Monday, June 11, 2012

muslimah !


Dengar lagu Muslimah , oleh Ustaz Nazrey Raihan .
Terdetik untuk cuba menulis tentang muslimah . ya , muslimah . saya sendiri muslimah . dan dengan izin Allah , biarlah kita jadi seorang mukminah , solehah yang taat pada Allah dan Rasul-Nya . dan yang telah berkahwin , taat pada suaminya . subhanallah . indahnya kelembutan seorang muslimah .


“memandangmu menyejuk hati , menundukkan nafsu hati yang goyang”

Ya , itulah sifat muslimah . menjadi penyejuk di kala kepanasan , menjadi penenang tatkala kegundahan , menjadi inspirasi tatkala buntu . hebatnya jika mampu menjadi sebegitu rupa . tak hairanlah , watak solehah sebenarnya menjadi idaman si jejaka , dan menjadi impian si wanita . siapa tak mahu jadi solehah ? kami mahu jadi solehah . setunduk Saidatina Fatimah , sesetia Saidatina Khadijah , secerdik Saidatina Aisyah Ummul Mukminin dan Saidatina Ummu Salamah !
Tapi bagaimana?
Iya . kami mahu dibentangkan cara , bukan dilemparkan dengan harapan dan kata nista . 

“saya mahu awak jadi solehah . jadi baiklah ..”
“saya tak suka tengok awak pakai macam nie!”


Kalau di sekolah dulu ,’ famous’ lah ayat ni “ape muslimat ni , ramai pakai tudung singkat ??!!! “ =_= ala, muslimin ni , macam tak biasa tengok orang kat luar tuh ! masuk kawasan sekolah jadi alergik pulak tengok tudung singkat singkaT! Huh!
wanita . ia bukan sembarangan ‘substance’ yang boleh dilentur macam tu je . ia bukan satu ‘plasticine’ yang boleh dipenyek , dibentuk sesuka hati dengan mudah . plasticine pun kalau tinggal lame2 keras jugak,kan! Sebab itu lah , diumpamakan wanita itu umpama ; tulang rusuk lelaki . pertama , sepatutnya ia dekat di hati lelaki untuk disayang , dijaga dan dipelihara . sakitnya dia , sakitnya juga sang jejaka .


kedua , mahu lenturkan ia . satu benda keras yang bengkok , nak lenturkan , guna cara keras, maka patahlah ia . maka cara terbaiklah , perlahan-lahanlah ! luruskan dengan nilai-nilai kemanusiaan . jika ikut logiknya akal , boleh ke tulang rusuk itu diluruskan ? mustahillah! Nama pun tulang rusuk . tapi nak tak nak , ia mesti lekat pada batang tubuh seseorang , kalau tidak , lumpuhlah badan . jadi, nak tak nak , seorang lelaki , jaga sang wanita sepertimana tulang rusuk itu hendaknya , dan dalam masa yang sama  berkasar itu bukan cara terbaik . sebab itulah , pelihara, bukan luruskannya .




wanita . kalau diberi kerja , ia bisa bekerja , tak menjadi masalah . kalau disuruh , ia buat , tiada keraguan padanya . kalau ditengking , dipaksa , itu masalah . kerana ia punya hati kecil yang mudah beralah . laju sahaja air mata mengalir andai ada yang menyakiti .
wanita . yang beriman , itulah yang bakal membawa kebaikan .  yang kuat , itulah yang menjadi idaman . sama ada dalam satu-satu tugas atau sebagai peneman . kena jadi hebat , perlu jadi kuat  hati ; perlu dididik dengan cahaya iman , baru ada benteng yang menambahkan system pertahanan badan! Tak perlu ada alat kawalan jauh dari rumah untuk pastikan anak perempuan kita selamat , isteri kita selamat . cukuplah sekadar bekalkan iman dan ilmu syariat Islam . itu bekalan yang cukup ampuh untuk dibuat modal sebuah kepercayaan .


sedih . barangkali terlalu sayang . melihat seorang anak perempuan tok imam yang tegar membonceng motor lelaki ke sana ke mari . melihat anak seorang ustaz bergaul mesra dengan insan yang bukan bergelar mahramnya . melihat seorang anak pakcik soleh dan makcik solehah yang tegar mengenakan pakaian ketat lagi sendat seolah-olah tiada pedoman seorang Islam .  bila kata mak ayah tak ajar , melenting bagai! Memanglah . sebab memang mak ayah mereka ajar . tapi ajaran tanpa bimbingan tak mampu hasilkan buah keimanan . ajar sahaja , tanpa pengawasan dan larangan tak jadi apa-apa . dan kita selaku kawan , mungkin akan tegar mencipta alasan; “mak ayah diorang pun tak kisah , takkan aku nak masuk campur hal dia ???!!”
ohh.. bila mak ayah mereka tak kisah , kita pun tak  ada hak la nak menegur . jadi , apa makna hadis Nabi yang kata “tak sempurna iman seseorang selagi mana ia tidak kasih pada saudaranya sepertimana ia kasih pada dirinya .”

semoga kita jadi muslim cakna pada keadaan sekeliling .

kadang-kadang , nasihat itu bukan hanya pada teguran , tapi dengan akhlak yang baik .
sama –sama , untuk Islam . akhlak ; ini matlamat kita .

jaga adab dengan Allah , dengan Rasulullah saw, ibu bapa , sahabat-sahabat , alam seluruhnya!!


-menjadi wanita yang benar muslimah bukan mudah . jadilah wanita acuan ajaran Rasulullah saw . baginda cukup sayang pada wanita . jangan murahkan diri kalian untuk yang tidak halal! Kita mahal di kaca mata Islam ! naikkan mujahidah!

Saturday, June 2, 2012

erti kesabaran

Sekiranya Allah mendugamu dengan ujian dan kesulitan yang sangat hebat, sebenarnya Dia sedang mengajarmu erti kesabaran yang pahalanya akan berbuah ranum meningkatkan kemanisan iman.
Sekiranya Allah memberimu nikmat kegembiraan dan kejayaan, Dia sedang mengajarmu erti sebuah kesyukuran. Juga buat meningkatkan kemanisan iman.

Be strong, Allah sentiasa bersifat penyayang kepada hamba Nya. (^_^)
 
QUOTED .. 
HE ALWAYS HERE  . . Astaghfirullah .
ujian daripada Allah usah diperbahas , sebab hikmahnya bukan mudah untuk disingkapkan . 
semoga tabah! sepertimana tabah para sahabat baginda saw.
hamiz ruslan ukht

aku mahu solehah!

"...aku nasihati kalian , bukan bermakna akulah yang terbaik dalam kalangan kalian .."
teringat kata-kata ni . Imam Hasan Al-basri kalau tak silap .


Yang selalu sampaikan nasihat , yang selalu bercakap di hadapan khalayak , yang berani dan lantang bersuara , bukan bermakna dialah yang sempurna.
Sekali-sekala dengar ada kata-kata yang mendakwa “wanita solehah ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang” . kadang-kadang terfikir juga . ‘huh?? Tidak dipandang? So, mana boleh nak cakap-cakap depan orang , jadi public figure nih! Nanti orang duk main tengok! ‘
Alahai… habislah dunia kalau semua muslimat semakin jumud berpegang pada ayat ni . ya, ayat ni mungkin betul . jadi perhatian ramai orang bukanlah satu perkara yang baik . nanti semua sudut orang akan tengok . setiap steps kita orang akan perhatikan . tapi , tak semestinya kita menjadi orang pasif , mendiamkan diri daripada menyatakan yang benar , menyampaikan benda-benda ma’ruf kepada semua .
Kalau kita lihat sekarang pun , ramai je ikon wanita yang dah naik . tapi , yang terpenting ialah menjaga perlakuan dan pandangan . Islam tak mengongkong , tapi ia menghormati fitrah . Islam tak perbanyakkan perkara haram dalam hidup kita ni . tapi ia lebih kepada mengawal .
Ya , nak ke depan boleh , tapi jaga adab . apa ukuran yang Islam tetapkan ? tutup aurat , tak melenggokkan suara , berkatalah yang benar , bukan ikut sedap bicara .
Wanita . mereka asset Islam . mereka permata Islam . mereka bukan perhiasan dunia untuk sang jejaka yang keranjang matanya . tapi , ia perhiasan untuk cantikkan Islam .
Wanita . mereka permata dunia . apatah lagi wanita solehah.
Mahu jadi solehah !
Macam mana nak jadi solehah , saya tak pandai agama . saya tak pandai nak cakap bab-bab agama , nak beri tazkirah ..




 gambar sekadar hiasan , yang baik jadi pedoman



Banyak solat , bukan bermakna saya solehah . melainkan saya dah dapat apa itu IKHLAS
Banyak puasa , bukan bermakna saya solehah . melainkan saya dapat apa itu puasa daripada maksiat
Banyak berzikir , bukan bermakna saya solehah , melainkan saya sentiasa tahu yang ALLAH sentiasa kawal saya , dan saya TAKUT pada benda mungkar.
Banyak baca Quran , bukan bermakna saya solehah , melainkan saya hayati dan tadabbur apa itu nasihat agama pada saya sendiri selaku hamba ALLAH .

“hakikatnya agama itu bukan pada teori , bukan pada zahir . tapi amalam zahir itu penting untuk hadirkan hati yang ikhlas dan khusyuk ingat pada Allah . zahir itu meyakinkan manusia bahawa ibadah itu mampu lahirkan hati yang tenang ingat pada Allah . solat itu tiang agama , dengan solat emosiku terjaga . puasa itu menghalang nafsu , ia menjagaku daripada bernafsu ke  arah maksiat kepada Allah sama ada besar atau kecil . zikir itu mengingatkanku bahawa Allah sentiasa ada untuk membantuku sepanjang hari aku hidup , dan ia juga persiapan apabila ajalku sampai nanti . dan QURAN itu nadiku , dengan Quran , ALLAH ber’cakap’ denganku . DIA kata ;


“apabila hamba-KU bertanya tentang-KU , maka sesungguhnya AKU dekat “ albaqarah ; 186 ..

""
Allah … DIA memahami segala isi hati hamba .
Mahu jadi solehah , IKHLASkan diri , hanya pada DIA . cuba , mengadu , pada DIA .
Saya menulis , bukan kerana saya sudah Berjaya , tetapi saya menulis selaku hamba-Nya yang hina dina . wallahua’lam .
Doakanku kuat , sebagaimana insan solehah di luar sana kuat . amin .
Hamiz Ruslan.

Thursday, May 31, 2012

bila sahabat berbicara ~

""Sahabatku, aku bukanlah seorang sahabat yang baik buatmu.
Kadang suka bersamamu,
Namun, sedih jarang sekali,
Kerna itu aku cuba menjadi yang terbaik,
Tawa tangis bersama,
Maafkanku andai dirimu terluka kernaku,
Terus kuat sahabatku,
Andai tetiba aku jauh darimu,
Jangan jemu mendekatiku,
Walaupun aku tenang,
Diriku juga jatuh jua hakikatnya,
Kerna itu juga jangan kau putus asa dari rahmat Allah,
Kerna DIA ada disisimu saat suka duka dikala ketiadaanku,
Yakinlah, apa yang DIA tetapkan itu yang terbaik buatmu,
Sayang rindu kamu kerana Allah.
Moga di kejauhan kita, didekatkan dengan ikatan ukhuwah,
Bersama untaian doa antara kita...
Terus kuat dan hebat untuk ISLAM""


"TERUS KUAT DAN HEBAT UNTUK ISLAM "

serius .  saya takut . saya takut kalau lah hanya kerana sekeping kelemahan yang ada pada saya , tak kiralah pada akademik , pada kecuaian , pada kelalaian dan pada kecundangan saya , saya bakal membantutkan kerja untuk ISLAM . sedangkan saya tahu kerja Islam itu tak pernah berhenti menjadi amanah dalam diri , cuma kerana ada 'sesuatu' , kerja tak boleh jalan . memang tak bolehlah macam tu ... pengkhianatan namanya =_= nauzubillah . semoga itu bukan kita . 


tapi.....


ujian Allah , siapa yang boleh tahu , siapa yang boleh jangka ? nope ! tak ada . ujian datang bertimpa-timpa , ujian datang menjelma tiba . sebab itu hadis Nabi ada sebut : "sabar itu ialah pada satu kebetulan pertama . "  sewaktu pertama-tama tiba ujian , bersabarlah . dan menangis ; itu bukan lemah  tapi salah satu cara untuk cari titik kesabaran , mungkin . 


saat ni ...
semua cakap soal ujian . yang diuji , seolah-olah dunia ini pergi daripada diri , hilang segala erti . yang melihat insan lain teruji , terus mengasingkan diri " alah ..ujian macam ni pun nak diratapi??"..
hanya yang teruji sahaja yang tahu , hebatnya kesabaran , manisnya perjuangan dengan ujian ..




ya , Allah tak uji hamba-Nya melainkan dengan kemampuan mereka . 
Allah , DIA lah yang terus-terusan dan sentiasa memahami siapa dan bagaimana hamba-Nya ,
Allah , DIA lah yang sentiasa bantu hamba-Nya keluarkan daripada gelap kepada cahaya,
Allah , DIA terlalu agung untuk diingkari ,
Allah , hanya DIA yang patut kita sembah , yang patut kita cinta berbanding cinta sekalian makhluk.
Allah , DIA cinta pada kalian , saya dan sekalian manusia .
Hanya DIA yang digantung pengharapan pada-Nya . 


seiringkan diri dengan taubat ,
selarikan diri dengan solat ,
lazimkan diri dengan doa ,
biasakan diri dengan harap .
semoga Allah redha .
takutkan Allah , makin dekat ....
insyaAllah!


""Allah , bantu kami! dan , terima kasih atas sahabat ini ! memang , aku juga bukan yang terbaik untuk dia , tapi izinkan aku bertaubat dan berkhidmat walau dengan secebis kata hati , kata doa ,dan kata-kata harapan padanya . semoga dia berbahagia . semoga mereka (sahabat-sahabatku ) sentiasa berbahagia . supaya aku juga , BAHAGIA ..amin!"












Sunday, May 27, 2012

menangis tatkala ujian







Menangis tatkala ujian

Ujian . perkataan ni , kalau masa kecik-kecik dulu , kalau tak silap ujian tu maknanya exam . dengar orang tua-tua cakap . “budak tu ada ujiang hari nie . subjek mnde tahu ! “ heh~ ^^ . padahal hakikatnya hari-hari pun ujian la, mak . rindunye kat mak , semoga Allah rahmati ibuku dengan setinggi…..tinggi rahmat .
Sinonim untuk kita hari ni , semua dah sedar apa maksud ujian tu sebenarnya . sama ada , ujian untuk akademik , yakni exam . ataupun ujian duka gembira dalam hidup . semua sekali ujian . dan yang pasti perlu ditempuh dengan tabah dan sabarnya . orang biasa , orang lain , barangkali tak mampu nak hadapi ujian yang kita hadapi sekarang .
Menangis - . siapa tak tahu apa maksud menangis ,kan . mengalirkan air mata , sama ada terharu , terlalu sakit , terlalu gembira dan menangis tak pasal-pasal sebab rasa nak menangis . huh~ biasanya perempuan la macam ni . 

Untuk nasihat suruh menangis atau tidak , ini tiada nasihat yang solid dan rigid . lain orang lain cara . ada orang ; menangis buat dia lemah , ataupun Nampak lemah! So ego la. Ada orang , bila menangis seolah-olah masalah pergi sekali dengan air mata . hilang . tenang . lega . so, up to the beholders . tapi , jarang wanita tak menangis . seorang muslimah yang tabah sekalipun , tetap akan alirkan air mata pada waktu-waktu tertentu . tapi tangisannya bukan tanda lemah , bukan tanda pasrah . tapi ia redha , ia tabah ! ujian itu tanda iman . ia tahu tu . jadi, menangis ia kerana kekuatan , kerana sudah lama bertahan , akhirnya kolam air mata pecah bersama sejuta harapan dan kekuatan baru .

‘Tapi , mampukah jadi sehebat ini ?’
Hadapi ujian-ujian mendatang dengan satu esakan . ataupun hadapi ujian-ujian mendatang dengan keegoan . menangis tak salah , tapi jangan sampai terbeban , menjadi ia sebagai titik sebuah kelemahan , itu tak boleh lah ~
Muslimah itu kuat . kuatnya di dalam . ketegasannya tanda iman . air matanya tanda keredhaan . semoga yang kuat , terus kuat dan yang lemah dan sentiasa menangis itu mendapat kekuatan di sebalik tangisan .


Anda orang yang bagaimana

Apa-apa pun , sebagaimana anda , itulah anda . tak perlu untuk menjadi orang lain , Cuma perbaikilah hingga mendapat apa yang paling baik untuk diri .  pendapat peribadi saya , orang kuat mesti akan berpura-pura kuat di hadapan orang lain , sebab dia mahukan orang lain jadi kuat , macam dia kuat !
Jadi, kadang-kadang pura-pura itu perlu untuk kemaslahatan umum . ^^ pura-pura jadi kuat , padahal hati lemah . tapi sebab sayang pada semua di sekeliling , digagahkan diri , semoga terus kuat! Tabah hadapi ujian . apatah lagi , ujian dunia , yang sangatlah sementara ..
Apa-apa pun , MUKMIN itu sifatnya seperti sebuah bangunan (sepertimana yang Allah sebutkan dalam surah as-saff !) , di mana ia akan menyokong antara satu sama lain . jatuh bangun seorang mukmin dan muslin ni ada perkaitan juga sebenarnya dengan orang di sekeliling . sebab itulah , ada kata-kata yang menyatakan bahawa seseorang itu merupakan cerminan sahabatnya . sebagaimana kawannya, sebegitulah ia .  sepatutnya , akan ada lah perasaan untuk menampung , mengubah kelemahan sahabatnya yang lain .

Tapi yang berlaku sekarang,
Sebaliknya . kita lebih suka untuk mendiamkan kelemahan sahabat , semata-mata ingin menjaga hati . kita lebih suka untuk memberitahu kelemahan sahabat , berbanding menunjukkan jalan keluar ; bagaimana mahu berlepas diri daripada kepompong kelemahan itu . manusia ; apa yang diperlukan bukan semata-mata kritikan . ini yang kita kena faham . kritikan tanpa jalan keluar sama lah seperti sebuah hinaan tanpa pembelaan !

Berlembutlah , kerana hati manusia ini sifatnya berbolak balik . boleh jadi , teguran itu bukan membaikpulihkan , tapi menjatuhkan kawan .
Berlapang dadalah ; boleh jadi perubahan itu bukan sekejap , tapi mengambil masa untuk dinilai diri sendiri , dan monolog bersama Tuhan.
Nilailah ; di samping menilai perubahan seorang kawan , nilailah perubahan diri dari dulu sehingga sekarang . “ nobody is perfect , there is always be a space beyond perfection ! “

HR::

*Saya tak tahu apa tag atau label yang sesuai untuk post kali ni ; persahabatan @ ujian ? =_= apa-apa sahajalah!
*Kadang-kadang post blog juga boleh dihasilkan berdasarkan emosi . semoga bukan dilandaskan nafsu sehingga tegar memburukkan kawan sendiri .
*Semoga segala yang ditintakan menjadi inspirasi buat diri penulis , saya sendiri dan kalian yang membaca..
*Dan semoga , ALLAH taala REDHA segalanya . amin.

Coretan ; hamiz ruslan . bersama meniti ISLAM .
Duduk sebentar , dan berimanlah!


Thursday, May 24, 2012

kena banyak baca , yang penting berani mencuba


“para ulama tak kata bid’ah kalau ibadah apabila masuk bulan Rejab . tapi , mereka kata bid’ah sekiranya diniatkan puasa sunat bulan rejab , sebab tiada dalil yang shahih menghukumkan bahawa dalam bulan rejab dan syaaban itu sunat . hanya puasa , bukan semua ibadah lain . mengkaji imu masuk dalam ibadah, solat sunat , baca quran , banyak lagi ibadah . kenapa dikejar yang tak disyariat ?”

Ibadah
Orang hanya Nampak ibadah tu suatu yang khusus . orang tak Nampak ibadah tu pada skop yang luas . sedangkan niat untuk buat suatu kebaikan , itu dikira sebagai ibadah , dicatatkan satu kebaikan . tapi , Islam bukan hanya pada niat , ia melibatkan 3 perkara ; iaitu pada hati , pada lisan dan pada amalan . jadi, apabila niat di hati itu dicatatkan satu kebaikan , lisan dan amalan itu belum dikira , betapa luas ganjaran Tuhan!

Mengkaji .
Saya tertarik dengan ‘kerja’ ni . kaji tentang kebenaran , kaji ayat-ayat Tuhan , kaji ilmu keduniaan . kajilah jika ingin kaji dunia hiburan , asalkan boleh bawa manusia dan diri sendiri kea rah keimanan ! bagi saya semua manusia ada perasaan ingin mengkaji . semua orang ada sifat inquiri yang tinggi , rasa ingin tahu . kalau budak-budak , kita tahu mereka ada perasaan ingin mencuba yang sangat tinggi , sebab itu perlu diawasi . supaya yang dicuba selari dengan sifat tabi’I (semulajadi ) , bukan melanggar syariat (hukum Tuhan ) dan hukum alam .

Selagi mana ada perasaan ni , bersyukurlah . adanya mahu akan mencipta tahu . apabila ada kemahuan , mesti berusaha jugak walaupun untuk melunaskan apa yang kita nak tu . samalah dengan orang dewasa , ingin mengkaji , perlulah buka hati . belajar untuk menilai apa yang mahu dikaji , bukan menerima bulat-bulat , tapi mengkaji . dan tidak lupa , perlu ada guide line . perlu ada pemerhati dan tempat rujukan . focus ; jika yang dikaji ialah berkenaan fekah , rujuklah para ustaz dan agamawan . jika yang dikaji ialah perubatan , rujuklah para doktor dan ‘pharmacist’ . jika yang dikaji ialah berkaitan alam , rujuklah ahli falak atau astronomi . bila kita Tanya yang pakar , jawapan yang kita dapat bukan sahaja tak tersasar , tapi tepat! Dengan izin Allah .

Mencuba
Mencuba tak salah . cuba untuk membaca buku-buku yang high standard . pengalaman saya sendiri , cuba baca buku Arab ., ada ustaz yang mencadangkan saya ,

" bacalah buku ‘fatwa ma’asirah qardawi’ , baru awak dapat tahu fatwa-fatwa masa kini . yang awak Tanya ustaz tu banyak dalam buku tu “ .

Serius, saya tak berani ,memandangkan bahasa arab yang tak begitu strong . tapi apa-apa pun tak salah mencuba .  “alah … bace je , salah takpe , biasalah belajar . sebab tu kena banyak bertanya .”

Lega . jeda . mencuba . nama pun belajar . jadi,jangan takut salah!

sedang Iblis itu sendiri , mana ada pengalaman sewaktu pertama kali menghasut manusia (Nabi Adam) hingga keluar syurga . tak terinspirasikah dengan keazaman mereka , sedangkan kita sebaik-baik kejadian ; yakni manusia ?

Membaca 

Jarang orang ada hobi yang luar biasa pada membaca . dan kalau tengok orang yang betul-betul minat membaca , tahap pemikirannya luar biasa . di mana-mana sahaja , ada sahaja idea . apatah lagi yang banyak membaca dan dalam masa yang sama , ia dihiasi dengan rendahnya hati dan teguhnya iman . alangkah indahnya hidup bertuhan . ada ilmu , ada akhlak . lengkap , bawalah ia kepada ibadah berpanjangan .

“Tun Dr Mahathir Mohammad . sedunia mengagumi beliau . katanya , beliau memang kaki buku “

sedang wahyu pertama yang Allah Taala turunkan juga ialah perihal membaca .
"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " - al-'alaq


Sesibuk mana pun kita , sebesar mana pun tanggungjawab , setinggi mana pun amanah yang Allah taklifkan , jangan berlepas diri daripada membaca . dengan membacalah ilmu kita bertambah , pemikiran kita berkembang , aqal kita berfungsi menganalisis maklumat . semoga dengan ilmu itu membawa kita kepada jalan iman . jihad dan pengorbanan untuk Islam , sangatlah dahagakan kerahan fikrah kita . semoga Allah memberkati dan memudahkan . amin .
Sekian . hamiz ruslan ukht . ^^

Monday, May 7, 2012

ujian tanda iman




 ujian tanda iman .
banyak diuji itu satu tanda kekuatan ,
lantas aku mendabik dada kebanggaan ,
akulah yang diuji , akulah yang beriman antara kalian!

ujian tanda iman ,
walau seribu batu aku berjalan ,
tiada yang bisa menghalang ,
kerana aku insan yang ada Tuhan.

ujian tanda iman ,
segala jolokan manusia tak kupedulikan ,
aku tetap dengan satu pendirian ,
aku lakukan itu ini di belakang dan di depan ,
semuanya kerana Tuhan Sekalian Alam.

namun ,
lama-kelamaan , aku bosan dengan ketegasan ini,
aku rasa tiada di sisi yang menemani,
jika benarlah antara aku dan Tuhan ada pelangi ,
mengapa dengan aku , manusia lari ?
lari , jauh sekali menghampiri.

sesekali aku rebah menyembah bumi ,
seakan-akan tiada kekuatan dalam diri ,
aku menjerit sekuat hati ,
wahai manusia! tidak mahukah kalian menemani ,
mengisi kekosongan jiwa yang sepi ??!!

aku kosong , aku bingung .
aku lemas , aku tewas .
namun ia tak lama ,
kulihat di sisiku ada insan menanti setia ,
rupanya dia telah menanti lama ,
namun aku yang sebenarnya alpa ,
tanpa manusia , aku bukanlah hamba abdi-Nya!

ujian tanda iman ,
bukan untuk mendabik dada , 
tapi untuk sentiasa cinta ,
tulus kepada SI PEMILIKnya !

-hamiz ruslan 
bayt zulfadhli . 0600 . 8/5/2012
alhamdulillah!