Showing posts with label muslimat. Show all posts
Showing posts with label muslimat. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

persahabatan muslimin & muslimat, wujudkah?

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104

:alhamdulillah:
pagi yg tenang, indah. buat para hamba pd TUHAN PENCIPTA ALAM< bersyukurlah sehabis daya. mungkin ketenangan sebegini x lgi milik kita tatkala diambil nyawa oleh DIA, melainkan 'al-firdaus' mnjdi kediaman kedua, insyaAllah, itu semestinya matlamat kita, kan. :-)









peristiwa pembuangan bayi d sekitar MALAYSIA yg indah.
[indahkah kalau begini cara?]
*musykil


haa?? apo ni? gambar apo ni?
innalillahi wa inna ilaihi raji'un. benarlah, kita ini milik Allah, dan kepadaNYA jualah kita dkembalikan. tp dkembalikan dgn cara ini kah?
bayi2 ni blh tahan, x berdosa, tp mak bapaknya? Allahumma yahdi 'alaihim.
mge ptunjuk & hidayah jualah milik mereka.
mge Allah jauhkan diri kita , keturunan kita drpd generasi hina,. terkutuk yg sggup membinasakan bayi2 ini.

ada yg bertanya, manusiakah mereka?

ustz hanafi [dlm pogram halaqoh sentuhan qalbu semlam] jawab
" mereka bukn manusia, bukan binatang, bukan makhluk laknatullah iblis, ifrik, syaitan. bahkan mereka lebih teruk lagi!"
masyaAllah, wa nauzubillah.!!

bayi2, yg x berdosa, tp tanpa sekelumit belas, sanggup dibuangnya dlm tong smpah, mangkuk tandas, d mana manusia punya hati? nope! none !
ya HALIM, aku mohon kelembutanmu, jgn biar aku mnjdi sekejam ini.

tp memang!! bukan mudah mahu mengawal rasa, bukan semudah berkata-kata, bukan mudah ingin biar diri dihina, dicaci kerana punya anak luar nikah, punya anak tidak sah tarfnya. namun, tegarkah kita melihat bayi2 dbuang, dihambat sini sana. x tergamak! tp jika kita d tempat mereka. wa nauzubillah.
ya! x ptot salahkan mereka, mereka tertekan!
tp jika kita fikir soal ZINA! merekalah yg salah, mereka lah yg alpa... mustahil! mustahil, tiada larangan dr ibu bapa, tiada larangan dr sahbat2 handai meraka, tiada halangan dr guru2 mereka.

bukn kehendak diri untuk menuduh, untuk menghina, apatah marahi mereka. tp diri rase cukup kecewa, cukup terluka, lihat saudara sejenis bisa sejatuh ini. d mana kita sebgai org yg tahu ilmu agama, tahu salah & betulnya tatkala insan2 lain sdg hanyut dibuai ghairah. ah! terasa aku yg silap. terasa diri yg gagal membentuk masyarakat. jelas!! Allah melarang kita, JAUHI ZINA.







cumil!!
generasi demi generasi bakal lahir, bagaimanakah nasib mereka? semestinya ats bahu kita ! ___

mereka sepatotnya begini. disayang, dimanja, dibelai, diimpi dgn cita2.
diasuh mnjdi alim mujahid yg tahu erti keislaman sebenar , yg tahu erti jihad. yg tahu erti pengorbanan kelak. x mustahil, bukan. bayi yg sekecil ini bisa diajar dan dbentuk dgn akhlak al-Quran, masya ALLAH. sahbat2 muslimat [terutamanya ] yg saya sayang. jge akhlak , jge peribadi, mnjga marua diri x semudah menyimbah minyak ke dlm, semudah mencedok air dalam perigi, tp ia butuh pengorbanan yg x bertepi.
salam mujahadah, maruah ISLAM d tgn kalian!! :-) mge ALLAH pelihara hamba yg rncak menulis ini juga.

::tamat ::
tamat sesi muhasabah, gedabak pnjg nye.
:-)

hari ini, sekadar mahu berkongsi apa yg saya dapat dlm FB, mungkin ada dlm kalangan kita yg x terbaca kot.

insyaALlah, , hanya diambil dr penulisan sahbat di FB.

....................................

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah terlanjur digosipkan….

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.


wallahua'lam.


HR @ SF:

-segalanya dtg drpd Allah, jgn sewenang2nya, menghukum seseorg sbg x beriman, sbg cetek agama, x reti bahasa, tetapi doakan lah hidayah dan petunjuk buat mereka, sebb mungkin adanya mereka sbg ujian buat kita, dan mungkin bukn sekarang, tetapi kelak kita bakal diuji dgn perasaan untuk melakukan apa yg x sepatutnya kita lakukan. sebb itu, perlu sabar, sabar dr melakukan maksiat kpd Allah. itu lah nilainya mujahadah !! selamat beramal! mge ALLAH redha.


wallahua'lam. HE KNOWS BEST. tegurlah andai saya tersilap kata. jgn smpai ALLAH murka. salam mujahadah!

masih mengimpi

srikandi fateh







Saturday, February 12, 2011

dgn hati, yakni dr nurani, bukn zahirnya semate2

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imraN:" 104

Subhanallah, Alhamdulillah..
masih diberi kesempatan untuk bertemu di blog yg sentiasa mengaharapkan kasih redha Allah & rasulnNYA.. -sentiasa mengharapkan dorongan dan nasihat sahabat2 agar dpt berdakwah dgn lebih hebat, bukan mencari trafik tp mencari taufik!!....mge berada d bawah naungan taufik dan hidayah Allah sentiasa sehendakNYA..

dalam 2 @ 3 hari lagi, insyaAllah akan tiba ulang tahun kelahiran Rasulullah saw, Rasul junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. mari banyak2 berselawat, dan seperti yg smue org tahu, selaku umat baginda. sesiapa yg berselawat ke ats NABI, byk khasiat & fadhilatnya. setiap selawat dikurniakan 10 kebaikan. dan sewaktu al-hisab, sememangnya selawat yg mmbantu. pemurahnya Allah , pemurahnya Nabi. insyaAllah, isu ini akan banyak dikupas pd tajuk akn datg, dan memang banyak post sahabat2 laen yg cerita tentang ni..
bab2 sambutan, memang hebat lah..serah lah kat masyarakat la ni..pantang nak sambut ape2, memang smangat bebeno..x kire raye cino ko, raye melayu ko..dan maulidur rasul pn x ketinggalan. aLhamdulillah,,bagus2, bravo! thats what i like about malaysia. satu malaysia ,kan..
"bile nk satu agama? satu ISLAM?? the only way of life,"ISLAM"??" wallahua'lam, thats out of my line..i'm not the government,k..
ok, perihal sambut kelahiran Rasulullah ni dh ok, kan..mumtaz, jayyid jiddan, sume leh bagi la. tp ana ade bace lam surat kabau ade sampai nk gaduh2 pilih tema ni apsal?? x nk gune tema "satu malaysia, satu umat", tp nk gune tema kerajaan negeri. bab2 tema, jgn jadikan ia satu isu besar.. yg perlu dititikberatkan ialah; signifikan drpd maulidur rasul itu sendiri..
bagaimana kita menghayati sunnah2 Rasulullah itu sendri, itu yg Rasulullah anjurkan. bukan berlumba2 sambutan aje. penghayatn yg penting..

::menulislah dgn hati::
sekadar perkongsian, sebelum byk2 post psl maulidur rasul ke, valentine ke. ingin skali ana berpesan pd diri dan sahabat2 seprjuangan sekalian, menulislah dgn hati. jgn kejar trafik, tp memg betol, trafik tu penting,, untuk cri mad'u, itu peranan trafik, tp seandainya kita jdikn itu sebg matlamat utama, tu dh salah..
tulislah sebagaimana kita ingin tulis tulus ikhlas dr lubuk hati, untuk menyampaikan pd org ramai, org bace atau x it4 no.2...bagaimana org bace, itu penting.. ALLAH x lihat pd natijah yakni hasilnye,,,
tp ALLah lihat pd usaha kite, sjauh mane kite ingin menyampaikan.
tulislah dr hati, kerana itu lah pndgn yg hakiki,
tulislah dr hati, supaya dpt menyentuh lebih banyak hati,
tulislah dgn hati, smoge ia diredhai, bukn dimurkai,
insyaAllah..
-insan dhaif yg sentiasa mengharapkan pentarbiyahan dr kalian-
mengagumi perjuangan Rasulullah, para sahabt, imam syafie, muhammad the second.. kukagumi pemuda2 itu, walau singkat hayat ini, tetap melakar sejarah indah..ingin jd sehebat itu dlm berdakwah..boleh,kan..kite bangkit same2..!!

Tuesday, January 25, 2011

versus! new to me,kim!

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104


salam ukhuwah wa tarbiyah.

versus! ganas punye tajuk, but its not from me , juz wanna make a briefing about the novel.
versus, by hlovate..::

citer ni pasal sk8ters nk jadi baek. Asyraff Omar and Minn Edina. dengar name pn dah lain dr yg laen.AO and Ed'Sassin!!
due2 skaters n dpertemukan semasa minn perlu jd mentor kpd AO dalam satu paperwork.
Minn: "mak aihh, ni nk suh jd mentor buat paperwork ke, nk suh bg kuliah agama??"
AO: " parah...! baru ingat nk enjoy, tup2 dapat ustazaH??? arrrgghhhh..."

but , siapa sangke dalm pertemuan sesingkat itu blh mengubah mereka?
juz make it short. Minn dulu ialah seorg skater yg dkagumi. AO tu penah minat kat die la sebb pandai buat tricks macm2. name glamernye Ed'Sassin, awek kpd Sun of Wrath, adik kepada Ked @ Khalid(^^,)..tu zaman jahiliah, but now, dh berubah..coz of atuk's will. hebat! nice versus between minat n will arwah atuk.

AO pkir, Minn yg dlu punye le ganas n tricky gurl pn blh berubah? minat AO pd die still ade, but not for Ed'Sassin but Minn yg skarang, the alim n changed one. so. he feels that die x cukup baek untuk Minn, sejak tu die berubah!!

"iman == domino effect"--Jasmin
iman is the thing that we have to make it clear of the whole six!
kalo x cukup satu! naye! x cukup @ terlebih , something wrong with the aqidah..
domino effect: a mistake in a thing make another chains to follow on..

"changing for good ain't a crime, huh??"--Minn
yes! berubah ntuk kebaikan bukan satu kesalahan. so, naper pelu takut? naper pelu rse malu pd org? ble Allah dh beri hidayah pd kite, pliss take it for granted. jgn lepas ! susah da nk dpt balik.
"Ya Allah, jgn kaupalingkan hati2 kami setelah Kau beri hidayah kepada kami" amin!

"nobody is perfect, so there is still space and ways to reach perfection"--Sun
yap! xde sape2 yg sempurna jadi mesti ade care untuk melangkah ke arah kesempurnaan. faham betul2 istilah "baik" @ "alim".. setakat pakai tutup aurat, solat cukup dah cukup baik x? solat sunat dh buat? qiyam tiap2 malam x? ngaji x al-mulk, as-sajdah sebelum tidur? ingat Allah selalu? penah lalai? [ no body's perfect, so do i] muhasabah, muhasabah!!
"Jadikan aku lebih baek drpd semalam!!"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4gpKZFDLzxpVVycAIEZK3NQ5bvEbYx117wauB4sLQ6c5KNwwBE8K4OmhKa_3iGW_Yyi_N8c1BrOAXFnNpt7AolXJpBcQ0KwHQs7Pzdke_1T6vzoYMW7Bs2qr9kENB17pbyGH7X_WHe0Q/s400/COVER-Versus-3.jpg
romanticism: weapon of satan , by harun yahya
there's a subtle danger that leads people away from religion, prevent them from submitting to God as their Lord and ultimately, brings numerous other forms of trouble and distress upon them. this danger is ROMANTICISM, which leads people to live, not according to their reasons but according to their emotion, that is according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptations and their whims..

romanticism? yes! ramai, muda mudi, remaja, dewasa, org tue??[ermm...] yg tertipu dgn ni semue. romantik! x,x...i'm juz underage! so, ikhtilat kite yg perlu dijaga. if there's perasaan something kat someone, x pelu diluah sebenarnye. bukn ke kalo luah tu akan jd bertepuk due2 tgn, so setan pn boleh jalan.. xpayah trick belok2, straight aje..
"barangsiapa yg jatuh cinta , kemudian die menyembunyikannya sehingga kematian menjemputnye, maka dia adalah seorang yg syahid" --riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dll"
wallhua'alam


ambil cth Minn Edina and Asyraff Omar [walaupn cter, blh jugak aplikasi]
xpenah pn dideclare hubngan , hanya mmendam perasaan sumenye. n both of them asyik rse dri sendri belum perfect untuk satu same lain. so, at the same time , due2 berubah untuk kebaikan. then ble dsatukan, insyaAllah, baitul muslim blh dcapai. kalo dh jodoh , x ke mane, an..{memandai jerp, underage, underage!!}

"LOwer ur gaze, dont go astray"
tundukkan pandangan mu, wahai insan..
“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

"tenang lepas kahwin lain, ...its a ...tranquil!!" -- AO

i better stop it now, huh!! wallahua'lam...


::nice thing to say::

Ya Allah, please forgive for the wrong i've done

Ya Allah, give me another chance to prove that i can pass

Please guide me and protect me along the straight path

And i know that i can make it, one day i will be in heaven, with YOU!! -hlovate


HR:: --kim, waiting for another hlovate's..

--sikit sebanyak terkesan ngan care pnulisan hlovate, cam temot??

-- got to know, mak Minn: Puan Aima [al-falah punye author] ^_^

::moge bermanfaat! good nvel to read.. insyaAllah..

Saturday, January 22, 2011

2

"mesti ade dlm kalangan kamu yg menyuruh kepada kebaikan, menyeru kpd ma'ruf dan mencegah drpd kemungkran, dan merekalah golongan yg beruntung"ali-imran:" 104


**pening, pusing, haru, striving**
abes masuk sume istilah dh ni. masalah hape entoh le, something happen mase nulis last post td. tulisan jd besau semacm.
.ok2. let it be.

banyak nas2 yg menerangkan soal ikhtilat, kut2 ade yg terlepas pandang..;

credit from sini

Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

ade juga yang bertanye, dan mencadangkan agar muslimat yg beri tazkirah sewaktu kuliah maghrib d surau, dsebbkan muslimin x brape berperanan mungkin [x merujuk mane2 tempat]
bolehk ke? tu menjadi persoaln, ade yg memberi sebb perkongsian ilmu.....

1) Perempuan dituntut menghijab diri mereka dan tidak bercakap dengan bukan mahram kecuali untuk alasan yang munasabah, tanpa memanjang-manjangkan perbualan. Dan untuk seorang wanita memberikan kuliah kepada lelaki, ia sudah cukup untuk melanggar syarat ini kerana kebiasaannya ia menuntut penjelasan yang panjang lebar dan bertukar-tukar pendapat.

2) Adalah hampir mustahil untuk menemui mana-mana masjid atau pusat Islam yang mana jumlah lelaki yang berilmu dalam hal syariah kurang daripada jumlah wanita yang berilmu dalam bidang yang sama. Adalah lebih wajar untuk memainkan peranan lelaki di dalam hal ini, dan meletakkan wanita di tempat yang lebih sesuai untuk fitrah semulajadi mereka. Akan tetapi jika tiada kaum lelaki yang berilmu, kita masih boleh membawa pendakwah-pendakwah lelaki dari tempat lain ke tempat kita. Hal ini terlah dipraktiskan dengan meluas dan ia sangat berguna.

insyaAllah. selagi ikut syariat...


*dlm nas ade sesuatu yg tersembunyi yg nk disampaikan oleh Allah Taala, dan sememangnye kite terlepas pandang:

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

ini menunjukkan yg "penzina perempuan" itu. perkara zina itu sendiri lebih terdorong untuk dilakukan oleh muslimat berbanding muslimin. jika kite perhatikan, yg membangkitkan hawa nafsu syahwat lelaki tu siapa kalo bukn perempuan yg pakai seksi meksi, yg sememangnye x ikut syariat.perempuan kalo gune minyak wangi terlebih pn dh jdi zina andai terbau oleh muslimin. so, jage2lah, muslimah solehah sekalian. rse serba salah nk panggil muslimah, ble pakaian x menunjukkan muslimah yg sepatutnye.
ISLAM x suruh tutup aurat sampai sume kne pakai jilbab[tp ini yg terbaek,insyaAllah], tutup aurat, boleh jalan.. xde masalah..walaupun tanpe mengenakan jilbab, baju kurung , jubah, n else. can be creative, but berpada2..bukn mengade2 lawn agama.
manakala mencuri tu pulak lebih cenderung kepada lelaki, memndgkan kudratnye yg lbih kuat drpd perempuan.
credit to akhie hilal
*selingan*
baru2 ni ana ade jumpe, perempuan ni, free-hair[ free je hair die,kesiann] then ade pakcik tanye name die, ana dengan x sabarnye mendengar la jugak, sebb muke die ala2 chinese sket. then jawabnye "siti aisyah" ,,masyaAllah!! terkejut besar den. muslimah, melayu, name isteri kesayangan nabi plop tuh, Allah,,, berat, berat,, kes naye namenye. wallahua'lam, nothing much to say about her, ana pn x knal die, antum pn x knal die, mungkin n hope so entum x knal, but our responsibility to say "Allahumma yahdi 'alaiha" Allah, berikan hidayah kepadanya..insyaAllah,,




SAHABAT
entah kali ke berape dlm blog ni ana sebut perkataan ni.
sgt memberi makne, n signifikan penting.

""runsing2,,,masalah2..
tengok fb, dahsyat2 ye..org yg x penah bertegur sapa kat alam nyata pn blh bergurau senda semcm je dlm fb..dgn selambe wa derk.. macm mane tu?? ade makne ke? xde maknenyer.

sebenonye macm mane ni masalah dlm membawa dri meniti usia ni? kite ckup jage ke x , terutamanya permasalahan ikhtilat, yg memg kronik dlm kalangan remaja, dewasa..
x kire sahabt usrah ke x usrah ke. masalah2, dan apa yg terjadi sekarang, ana yg rse mnde ni maslah, bukn nk jaga tepi kain, tp mcm rase yg responsibility tu memg sarat kat ats kepale bahu den, mana x nye, kawn seangkatan tu. tap,tap karang, silap2 kawn makan kawn , huh, lagi parah.

now, what am i going to do is, upgrading iman myself. n doa for them i love especially, sahbat2 usrah. take care of ourselves. memandangkan kite da pisah ni, ble ag leh ade dlm mjlis tarbiyah same2. jage diri walaupun dlm fb..
jgn kecewakan ustz kite..(^^,) n jgn sedihkan sahabat2 yg sememangnye mengharapkan yg terbaek drpd kita semua, jgn la ade yg kecundang..
"rantaian iman wahdah tautan UKHUWAH"..insyaAllah. ble dihubungkan dgn iman segalenye terjage, jauh d mata ,dekat di hati, ape yg jaoh dekat? --tarbiyah--
walaupun jauh drpd halaqoh tarbiyah, tp tarbiyah yg sejak dahulunya kita lalui lekat aje kat ati, amalkn dlm idup, same2 cari redha Allah, x lapuk dek ujan, x lekang dek panas,
x gentar dek arus modenisasi yg sememangnye sentiasa mengampu ISLAM ke arah liberal n sekunder.. kite ISLAM tulen, nabi MUHAMMAD punyer dakwah, dr ALLAH azzawajalla,
insyaAllah,, may Allah bless us!!

--awaiting for the InTIM programme at school--
*ustz, mane senarai budak2? *sengih*
[wallahua'lam]
alhamdulillah, finish this post! fullstop!

Saturday, February 13, 2010

kullu nafsin zaaiqatul maut

setiap yg bernafas pasti akan merasai mati.....
itulah hakikat dan realiti yg mesti manusia itu sedar sbg hamba ALLAH yg kerdil ini.....

ana amat2 la mengambil pengajaran dgn ape yg dperkatekan oleh sahabi mase tazkirah satu mse dulu.....belliau cakap.....""kita sebagai hamba ALLAH ni x leh takut mati,kita x boleh takut mati tp kite mestilah rindu utk mati,,,,sebab hanya matilah yg boleh membawa kita utk bertemu dgn al KHALIQ,,Pencipta kita yg MAHA AGUNG,,,,,,

"Mengingati mati itu hukumnya sunat,,,,,"kata2 ustazah stil terngiang2 nampaknye....
###cube kite renungkan,,,,naper ingat mati tu hukumnya sunat.....sebab ingat mati la akn buat kita rase takut n mase tu baru la kita mula nak ingat apa yg ALLAH larang n suruh.....same meaning jugak la ngan ingatkan akhirat n hari kiamat......ble diingtkan tntg azabnye kiamat,,,,,,,insaf ,,,,,,pastu buat blk,,,,,fitrah la ye,,,,,hukumnye nama 'manusia' dr perkataan....'nisyan'=lupa.....


n sama jugak la kalau kite diingatkan ngan azab neraka,,,,,camner org yg x sembhyg akan dibangkitkan ngan wajah buruk,,,,,,akn dibakar lam api nrake......
cth plg mudh,,,,org yg x tutp aurat,x ttup rambut bg muslimat la......akn digantung rambutnye n dbakar lam api nrake.....sampai la menggelegak kpale otak ni ha,,,,,,jd pesanan buat muslimat n diri ana yg serba lemah ni.......ingatlah muslimat tu mmg mudah nk masuk neraka ,,,,n mudah jugak nk masuk syurga,,,,



"muslimat,,,apabila dia taat perintah ALLAH dan RASUL,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat perintah suami akan masuklah dia ke dlm syurga melalui mana2 pintu yg dikehendakinya....."

da brape ramai da kite dgr biter org kembali k rahmatullah utk tahun ni saje.....
buat sahabi2 ana....
siti nur fatin.....wan nurhakimah......atikah afandi....farah dina......bersabar ye,....kite yg masih hidup ni kene teruskan kehidupan n sntiasa beringat yg kematian itu psti akn tiba jugak.....
"cukuplah kematian itu sbg satu pengajaran"

mmg susah nk percaya kalu org yg kite syg n rapat dh djemput oleh ALLAH TAALA lebih awl.....
ALLAH lebih sygkannya......
Buat diri ana sndiri.....kehilangan ayah cik n mok long gayah tahun lepas macm drastik je...kehilangan pak sedare 8 thun lepas masih segar d ingatan,,,,,,
nk kte cm x leh trima,,,,,,emmm xlogik akl!!!kite sume hambe ALLAH....,ape hak kite nk hlg>>>>jd,,,,,alhamdulillah,,,ana syukur sgt ana skang blajar agame.....n mge blh jd benefit gak utk smue arwah ble ana kepalai bcaan yassin ramai2 lam halaqoh utk sedekahkan pd arwah2....


jadi kite yg still hidop ni ALLAH TAALA msh bg pluang utk kite beribadat semahunye.....
ape2 yg ALLAH beri pd kite ialah yg terbaik,,,,,tu je yg perlu ingat,,,,,,DIA ambik nyawe arwah drpd kite......ade la tuh hikmahnye.....jgn sesekali menyalahkan taqdirrrr.......




moge kite sentiasa dnaungi RAHMATNYA,,,,,,

"yg berjuang,berjuanglah slagi ade roh,,,,,
yg berdakwah,berdahwahlah slagi ade roh,,,,,
yg berkarya,berkaryalah selagi ade roh......
kelak dijemputNYA,,,,,biarlah ditemani lembayung rahmat RABBUL 'IZZATI...."

Insya ALLAH,,,uhibbkum fillah.....
Kenangan bersame arwah x mungkin dilupakan n mustahil utk dilupekan,,,,,mge ia menjadi 1001 pengajaran pd diri ana n smuenyer.....



WALLAHUA'LAM