Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Monday, May 7, 2012

ujian tanda iman




 ujian tanda iman .
banyak diuji itu satu tanda kekuatan ,
lantas aku mendabik dada kebanggaan ,
akulah yang diuji , akulah yang beriman antara kalian!

ujian tanda iman ,
walau seribu batu aku berjalan ,
tiada yang bisa menghalang ,
kerana aku insan yang ada Tuhan.

ujian tanda iman ,
segala jolokan manusia tak kupedulikan ,
aku tetap dengan satu pendirian ,
aku lakukan itu ini di belakang dan di depan ,
semuanya kerana Tuhan Sekalian Alam.

namun ,
lama-kelamaan , aku bosan dengan ketegasan ini,
aku rasa tiada di sisi yang menemani,
jika benarlah antara aku dan Tuhan ada pelangi ,
mengapa dengan aku , manusia lari ?
lari , jauh sekali menghampiri.

sesekali aku rebah menyembah bumi ,
seakan-akan tiada kekuatan dalam diri ,
aku menjerit sekuat hati ,
wahai manusia! tidak mahukah kalian menemani ,
mengisi kekosongan jiwa yang sepi ??!!

aku kosong , aku bingung .
aku lemas , aku tewas .
namun ia tak lama ,
kulihat di sisiku ada insan menanti setia ,
rupanya dia telah menanti lama ,
namun aku yang sebenarnya alpa ,
tanpa manusia , aku bukanlah hamba abdi-Nya!

ujian tanda iman ,
bukan untuk mendabik dada , 
tapi untuk sentiasa cinta ,
tulus kepada SI PEMILIKnya !

-hamiz ruslan 
bayt zulfadhli . 0600 . 8/5/2012
alhamdulillah!

Thursday, April 19, 2012

jatuh hati kerana imannya ?

"Tahniah kepada mereka yang tersentap imannya dengan sentuhan bahasa puitis agama oleh si blogger islamic. Namun bagaimana pula yang tersentap hatinya kerana jatuh cinta pada si penulis?

Untuk siapa iman itu dipersembahkan? Adakah pada mata wanita atau pada wajah RabbNya? Tidak mungkin lelaki beriman membeli wanita dengan menggadaikan syurga.
penulis blog mungkin menggunakan sisi baiknya dan menutup sisi buruknya "
(status seorang sahabat yang hebat ^^)

bukan mereka saja sentap , saya sendiri pun sentap! ^^

mungkin benda ni benda biasa kot . jatuh cinta pada karyanya ataupun jatuh cinta pada'nya' . inilah ujian apabila kita telah 'exposed' dengan manusia . bermain dengan sesuatu yang punya 'rasa' , punya perasaan dalam jiwa . betullah , blog-traveling untuk cari makanan ruhi , apa yang baik untuk jiwa . tapi tak kurang juga yang mencari teman untuk jiwa ,kan ?

sebenarnya , bukanlah salah rasa satu kekaguman yang luar biasa pada orang yang baik-baik . itu bagus,kan ? daripada kita terjatuh cinta kepada yang bawa binasa? memang sudah jadi satu inquiri pada usia remaja . sedang mencari , dan mencuba . (cuba tu --> test power?? eh?)

******* baiklah , apa yang saya nak respon sebenarnya ?

sebenarnya saya tertarik dengan ayat terakhir . saya tak hairan dengan jatuh hati la, minat la , perasan la , pantang ditegur la dan banyak lagi . ayat ni ; penulis blog mungkin menggunakan sisi baiknya , dan menutup sisi buruknya . kita boleh lihat , ramai orang yang tulis benda baik-baik . tulis status baik-baik , tulis post kat blog perkara yang baik-baik . mana mungkin orang tak nampak ia baik ? tapi kena ingat , yang menulis itu ialah manusia , iaitu hamba kepada-Nya , yakni Allah Yang Maha Kuasa . kita , apabila baca blog orang , kita rasa seolah-olah ia sempurna , tiada cacat cela . sebab yang terzahir ialah kebaikan . dan memang itulah tujuan penulisan , mahu orang tiru , ikut kebaikan tu .


tapi untuk jatuh hati , ataupun 'judge' seseorang itu hanya melalui penulisan , itu kurang bijak . kononnya , 'jatuh hati kerana imannya ' . taklah yang menulis itu tanda beriman . bagaimana pula yang menulis status yang berunsur Islam , tapi hakikatnya ia bukan Islam ?? huh?? berat tu~

sekarang nilai Islam itu semua orang nampak , hingga tarbiyah itu mampu tawan non-muslim yang jadi pengguna komuniti maya ni . alhamdulillah , itulah kelebihan dalam dakwah Islam , sebarkan keindahannya !

tapi , menulis yang baik-baik itu boleh menampakkan yang penulis itu ialah yang mencari kebaikan , yang sukakan kebaikan , dan sedang bertatih , mengayuh mengejar amal kebaikan . jadi , itu sudah jadi satu tanda dan cukup syarat pertama untuk memilih pasangan ,kan ! ( eh , tiba-tiba ?? =_=)

jadi, teruslah menjadi baik . tentang orang yang tersentap imannya dengan kebaikan yang kalian tulis , alhamdulillah , semuanya daripada Allah . dan buat yang tersentap kerana penulisnya ? ada penyelesaiannya , carilah perlindungan daripada Allah . bukan semua orang boleh tahan dengan perhiasan dunia . tapi , mustahillah pemuda/i yang mencari cinta Ilahi , dan syurga abadi akan jual imannya demi secangkir hiasan duniawi ..

selamat bermujahadah , wahai insan mujahid dan mujahidah sekalian . yang paling berat dan menguji diri ialah ---> HATI . letakkan ikhlas sebagai tunjang acaramu ! moga Allah lindungi kalian dan saya

"ramai yang pandai menulis , tapi susah mahu jumpa orang yang benar-benar 'tahu' apa yang ditulis ( AQ 2;113) " -hamiz ruslan

Monday, October 17, 2011

cukuplah di hati~

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..

enshaAllah, Allah knows best who's yours , now and hereafter.. :-)

dipetik dari facebook, sumber:wallahua'lam siapa creatornya..
cuma barakallah untuk yang berkongsi,inshaAllah jadi pedoman diri


CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

wallahua'lam. . jelaskan matlamat, supaya rasa cinta bukan untuk dinoda , tapi biarlah menjadi wasilah perjuangan hampiri DIA.~~

Friday, March 18, 2011

bimbang, sedih, takut? dilemma? :-/

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104



alhamdulillah, wa nasykurullah, jgn lupe bersyukur, syukur, syukur & syukur...
mendalami erti syukur supaya x tersungkur, insyaAllah.. :)


update blog, kadg2 memg rse nk update kerap, tp ble pikir balik, kalo something yg kurg perlu, x payah kot, nnti kurg ber matlamat yg jelas plak.

bimbang??takut? btol, ana rse memg ana ni dh btule2 dlema dh ni, kalo dpikirkan sgt tanpa panduan & dorongan yg jels memg blh terbalik kpala ni. maslah, memg x lepas dr hidup, n terkadg, sesuatu yg bukn hal kita pn kita pkir, memg dh dri bergelar insan, hidup bermasyarakat, ber'komuniti' facebook , frens sje dh beratus, beribu, mane x bermasyarakat?? tp xpe, fikirlah untuk kepentingan ummah. x mnjadi satu kesalahan , still menepati adab2 berfikir.

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"at-taubah:" 104

alhamdulillah, ana tgok dlm ramai2 komuniti facebook, dh banyak group yg dtubuhkan untuk tujuan dakwah, 'cinta Allah cinta abadi', tarbiyah, republic cinta kerana Allah, dll..macm2 la. x terlepas juge golongan2 pendkwah yg mnubuhkan group untu melancarkan program dakwah, alhamdulillah , sesuatu yg patut dsyukuri.. then ?? ape masalahnye?
laman sesawang, dunia d hujung jari. subhanallah, ana kurg berkenn ble ada dlm kalangan yg kurg menjage ikhtilat, ye , memmg btol la, --ikhtilat-- persoalan yg pling sukar untuk drungkaikan, tp jawablah ia dgn iman & tawakal kpd Allah, itulah sebaik2 penyelesaian.

>iman & tawakal<
jika dri mengundang fitnah, berhubung dgn yg bukn muhrim melalui komen2 @ mesej @ chat dll TANPA SEBARANG MATLAMAT yg jelas, adakah layak untuk kite dkatakan beriman? bimbang, bimbang ana. pd sahbat, sahbat akhowat au ikhwah. kite insan khilaf, ''insan'' -- lupa kita pd perintah Allah, lupa kita pd perkara yg blh mengundang dosa, mengundg alpa, mengundg lalai. kdg2 kite terlalu asyik mngejar dakwah, hingga yg syubhah kite anggap sbagai dakwah, fikir2kanlah, kita insan khalifah, insan dakwah, x pernah berdosakah?? wallahua'lam, hanya untuk yg mahu berfikir.




ape yg penting, Allah dlm jiwa, Allah d hati, semangat ber"tuhan" yg ada dlm diri. setiap kelakuan, ada DIA. insyaAllah

syukur.
Alhamdulillah, ya Allah.
syukur, kadg2 kite lupe untuk bersyukur. kite punye sahbat seperjuangan, sahbat sefikrah, tp sewenang2nya melukakan sahabt, tegarkah kita? kite x sdar, yes, betul.. memang kite x sdar, bab2 perasaan sahbat kite tolak tepi. tp knapa? katanya, persahbatan ats dasar iman, dasar dakwah. tp ramai yg x sedar, semangat dkwah blh melonjak kerana SAHABAT,tp blh juga merudum kerana SAHABAT.

"sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara keduanya dan bertakwalah kpd Allah agar kamu mndapat rahmat" ---al-hujurat:10

insyaAllah, biarlah kita yg berdakwah ni mndamaikan, bukn yg memulakan persengketaan.
mesti kalian pernah dengar, "biar hilang rakan dlm berjuang tp jgn hilg sahbat seperjuangan". perjuangn, memg mendambakan pengorbanan. (^^,)
jagalah HATI sahabat! [kesimpulannya] demi ISLAM jua, insyaAllah

bimbang,bimbang, bimbang.
hati, tingkah laku,iman. sgt2 berkait rapat. dlm melayari perjalann hidup sehari2an, terlalai,terleka memg ada. mge hidup stick dgn YG ESA, itu yg utama. memg jawapannya, satu.. IMAN, AMAL, pd ALLAH.
sebb tu , ble dtanya, apa tips2, x lalai, x berkomplot ngan maksiat.
SOLAT!

"..sesungguhnya solat itu mencegah drpd perkara keji & mungkar..." al-ankabut:45


yap! nampak mudah, simple. nk buat , nk hayati,perlukan komitmen. kesungguhan, keikhlasan. tp semangat untuk buat lg susah nk dapat, hanya yg terpilih, & insyaAllah, kita..




KIAMAT sudah dekat, bersediakah kita? time is precious, mge Allah reda waktu2 kite d bumi yg fana.
fenomena2 dunia cukup mengajar kita : gempa, konspirasi, tsunami, banjir dan sebagainya. tp brape ramai yg menginsafi? berapa ramai yg masih terleka? x percaya dgn janji Tuhan, janji Allah pasti tiba, Kiamat akan terjadi.

"sesungguhnya org kafir sama sahaja, engkau beri peringatan @ tidak, mereka x akan beriman" al-baqarah : 6

masih terleka? x sedar??
al-mukminun : 97-118. wallahua'lam. mge tenang d bumi Tuhan, mge tenang membaca ayat Tuhan, mge Allah redha,mudah2an. insyaAllah.

HR::
-takwin way'ul islam? masih kurg jelas dgnnya, ada sahbat2 blh menerangkan? [sekadar bertanya]
-degup jantung x teratur : debaran test jpj & result :-)
-kecewa _=( .. x mampu hadir walimah abg kpd kim.
-tanda2 kiamat dh dekat, kita masih berpusing2 kepala memikirkan hal dunia, hal akhirat entah ke mana, memg kdg2 terfikir juga, tp sejauh mana?? memg,, kite insan!
--------------------------------------
"& jgnlah kamu berasa lemah & bersedih hati, sesungguhnya kamulah org yg pling tinggi darjatnya jika kamu org yg berIMAN" ali-imran : 139.
insyaAllah!
cemerlang pn ya, x cemrlang pn ye, ada hikmahnya, jgn bersedih,berduka hingga lupakanNYA. jika x dapat menawan dunia, mge dpt menawan syurga d akhirat sana. tp lazimnya, yg mengejar akhirat, Allah bantunya d dunia, yakin dgn janji Allah, semestinya. ilalliqo' fil jannah, insyaAllah. >__<

Sunday, February 27, 2011

Allah jua pmilik rahsia. berusaha shj,,

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

salam seindah suria buat semua readers. [wallahua'lam la brape org sgt yg bace blog beginner ni]
bersyukur ke hadrat Allah dgn nikmat kurniaan iman & islam yg dkurniakn Allah pd kita,
nasykurullah.

::perasaan::
bukn mudh nk melawan perasaan. bukn mudah nk elak zina hati. zina yg plg tersembunyi. teringat, terbayang, terdetik, macm2 lah.
"dosa ialah sesuatu yg kite rse berdosa ketika melakukannya"
& dosa juga ialah sesuatu perkara yg kita x mahu org lain tahu. perkara yg buruk la, kalo kebaikn ok jerp.

tp sebaik2 pendosa ialah apabila ia melakukan dosa, die sgera bertaubat.
ana mahu membawa kita semua d cni. beristighfarlah. mohon keampunn dan kebaikn drpd Allah taala ats dosa2 yg telh lalu dan akn datg. same2, anda & saye. ^^

memang, bukan mudah untuk kite btul2 dekat pd Tuhan, ingat pd Allah setiap masa. be aware. aware pd dri sndri supaya x lalai, x jemu ingat pd Allah, rse something yg x kene pd dri, teraang2 semcm jerp. trus!! istighfarlah. turn to Allah. jgn malas! tolonglah, pemuda - pemudi terutamanya. jgn ambil mudh soal perasaan. ada seorg adik bertanye pd ana.

" kak, macm mane nk ilangkan persaan suke pd seseorg. saye takut, saye takot ter'couple'"

nah!! tgk...seawal form2 dh boleh hadapi bnde macm ni. maju btol. x boleh salahkn die, gatal, ''galok" dan sebagainya. itu semua fitrah, fitrah die, fitrah anda dan fitrah ana (^^,)/

mintalah perlindungan Allah. fasta'izbillah..
jaga hati, jaga iman. insyaAllah dunia akhirat dlm genggaman. ini pesanan yg selalu ana ingatkan pd diri sendri. sentiasa mencuba untuk dekatkan dri kepda Allah.
ape yg ana pesn pd adik yg sorg tu..

errmmm,,,bile pkir2 balik, bimbg juga ye..
, pandai2 bawa diri ye..org sekeliling hanya blh tlg nasihatkan aje. yg pntg, tlg cari kawn yg blh bawa pengaruh baik. jgn cepat terjebak, ye. ingat, pkirkan kesan dr tindakan.
jgn cepat melatah. kak mizah nk sgt tgk enti jd pemimpin satu hari nnti, ble org laen hanyut, Allah selamatkan kamu. "Allahu yusahhil" [Allah permudahkan] kte mahu kebaikn secra ikhlas dr hati, Allah akn beri,, yakinlah!
** hope to c u, in medan dakwah n jihad. tinggi harapan ni.. ingat, Allah syg awk ni..tu diuji dgn perasaan..
p/s: errmmm,,,ujian kite same, ye..(^^,)

ohh..ayat yg terakhir tu should be diabaikan. cume nk tekankan d cni. kne kawal la. fitrah la tu..ingat pd Allah, kalo betul kite nk hindar perasaan tu, mesti kite gusar, resah , gelisah bila ingat pd 'dia'..dan itulah yg menyakitkan sebenarnye.
ingatlah Allah. insya Allah hati kite kan tenang jua.
surah ar-ra'du, 28: "hanya mengingati Allah, hati kan menjdi tenang"
ingatlah..jgn anggap itu hanye teori semate2.. cube praktik...bile rse gelisah, x tenang. ingat pd Allah, bce ayt2 cinta Allah..hush, tranquilnye lain macm, sronok sebenarnye.
ada ana terbace:

Surah ar ra'du

Baru-baru ni tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.

Salah satu soalan yang ditanyakan oleh penonton ialah.."macamana nak lupakan seseorang yang kita pernah bersama ye ustaz?" Ust pun jawab bacalah surah ar ra'du..ayat 39..letak tapak tangan di dada...niat..genggam dan campak jauh2..insyaAllah. :)

Niatkan pada Allah utk hilangkan 'perasaan' kita yang ada kat dia tu dan minta kalau perlu kita berkawan semula biarlah perasaan itu cuma sekadar kawan sahaja.
[tp kalo jodoh, x ke mane, kan..]



[[ini komentar drpd blog org la..]]
insyaAllah, boleh cuba untuk diamalkan, tp yakinlah pd Allah, bukn pd ayat itu, ye. same2 mencuba demi menjaga hati kita untuk YG ESA semata2.




--sambutlah cinta tuhan--
btol. sambutlah cinta Tuhan, kdg2 ana rse jeles tgk org yg dekat ngan Allah, [ secara kasarnye la, ana x reti nk bace2 org neihh] nampak tenang je. kne uji nde2 pn, ilek, cool,,,pro jer. hebat lah. ape rahsienye? xde nye la rahsia plik2, makn duit beribu2.. rahsianya, hubungan dgn Allah. pabila baik hubungan dgn Allah, hubungan ngan manusia akn automatik baik. kecuali Allah nk uji..
jgn dsangka org yg tenang, x diuji, tp care menghadapi ujian tu yg berbeza, sebenarnye.
ingat2 dan ingat pd Allah, selalu, sentiase! x lengah! insyaAllah, hati kan tenang jua. jgn terlalu d pikir cinta manusia, walaupun memg selalu terlints d jiwa, sedarlah, kalo x leh nk tepis, itu cume alsan yg nyata. ingat pd Allah.. ingat pd YG KUASA, berani ke nk terleka? insyaAllah dpermudahkannya. yakinlah! Allahu yusahhil!




yup! my heart is just for Allah, x kan kukongsi!!
make it real.. mge Allah pimpin kite smue d jalanNYa..

HR::::::
-ble cakap soal ni, entahlah. susah mau cakap, n dinasihatkan buat sahabat2 ana, stop mengganding2kan ana ngan yg 'tu'.. bahaye! hehe..[truk btol! puppy love! x masuk akal..isy3] tp setidak2nya ana punya pengalaman nk overcome this sort of problems..mane2 ade maslah, meh nk pakar jodoh nk bg idea2 bernas :p
-ar-ra'du: 39
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya, dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan”.”

-semoga kita dapat menjaga hati sebaeknya, hanya Allah pemilik cinta hakiki..d samping cinta Rasul..
-sabar, sabar & sabar.. jgn terlalu pkir, nnti makin kronik yer..rse lemah, selalu terbayang, [gila bayang, ehh??] dekatkan dri pd Allah, ingat mati, banyakkn solat sunat[ solat fardhu kompem la], ngaji, dll..banyak carenye. cume ats dri nk wat @ x..
--Allah shj pemilik rahsia cinta, so, walahua'lam..

"sampaikn drpd ku walau sepotong ayt" hadis..