Tuesday, October 11, 2016

#16 Cerdas Rohani

Bismillah.

Beberapa hari lepas sementara boring2 baca bab tesis semata, terjumpa artikel tentang spiritual intelligence.

Tentang bagaimana kecerdasan rohaniah diukur.
Kecerdasan rohani.
Ingatkan badan cergas otak je cerdas. Rupanya rohani pun boleh cergas sama.

Cerdas rohani confirm tak ramai orang dapat. Tak ramai orang miliki.
Dan lebih malang lagi, tak ramai orang tahu. Bahawa rohani pun perlu secergas mental dan fizikal.

Ada ahli ilmu yang mendefinisikan cerdas rohani ialah apabila seimbang IQ, EQ dan SQ. Maka cerdas lah rohaninya. Apabila boleh buat pertimbangan yang sewajarnya dalam setiap keadaan tanpa membahayakan maruah dan fizikal diri. Dan yang paling penting tidak terjejas spritualnya selaku seorang muslim.

Hebat, bukan?
Datang lah ribut taufan angin kencang fitnah sekali pun... Spiritualnya mantap, emosinya hebat, fizikalnya kuat.

Reflect!
Born a muslim is not only the title that matters. But, the integrity as a Muslim id all that matters.

Ungkapan pedas seorang lagi ahli ilmu:
"Islam terlindung oleh penganutnya".

Penganutnya yang menyebabkan Islam dijudge by its cover. Cover nya ialah penganutnya yang lalai, alpa dan tidak segan silu bermaksiat kepada Allah dan RasulNya di khalayak atas alasan human rights !

Mohon berhenti bernafas, jangan berpijak di bumi Tuhan kalau sikapmu begitu angkuh, wahai manusia.

Reflect ! And again... Reflect!

#AllahuAkbar
#Halilintar menyambar jantung
😣😣😣😣

Friday, October 7, 2016

#15 There are still much time left?

Bismillah.

Terbaca post di facebook.
"There are still much time left to fail.." 
And the post betitled "All twenty-three needs to read this". (Oh Well~ I am now a twenty-three, so i give it a try to read it thoroughly).

Ahak.
I don't get it how much time left to fail more and more in such a well grown up age. T-T

Post ini antara dua, ada baik dan ada bahayanya.
Satu, the good side is... ia memberikan satu suntikan semangat untuk buat kita rasa comfort dengan ayat-ayat pujukan. Secara ringkasnya pos berkenaan menyebut:-
Pada umur 23...
-anda tidak perlu bimbang sekiranya sekarang anda terumbang ambing tiada pekerjaan, tiada teman, tiada arah tujuan. Setiap orang hebat yang anda temui pasti melalui perasaan seperti anda sewaktu mereka sebaya dengan anda. Oleh itu, bersabarlah dan hadapi dengan tenang.
-anda sekarang hilang kawalan pada diri. Mungkin pengajian anda telah tamat, dan anda sudah hilang teman rapat. Secara fizikalnya, teman yang memahami anda dalam2 telah jauh daripada anda.
-anda perlu move on memulakan hidup baru. Jika anda sedang sambung study, atau memulakan pekerjaan baru, anda perlu adjust diri untuk menerima bahawa tiada lagi kawan rapat untuk diajak berbual, memahami perasaan dalaman dan untuk anda gila2 bersama.
-anda terasa seperti mahu menyayangi dan disayangi. Bersabar lah, pasti ada insan yang akan hadir menyayangi anda suatu hari nanti. Umur 24 pasti lebih cerah untuk anda~!

Motivational words that might work for you to live your life better. :)

Hebatnya mat saleh ni, kata-katanya deep inside. Seolah-olah memahami jiwa remaja yang sedang mencari identiti diri. Segala perkara yang dirasakan suatu perkara yang malang ditwistkannya sebagai suatu nikmat dan rahmat yang harus disyukuri sekarang dan akan datang. Ada satu laman web yang baik untuk dilawati berkenaan motivasi. Merangkumi banyak aspek. Mat saleh punya kerja an juga ni: http://www.helpguide.org/ . Motivasi yang tinggi boleh mengelakkan gejala stress sampai nak gila dan attempts to commit suicide yang banyak berlaku di negara tertentu terutamanya negara dalam kalangan penduduk atheis (tiada agama).

Bad side nya pula ialah... (ini ofkos ialah pandangan peribadi).
Sampai bila... Mahu pujuk diri bahawa kita masih punya banyak masa. Frasa 'Punya banyak masa' dan 'simptom biasa' kerap buat manusia lena. Bahawa kita hanya perlu teruskan kehidupan seperti biasa, like others always do. Segala naik turun dalam kehidupan hadapi dengan rileks dan chill dan segalanya akan berakhir. Waktu yang menentukan.

There is much time left to fail?

Instead of this kind of phrase, maybe you should remind yourself that..

There is much time and always the time to learn. 
You actually didn't fail, but you learnt ! 
To be a better person, to be a better Muslim/ah.

Sebut bab dosa pahala lagi hebat kalau nak kata umur 23 ni.
Berjauhan daripada ibu bapa, tanggungjawab pada masyarakat memandangkan kamu sudah besar panjang, komitmen kepada jemaah gerakan Islam, taqwa kepada Allah dengan menjaga diri daripada batasan dosa pahala yang boleh membawa kepada syurga atau neraka.
Ya Tuhan..
Dalam pada kita memujuk diri bahawa masih banyak masa,
Beberapa dan banyak mana sudah berita kematian insan-insan muda yang jauh lebih muda dan sedikit sahaja lebih tua. Umur 20-40 tidak pelik untuk kembali kepada Tuhan.
Sakit, accident, mati mengejut dan sebagainya. Menghantui.
Bila kematian akan tiba.
Bila masa kita tidur dan tiada jaga.
Ia mungkin akan berlaku,
Dan adakah selepas mati penyesalan demi penyesalan yang akan kita hadapi ataupun satu kepuasan  yang bakal dirasai bahawasanya kita sudah puas hati dengan amalan semasa hidup.

Al-Fatihah, for the deceased.
An emotional post caused by the facts that in only these 2 months there are some people around me had just passed away. In their youth...

There is not much time left, you need to change, now. As if there is no tomorrow.

AllahuAkbar.

Thursday, October 6, 2016

#14 Library Or Home Sweet Home

Bismillah.  AWAS ! Post kurang bermanfaat.

Tajuk post yang melambangkan seorang budak sekolah yang rebel tak mahu belajar lantas mencari seribu satu alasan untuk tidak belajar. hah!

Library.
Sejuk, lapar, mengantuk, orang lalu lalang menghalang konsentrasi.
Okey, perlu lihat dari kaca mata peribadi seorang pelajar yang sedang bertarung perasaan. Kalau tengok dari sudut daie, maka library ialah tempat paling sesuai untuk seorang daie meluaskan jaringan dakwah dan menyambung tali ukhuwah dengan sesiapa sahaja di sekelilingnya.

Daie. Cukup tak sekadar jadi daie siber je? Means sekali sekala post benda bagus-bagus yang terlintas di hati dan fikiran. Bagi niat sampaikan kebaikan. Not bad, kan.. *pandai~*

Sejuk lapar mengantuk dan konsentrasi yang terganggu ialah halangan yang amat payah untuk diatasi bila mana duduk di library yang bernama Main Library UM ni. Kalau boleh atasi empat perkara ni baru lah berbaloi untuk meredah trafik public transports yang makan masa sejam dari rumah yang hanya sejengkal jaraknya ini, dan kena tukar daripada KTM, LRT dan bas lagi. Yap, baru berbaloi kalau boleh buat assignment dan penulisan 4-5 jam tanpa henti.

Kalau ke library untuk mengantuk dan lapar tiada guna, kawan...

Home sweet home.
Walaupun tak berapa nak sweet.
Mengantuk? Tipu lah tak. Mengantuk juga dan yang paling best bila start menguap 3,4 kali maka panjat lah katil, tidur sejenak dua ( baca: hampir sejam -.-).
Lapar? Mudah, bukak peti. Ada roti, telur, cheese, mi, perencah nasik goreng, sayur, sosej, ayam dan sebagainya. Paling malas, rebus @ goreng saja apa yang ada dan ngapp!
Ahak.
Sejuk? Tutup kipas. Settle.
Konsentrasi? Memang takde orang lalu lalang kecuali kalau pakcik posmen dan pakcik eskrem datang. Memandangkan rumah paling hujung so tak ada masalah.
Tapi.....

Taraaa!!!
Internet is too fast too furious kat rumah ni and i end up searching whatever it comes to my mind. Resepi, tips gaya hidup sihat, tips kemas rumah, cari cerita korea, baca komen kat youtube, dan last but not least... what i am doing right now. Update blog. Pada hal selama ni mana ada nak rajin sentuh blog.

Pfffftttt...

Now, you should know why...
Orang menuntut ilmu itu dipermudahkan jalannya ke Syurga. Sebab menuntut ilmu bukan benda mudah, dan bukan benda sia-sia. Mujahadahnya mujahadah dalam diri sendiri. Mahu atau tidak. Berusaha atau tidak. Malas atau rajin. Amanah atau tak amanah.
Begitu. And i am a scholarship holder maidam bayar 2x setahun, never turn back !! And finish your master, Hamizah!

I am. Will do.
InsyaAllah Grad Oct 2017. Soon~~

AllahuAkbArr!!

Sunday, September 18, 2016

#13 Buta, Pekak dan Bisu

Bismillah.

Malu.
Malu sungguh mahu berdepan dengan orang soleh dan solehah.
Alhamdulillah, aku dilahirkan dan direzekikan Allah taala untuk berada dalam kalangan orang yang menjaga solatnya, memelihara tingkahnya. Apatah lagi mak dan ayah yang menunjukkan contoh yang super baik pada anak-anak. Cuma anak-anak yang jarang sekali mengikut jejak, menurut langkah.

Kenapa malu? Sebab aku hina dengan dosa-dosaku yang bertimbun. Hanya aku dan Tuhanku yang tahu. Dosa yang hancur dek taubat, tapi berulang dek nafsu dan iman yang tidak kuat.
Bagaimana lagi mahu kuusahakan. Aku hamba, kadang aku kuat, dan banyak juga kali ku rebah terdampar lemas menyembah nafsu.

Tuhan, kekalkan nada istiqamah,
Kibarkan sayap sabar dan takwa pada diri ini.

Islam is first class.
Islam is the way of life. Our only way of life for us Muslim to succeed in this real huge challenging world.
Tuhan, aku takut. Kalau bukan akhir nanti aku pada jalan ini.

Cakap senang, sembang senang. Nanti nak buat, mula teragak-agak. Rebah terhumban benda berulang-ulang.

Tuhan,  hadirkan insan, sehingga aku malu berbuat jahat dan maksiat kepadaMu.
Sungguh aku tahu makhlukmu , Malaikat mencatit setiap tingkah maksiat, setiap tutur yang busuk, setiap mata tajam memandang benda hina.
Ingatkan aku bahawa aku perlu dan harus menjadi seorang Muslim yang....
Buta, Pekak dan Bisu daripada Maksiat kepadaMu.
Bahawa aku hamba, jangan berlagak Tuhan.
Bahawa nikmat-nikmat yang Engkau curahkan padaku terlalu banyak sehingga menjadi kemestian untuk aku malu akan segalanya jika derhaka dan tidak bersyukur.
Bahawa kematian itu bakal membunuh kelazatan dunia.

Allah Maha Besar.
Tidak layak aku bercakap panjang.
Selagi tegar aku menepis sabar taqwa daripada bersarang di hati.

Semaikan nilai murni, pasakkan iman di hati. Amin, Allah...

Tuesday, August 30, 2016

#12 Hari yang panjang

Hari yang panjang. 
Hari yang takut kalau ada siaran ulangan;  situasi sama dan watak yang berbeza. 
Penatnya hadapi kehilangan. 

Penat fikiran,
Penat perasaan. 
Air mata yang malu tertahan-tahan bagai bertemu jalan keluar kembali. 
Mencurah dan mencurah lagi. 

Allah Tuhanku. 
Sering aku menipu aku cintaiMu. 
Mengapa aku gusar padahal patut aku cemburu. 
Hanya ajal kematian itu pintu utama sebagai langkah untuk kembali melihat dan bertemu Allah. 

Redakan aku akan pemergiannya. 
Segalanya telah ditetapkan.
Abang sepupu yang baik. 
InshaAllah alam kuburnya saja sudah menjadi tempat yang baik. 

Amin. 
Rabbuna faghfirlana dhunūbana..

Monday, August 29, 2016

#11 ini namanya kasih sayang Allah

3. 30 am. 
Belum boleh tidur. 
Amal bakti belum selesai. 
Berita dinanti penuh gelisah. 
Akhirnya terurai jua. 
Dia pergi bertemu Yang Esa. 

Dugaan apakah ini Tuhan? 
Ini namanya kasih sayang.  😢

Zul hilmi bin zakaria. 
37 tahun. 

Abang mi. 
Tenang lah dikau di sana. 
Bersama Pencipta. 
Mungkin di sana jauh lebih bahagia. 
Berbanding dunia penuh fana. 
Kami berdoa agar kita kembali bertemu di Syurga sana. 
Bersama ahli-ahli keluarga yang lain. 
Sepertimana kita berkumpul berpuluh-puluh kali di dunia. 

***
He is my cousin. 
A good cousin. 
A really abang long among cousins. 
First grandchild of the big family.
And yet he passed away sooner than we could expect.
In an accident in the morning around 11 am.
It was just a glimpse of eye. 
Internal bleeding,  major organ fractured.  And just now he started to get a very long sleep. 
May Allah shower you with His Rahmah. 
And grant you with His Jannah. 

***

Ajal di mana ada, 
Bila hadir, 
Siapa ada bersama. 
Mana kita mahu tahu itu semua. 
Kerana ia bukan dalam batas pengetahuan hamba.
Biar dunia sudah tua, 
Teknologi canggih dicipta dibina, 
Namun hamba tetap jua hamba. 

Tugas kita bukan menunggu ajal, 
Bukan juga menjemput ajal, 
Bukan juga menggeruni ajal. 
Tapi harus nya kita bersedia setiap waktu dan ketika. 
Akan malaikat maut yang tidak jua kita tahu bagaimana rupanya. 
Perpindahan dari sini ke sana,
Moga-moga buat kita syurga, 
Itu lah alam yang kekal selamanya.

Allah,  shower him with Rahmah.
Grant him with Jannah. 
Amin...

إنا لله و إنا إلبه راجعون.

Sunday, August 28, 2016

#10 Jangan Putus Harapan

Jangan putus harapan.
Kerana kita ada Tuhan.
Yang melengkapkan segala hajat dan keperluan.

Jangan putus harapan.
Selagi masih punya kehidupan.
Kerana kita ini namanya insan.
Tanpa harapan di mana lagi ketenangan.

Jangan putus harapan.
Walau siapa apa dan di mana kamu diciptakan.
Sebab kita orang beriman.
Segala perkara yakin lah ia diurus Tuhan.

Jangan putus harapan.
Walau rasa tiada kebahagiaan.
Tatkala melihat kebahagiaan orang.
Kerana orang juga melihat kamu dilimpah kebahagiaan.
Dan masih ada yang kurang kesenangan.

Jangan putus harapan.
Apabila kasih sayang Allah sentiasa dalam dakapan.
Percaya lah Dia Maha Penyayang.
Setiap isi hati hambaNya Dia tidak terlepas pandang.

Walau sedetik,  walau sejenak, 
Berbahagia lah,
Dan Jangan Putus Harapan. 

Kami sayang Tuhan.
ALLAH Maha Lembut.  Maha Mengasihani. Maha Mengetahui. 

-PD
10. 34 am.
Senin