- pertamanya , ikhlaskan niat . dalam al-quran , banyak ditekankan soal niat . niatlah yang membezakan antara ibadah dan bukan ibadah . niatlah yang membezakan antara muslim dan kafir . dan niatlah yang membezakan semua orang yang menghafaz al-Quran . kerana apa ia menghafaz . jika niatnya hanya cemburu melihat sahabat-sahabat lain juga menghafaz quran , itu sudah silap . hafazlah kerana ingin menegakkan ayat-ayat Allah . jika saya sendiri , suka untuk fikir '' jika Quran ini tiada padaku , sebagai contoh terperangkap dalam kurungan ataupun kesesakan lalu lintas tanpa 'ain (medium) al-Quran di sisi , hafalan boleh menemani "
- hafazlah ayat-ayat Allah dengan menggunakan naskhah al-Quran yang sama , iaitu cetakan yang sama . jika darul iman , darul imanlah hingga akhir ayat .
- ketiganya , selalu tasmi' (perdengarkan ) pada orang yang pandai mengaji . walaupun baru sahaja siap menghafaz tiga ayat .
- keempatnya , disarankan hafaz setelah fajr (setelah masuknya waktu subuh hinggalah terbit matahari ) . waktu sebegini ramai yang tidak memanfaatkan sepenuhnya . apatah lagi pelajar-pelajar . mengikut pengalaman dan sepengetahuan saya , pelajar biasanya tidur pagi pada hari cuti kecuali jika ada kelas waktu pagi . terbaca juga satu peristiwa pada zaman saidina Umar yang menasihati anaknya ," kamu tidur sedang rezeki sedang dibahagi-bahagikan??"
- setelah menghafaz ayat-ayat suci Allah , jagalah tiga perkara ; makan , tidur dan ucapan . jangan makan terlalu banyak kerana itu masuk ke dalam makruh , jangan tidur terlalu banyak kerana itu melemahkan badan , dan jangan terlalu banyak bercakap , kerana banyak bertutur maka banyaklah silapnya dan banyak silapnya maka banyaklah dosanya .
- last but not least , pohonlah pada Allah agar dikuatkan ingatan dan diberi izin Allah untuk terus menghafaz kalam mulia-Nya . bukan orang biasa-biasa yang boleh hafaz al-Quran .
Dalam syurga ada taman. Bagaimana indahnya taman syurga tidak tercapai akal fikiran. Yang pasti taman itu ialah taman orang yang beriman. Iman hanya boleh capai bila ada kekuatan untuk lawan maksiat dan kemungkaran. Ayuh jadi Mukmin yuk !
Thursday, February 9, 2012
menjadi ahlul Quran
Wednesday, February 8, 2012
stop questioning 'how' and 'why'
Friday, February 3, 2012
mahasiswa sendiri pun ada 'penyakit'nya
Alhamdulillah, hari ini, hari yang ke ribuan kalinya Allah beri nikmat untuk hidup, untuk bernafas, untuk mengagumi ciptaan-Nya , untuk terus bersyukur , untuk teruskan perjuangan hidup. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang soleh . mudah-mudahan .
masih jauh yang perlu ditawan , walaupun ijazah sudah di genggaman
Mahasiswa . kini, perkataan ini tidak lagi asing dalam dunia . lebih-lebih lagi setelah kebangkitan mahasiswa bagi memartabatkan pindaan AUKU di Malaysia . mahasiswa makin digeruni . dengan semangat mudanya , dengan ketinggian ilmunya , dengan kewibawaan kepimpinannya . apatah lagi apabila disebut ‘mahasiswa luar negara’ . yang terbayang di mata ialah indah-indah belaka .
Sekarang Allah izinkan saya hadapinya . berada di tempat orang membuatkan saya membuka mata. sebenarnya bukan nilaian ‘tempat orang ‘ itu menjadi ukuran , tetapi yang penting ialah akhlak individu itu sendiri . suka untuk saya petik kata-kata yang cukup masyhur ; ’’ MUKMIN ITU APABILA DIUJI IA BERSABAR DAN APABILA DIBERI NIKMAT IA BERSYUKUR “ .(70:20-30) . begitulah sifat mukmin . adanya akhlak yang baik, akan menjamin penerusan definisi ‘baik’ itu . jika mereka yang menuntut di university-universiti hebat sekalipun , di university yang tersohor dengan akhlak baik, dengan tarbiyah yang boleh dikatakan sempurna , dalam suasana yang mendorong pada kebaikan , hatta bumi anbiya! Jika dalam diri sendiri tiada kesedaran untuk berubah, semuanya berubah kosong!
Matang . saya belajar untuk menjadi matang . berfikiran matang . menganggap segala unsur-unsur ‘hedonisme’ yang berlaku di sekeliling saya sekarang ialah satu lumrah manusia itu sendiri yang sukakan hiburan , sukakan sesuatu yang bisa membuat jiwa dan hati tenang . tapi, saya musykil jika mahasiswa hebat yang katanya memperjuangkan akhlak perjuangan Islam tak mampu untuk menyeimbangkan antara hiburan dunia dan ‘hiburan akhirat’ . suka untuk saya menggelarkan ia ‘hiburan akhirat ‘ . jika manusia itu, ia seorang yang mencari , mencari-cari ketenangan dan kebahagiaan hakiki, alunan Quran bagaikan satu irama yang menenangkan kerana di situ letaknya petunjuk Tuhan! Dan solat itu menghiburkan kerana itu menghubungkannya dengan Tuhan! Lihat ! jika bumi anbiya ialah satu platform yang sangat baik, ataupun boleh dikatakan yang terbaik untuk menjadi baik, sepertimana didefinisikan di sisi Islam itu sendiri, silaplah kalau ia dikatakan boleh dilaksanakan tanpa usaha dan pengorbanan seseorang individu itu sendiri .
“dan tidak sepatutnya setiap daripada mukmin itu semuanya pergi ( berperang ) , mengapa setiap daripada golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali agar mereka dapat menjadi dirinya “ surah at-taubah , ayat 122
Seorang penuntut ilmu . mereka ditinggikan Allah . diangkat darjat oleh Tuhan di sisi-Nya . dinaungi para malaikat di malis-majlis ilmu mereka . dibezakan antara yang berilmu dan tidak .(39:9) .tapi sejauh mana ia mengamalkan ilmu yang diterimanya . ini kesekian halnya lagi , yang berbalik pada diri sendiri . setiap orang mengharapkan satu kebaikan , satu perubahan ke arah kebaikan . tapi tanpa usaha dalam diri sendiri , semuanya bakal tak jadi . keinginan pada diri sendiri, sejauh mana ingin berubah, itu mempengaruhi kesan perubahan .
Mahu ciptakan MAHU mestilah wujudnya TAHU terlebih dahulu . penyakit ummat yang kian meruncing ; banyak tidurnya [1] , banyak makannya[2] dan banyak perkataannya[3] . banyak tidur boleh melemahkan jiwa dan hati , semangat untuk bangkit itu kian kurang . dan dikatakan tidur juga bisa terjadi atas empat sebab ; tidak solat malam , berjaga sehingga lewat malam , terpengaruh dengan persekitaran , dan sudah menjadi kebiasaan .
Tapi perlu ingat , apa Allah pesan ?
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di dalam jalan Kami, maka sungguh akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al 'Ankabut [29) : 69)
Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum shalat Isya' dan ngobrol-ngobrol setelahnya.” (HR. Bukhari no. 568)

Ramai orang ambil remeh soal makan . dan ramai juga yang ambil berat soal makan, tapi mengambil berat atas dasar ingin berat yang ideal , ingin kurangkan berat badan , ingin dilihat cantik . lantas , ia mengamalkan diet sepertimana yang disyorkan dalam laman-laman kesihatan . diet Rasulullah itu sudah jelas mempamerkan satu diet yang sihat . jika kita mengaku sebagai insan yang mendokong agama Allah, maka tirulah Rasulullah. Fattabi’uni (3:31) . “makan sewaktu lapar, dan berhenti sebelum kenyang “ . tak perlu bersusah payah mendapatkan pil-pil kesihatan , supplement-supplement untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat . ternyata , perkara-perkara sebegini tidak salah, tapi bukankah jika kita jejaki dahulu langkah ‘idola’ kita ini, bukankah itu lebih suci dan sihat ?
Imam syafie berkata ;" aku tidak pernah kenyang semenjak 16 tahun lalu kerana , banyak makan akan menyebabkan banyak minum , sedangkan banyak minum akan membangkitkan keinginan untuk tidur , menyebabkan kebodohan dan menurunnya kemampuan untuk berfikir , lemahnya semangat dan malasnya badan . ini belum termsuk makruhnya banyak makan dari tinjauan syariat dan timbulnya penyakit jasmani yang membahayakan.”
sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair ;
sesungguhnya penyakit kebanyakan yang engkau lihat terjadi kerana makanan atau minuman .
kata hukama;
تم العقل نقص الكلام اذا
Jika sempurna akalnya ia mengurangkan percakapan .
"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah ia berkata yang baik atau diam ." (riwayat bukhari dan muslim)
Biasanya ramai yang terlepas pandang kelemahan pada diri kerana kurang dalam merancang suatu kebaikan pada diri . ramai yang merasakan hari masih panjang kerana terlalu yang masih ada petang . kita disunatkan untuk mengingati mati . entah-entah pagi ini kita berpagi-pagi , petang nanti kita tiada lagi di sini . ramai yang lupa , sebab itu sewenang-wenangnya membuang masa .
masakan seorang mahasiswa yang hebat dalam akademik tak mampu merancanga kehidupan yang masih berbaki? rancanglah dalam membuat suatu keputusan , dan letakkan sasaran dalam menggapai sesuatu. ramai yang respon secara negatif apabila ada seseorang individu yang berumur belasan tahun merancang tentang perkahwinan . dituduh gatal mahu menikah lah , dikatakan tak tahan nafsu ! ahh...itu kan satu perancangan . perancangan untuk menghadapi hari mendatang . saya tak katakan yang merancang perkahwinan sejak usia muda lagi itu tidak mengalami masalah dalam rumah tangga . tapi, setidak-tidaknya ada persediaan terutamanya dari segi fizikal, rohani dan ekonomi . jika ada sahabat yang berkata kepada saya yang dia mahu kahwin, saya akan katakan , "maka, bersedialah untuk kahwin ! " ^^
walaupun jika disebut mahasiswa , hanya cerita bab akademik sahaja , saya rasa sekarang dah ramai yang mula cerita pasal kahwin . satu kemajuan , tapi jangan yang dibincangkan hanya nikmat , bincanglah soal ujian dan persediaan .
*********************************************************************************
"semoga kita yang tahu boleh terbitkan mahu pada mereka yang belum tahu "
[1] banyak tidurnya : link dan ini daripada senior ^^
[2]banyak makannya ; link
[3] banyak perkataannya : link
wallahua'lam.
Monday, January 30, 2012
jauhi su'ul khatimah
Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . bagi-Nya pemilik sekalian Alam.
Sekali lagi tentang menulis . ramai orang suka menulis . Alhamdulillah, saya bersyukur untuk itu . semangat dan minat boleh mendorong suatu tindakan dan seterusnya menghala ke arah kejayaan , mudah-mudahan . namun, seperti biasa , dalam menulis ada adab-adabnya , ada ‘precaution’nya . semua perkara yang kita mahu lakukan , ada syariat dan manhajnya, bukan ..
Firman Allah .
لكل جعلنا شرعة و منهاجا
Adanya karya , akan adanya posting . dan apabila adanya posting pasti perlukan proksi . antaranya ialah blog dan facebook , contoh paling mudah . dan apabila adanya wasilah-wasilah begini, akan adalah peng’like’ dan ‘followers’nya , bukan . dan ini yang perlu untuk kita berjaga-jaga . ya, ada orang cukup mudah untuk ‘masuk’ ke dalam masyarakat . mungkin bakat yang terpendam mampu menarik hati pembaca-pembaca . tak sampai setahun , followers sudah beratus , beribu . itu satu nilai tambah dan kemajuan yang baik . mendapat tempat dalam hati masyarakat bukan satu benda yang mudah , apatah lagi melibatkan ‘manusia’ , bukan benda .
Tapi dengan adanya perkara sebegini, akan adalah musuh-musuh yang tersembunyi dalam diri . masih ingat kata-kata ustaz zaharuddin dalam ceramah secara online . setiap manusia mengharapkan husnul khatimah . dan husnul khatimah takkan dapat sekiranya ia tidak berusaha untuk dapatkannya. Orang yang berbuat baik, Allah akan anugerahkannya kesempatan untuk mati dalam kebaikan . dan ada hadis Rasulullah saw yang menjanjikan kebaikan syurga dan terlepas daripada azab kubur bagi mereka yang kalimah akhirnya ialah ‘la ilaha illalllah’ . benarlah , satu ucapan azimat yang jika tidak dilazimi sewaktu kehidupan , sukar untuk ditutur sewaktu kematian, bukan .
Husnul khatimah . ada tiga perkara yang disebutkan ustaz zaharuddin mengenai husnul khatimah . tentang tiga perkara yang bias menjatuhkan kita kepada buruknya su’ul khatimah .
Pertamanya, sifat kedekut yang ditaati (شحن المطاع ) . kedekut dalam berkongsi idea, kedekut dalam memberi sedekah , kedekut untuk menghulurkan tenaga dan keperluan kepada orang lain . ini sifat kedekut yang jika ditaati, memang su’sul khatimah lah jawabnya . kita lihat dari segi kelogikannya . jika sifat ini ada dalam diri seseorang insan dan merebak dalam diri masyarakat itu sendiri, bukankah akan timbul satu malapetaka besar ? bahana daripada sifat pentingkan diri sendiri setiap indivdu . contoh mudah ; idea untuk pembangunan dan kemajuan insan ,. Kedekut untuk sumbangkan pendapat yang bisa membantu kemaslahatan ummah . itu sudah dikira satu kesalahan pada manusia , tidak membantu bahkan merencatkan kemajuan ummat . apatah lagi, jika membuat onar . memang benar, jika tidak mampu membuat kebaikan , janganlah kita membuat keburukan . tapi, jika kita renung kembali , hidup kita hanya ada dua ; dosa dan pahala . tiadanya neutral . jadi, setiap kata, jika tidak disalurkan pada kebaikan , ke mana lagi selain keburukan ?
Keduanya , ialah hawa nafsu yang dituruti. Segala yang ia rasa mahu, diikutkan . mahu kereta besar , beli kereta besar , mahu baju baru , beli baju baru , mahu itu ini terus beli dan beli . itu nafsu dari segi material . belum masuk nafsu dalam bersosial . nafsu kepada ‘keindahan’ zinah dunia . sebab itu Allah sebut dalam al-Quran :
“maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkan ia sesat sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatnnya?” surah al-ankabut (45 : 23)
“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia , cinta terhadap apa yang diinginkannya , berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda …” surah ali Imran (3:14)
Syaitan yang paling utama dan perlu dilawan oleh manusia ialah nafsu dalam diri sendiri . ya, itu lumrah untuk dilihat cantik, untuk dilihat kaya , untuk dilihat baik. Tapi nafsu itu perlu dididik supaya tidak terdidik untuk sombong dalam kalangan manusia, apatah lagi pada DIA . sedarlah tanggungjawab pada Yang Esa . tiadalah kita hanya manusia yang hina dina daripada setetes air mani .
Yang ketiganya , ialah berasa taajub dengan diri sendiri (إعجاب بالبر نفسه ) . mesti biasa,kan apabila anda mengupdate blog ataupun status anda , ada ramai pengunjung . ramai pula yang ‘like ‘ dan komen . ‘fuuhh…pandai juga aku ye ‘ . memang kita tidak menzahirkannya dengan bahasa badan dan lisan , Cuma ia terwujud di dalam hati . ada baiknya, istighfarlah , dibimbangi bakal memakan diri . saya tidak tahulah itu merupakan satu kelebihan atau tidak dengan adanya butang ‘like ‘ . jika komen, saya setuju kerana ia boleh menjadi satu medium pencambah idea .
Ketiga-tiga perkara ini jika digabungkan memang bakal mengundang su’ul khatimah pada diri .bahkan bakal menempah neraka dengan sendiri . maka, berjaga-jagalah dalam meniti hari . mungkin belum hari ini kita diuji , esok lusa belum tahu . semoga Allah tempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang tetap tabah dan sabar tatkala diuji . masih ada peluang bertaubat . dalam kehidupan , tiada yang terlambat dan terlewat , kerana segalanya ada hikmah yang tersirat!

Penulis . sememangnya penyampai kebenaran . niatnya tulus sekali ; mahu mengajak orang kepada perkara ma’ruf . tidak terkecuali untuk menyebarkan pada masyarakat bahawa apa yang berlaku sekarang , itu salah dan inilah yang betul . menjelaskan suatu yang dirasakan kelabudan samar-samar . tapi, kadangkala dengan menulis itu , kita membuka satu ruang dan peluang untuk diuji perasaan . mungkin daripada menulis , kita bakal dikenali . dengan menulis , kita bakal dijadikan ikon dan diberi tanggapan yang baik-baik segala bagai . dan perlu diingat , itu tak menjamin apa-apa kebaikan melainkan nilai tambah untuk mendapat tempat di tengah-tengah ruang masyarakat semata-mata . kata-kata bakal diuji dan jika niat sudah terpesong lari , maka jauhlah kita dari Ilahi .dan itulah seburuk-buruk keadaan untuk kita kembali menghadap-Nya nanti .
Segala yang baik itu segalanya daripada Allah taala . dan disalurkan untuk disampaikan kepada kalian daripada diri yang serba lemah ini . semoga Allah redha segala semangat , usaha dan tingkah .
Irbid
11.30 pagi
“manusia sering kali lupa, sebab itulah Allah turunkan kitab kalam-Nya , supaya tatkala lupa , ia bisa ingat! “

jika kita fikirkan akhirat yang kekal di sana, dunia ini seakan begitu kecil di pandangannya .
Sunday, December 11, 2011
kenapa masih bertelagah?
"ramai yang buat status baik2 di facebook. mahu tunjuk alim ? mahu tunjuk baik ? "
ramai yang berbicara tentang ini, hingga kadang-kadang saya naik muak. bukanlah nak kata, pertikaian ini tak wajar dilakukan oleh sesiapa. tapi, datang satu perasaan pelik, kenapa harus dipertikaikan? Allah selalu suruh kita cuba untuk buat baik, sebarkan kebaikan agar insan kamil yang lain pula dapat dilahirkan . bukankah jelas oleh Allah dalam firmanNya." mesti ada segolongan kamu yang menyuruh kepada kebajikan , menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran . dan merekalah golongan yang beruntung. "
ali-imran :104
terus, jika segenap umat Islam mula merasakan keperluan untuk sampaikan kebaikan, bukankah itu lebih baik. saya tergerak untuk respon pada hal ini, bukanlah mengharapkan pendapat saya ini patut diraikan dan patut diambil perhatian. tidak sama sekali. ini hanyalah pendapat cilik daripada insan yang masih bertatih dan jatuh bangun atas jalan iman dan taqwa. sama seprti kalian.
cuma, selaku insan biasa, muslimah yang masih bermujahadah, saya bimbang andai pertikaian bisa meruntuhkan sokongan moral seseorang untuk terus menyeru kebaikan. dahulu, zaman dakwah Nabi Muhammad saw (selawat dan salam ke atas baginda, keluarga dan para sahabat ) , banyak penentangan yang baginda hadapi, hingga baginda saw dan mujahid-mujahid Islam berhijrah ke Madinah dan bina pusat pemerintahan di situ. namun, apa respon para sahabat? patuh sepatuhnya. selagi keimanan dalam hati meneguhkan bicara " iman pada Allah dan Rasulullah yang paling tepat ! " tiada keraguan, perjuangan diteruskan.
Ahh..~ buat masa kini, saya kurang pasti bagaimana umat Islam boleh bertahan jika asyik mempertikaikan suatu yang kecil, tetapi mengetepikan perkara yang lebih besar.
jika dilihat, di laman Facebook, ramai yang menyampaikan kebenaran dan menggerakkan dakwah Islam. tetapi, berapa ramai lagi yang menyeru kepada kebatilan? mereka mahu membawa ummat Islam jauh daripada agama.
(credit to WNH )
lihat, itu peancangan mereka. tapi, fenomena ummat Islam dalam kalangan muslim muslimat sendiri masih tidak berkesudahan. ayuh, ummat Muhammad saw. kita kan ummat dakwah. be creative . Allah telah mendatangkan sebaik-baik hidayah pada kita untuk beramal dengan baik dalam agama Islam yang syumul.
ISLAM itu tinggi dan tiada yang yang lebih tinggi.
jika benar kita yakin akan kebenaran ini, bisakah hati kita beralih lagi? berkocak dengan goncangan dunia yang menggegar iman di dada? kita ummah dakwah. kita pejuang agama Allah, sepatutnya gentar dengan ayat-ayat Allah. bagaimana ummah dahulu boleh berjaya menawan dunia, kita tak mampukah?
yang membezakan salafussoleh dan solehin kini bukanlah takdir ALLAH, tapi hanyalah kemodenan dunia. tapi mengapa mahu turut me'moden'kan hati dengan keimanan yang luntur. iman itu tetap teguh seperti dulu, jangan khianat! jangan hancurkan ia!
bersatulah dalam menyampaikan dakwah Islam. usah mempertikai antara satu sama lain.
"aku yang lebih layak jadi pendakwah."
"alah...dia bukan baik sangat, harap status FB sahaja baik . aahhhh~~"
"pandai cakap aje! "
bosan,kan.. sampai bila mahu begini. ISLAM semakin hampir pada kemenangan, percayalah~
tapi adakah kita hanya duduk dan tunggu sambil goyang kaki, dan hanya bermuka-muka ketika ISLAM naik, dijulang dunia. malulah pada dunia, jika tidak mampu , malu pada diri. apa sumbanganku pada ISLAM? =_=
"wahai Musa , sampai kapan pun kami tidak akan masuk kedalamnya , selagi mereka (musuh) masih ada di dalamnya. kerana itu, pergilah engkau bersama Tuhanmu , dan berperanglah kamu berdua. biarlah kami tetap menanti di sini sahaja " al-maidah : 24
begitulah golongan munafiq dahulu. kita mahu sebegitu, atau menjadi orang berusaha setanah, Abu Bakar as-siddiq yang teguh dengan kebenaran yang dibawa Rasulullah walaupun hilang kepercayaan oleh bangsa sendiri, Khalid al-walid yang tegar berjuang walaupun tidak diberi penghormatan jawatan, seperti Abu Ubaidah al-Jarrah yang tegar membunuh bapa sendiri kerana ISLAM yang menjadi agama suci pilihannya, tetapi tidak pada bapanya, dan Muhammad al-Fateh walaupun jauh daripada Rasulullah, namun perjuangan diteruskan bagi merealisasikan hadis Nabi.
tanya pada diri, "dalam hadis NABI saw, kamu mahu jadi pemuda yang bagaimana? "
(saya pun ragu dengan jawapannya )
jadi, dengan rendah diri dan hatinya, sahabat-sahabat, teruslah menyeru kebaikan walau ada yang menghina mencaci. mohon perlindungan Allah agar ditetapkan prinsip yang teguh pada hukum agama, moga tidak terpesong dari ajaran Rasulullah saw. dan moga dikelilingi insan -insan yang bisa menilai menerusi mata hati. hanya DIA tempat berlindung dan bergantung. teguhkan kami!
................................
malam itu hening sekali, Abu Ubaidah tidak bisa lelapkan mata . masih terbayang-bayang di matanya pergelutan bersama bapanya. dan bagaimana beliau menikam bapanya, dan memangku bapanya di atas riba sehingga bapanya menghembuskan nafas terakhir.
kemudian, datang Rasulullah saw dan Abu Bakar as-siddiq r.a. ... menyampaikan pesan Allah.
"Engkau (Muhammad ) tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , dan saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ialah bapanya, anaknya , saudaranya atau keluarganya . Mereka itulah orang yang dalam hatinya ditanam Allah dengan keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari DIA. ......" al-mujadilah : 22
musuh Allah ialah musuh kita sekalipun mereka ialah ibu kita, bapa kita, saudara mara kita. siapa yang bisa mengetepikan keluarga demi iman, dengan pengorbanan yang lebih baik daripada para sahabat??
ABU UBAIDAH AL-JARRAH. pengorbanannya demi ISLAM, terpahat !
kami jejaki kalian, RASULULLAH DAN PARA SAHABAT YANG DIREDHAI ALLAH.
amin! tempatkan mereka pada maqam yang terpuji~