . ada banyak yang kalian belum jelas tentang suatu isu . apatah lagi , jika isu tersebut sebagi satu isu di luar negara . sepertimana kata seorang senior, Presiden Permai kami ; 'wakil yang paling layak untuk berbicara ialah yang ada di dalamnya , iaitu yang terlibat dengan Palestine itu sendiri " . betul . cuma kita sebagai 'orang luar ' boleh kemukakan pandangan dan pemerhatian , tapi bukan hukuman dan telahan buta . mulakan titik pengkajian , jangan tutup mata dan butakan hati daripada memahami . suatu perkara itu boleh jadi benar , boleh jadi juga tidak wajar .






memang . ada sahaja 'puak' yang tidak berpuas hati dengan revolusi Arab ataupun lebih dikenali sebagai Arab Spring . mereka yang tidak berpuas hati , mungkin akan dicop protes , kerana fenomena dunia Islam seolah-olah majoriti menyokong 'gerakan' ini . tiada kesilapan dalam ketidaksetujuan , tapi memerlukan hujanan hujah . sedang Allah mencabar hamba-Nya yang mahu sombong terhadap-Nya . tapi perlukan hujah ! saya bukanlah faqih dalam bidang agama , tapi saya mahu kemukakan satu contoh hujah jika mahu sombong pada Allah ; "jika kamu betul mahu sombong , carilah bumi lain untuk hidup , jangan hidup di bumi Allah ! " . jadi, mahu ke mana? sampai mati sekali pun kita tidak dapat lari daripada Allah .
tapi jika kita dapat lihat , orang kafir ; mereka i'tiqod kewujudan Allah , tapi tidak beriman dengan-Nya , tidak menyembah-Nya dan tidak i'tiqod ketuhanan Allah . alangkah ruginya apabila mata hati dibutakan , walaupun tidak dibutakan mata kasarnya daripada menilai suatu ilmu Allah.

teringat point yang dibentangkan oleh senior . "kaji suatu yang nak diperjuangkan . specifickan , bukan hanya secara umum . kajilah sampai tahap ; tahu siapa pilot yang telah melepaskan bom di Palestine " . sama sahaja hukumnya dengan matlamat perjuangan , cuba specifickan apa yang mahu diperjuangkan . tak semua orang yahudi ataupun orang Amerika yang menyokong kekejaman zionis , tapi kita sekarang ambil mudah menghukum "ini orang yahudi! laknatullah ,laknatullah ! " ..jadi, siapa mahu tarik mereka daripada laknat Allah kepada rahmat Allah . Islam , harus disejahterakan , bukan dijauhkan daripada puak kafir. kan boleh ditarik orang kafir ini kepada Islam . dan sebab itulah Islam , rahmat sekalian alam , bukan rahmat sekalian muslimin , ataupun sekalian arab . jadi, bagi saya , golongan yang memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama membataskannya kepada puak-puak tertentu , bukankah itu satu kesilapan?

Islam ; rahmat sekalian alam .
masih banyak yang perlu dikaji . selepas ni , perlu lebih rajin mengkaji , bukan hanya sekadar tunggu disuap macam anak burung tunggu ibu bapanya cari cacing . ^^ wallahua'lam.


jadi, mahasiswa perlu lebih terbuka pemikiran , bukan hanya membuka mata dan menyatakan 'hidup,hidup ! palestine , palestine ! ' . tapi , fikrah kosong daripada memahami . bak kata orang pantai timur , "berat nanang ~ heh.. "

"suatu yang kita tidak tahu, adalah lebih baik kita mengkaji daripada mendengar daripada mulut yang belum tentu memahami "
-hamiz ruslan

Saturday, February 4, 2012

menghadapi hari esok dengan sunnahnya







terkelu . melihat kosongnya 'kertas' blog post ni . rasa kosong sahaja idea . tapi kucuba coretkan jua . masih berpegang pada prinsip bahawa menulis itu ialah satu keperluan , bukan menulis hanya apabila tercetusnya mahu semata-mata.

hari ini, diingatkan lagi dengan Maulidur Rasul . saya belum mahir dalam ilmu tentang Rasulullah. baru saya sedar yang saya sebenarnya masih belum kenal baginda . benarlah, orang bilang , "tak kenal maka tak cinta" . jika jelas kita belum kenal Rasulullah, bagaimana kita mahu cintakan baginda , bagaimana kita mahu menagih kasih syafaat baginda saw. dan yang paling penting , bagaimana kita mahu ikut baginda saw dalam setiap jejak langkah baginda . saya ada mendengar pesanan daripada seorang kakak , katanya , bersyukurlah kita masih punya hati yang cinta dan kasihkan baginda saw . boleh lihat satu bukti ; di mana kita mendengar kisah baginda , kita menitiskan air mata . kita mendengar tuduhan melulu dan fitnah terhadap baginda saw (walaupun jarak antara kita dan baginda saw begitu jauh , namun masih ada yang mahu mencipta kata , mengingkari dan memfitnah baginda saw. nauzubillah ) , kita pasti melatah , bukan . saya berbangga punya hati yang masih 'hidup'nya Rasulullah di hati ini .

tapi cukupkah hanya hidup pada zahir semata-mata , tapi tidak pada hati?
jika hati masih mati daripada memahami ,
jika mata masih buta daripada melihat ,
jika telinga masih pekak untuk mendengar ,
jika mulut masih bisu daripada menyatakan ,
segala pesan dan jejak langkah NABI MUHAMMAD SAW .
kata cinta , tapi mendustakan baginda .

segala yang Rasulullah pesan , saya cuba untuk ikut .
segala yang Rasulullah sabdakan , saya cuba untuk hadamkan .
segala yang Rasulullah inginkan , saya cuba untuk penuhkan .
tapi siapalah aku untuk memenuhi kata 'segala' sedang kemampuan ini begitu membatas upaya.
saya masih belum mampu mencipta bahagia dalam diri , menghayati semua sunnah Nabi . tapi setidak-tidaknya saya cuba . semoga Allah menilainya sebagai saham untuk ke syurga bersama kekasih-Nya .
pesan Rasulullah , " assolatis solah ... ุงู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ุตู„ุงุฉ...!!"
kerana baginda saw tahu, setelah wafatnya baginda saw. pergantungan ummatnya hanyalah pada DIA, Pemilik Hati-hati Hamba .
semoga sekalian manusia punya hati yang ingin beriman pada-Nya .
nikmat dan indahnya Islam ,Iman dan Ihsan . siapa yang mahu dustakan?
"maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan ?"ar-rahman : 13

esok, bakal menghadapi semester kedua di bumi Jordan . semoga Allah permudahkan sekalian mahasiswa Melayu di bumi ini . bumi yang banyak mengajar erti tarbiyah dan istiqomah . segalanya atas disiplin dan keyakinan pada diri . tiada pergantungan yang lain, kecuali Allah . serius. saya ingin katakan , pergantungan itu letaknya pada Allah sahaja yang setinggi-tingginya . yakinlah , jika kalian berpaling, maka pertolongan siapa lagi yang bisa kalian harapkan?
(3:160)

kutitipkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam . semoga hari esok dan seterusnya , aku bakal mengenal dan mencintai baginda dengan lebih mendalam . jejaka idaman wanita mukmin- Rasulullah saw .

irbid
10.30pm
hamiz ruslan .

"bersedialah hadapi hari esok dengan seribu satu perancangan . walaupun jaminan untuk menghadapinya bukan terletak pada kalian , tapi setidak-tidaknya berusaha dan bertawakallah ."

Friday, February 3, 2012

mahasiswa sendiri pun ada 'penyakit'nya

Alhamdulillah, hari ini, hari yang ke ribuan kalinya Allah beri nikmat untuk hidup, untuk bernafas, untuk mengagumi ciptaan-Nya , untuk terus bersyukur , untuk teruskan perjuangan hidup. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang soleh . mudah-mudahan .


masih jauh yang perlu ditawan , walaupun ijazah sudah di genggaman


Mahasiswa . kini, perkataan ini tidak lagi asing dalam dunia . lebih-lebih lagi setelah kebangkitan mahasiswa bagi memartabatkan pindaan AUKU di Malaysia . mahasiswa makin digeruni . dengan semangat mudanya , dengan ketinggian ilmunya , dengan kewibawaan kepimpinannya . apatah lagi apabila disebut ‘mahasiswa luar negara’ . yang terbayang di mata ialah indah-indah belaka .

Sekarang Allah izinkan saya hadapinya . berada di tempat orang membuatkan saya membuka mata. sebenarnya bukan nilaian ‘tempat orang ‘ itu menjadi ukuran , tetapi yang penting ialah akhlak individu itu sendiri . suka untuk saya petik kata-kata yang cukup masyhur ; ’’ MUKMIN ITU APABILA DIUJI IA BERSABAR DAN APABILA DIBERI NIKMAT IA BERSYUKUR “ .(70:20-30) . begitulah sifat mukmin . adanya akhlak yang baik, akan menjamin penerusan definisi ‘baik’ itu . jika mereka yang menuntut di university-universiti hebat sekalipun , di university yang tersohor dengan akhlak baik, dengan tarbiyah yang boleh dikatakan sempurna , dalam suasana yang mendorong pada kebaikan , hatta bumi anbiya! Jika dalam diri sendiri tiada kesedaran untuk berubah, semuanya berubah kosong!

Matang . saya belajar untuk menjadi matang . berfikiran matang . menganggap segala unsur-unsur ‘hedonisme’ yang berlaku di sekeliling saya sekarang ialah satu lumrah manusia itu sendiri yang sukakan hiburan , sukakan sesuatu yang bisa membuat jiwa dan hati tenang . tapi, saya musykil jika mahasiswa hebat yang katanya memperjuangkan akhlak perjuangan Islam tak mampu untuk menyeimbangkan antara hiburan dunia dan ‘hiburan akhirat’ . suka untuk saya menggelarkan ia ‘hiburan akhirat ‘ . jika manusia itu, ia seorang yang mencari , mencari-cari ketenangan dan kebahagiaan hakiki, alunan Quran bagaikan satu irama yang menenangkan kerana di situ letaknya petunjuk Tuhan! Dan solat itu menghiburkan kerana itu menghubungkannya dengan Tuhan! Lihat ! jika bumi anbiya ialah satu platform yang sangat baik, ataupun boleh dikatakan yang terbaik untuk menjadi baik, sepertimana didefinisikan di sisi Islam itu sendiri, silaplah kalau ia dikatakan boleh dilaksanakan tanpa usaha dan pengorbanan seseorang individu itu sendiri .

“dan tidak sepatutnya setiap daripada mukmin itu semuanya pergi ( berperang ) , mengapa setiap daripada golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali agar mereka dapat menjadi dirinya “ surah at-taubah , ayat 122

Seorang penuntut ilmu . mereka ditinggikan Allah . diangkat darjat oleh Tuhan di sisi-Nya . dinaungi para malaikat di malis-majlis ilmu mereka . dibezakan antara yang berilmu dan tidak .(39:9) .tapi sejauh mana ia mengamalkan ilmu yang diterimanya . ini kesekian halnya lagi , yang berbalik pada diri sendiri . setiap orang mengharapkan satu kebaikan , satu perubahan ke arah kebaikan . tapi tanpa usaha dalam diri sendiri , semuanya bakal tak jadi . keinginan pada diri sendiri, sejauh mana ingin berubah, itu mempengaruhi kesan perubahan .

Mahu ciptakan MAHU mestilah wujudnya TAHU terlebih dahulu . penyakit ummat yang kian meruncing ; banyak tidurnya [1] , banyak makannya[2] dan banyak perkataannya[3] . banyak tidur boleh melemahkan jiwa dan hati , semangat untuk bangkit itu kian kurang . dan dikatakan tidur juga bisa terjadi atas empat sebab ; tidak solat malam , berjaga sehingga lewat malam , terpengaruh dengan persekitaran , dan sudah menjadi kebiasaan .

Tapi perlu ingat , apa Allah pesan ?


ูˆَุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฌَุงู‡َุฏُูˆุง ูِูŠู†َุง ู„َู†َู‡ْุฏِูŠَู†َّู‡ُู…ْ ุณُุจُู„َู†َุง ูˆَุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َู…َุนَ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠู†

Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di dalam jalan Kami, maka sungguh akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al 'Ankabut [29) : 69)

Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,

ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ - ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… - ูƒَุงู†َ ูŠَูƒْุฑَู‡ُ ุงู„ู†َّูˆْู…َ ู‚َุจْู„َ ุงู„ْุนِุดَุงุกِ ูˆَุงู„ْุญَุฏِูŠุซَ ุจَุนْุฏَู‡َุง

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum shalat Isya' dan ngobrol-ngobrol setelahnya.” (HR. Bukhari no. 568)

melampau, melampau ~


Ramai orang ambil remeh soal makan . dan ramai juga yang ambil berat soal makan, tapi mengambil berat atas dasar ingin berat yang ideal , ingin kurangkan berat badan , ingin dilihat cantik . lantas , ia mengamalkan diet sepertimana yang disyorkan dalam laman-laman kesihatan . diet Rasulullah itu sudah jelas mempamerkan satu diet yang sihat . jika kita mengaku sebagai insan yang mendokong agama Allah, maka tirulah Rasulullah. Fattabi’uni (3:31) . “makan sewaktu lapar, dan berhenti sebelum kenyang “ . tak perlu bersusah payah mendapatkan pil-pil kesihatan , supplement-supplement untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat . ternyata , perkara-perkara sebegini tidak salah, tapi bukankah jika kita jejaki dahulu langkah ‘idola’ kita ini, bukankah itu lebih suci dan sihat ?

Imam syafie berkata ;" aku tidak pernah kenyang semenjak 16 tahun lalu kerana , banyak makan akan menyebabkan banyak minum , sedangkan banyak minum akan membangkitkan keinginan untuk tidur , menyebabkan kebodohan dan menurunnya kemampuan untuk berfikir , lemahnya semangat dan malasnya badan . ini belum termsuk makruhnya banyak makan dari tinjauan syariat dan timbulnya penyakit jasmani yang membahayakan.”

sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair ;

sesungguhnya penyakit kebanyakan yang engkau lihat terjadi kerana makanan atau minuman .

kata hukama;

ุชู… ุงู„ุนู‚ู„ ู†ู‚ุต ุงู„ูƒู„ุงู… ุงุฐุง

Jika sempurna akalnya ia mengurangkan percakapan .

"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah ia berkata yang baik atau diam ." (riwayat bukhari dan muslim)

Biasanya ramai yang terlepas pandang kelemahan pada diri kerana kurang dalam merancang suatu kebaikan pada diri . ramai yang merasakan hari masih panjang kerana terlalu yang masih ada petang . kita disunatkan untuk mengingati mati . entah-entah pagi ini kita berpagi-pagi , petang nanti kita tiada lagi di sini . ramai yang lupa , sebab itu sewenang-wenangnya membuang masa .

masakan seorang mahasiswa yang hebat dalam akademik tak mampu merancanga kehidupan yang masih berbaki? rancanglah dalam membuat suatu keputusan , dan letakkan sasaran dalam menggapai sesuatu. ramai yang respon secara negatif apabila ada seseorang individu yang berumur belasan tahun merancang tentang perkahwinan . dituduh gatal mahu menikah lah , dikatakan tak tahan nafsu ! ahh...itu kan satu perancangan . perancangan untuk menghadapi hari mendatang . saya tak katakan yang merancang perkahwinan sejak usia muda lagi itu tidak mengalami masalah dalam rumah tangga . tapi, setidak-tidaknya ada persediaan terutamanya dari segi fizikal, rohani dan ekonomi . jika ada sahabat yang berkata kepada saya yang dia mahu kahwin, saya akan katakan , "maka, bersedialah untuk kahwin ! " ^^

walaupun jika disebut mahasiswa , hanya cerita bab akademik sahaja , saya rasa sekarang dah ramai yang mula cerita pasal kahwin . satu kemajuan , tapi jangan yang dibincangkan hanya nikmat , bincanglah soal ujian dan persediaan .




*********************************************************************************

"semoga kita yang tahu boleh terbitkan mahu pada mereka yang belum tahu "

[1] banyak tidurnya : link dan ini daripada senior ^^

[2]banyak makannya ; link

[3] banyak perkataannya : link

penyakit wahan yang melanda ummah mengurangkan kualiti muslimin . mereka bagaikan buih di lautan , tapi buih-buihan tidak membantu dalam perjuangan .


wallahua'lam.

Wednesday, January 18, 2012

signifikan menulis.

alhamdulillah. dua tiga hari ini , giat juga membaca blog post , entri-entri orang . ramai yang post tentang himmah, hamasah, pengalaman dalam kehidupan. betullah, hidup ini untuk berkongsi . berkongsi suka duka, berkongsi pengalaman. kadang-kadang, dengan hanya status di Facebook pun sudah memadai untuk menyentuh hati yang sedang rawan. boleh jadi situasi seorang insan dan insan lain sama pada waktu itu. hebat . bahkan saya sendiri pernah , mencari status FB insan lain untuk tenangkan hati sendiri. inilah yang dibimbangi,kan. mahu tenangkan hati, cari internet, cari facebook, bukan cari Tuhan . heh~ saya tak rasa ini satu masalah. kalau benar facebook, twitter dan blog digunakan oleh golongan-golongan dakwah ini secara baik, pasti bawa manusia kepada Tuhan , yakni Allah Taala.

kadang-kadang, apa yang kita baca itu ialah satu doa. doa untuk terus thabat pada jalan Allah, doa untuk hari ini lebih baik daripada semalam, doa untuk adik yang sedang sakit, doa untuk diri supaya hari-hari mendatang lebih baik d
aripada hari semalam. itu sudah bagus, bukan. tapi , bergantung pada individu juga, sejauh mana ia mahu kembali kepada Allah, mencari ketenangan hakiki.

semenjak dua menjak ni, ada masalah sikit mahu istiqomah dalam mendisiplinkan diri untuk buat blog post. iya, sampaikan kebenaran, sampaikan nasihat . ramai orang takut , sebab katanya ;
"aku bukan baik sangat, a
ku ni biasa-biasa je . tak layak lah nak nasihat-nasihat orang"
"err...tak apalah, tak ada masa"
"ha...blogger dah sampai . geng-geng ayat bunge ."

kelakar pun ada bila fikir balik. satu ; mengaku diri bukan baik sangat. eh, macam silap ni. saya tak rasa orang yang berblog, orang yang menulis, orang yang menyampaikan pesanan nasihat sewajarnya pada orang lain sebagai 'sempurna' , cukup baik dan tak perlu baiki diri sendiri. ada terbaca blog post daripada ustaz hasrizal , hidup ini orang hanya nampak pelangi kita, orang tak tahu apa badai hujan yang kita tempuh sebelum pelangi. cuma kesusahan dan kesempitan; ada pilihan untuk diceritakan atau tidak. sama ada dikongsi untuk pengajaran, ataupun antara kita dan Tuhan semata-mata. ujian juga satu rahmat, bukan? ^^

diambil daripada blog Hami Asraff ^^


kemudian , ada yang mengaitkan dengan masa. betullah, mengaku je sebenarnya . menulis blog memang perlukan masa. masa untuk fikir ayat-ayat yang sesuai supaya tak sentuh sensitiviti orang ramai. masa untuk memikirkan idea (walaupun kebanyakannya idea datang tanpa fikir pun ) , masa untuk menulis semestinya . tapi, soal masa , itu bergantung pada individu juga. sejauh mana ia rasa keperluan untuk menulis , ia akan mencari masa untuk menulis. bahaya juga, menulis untuk publisiti (nauzubillah , semoga Allah jauhkan ) . menulislah dengan hati , menulis , niat untuk memberi peringatan, mana tahu di situ ada saham!
kadang-kadang , pernah terfikir dulu, ''aku tulis punya tulis, bukannya ada orang nak baca , sia-sia je , bukannya boleh jadi glamour macam ustaz zaharuddin, ustaz hasrizal, hilal asyraf , macam hami asraff , macam iqbal syar'ie, macam doktor cinta (^^,)"
kemudian fikir punya fikir, mereka dahulu lahir-l
ahir dah jadi aset Islam begitu je ke? ataupun mula daripada bawah. tiada ayam yang keluar daripada perut ibunya , terus jadi ayam, mesti awal-awal keluar telur dahulu,kan. (betul ke perumpamaan ni? 0_o)
"menulislah dari hati, niat itu urusan kita dengan Allah. menulis juga bukan senang-senang, menulis ikut suka hati sahaja. kan setiap bait bakal ditanya Allah kelak. jadi, saya tekad, saya minat menulis. dan saya mahu menulis. dapat tempat di hati masyarakat atau tidak , itu nombor dua. yang utama, saya perlu muhasabah cara penulisan ; menulis apa yang mer
eka perlu, bukan mahu . menulis apa yang dirasakan benar selaku mahasiswa dan remaja . jika ada yang boleh mengambil ibrah, itu rahmat Allah ."


ramai yang mengaitkan , 'geng-geng' blogger mesti ayatnya berbunga-bunga. pandai bermadah pujangga . ya, memang tidak dinafikan , kekerapan menulis, bertinta boleh melahirkan skil untuk menulis sesuatu yang indah , yang mungkin boleh memberi kesan kepada masyarakat . tapi itu nilai tambahlah . bukan menjadi syarat untuk menjadi seorang penulis, kemudian memberi peringatan kepada pembaca . saya sekarang mahu mengajak lebih ramai lagi yang punya minat mahu menulis, punya kelapangan mahu menulis, punya kemahuan untuk menulis agar menulis. setidak-tidaknya boleh menjalankan dakwah di dunia global . penulisan ; ia sesuatu yang semakin mendapat tempat untuk masyarakat mencari pedoman . dan wasilah paling mudah untuk mencarinya di mana ? seharusnya di internet , walaupun ada dijual majalah-majalah mahupun akhbar yang memberi ibrah , tapi bagi yang berkemudahan internet , mesti mendahulukan yang lebih mudah, bukan .. sebab itulah, saya galakkan untuk 'menulis' , bukan berblog. blog mungkin suatu yang memerlukan nilai istiqomah dalam diri . tapi, untuk melatih diri menulis, mulakan dengan membuat notes di Facebook, setidak-tidaknya dapat mengupas lebih panjang berkenaan suatu isu, bukan hanya melalui status FB sahaja.

saya kagum dengan penulis yang mampu rungkaikan satu isu dengan baik. penulisan ada banyak skil . ada yang penulisannya formal ; membentangkan tentang hukum hakam, qaedah fiqh , isu dunia dan sebagainya . ada yang penulisannya santai; sesuai untuk para remaja , lagi-lagi berkaitan cinta , ikhtilat dan muamalat sepanjang kehidupan meningkat dewasa. ada yang penulisannya tentang alam rumah tangga ; isunya dikupas santai dan dalam masa yang sama mendidik hati-hati insan bagi membina baitul muslim yang diredhai Tuhan . dan tidak kurang pula yang menggabungkan semuanya , mengikut label-label masing-masing. dan apa yang saya dapat lihat , tidak semua bahkan ramai dalam kalangan penulis bukanlah yang berada dalam bidang pengajian agama . latar belakang cukup berbeza ; dalam kalangan engineer , doktor , profesor , peguam , consultant dan sebagainya . kefahaman dalam beragama milik setiap individu muslim. dan apatah lagi jika dapat mengaplikasikan ilmu fardhu kifayah yang dipelajari dengan hikmah dan ibrah dalam islam . sebab itu perlunya perkongsian , bukan hanya menolak tanggungjawab ini pada individu tertentu sahaja.



sekarang , kita boleh mengagumi saudara-saudara penulis yang sedang hangat mendapat tempat di hati masyarakat , membuka minda masyarakat tentang indahnya Islam . menunjukkan syumulnya nizhom Islam . dan sekarang, alhamdulillah masyarakat semakin pandai 'bermain' persoalan bagi mengamalkan Islam . semakin ramai yang sedar yang setiap inci dalam kehidupan ialah ibadah . bukan hanya pada syahadah, solat , puasa , zakat dan haji semata-mata . setiap nafas ialah ibadah , setiap denyutan nadi ialah taqarrub, ubudiyyah pada Pencipta . tetapi, pernahkah kalian terfikir untuk menjadi seperti mereka . saya sendiri, saya tidak pandai menyusun kata-kata , bermadah-madah dan ilmu juga hanya satu rekahan kecil daripada ilmu Allah taala , bahkan jika diukur, ramai lagi yang selayaknya menulis daripada saya. tapi jawapannya ; "saya minat dan saya cuba" . semoga Allah mengira usaha ini sebagai salah satu daripada cabang usaha untuk manifestasikan keimanan kepada DIA . mudah-mudahan. semoga dengan kehadiran lebih ramai blogger, facebooker , vlogger dan websiter yang giat menyampaikan pesanan kebaikan , Islam semakin berkembang dan dijulang tinggi . dan sandarkanlah sebaik-baik pergantungan kepada Allah di samping usaha berpanjangan . semoga Allah redha.


--------------------------------------------------------------------------------------

hari ini, pada 20/1/2012 bersamaan hari jumaat , hari penuh barakah ini, ada satu program di Irbid , anjuran PERMAI; Forum bertajuk , 'cabaran rumah tangga '

baru buat status sebegini, orang dah cakap, 'x lama dah tu' .^^

gabungan panel berbagai-bagai latar belakang ; sudah lama berkahwin, baru berkahwin dan belum berkahwin (di ambang perkahwinan) .dan moderator (tak lama lagi, insyaAllah ) .
dan tak pasal-pasal tadi macam kena 'radd'. tak ape, gurauan penambah manis perbincangan . insyaAllah, baik saje . asalkan orang boleh dapat ibrah sedikit sebanyak .

kalau berkesempatan, akan dibincangkan pada post seterusnya .

p/s: bab cinta memang laju lah,kan. biasalah , remaja yang semakin meningkat dewasa.